CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: epsilonnotch

Novel - Mulan & Mushu

[Copy link]
 Author| Post time 18-5-2015 12:15 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 18-5-2015 12:08 PM
Meh akak bagitau dik. Cik Lit tu = Chick Lit

oh baru eden faham

dont worry saya penulis lelaki








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2015 12:17 PM | Show all posts
epsilonnotch replied at 18-5-2015 12:04 PM
isu pedo memang jadi tema dlm novel ini
inspirasi daripada kisah pedo yang menjadi taboo dalam m ...

bunyi menarik...

cik lit = chick lit sudah diterangkan oleh penulis nicki lee

genrenya begini.... (pacit google yg bg ni)

Gaya bahasanya ngepop, lincah, mudah dicerna, dan penuh dengan humor-humor konyol sekaligus cerdas, yang membuat pembaca tersenyum geli. Istilah-istilah yang digunakan banyak menggunakan kosakata modern yang sedang ngetrend dan tak asing di kalangan perempuan modern.




so x sesuai dgn hakak kertu lg konservatif ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 04:19 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 18-5-2015 04:20 PM

pedo...ya banyak berlaku sekarang..teruskan

speku>>>budak perempuan tu adalah Ain Suhana, masa tu dia berumur 11 tahun.

cuma tak faham scene ni..

“Nah…Dah jumpa kawan,” kata budak lelaki itu sambil menyerahkan sesuatu objek kepada seorang budak perempuan. Imej objek berkenaan kelihatan samar-samar dan kusam kerana memorinya seakan-akan padam.


kan budak lelaki tu dah jatuh dalam perigi..macam mana dia boleh jumpa semula budak perempuan tu? Ada scene tertinggal? Atau adakah Mulan tu budak perempuan yang ada dalam perigi tu, yang dicari2 Mushu?






Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 04:45 PM | Show all posts
aku hrp tk tuko idea.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 04:47 PM | Show all posts
epsilonnotch replied at 18-5-2015 11:45 AM
saya sudah update
jemputlah baca

asal aku tk dpt noti ko reply post aku?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 04:48 PM | Show all posts
epsilonnotch replied at 18-5-2015 11:45 AM
saya sudah update
jemputlah baca

asal aku tk dpt noti ko reply post aku?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2015 07:21 AM | Show all posts

ummm bukan tadi budak umo 12 tahun tu kene heret ngan budak lelaki tu ke parit kan? abis siapa dlm perigi?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 07:21 AM | Show all posts

tapi I suka jalan cerita u, teruskan ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2015 12:15 PM | Show all posts
Edited by epsilonnotch at 20-5-2015 12:24 PM

BAB 2


Ain memandu kereta sedan yang dipinjamkan dari balai polis tempatnya bekerja seharian. Walaupun reka bentuk kereta yang berjenama Proton Waja itu agak arkaik, namun model keluaran untuk kegunaan pihak polis ini masih lagi baru. Ain menggunakan kenderaan ini sejak dua tahun lepas sewaktu dia baru sahaja berkhidmat sebagai anggota polis pelatih di mana dia diarahkan untuk mempelajari cara-cara pemanduan yang cermat dan berkesan semasa melakukan penangkapan. Ternyata dalam beberapa siri ‘cat and mouse’ , Ain berupaya mengejar penjenayah seterusnya memudahkan rakan sejawatnya menangkap mereka dengan pantas. Sejak daripada itu, kereta ini satu-satunya kenderaan rasmi Ain di mana-mana sahaja dia melakukan rondaan, melakukan urusan persendirian dan membawa penjenayah. Ain menuju ke penjara Sungai Buloh di mana Stefano dipenjarakan. Perjalanan sekurang-kurangnya memakan masa sejam memandangkan keadaan jalan raya yang agak sibuk pada waktu tengah hari itu.


        Ain akhirnya tiba di pintu utama penjara. Suasana persekitaran penjara agak sunyi kerana ketiadaan pelawat. Hanya pohon ketapang yang tunggal ini menjadi peneman sementara. Kelihatan dua orang pengawal keselamatan sedang duduk sambil memegang erat senapang M16. Seorang lagi berada di dalam pondok berkaca.  Ain membawa keretanya mendekati pintu gerbang utama untuk bertanya sesuatu sebelum kemudiannya diarahkan pengawal untuk meletakkan kenderaannya di luar pintu utama. Ain menguncikan pintu keretanya lantas menuju ke pondok berkaca.


        “Salam hoi hoi, boleh saya tanya tujuan hampa ke mari, cik polis ? ,” tanya pegawai tersebut.


        “Wassalam. Saya ada temujanji dengan banduan bergelar Stefano. Nama melayunya, Sarip Hussein.”


        “Boleh saya dapatkan kad pengenalan? ” Ain segera menyerahkan kad pengenalan berserta surat kebenaran berdaftar kepada pegawai tersebut.


        “Sebentar ya ,” pinta pegawai berbangsa Tiongha tersebut. Berdasarkan dialek tutur katanya, pastinya dia berasal dari utara tanah air.


        “Okay. Terima kasih. Hang boleh masuk sekarang. Tunggu warden penjara bertugas. Dia mai kejap nanti .”


        Ain yang berseragamkan biru tua dengan lencana berpangkat satu paku di atas apulet yang bertatah di bahu kedua-duanya  dibawa salah seorang pengawal yang berdiri di luar pintu tadi ke laman menunggu. Ain duduk di atas sofa sambil cuba mententeramkan dirinya.


