CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: changa=famri7

[Dunia] Imej Terbaru Planet Pluto & Bulannya Charon Menakjubkan Para Saintis

[Copy link]
Post time 3-10-2015 08:23 PM | Show all posts
Pluto adalah dwarf planet. Tak pastilah apa istilah 'dwarf planet' dalam BM. Mungkin 'planet kerdil'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2015 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 3-10-2015 09:47 AM
Buat apa kaji benda2 nih sissss.Bynk lagi misteri di melesyiah maseh belum dikaji..mcm kain sesuai u ...

misteri ghaib wanita mongolia, syarikat 1mdb, akaun PM... semua perlu dikaji mendalam, sis
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 09:09 PM | Show all posts
keindahaan ciptaan Nya
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 10:16 PM | Show all posts
epis replied at 2-10-2015 10:52 PM
still planet rasanya, tapi tergolong dalam planet kerdil... sayangnya, sebab kecil2 dulu belajar p ...

yeps , i baru check balik yes...Pluto now reclassified sebagai dwarf planet...
sebab dulu depa dok gaduh tang jasad jasad sekeliling pluto dan behaviour dia tak macam planet... but you know benda ni fluid ...
okay thanks ...alhamdulillah u buat i menyemak status pluto...
yups - it 's a dwarf planet pulak...

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
What da fak is ngarai?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu Pluto ialah sebuah planet. Ingatkan anjing Disney tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2015 10:20 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 3-10-2015 10:40 PM
Baru tahu Pluto ialah sebuah planet. Ingatkan anjing Disney tu.

Pluto dewa Rom jaga Underworld
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 05:31 PM | Show all posts
PLUTO BUKAN PLANET..SEBAB IA TIDAK BERPUTAR. IA PLANET MATI. NI FILEM STAR TREK KOT?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 05:38 PM | Show all posts
Masih ingatkah anda objek bernombor 2003 B313 (ada yang menggelarnya planet ke-10) , yang diberi nama sementara, Xena? Ia dijumpai oleh Michael E. Brown (Caltech) pada 29 Julai 2005, dan mengumumkan objek Kuiper Belt ini sedikit besar daripada planet Pluto.
Dan baru-baru ini, selepas begitu banyak kontroversi, IAU telah mengumumkan penurunan taraf Pluto daripada status planet , dan ia beserta dengan objek 2003 UB313 ini, akan digelar sebagai "planet kerdil". Maka, dengan definisi baru yang telah pun ditetapkan ini, 2003 B313 sudah layak untuk diberi nama secara rasmi, dan nama yang dipilih ialah Eris.
Planet kerdil Eris ini juga mempunyai sebuah bulan, yang turut diberi nama baru, iaitu Dysnomia.
Jawatankuasa kecil IAU telah bersetuju sebulat suara dengan nama tersebut dan diperakui sah oleh Jawatankuasa Eksekutif IAU.

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 05:41 PM | Show all posts
Pluto dan planet-planet kerdil luar
Home » Sistem suria luar » Pluto dan planet-planet kerdil luar

Pluto dan Charon

Pluto, yang telah lama dianggap sebagai planet yang terakhir di dalam Sistem Suria, telah ditemui dalam tahun 1930 oleh Clyde Tombaugh. Kini tarafnya diturunkan ketaraf planet kerdil. Orbitnya didapati amat memanjang. Jarak kejauhannya dari Matahari berubah antara 30 dengan 49 AU. Oleh yang demikian, pada masa-masa tertentu ia berada lebih dekat dengan Matahari berbanding Neptun. Ini telah terjadi antara tahun 1979 dan 1999. Orbitnya juga amat condong sehingga mencapai sudut 17 darjah dari dataran ekliptik.

Pluto dan CharonPluto (sebelah kiri) dan Charon hasil cerapan teleskop angkasa lepas dalam tahun 1994. Charon terdapat pada jarak kejauhan 19 600 km dari Pluto. Kredit : GSFC/NASA

Disebabkan kejauhannya, planet kerdil Pluto amat sukar untuk diselidiki. Ia tidak pernah diterbang-lintasi oleh mana-mana kapal-angkasa pun. Inilah sebabnya sehingga hampir tahun 1978 baru satelit Charon, telah dapat ditemui pada kedudukan 19 600 km dari Pluto. Satu ciri-cirinya yang menarik adalah kedua-duanya mempunyai tempoh putaran yang sama dan lebih menyerupai tempoh orbit bersaling (lebih sedikit daripada 6 hari Bumi). Ini menunjukkan satu fenomena yang sangat menarik dimana kedua-dua objek ini selalu menampilkan muka pada arah yang sama. Dari padangan masing-masing, objek yang bertentangan kelihatan tidak bergerak. Kemudiannya dalam tahun 2005, dua satelit yang lebih kecil yang dipanggil Nix dan Hydra, telah dicerapi oleh teleskop angkasa.

