CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL: MAWAR

[Copy link]
Post time 20-8-2015 10:00 AM | Show all posts
Ko kalau pilih tajuk selalunya ada kena-mengena dengan:

ADAM, MAWAR, HAWA, MERAH, DIARI, NOTA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2015 11:54 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 20-8-2015 08:59 AM
Ko bengang pasal mamak ijau ek?

hehehhe..sapa lagi...boleh stress tau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2015 11:55 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 20-8-2015 09:00 AM
Ko kalau pilih tajuk selalunya ada kena-mengena dengan:

ADAM, MAWAR, HAWA, MERAH, DIARI, NOTA

weh..aku memang suka nama Adam ni..
tapi kali ni tak dak nama Adam....
mula tu nak letak tajuk
Teka Teki Terakhir...

nanti korang pulak yang akan berteka teki tekuk
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 11:58 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 20-8-2015 10:00 AM
Ko kalau pilih tajuk selalunya ada kena-mengena dengan:

ADAM, MAWAR, HAWA, MERAH, DIARI, NOTA

cettt.. ngata orang.. die tu.. citer takdek sekor kucing dalam.. tak sah!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 12:00 PM | Show all posts
wah.. novel baru..
bertambah la thread nak kena follow up
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 12:04 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 20-8-2015 11:58 AM
cettt.. ngata orang.. die tu.. citer takdek sekor kucing dalam.. tak sah!

Bleeeeeeekkkkk.......






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2015 12:07 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 20-8-2015 12:09 PM
Ipo replied at 20-8-2015 11:55 AM
weh..aku memang suka nama Adam ni..
tapi kali ni tak dak nama Adam....
mula tu nak letak ta ...

Letak aje....

Ending pun biar tergantung. Baru betul2 teka teki takik tekak tekuk


Kucen merempat nama Nicki tu jangan lupa masukkan sekali. Kalau boleh tiap chapter...

Make sure endingnya, Nicki tu tak mati....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 12:12 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 20-8-2015 12:07 PM
Letak aje....

Ending pun biar tergantung. Baru betul2 teka teki takik tekak tekuk

teka teki teka tekuk laaa..
dua2 aku ketuk nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2015 12:20 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 20-8-2015 12:12 PM
teka teki teka tekuk laaa..
dua2 aku ketuk nanti

Ketuklah Ipo. Dia yang karang cerita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2015 12:46 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-8-2015 02:57 PM

Mila pandang kedua lelaki itu yang cukup teruja bila menyentuh hal sebegitu. Dia tahu Badrul dan Ikram memang peminat cerita misteri dan mistik. Sebab itu dia cuba mengambil hati Ikram dengan mendapatkan cerita-cerita sebegitu. Tidak sangka, kejadian malam tadi cukup membuatnya merasa seram dan takut. Selama ini dia hanya mendengar sahaja cerita dari kawan satu kolej dan selama ini juga dia tidak mudah percaya semua itu. Baginya itu adalah bohong dan rekaan semata-mata. Selepas kejadian malam tadi, barulah dia percaya. Pucat lesi muka saat terpandang mahkluk yang selama ini diperkatakan pelajar-pelajar yang pernah terserempak.

"Weh, kau nak cerita ke nak tenung kami?" Ikram sudah mula geram. Dalam hati menyumpah pada gadis itu. Entah kenapa ada satu rasa tidak senang dalam hatinya bila melihat wajah Mila. Padahal gadis itu tidak ada buat apa-apa salah pun padanya. Mungkin  disebabkan sekeping surat yang dilayangkan kepadanya dulu. Memang dia sekelas dengan Mila tapi dia tak sangka pula gadis itu menaruh hati nan dalam padanya. Haih...

"Ha'a. Kami ni handsome sangat ke? Sampai nak tembus pandang kami ni?" Sengih Badrul, menyokong kata-kata Ikram.

Ikram turut sengih.  Mila sudah tersipu malu.

