CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12
Return to list New
Author: GhostWalking

[Tempatan] {Edisi Bukan Santau}Mee Goreng Kaca Jadi Hidangan Trending

[Copy link]
Post time 29-2-2016 02:42 PM | Show all posts
Cemana rawatan untuk kes begini? Hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2016 05:10 PM | Show all posts
pernah jadi kat kantin kilang aku.... 2 minggu sebelum puasa, hari2 orang jumpa kaca dalam makanan. bukan dalam mee jek....segala lauk pauk ada kaca. lagi best, nasi goreng ada screw and washer, besau pulak tu....

keje sape pun tatau la
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 07:17 PM | Show all posts
siannya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 07:45 PM | Show all posts
kalo kat luar negeri abis la cikgu dan supplier tu kena saman cukup2

sukati jah bagi budak2 makan mee yg dah tercemar.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nazurah replied at 29-2-2016 05:10 PM
pernah jadi kat kantin kilang aku.... 2 minggu sebelum puasa, hari2 orang jumpa kaca dalam makanan.  ...

Ni macam dah lain saja ceritanya ini.

Kantin sekolah aiol pun penah jah menda pelik gini berlaku. Jumpa paku berkarat dalam sambal nasi lemak la, ulat hidup dalam pau panas la.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 08:26 PM | Show all posts
pernah kena mee sup ada semut halus mati kepanasan byk gile
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2016 12:36 AM | Show all posts
Siasat insiden murid termakan kaca: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor termakan kaca. Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, Kementerian Pendidikan akan mengemukakan penjelasan kepada ibu bapa berhubung kejadian terbabit. "Peristiwa anak-anak SJKT Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor yang termakan kaca dalam mi goreng tidak sepatutnya berlaku. Saya kongsi perasaan marah dan kecewa ibu bapa. "Saya berharap dan berdoa anak-anak yang terbabit dengan kejadian ini berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan," katanya menerusi entri blog rasminya, NajibRazak.com, hari ini.

Ahad lalu, akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, melaporkan tujuh murid SJKT Nigel Gartner dihantar ke Hospital Sungai Buloh selepas termakan sarapan yang didakwa mengandungi serpihan kaca halus. Serpihan kaca halus itu didakwa ditemui dalam makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan untuk murid sekolah rendah. Antara yang terbabit adalah murid tahun enam, S Pavitradevi, S Pravin (Tahun Lima), Durga (Tahun Empat), N Hariram (Tahun Empat), dan tiga murid Tahun Tiga iaitu R Dharshini, S Alagesan dan N Kirutikha. Najib berkata, siasatan rapi perlu dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang timbul dalam prosedur operasi supaya peristiwa itu tidak berulang. Program RMT, katanya, bertujuan membantu pelajar memerlukan, namun imej dan hasrat murni usaha berkenaan akan terjejas berikutan insiden sedemikian. "Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab mendatangkan bahaya dan mengakibatkan kecederaan terhadap murid ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ummah mana pengusaha kantin nya sis?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2016 02:11 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 2-3-2016 02:12 PM

statement meletop of the day
" Pada masa sama, Kementerian Pendidikan juga akan memberikan penjelasan yang memuaskan kepada ibu bapa berkenaan kejadian ini,”

so mcm mana agaknye bunyi penjelasan yg memuaskan tu?...






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2016 06:26 PM | Show all posts
Mungkin dilarang masak makanan di rumah

                                                                 2 Mac 2016                                 

                                                    


                                                                                                                                                                          PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan mengenai cadangan melarang pengusaha kantin menyediakan makanan dari rumah, susulan kejadian tujuh pelajar termakan bihun goreng yang tercemar dengan serpihan kaca.
        Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, siasatan mendapati menu di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) itu disediakan oleh pengusaha kantin terbabit di rumah sebelum dibawa ke sekolah.
        Beliau berkata, amalan pengusaha kantin menyediakan makanan di rumah menyukarkan pemantauan oleh pihak kementerian atau guru terhadap tahap kebersihan dapur.
        "Kita telah memberi garis panduan dan latihan kepada guru di sekolah supaya mereka tubuh jawatankuasa untuk jalankan pemeriksaan sendiri ke atas kantin dan Kementerian Kesihatan buat pemantauan secara berkala.
        "Pemeriksaan itu dibuat di dapur kantin, tetapi jika makanan dimasak di rumah, itu kita tak dapat periksa. Jika amalan ini dipraktikkan secara meluas maka menjadi masalah untuk kita buat pemantauan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
        Pada Jumaat lepas, tujuh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat termakan serpihan kaca dalam bihun goreng.
        Dr Subramaniam berkata, pada tahun lepas sebanyak 13,674 pemeriksaan kantin dilaksanakan di seluruh negara dan 66 pengusaha kantin diarah menghentikan operasi di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
        Mengulas mengenai keadaan pelajar terbabit, beliau berkata lima dibenarkan pulang manakala dua lagi masih menerima rawatan di hospital.
        "Mereka tidak mengalami masalah kesihatan yang besar, tetapi mereka memerlukan rehat yang mencukupi untuk kembali sihat seperti biasa," katanya.
        Beliau berkata, Kementerian Pendidikan telah menggantung pengusaha kantin itu sementara siasatan penuh dijalankan.
        "Kaca itu datang dari mana masih tidak diketahui kerana ia mungkin masuk di dapur rumah pengusaha terbabit atau dalam perjalanan sejauh 24 kilometer dari rumah ke kantin," katanya sambil menambah laporan penuh siasatan berkenaan akan diperoleh tiga minggu lagi.
        Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut berkongsi rasa marah ibu bapa murid berkenaan dan mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti masalah dalam prosedur kendalian makanan agar perkara sedemikian tidak berulang.
        Dr Subramaniam, berkata jika ibu bapa atau pelajar ragu terhadap status kebersihan makanan yang dihidangkan di kantin sekolah, mereka boleh memaklumkan kepada pihak sekolah atau membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
        Laporan juga boleh dilakukan di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) melalui laman web moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq. - Bernama
         


Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.064725 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list