Edited by edoraixora at 26-2-2016 05:00 PM
KUALA LUMPUR 23 Dis. – Lebih 50 penganut Hindu dan pengunjung di kuil Batu Caves kelam-kabut menyelamatkan diri selepas sebuah kedai cenderamata yang terletak di dalam gua berkenaan terbakar hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, kedai terbabit difahamkan hampir musnah sama sekali ekoran kebakaran itu. Sami bersama orang ramai yang datang mengunjungi kuil terbabit dikatakan pantas turun menyelamatkan diri selepas menyedari kepulan asap hitam menyelubungi rumah ibadat itu.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.25 petang dan sampai ke lokasi kejadian beberapa minit kemudian.
“Beberapa jentera dari Balai Bomba Selayang, Balai Rawang, Balai Gombak Selatan dan Pasukan Bomba Sukarela Gombak dikerahkan ke lokasi kejadian. “Kebakaran melibatkan sebuah kedai cenderamata. Seramai 53 orang turut berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.YlFesbEJ.dpuf
edited: ini mungkin berita berasingan, tapi rasenye sisa2 kebakaran tu kot diterbangkan angin, tu yg berjangkit ke hutan tu. angin mmg sgt kuat sehari dua ni. apepun, ini sekadar andaian.
|