"Tak ada sebenarnya..malam tadi..saya dan Ina baru balik dari library. Masa kami sedang berjalan ke kolej, tiba-tiba kami dengar satu suara menegur dari belakang. Saya cuit lengan Ina. Ina pun ada dengar suara tu. Kami toleh je ke belakang, kami nampak budak yang bunuh diri tu tersenyum kat belakang dengan muka berdarah. Apa lagi..kami pecut la." Mila sudah berpeluh menceritakan semula kejadian yang sungguh menakutkan baginya.Seumur hidup belum pernah dia mengalami kejadian menakutkan itu.

"Alah..kau pasti ke budak tu, budak yang bunuh diri?" Ikram masih tidak percaya.

"Betul..sebab sebelum tu ada sorang siswa tunjukkan saya foto budak bunuh diri tu. Rupanya budak tu bekas pelajar di universiti ni dan tinggal di kolej Janda." Ujar Mila sungguh-sungguh. Geram pula bila Ikram perlekehkan kata-katanya. Ya, dulu dia juga seperti Ikram. Tidak percaya tetapi bila mengalami sendiri, baru dia percaya. Syukurlah tidak demam.

"Mana?" Tanya Badrul pula.

"Mana ada dengan saya. Foto tu simpanan dia je la." Mila merengus. Ikram dan Badrul diperhatikan silih berganti sebelum matanya melekat lama pada wajah Ikram. Lelaki itu selalu perlekehnya dirinya selama ini. Malah langsung tidak mengendahkannya.

"Kalau tak ada bukti, susah sikit la nak percaya. Oklah, aku nak chow dulu. Aku ada hal penting lagi." Ikram bangun dari situ. Beg sandangnya disangkut di bahu kiri.

"Weh, kau nak pergi mana? Kan ada discussion group pukul 6 nanti?" Badrul turut tercegat.

"Alah..korang boleh discuss apa kalau aku tak ada. Ipo dan Conan tu kan ada?" Ikram pandang Badrul yang sudah tergaru-garu kepala.

"Tu, Mila ada. Kan Mila tu pelajar terbaik. Kan Mila?" Ikram sengih. Memang tak dinafikan gadis itu memang rajin dan selalu mendapat markah tinggi dalam apa jua subjek. Mungkin gadis itu bengang dengannya sebab Idia tak suka berdamping dengan gadis itu sesuka hati melainkan jika ianya berkaitan dengan belajar.

"Ikram! Saya tak faham dengan awak ni. Kenapa awak layan saya macam ni? Apa, buruk sangat ke rupa saya sampai awak langsung tak endahkan saya?" Mila turut bangun. Suaranya sedikit meninggi. Rasa nak hambur saja kata-kata pedas pada Ikram. Terasa dirinya dipermainkan.

"Apa maksud kau? Bila masa aku kata muka kau buruk? Dan..FYI, jangan nak jiwang sangat. Aku tak suka!" Ikram beri amaran. Padanya sikap yang ditunjukkan oleh Mila tidak masuk ke jiwanya. Sikap yang terlalu mendesak.

"Ikram!!" Laung Mila bila melihat Ikram sudah menapak pergi.

"Maaf Mila..aku nak ikut Ikram." Badrul segera capai beg sandangnya dan berlari laju mengikuti Ikram yang sudah menuju ke tempat letak kereta.


DARI jauh, Ipo dan Conan hanya melihat Mila yang sudah mencuka masam di meja. Mi goreng dalam pinggan ditolak kasar ke tepi. Hampir tertumpah. Gadis itu kemudiannya meninggalkan medan selera itu.

"Apa kena dengan Mila tu?" Ipo bertanya.

"Alah..macam kau tak tahu. Mila tu kan minat gila kat Ikram tu. Ikram je yang buat dek kat dia. " Conan menjawab, mata tidak lepas dari memandang Mila yang sudah berlalu pergi dengan wajah masam.

"Kalau aku jadi Ikram pun, aku tak suka layan minah-minah gedik ni semua. Weh, malam tadi, Ikram pergi mana ek? Aku tak sedar pun bila dia balik asrama. Aku letih sangat malam tadi. tapi bila aku bangun pagi tadi, aku nampak ada sekuntum bunga mawar putih atas meja belajar dia. Yang peliknya..mawar putih tu ada tompok merah. Bila aku cium, bau darah." Ipo mula bercerita pada Conan sambil mata teralih pula pada Ikram yang sudah kelihatan sampai di kereta.