Sistem Satelit PlutoSistem satelit Pluto dicerapi oleh teleskop angkasa dalam bulan Febuari 2006. Kedua-dua satelit tersebut, yang dipanggil Nix dan Hydra, telah dikenalpasti dalam bulan Mei 2005 menggunakan teleskop yang sama. Kredit : NASA/ESA/H. Weaver (JHU/APL)/A. Stern (SwRI)/HST Pluto Companion Search Team

Satu fenomena yang amat jarang, iaitu Bumi berada di dataran orbit pasangan ini, telah terjadi antara tahun 1985 dan 1990. Dalam masa ini pakar astronomi telah dapat mencerap satu siri yang penuh dengan gerhana serentak dua objek-objek ini. Pakar-pakar tersebut telah dapat menentukan saiz mereka, iaitu 2300 km untuk Pluto dan 1200 km untuk Charon. Jarak antara kedua-dua objek ini didapati kurang daripada 8 kaliganda garis-pusat Pluto.

PlutoPermukaan Pluto telah direka-bentuk semula memggunakan maklumat data dari teleskop Hubble yang telah diambil dalam tahun 1994. Gambar ini tidak diambil secara terus, malah imej-imej ini adalah hasil proses digital cerapan teleskop tersebut. Ciri-ciri yang kelihatan berbeza ini mungkin disebabkan oleh sebaran ais di permukaannya. Kredit : NASA/ESA/A. Stern/M. Buie

Cerapan spektroskopik telah mendedahkan bahawa permukaan Pluto diliputi oleh ais dan terdiri terutamanya daripada nitrogen dan sedikit methane. Satu atmosfera nipis juga terdapat pada permukaannya dengan tekanan udara 100 000 kaliganda lebih rendah dari tekanan udara di Bumi. Suhunya pula didapati lebih-kurang -220 celsius.

Eris

Planet kerdil yang kedua diluar orbit Neptun ialah Eris. Ia telah dikenalpasti dalam tahun 2005 dari imej-imej yang telah diambil dalam tahun 2003 dari Balai Cerap Mount Palomar. Dari hasil ukuran teleskop angkasa, Eris telah dijangka mempunyai garis-pusat 2400 km. Ini menjadikannya lebih besar sedikit daripada Pluto. Planet kerdil ini berputar mengelilingi Matahari dalam orbit yang amat membujur. Paling dekat ia berada pada kedudukan 5.6 billion km (37.7 AU) dari Matahari. Paling jauh pula ia berada pada kedudukan 14.6 billion km (97.6 AU). Cerapan yang lain dari Balai Cerap Keck juga mendedahkan keujudan satelit Dysnomia yang berputar mengelilingi Eris pada jarak kejauhan 36 000 km.

ErisPlanet kerdil Eris dan satelitnya Dysnomia telah digambarkan dalam tahun 2005 oleh Balai Cerap Keck menggunakan teknologi Optik Adaptif. Kredit : W. M. Keck Observatory

Haumea dan Makemake

Akhirnya, dalam tahun 2008, dua jasad baru telah dikenali sebagai dua planet kerdil; iaitu Haumea dan Makemake. Haumea telah ditemui dalam tahun 2005 di balai cerap Sierra Nevada, dimana kejauhannya dari Matahari didapati berubah dari 35 hingga 51 AU. Planet kerdil ini ditemani oleh dua satelit-satelit yang di panggil Hi’iaka dan Namaka. Planet kerdil ini berputar dengan cepat atas paksinya dalam masa empat jam sahaja. Ia membentuk putaran yang lebih membujur dari membulat, dimana dimensi maksimanya berukuran lebih kurang 2000 km dan dimensi minimanya berukuran lebih kurang 1000 km. Makemake pula telah ditemui oleh teleskop robotik di balai cerap Mount Palomar dalam tahun 2005. Planet kerdil ini bergaris-pusat 1600 km. Kejauhannya dari Matahari didapati berubah dari 39 hingga 53 AU. Ia tidak dikelilingi oleh satu satelit pun. Menurut mitologi Hawaii, Haumea ialah satu dewi kesuburan manakala menurut mitologi Easter Island pula Makemake ialah pencipta kemanusiaan dan ia juga merupakan dewa kesuburan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
theotherfriend replied at 3-10-2015 08:58 AM
Pelik pulak guna term ngarai.

Dah mcm indon.

Ngarai memang ada dalam bahasa melayu...cuma jarang digunakan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 05:52 PM | Show all posts
ngarai tu apa
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
nashrudean replied at 5-10-2015 05:52 PM
ngarai tu apa

Ngarai - canyon
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 5-10-2015 05:49 PM
Ngarai memang ada dalam bahasa melayu...cuma jarang digunakan...

I thought d equivalent for canyon is RABUNG
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.043408 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list