mayat bayi yg dipuja..utk kerja2 macam ni..atau nak jaga harta sendiri..
ni aku copy paste dari wiki..
Anak kerak dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung. Bayi tersebut dilahirkan pada hari Selasa dan dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan. Mereka dikecutkan oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan. Disebabkan itu, pada masa dahulu adalah menjadi pantang dikalangan penduduk pantai timur untuk mendedahkan mereka adalah anak sulung kepada orang yang tidak dikenali. Ilmu anak kerak ini biasanya popular dalam kalangan penduduk Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik. Ini disebabkan ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terbiar. Oleh itu semua perkakasan seperti buaian, kelambu nyamuk, bantal, tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang.
ni sumber dari blog perubatan islam daura Anak kerak atau anak krok. Berasal dari janin atau bayi dalam kandungan yg dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak paling kuat dikatakan berasal dari mayat bayi yg merupakan anak sulung dan ibu bapa juga anak sulung. Bayi tu lahir hari selasa dan dibunuh dlm lingkungan umur 6-7 bulan dalam kandungan. Mayat bayi ni dikecutkan/disalai oleh bomoh utk tujuan kejahatan dan perubatan.
Toyol dan Anak kerak Toyol lebih kepada kerja curi duit tapi anak kerak lagi up dia punya kerja. Macam ala2 James bond , berprofil tinggi.
amaran: Ini semua syirik dan bertentangan dengan ajaran Islam..
|