"Mawar putih? Darah??" Conan berkerut kening.

Ipo mengangguk.

"Kau ni..banyak sangat tengok cerita paranormal ni. Ikram nak buat apa dengan mawar  putih? Ada darah pulak tu? Takkan nak jadi mat jiwang pulak kot!" Conan ketawa mengekek.

"Aku kena siasat ni. Malam tadi, aku terbau hanyir bila aku terjaga tengah malam. Aku tengok jam, tiga pagi. Aku jenguk Ikram di katil sebelah. Elok je mamat tu tidur kat situ. Musykil aku.." Sambung Ipo lagi.

"Ah..sudahlah. Ikram ada hal la tu malam tadi. Kan kelas semalam, dia kata nak pergi ke rumah Pak Andak dia." Ujar Conan pula.

"Hai Ipo, Conan..buat apa kat sini? Tak ada kelas ke?"

Ipo dan Conan serentak menoleh. Ezzie sedang tersenyum simpul di sebelah Arisha.

"Kelas dah habis. Korang dari mana ni?" Tanya Conan pada kedua gadis itu. Seorang berbaju kurung dan seorang lagi berseluar jeans dan blaus.

"Dari libray. Jadi ke group discussion petang nanti?" Soal Arisha pula.

"Entah la..tak jadi kot. Ikram dan Badrul dah blah. So, cancel." Jawab Ipo, tersengih melihat Arisha yang tersenyum manis di sebelah Ezzie. Dia tahu gadis itu anak orang kaya, jadi dia tidak sepadan. Sedar diri selama ini dia hanya anak seorang petani. Mana mungkin boleh berganding dengan anak Tan Sri.

"Ipo..Conan...betul ke, kat kampus kita ni ada pontianak mengacau?"

Ipo pandang Arisha yang melontar soalan pelik. Dia hampir hendak ketawa tadi tetapi ditahan juga. Nanti, malu pula gadis itu bila ditertawa begitu. "Mana korang dengar ni?"

"Alah..dah heboh satu universiti ni. Cuak juga la bila sana sini orang sebut benda ni. Kan Ezzie?" Arisha jeling Ezzie di sebelahnya dan gadis itu mengangguk.

"Korang percaya ke benda tu semua? Mana ada zaman moden ni! Dah, tak payah penat fikir benda mengarut ni. Baik fikir pasal study, dah nak exam kan? Tesis dah siap?" Ipo melihat Arisha dan Ezzie yang sudah berubah riak wajah.

"Bukan apa..kami nak kepastian saja. Kalau betul..tak beranilah kami nak ke library malam-malam." Ezzie mengetap bibir. Cakap dengan mamat dua ekor ni menyakitkan hati sajalah! "Jom Arisha! Discussion dah cancel. Jom balik!"

"Arisha! Jalan baik-baik!" laung Ipo pada Arisha yang ditarik tangannya oleh Ezzie tadi.

"Kau ada hati kat minah tu ek?" Conan siku lengan Ipo.

Ipo hanya senyum dan mereka berdua mula menuju ke medan selera. Dari tadi perut belum diisi. Sampai di medan selera, mereka mula membeli makanan dan mencari meja kosong.

"Jap...Ikram call.." Ipo capai telefon bimbitnya dari dalam poket seluar bila terdengar deringan lagu 'It's My Life' tadi. Sepuluh minit berbual, talian dimatikan.

"Dia nak apa?" Tanya Conan, tidak sabar.

"Dia kata..balik lambat. Dia suruh aku jangan kunci pintu bilik sebab dia tak bawa kunci." Ipo menyambung makan nasi lemak yang dibeli tadi.

"Dia pergi mana ek? Heran aku.." Conan berkerut kening.

"Entah..aku lagi lah bengang. Bawa Nicki masuk bilik." Bebel Ipo.

"Hah??? Kau biar betul! Ikram bawa perempuan masuk bilik? Dah tu kau pun turut bersekongkol dengan Ikram buat maksiat??" Conan terkejut.

