CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: eileen80

NOVEL: Hanya Sekuntum Tulip.. (U)

[Copy link]
 Author| Post time 11-4-2016 11:12 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-4-2016 11:03 AM
opah kat kampung kata... move on!

yeah... dah lm move on.
siggy tu sbg pembakar semangat jgk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2019 05:11 PM | Show all posts
Perhubungan yang terjalin nampaknya memberi impak yang besar kepada kami. Ya, ku akui bahawa dengan adanya Shaz di sisi sebagai lelaki yang paling rapat membuatkan aku semakin bersemangat untuk menuntut ilmu. Malah kami juga sering bertukar buku setiap kali mata pelajaran tersebut diajar di dalam kelas. Tahun ini perperiksaan besar akan kami hadapi. PMR sebagai penentu aliran yang bakal kami ambil untuk sesi Tingkatan 4 nanti.

Shaz pun ku lihat mula berubah. Daripada seorang yang agak lalai di dalam kelas, mula memberi tumpuan. Ternyata kehadiranku memberi motivasi untuk dia belajar bersungguh-sungguh. Tiada apa yang boleh diperkatakan tentang hubungan kami. Semuanya berlangsung seperti biasa.

Setiap pagi, aku akan ke kelas 3PE2. Berbual-bual dengan Rita yang kebetulan sekelas dengan Shaz. Dan kemudiannya akan ke kelas 3PE1 untuk berjumpa dengan Hani yang sekelas dengan Amir. Setelah itu, aku kembali ke kelasku sendiri di tingkat atas, 3KE2.

*****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2019 12:52 PM | Show all posts
Edited by eileen80 at 21-1-2019 12:56 PM

Januari 1996

Suasana hingar-bingar di Dewan Persada. Semuanya berdebar untuk mengetahui kelas dan aliran yang bakal mereka masuk untuk Tingkatan 4. Ada yang sedang galak berbual. Ada yang sedang duduk keseorangan. Ada juga yang sedang melihat-lihat ke arah pelajar berlainan jantina. Pelbagai ragam yang dapat kulihat pada hari ini.

Guru-guru mula masuk dan menaiki pentas, mengambil tempat masing-masing.  Para pelajar telah mula duduk di dalam barisan kelas sebelumnya iaitu kelas di Tingkatan 3. Semua menanti dengan sabar Pengetua untuk memulakan perhimpunan pada hari ini.

Dari jauh, terlihat Shaz dengan teman-temannya di dalam barisan. Seolah mengetahui aku sedang melihat ke arahnya, dia juga berpaling ke arahnya dan memberikan senyuman. Benar, dia cukup menarik, dengan kulit hitam manisnya, rambut ikalnya. Matanya juga cantik. Jika melihat wajahnya secara berdepan, matanya seolah sedang menangis. Ah, kenapa aku tidak pernah perasan kewujudan Shaz sebelum ini.

Sedang aku mengelamun, tiba-tiba terdengar bunyi mikrofon di ketuk. Pengetua telah pun bersedia.

“Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar. Selamat kembali ke sekolah dan saya harap semua telah pun puas bercuti. Selamat menempuh sesi pembelajaran yang baru” ucapan Pengetua memulakan majlis.
“Sebentar lagi, pembahagiaan kelas bagi sesi 1996 akan bermula. Kepada mereka yang terpilih, selamat menempuh sesi baru persekolah dan semoga dapat meneruskan kecemerlangan kamu di masa hadapan.”
“Bagi yang namanya tidak disebutkan, kamu akan memulakan sesi di sekolah baru yang bakal diumumkan sebentar lagi.  Sila pergi ke pejabat dan berjumpa dengan Puan Sahida untuk mengambil fail rekod masing.”

Aku melihat Rita dan Hani. Ada yang kena berpindah sekolah pula. Aku mulai risau. Jika aku antara yang kena pindah keluar dari sekolah ini, berjauhan la aku dari kawan-kawan.

“Saya mulakan dengan Kelas 4 Sains 1. Guru Kelas Puan Wirdayu Hashim.” Guru Penolong Kanan 1 mengambil alih tugas daripada Pengetua.

Aku hanya mendengar satu persatu nama yang disebutkan. Sehingga nama ke 38 diumumkan. Namaku tiada. Alamak. Seram. Harap-harap lah kekal di sekolah ini.

“Baiklah. Sila duduk dalam barisan lurus. Saya teruskan dengan Kelas 4 Sains 2. Guru Kelas Puan Katrina Abdul Razak.” sambung GPK1.

Aku hanya diam mendengar sambil fikiran menerawang jauh entah ke mana. Tiba-tiba peha ku ditepuk. Aku tersentak.

“Ema, nama awak tu. Cepat bangun.” Kata Non kepadaku.

Aku kelam kabut bangun angkat beg sambil melurutkan baju turun. Maklumlah duduk bersila atas lantai. Haruslah angkat baju supaya tidak kotor. Aku nampak ada mata yang melihat ke arahku disebabkan kelam kabut. Tapi aku? Aku buat tidak peduli saja. Malas nak fikir. Terus saja aku menuju ke dalam barisan. Duduk. Lihat rakan-rakan sekelas di hadapan. Ok. Ada yang aku kenali.

Satu demi satu kelas disebut. Lega rasanya sebab kawan baikku Rita juga terpilih untuk terus bersekolah di sini.  Untuk pengetahuan, kami tinggal jauh dari sekolah ini. Disebabkan perumahan kami belum ada sekolah menengah, kami perlu mendaftar di sekolah ini ketika sesi persekolah Tingkatan 1 dahulu. Tapi kini, sekolah telah ada sejak 1994. Disebabkan bakal hadapi PMR, kami tidak boleh berpindah sekolah dahulu.

Setelah tamat, pelajar-pelajar yang tidak terpilih perlu mendaftar di sekolah baru di taman perumahanku. Sedangkan aku, bersekolah di sini. Sejauh 15km dari rumah. Cemburu melihat rakan-rakan ku yang lain boleh dapat kelas yang sama. Malah shaz dan teman-temannya juga berada di dalam kelas yang sama.

*****

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.076856 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list