|
lama terbengkalai rumah ni.....
buruh kontrak balik cuti lama.... .
|
|
|
|
|
|
|
|
pakcik...
errr.....macik ayla..sambung lagi boleh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Balik cuti ke mana? Nepal?
|
|
|
|
|
|
|
|
ehh...nepal jadi security guard saja taw...
tak main buruh kontrak
btw, usu rasa ayla ni mmg ginilah gayanya buat rumah...
bajet ciput..fasa demi fasa dlm nak menyiapkan sebuah rumah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan dia bgt, kuar rumah pukul 6 pagi. Balik rumah 6 ptg.
Sambung menulis pun kat alam mimpi
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh juga nicki...kat alam mimpi pun takpe...
ayla boleh transfer plot dlm mimpi tu kat nicki...
...ntah2 teruih tak siap2...
senang nicki harini..biasanya tak nmpk bebayang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak busy sangat ler Usu.
Pasai iols dah tak jadi buruh dah...
|
|
|
|
|
|
|
|
lor.. sikit je ke sambung?? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aylanins at 6-5-2016 02:36 PM
PAKCIK? Muda-muda begini dipanggil pakcik? Sudahlah lambat naik tangga, Yunus toleh ke bawah. Peah dilihatnya masih di terhegeh-hegeh mengikut di belakangnya tapi lambatnya ya ampun. Budak perempuan seorang lagi yang nama Ida itu sudah dua tingkat di atas mereka berdua sekali dengan Pakcik Piee.
“Kalau begini bila nak sampai?” dengus Yunus sambil menarik bandana yang menutup separuh wajahnya. Dia kipas-kipas wajahnya dengan kain bandana itu.
Peah cuma diam tertunduk-tunduk menaiki tangga. Dalam hati seakan-akan mahu menyumpah-nyumpah Encik Imran. Kenapalah Encik Imran baling aku praktikal di kilang berhabuk ini? Sudahlah dia gayat, disuruh naik tangga silo ini. Silo ini bukan rendah, tingginya hampir sama tinggi dengan bangunan Sungei Wang Plaza. Benci Encik Imran.
“Berhentilah sekejap. Nanti semput,” laung Yunus pada Peah yang setingkat di bawah. Lambat betul mak nenek itu, bila nak mula maintenance kat atas.
“Pakcik Piee! Berhenti kejap!” Yunus dongak ke atas pula. Ida itu nampak okay saja, lasak sikitlah dari si Peah ni. Tengok tu Ida dan Pakcik Piee sudah 2 tingkat di atas mereka.
Yeayyyyy, Pakcik Yunus bagi rehat, wajah Peah sudah berseri-seri. Dia cepat-cepat duduk di salah satu anak tangga.
Eh? Pakcik? Kenapa Pakcik Yunus panggil Pakcik Piee itu pakcik? Peah dongak ke atas.
Mak aiiii!
Terkelip-kelip kelopak mata Peah.
Sayang Encik Imran. Eh, gatal!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aylanins at 6-5-2016 02:39 PM
Hidayah Maarof <[email protected]>
To: Peah <[email protected]>
02/05/ at 07:52 AM
Hai Peah,
Bergaya juga kau ni... tak dapat mengurat orang bujang konon. Pakcik-pakcik saja konon. Tak dapat mengurat anak bujang orang ke atau kau yang tak suka. Biasalah, kau kan demand sikit ;p
Aku tak ada abanglah Peah, abang bukan kandung saja yang ada tapi itu pun seorang saja. Takkanlah kau nak kongsi dengan aku hikhikhik…
Kerja okay tak? Mesti besar elaun kau kan. Maklum, bakal jurutera. Ini aku bagi nombor telefon aku yang baru, tapi janganlah selalu sangat misscall dan hantar message. WhatsApp pun belum dapat. Aku belum ada duit mahu balas misscall kau, hendak beli telefon bijak bestari pun belum ada duit. Ini pun aku masih guna telefon-baling-ke-lantai-simen-lantai-pun-pecah akakakaaa…
Nanti kalau aku sudah beli iPhone, aku war-warkan pada semua orang. Babai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sila sambung wahai adik maniss .. |
|
|
|
|
|
|
|
ni lagi sorang...mana update? mana update?
|
|
|
|
|
|
|
|
“COMPRESSOR NI mesti cuci selalu, sekurang-kurangnya sebulan dua kali. Petang ini kita turun bawah sana, dekat jeti. Kapal baru saja berlepas pergi petang semalam, kita kena cuci jeti,” kata Pakcik Piee.
Yunus di sebelahnya diam tidak bersuara, tekun menyimpan peralatan yang digunakan mereka tadi ke dalam tool box.
“Kapal apa pakcik?” Tanya Ida. Ada kapal ke di sini?
“Kapal laut, tapi bukan jenis yang besar. Sederhana besar saja. Kapal tu bawa bahan mentah macam batu clinker. Keluar dari kapal, nanti batu-batu tu semua naik atas conveyor belt kat bawah tu, lepas tu conveyor belt tu berjalan, batu-batu tu semua masuk dalam silo-silo ni semua. Silo ni macam bekas untuk simpan bahan mentah,” wah, gigih Pakcik Piee menerangkan pada Ida.
Dahi Ida sudah berkerut-kerut cuba menghadamkan semua yang dikatakan oleh Pakcik Piee. Dalam buku lain, dah ada di kilang ini lain pula. Dia pandang pula Peah yang tekun membantu Yunus. Eleh, mentang-mentang ada abang tampan di sini, tunjuk rajin pula kau ya Peah, sempat Ida mengumpat Peah di dalam hati.
“Berapa lama kat sini? Tiga bulan? Empat bulan?” tiba-tiba Yunus bertanya pada Peah.
Selalunya kalau ada pelajar dari universiti praktikal di kilang ini, tiga bulan. Paling lama ada sekali dulu, lima bulan. Bagus juga ada budak praktikal, budak praktikal ini biasanya rajin-rajin belaka.
“Haa…?” Peah cepat-cepat mendongak.
“A-a, tiga bulan,” tiba-tiba saja Peah jadi malu-malu mahu menjawab pertanyaan abang hensem. Serata kilang simen ini dia mencari kalau-kalau ada abang hensem jadi jurutera, alih-alih jumpa di sini. Ya, di sini, di kilang simen, bertempat di bengkel mekanikal, sedang cuci dan tukar minyak compressor dengannya.
Tapi erkkk… bukan jurutera.
Abang mekanik.
Tiba-tiba saja Peah sudah garu kepalanya yang tidak gatal.
Jurutera vs mekanik.
Sepadankah?
Gatal!

Assalamualaikum & Selamat pagi semua sahabat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cik tt ni sebulan sekali ka entri nya ???? Silalah update cik tt manisss |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan mana sambungan ???? |
|
|
|
|
|
|
|
TT x mau sambung ke? Da nak masuk tahun baru nih. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|