"Kau ni!!" Kepala Conan diluku. "Kucing la! Bukan perempuan. Tapi kan..malam tadi..si Nicki tu tak ada pulak. Dia letak mana?"

"Dia bawa balik rumah dia la tu agaknya.." Conan meneka. Nasi lemak dimakan sampai habis. Lauk sambal sotong memang sedap.

"Weh, aku ingat aku nak siasat la pasal bunga tu. Ikram tu...macam sembunyikan sesuatu dari aku. Pagi tadi, dia diam je bila aku tanya." Ipo teringat sikap Ikram yang berubah pagi tadi. Teragak-agak hendak menjawab bila ditanya.

Conan diam. Dia tahu Ikram suka pada perkara pelik, cerita-cerita hantu tetapi lelaki itu sendiri tidak percaya pada perkara mistik dan misteri ini. Apa yang diceritakan oleh Ipo tadi mengenai bunga mawar putih berdarah itu sudah cukup menimbulkan seribu persoalan. Seribu tanda tanya.







Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 01:14 PM | Show all posts
wah..ipo ada cerita baru...good..good....teruskan menyambung panjang2 ye...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 01:38 PM | Show all posts
Po...

Macam pelik sikit. PoV tak selari.

Sekejap aku, sekejap kata ganti nama...





Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 02:21 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 20-8-2015 01:38 PM
Po...

Macam pelik sikit. PoV tak selari.

baru nak ckp menda sama..

ada gak aku jumpa orang buat gini.. tapi sebelum mula2 tiap2 perenggan yg nk ubah PoV tu
die letak la nama watak yg punye PoV kat permulaan perenggan, jadi pembahagi..
tak reti nak explain weh

tapi at least bila die buat gitu, nmpk kurang serabut sikit laa..

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 02:42 PM | Show all posts
Ipo replied at 20-8-2015 09:52 AM
ya zam...tapi tak janji nak update macam dulu..
ipo dah mula sibuk...
tak jap lagi..sebelum masu ...

no problemo @Ipo ... keep it up...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2015 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 20-8-2015 12:38 PM
Po...

Macam pelik sikit. PoV tak selari.

Memang ya pun..aku tk pandai nk olah lepas tu. Bila baca balik, aku sendiri yg pelik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2015 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan replied at 20-8-2015 01:21 PM
baru nak ckp menda sama..

ada gak aku jumpa orang buat gini.. tapi sebelum mula2 tiap2 perengga ...

Hahaha...ko pun perasan ek?..

Nanti ubah semula. Penggunaan nama aku tu mcm kena ada pd semua plot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2015 03:07 PM | Show all posts
Ipo replied at 20-8-2015 03:00 PM
Hahaha...ko pun perasan ek?..

Nanti ubah semula. Penggunaan nama aku tu mcm kena ada pd semua p ...

sajesyen aku yg perasan pandai neh..
letak pembahagi lah antara part yg guna AKU dan yg tak guna AKU.

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 03:13 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 20-8-2015 03:07 PM
sajesyen aku yg perasan pandai neh..
letak pembahagi lah antara part yg guna AKU dan yg tak guna ...

Takyah pembahagi. Teruskan guna PoV watak. Abaikan aje PoV 'aku' awal-awal tu. Baru dua bab.

Unless Ipo memang nak teruskan dgn PoV 'aku' tulah.

Aku tak reti guna PoV 'aku'. Susah nak luaskan penceritaan. Apatah lagi kalau citernya belit-belit
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 03:25 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 20-8-2015 03:13 PM
Takyah pembahagi. Teruskan guna PoV watak. Abaikan aje PoV 'aku' awal-awal tu. Baru dua bab.

Un ...

Aku seekor kucing. Buluku hitam bertompok putih. Namaku Nicki. Miaoooowwww!

Tiba2 je.. kuar ayat ni dlm kepala otak aku bila baca posting ko neh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 03:31 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 20-8-2015 03:32 PM
cmf_conan replied at 20-8-2015 03:25 PM
Aku seekor kucing. Buluku hitam bertompok putih. Namaku Nicki. Miaoooowwww!

Tiba2 je.. kuar aya ...

Kurang asyem.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.091675 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list