        Dia berasa gugup apabila memikirkan orang yang akan ditemuilah ialah pemangsa buas yang menyebabkan dirinya sengsara bertahun-tahun lamanya. Sudah pasti Ain berasa lega kerana Stefano telah ditangkap dan dikenakan hukuman. Namun, persoalan-persoalan yang bermain di fikirannya selama ini sering menghantui dirinya. Ain berhadapan dengan trauma yang pasti diingatinya sampai bila-bila. Trauma silam yang sangat pedih dan menyakitkan. Trauma yang bertahun-tahun menjengah kehidupannya baik melalui mimpi mahupun kesan terhadap pergaulan dengan kaum lelaki. Dan juga rentetan daripada kejadian itu, Mushu tiada lagi berada di dunia yang fana ini. Ain hanya mengetahui empunya nama ialah Mushu (bukan nama sebenar) yang menamakannya Mulan. Sepanjang pertemuan yang singkat itu, Ain sedar bahawa dia mesti kuat menangkisi sebarang perlakuan durjana oleh sesiapa yang cuba merenggut harga dirinya  walaupun dirinya bersendirian.


        “Salam. Saya warden bertugas, Hamid ,” kata wadar tersebut sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam. Ain menyambut salam Hamid.


        “Saya akan bawa cik ke jel banduan yang dimaksudkan ,” sambung Hamid.


        Ain mengikuti Hamid dari belakang. Mereka melalui koridor yang menghubungkan pejabat dengan bilik tahanan. Semua blok penjara dibekalkan dengan sistem keselamatan yang tinggi serta peraturan penjara yang sangat ketat yakni untuk mengelakkan kejadian tidak teringini berlaku seperti rusuhan, perbalahan antara banduan, cubaan melarikan diri dan sebagainya. Kesemua banduan yang berhadapan dengan hukuman mati diasingkan dengan banduan yang menjalani hukuman penjara untuk beberapa tahun tertentu. Ain dibawa Hamid menuruni tangga untuk ke blok penjara yang menempatkan Stefano. Semakin menjejakkan kakinya menuruni tangga, semakin debar hatinya. Ain memejamkan mata untuk memenangkan hatinya sambil mengetuk dada. Hamid berasa pelik melihat kelakuan Ain tetapi tidak menyoal sebabnya.


Ain cuba sedaya upaya menyembunyikan kegugupannya sebaliknya memberanikan diri untuk menanya kepada Hamid tentang kehidupan Stefano sepanjang dua belas tahun berada dalam penjara. Apabila jiwanya sedikit tenang, Ain terus melontarkan soalannya.


        “Abang Hamid dah berkhidmat berapa lama di sini?”


        “Lapan tahun cik. Macam macam ragam banduan di sini. Berkenaan Sarip ini pula, saya agak kagum dengan perubahannya.”


        Ain tersentak dengan pengakuan Hamid. Orang durjana sebegitu tak mungkin bertaubat dengan mudah, fikirnya.


        “Apa yang dia telah buat sepanjang berada di sini ? ,” tanya Ain secara sinis sambil cuba memendamkan kemarahannya.


        “ Saya dengar dulu pada mulanya Sarip ini pendiam dan suka buat hal keseorangan. Tapi saya sedikit kagum apabila baru-baru ini dia jadi pendamai banduan-banduan yang cuba merusuh keluar dari penjara. Dia pun sudah mula ikut cakap ustaz. Sudahlah gelarkan dia Stefano. Saya jamin Sarip sudah berubah .”


        “Sapa lagi pernah melawat Stefano ini?”


        “Ada 5 orang kalau ikut rekod. Dua daripadanya ialah saudara maranya termasuk ayah tiri dan adiknya. Ibunya pula baru meninggal dua tahun lepas. Tiga orang yang lain pula ialah doktor psikiatri, rakan sekolahnya dan peguambela. Kamu kenal tak Azmi Rais?”


        “Yup. Pemain bola terkenal itu kan? Dulu sangat popular“


“Ya. Dia pernah dapat gelaran kasut emas 2 kali dalam beberapa liga yang dimenangi untuk kelab negeri yang diwakilinya. Dia dah bersara dari arena sukan bola sepak tahun lepas. Sekarang tengah aktif mencari perintis daripada kalangan anak-anak muda yang minat dengan bola sepak. Dia juga pelopor program Soccer Kids.”


“Ada kena mengena dengan Stefano?”


“Ya…dialah kawan sekolah Sarip. Ikut kiraan, setiap tahun dia akan melawat sekurang-kurangnya sekali. Tahun ini saja saya tak nampak kelibatnya ,” kata Hamid sambil menguis dagunya.


“Yalah. Minggu depan pun akan bebas. Buat apa lagi nak lawat, ya bukan? ,” sambung Hamid sambil ketawa.


“Yang doktor psikiatri apa kerjanya? ,” tanya Ain lagi.


“Itu saya tak berapa jelas tapi saya ada dengar daripada pegawai khas sini katanya dia ditugaskan oleh pasukan psikiatri UiTM untuk kajian waras.... apa itu..psikologi orang putih kata. Dia baru saja lawat 3 bulan lepas. Ini kali kedua rasanya.”


“Macam mana pula dengan peguam? Dia jumpa Stefano untuk apa?”


“Oh pasal bayaran hutang guaman yang tertangguh. Ayah tiri dia tak da duit nak bayar. Jadi dia datang sendiri berbincang. Kali terakhir mereka bertemu empat tahun lepas. Sarip sign bagi kebenaran cairkan harta warisan ibunya.”


“Terima kasih Hamid atas info. Apapun saya kurang selesa bila diceritakan kebaikan laki ni. Dia ialah perosak bangsa. Penjenayah pedofil tersohor lima belas tahun lepas. Mangsa semua budak kecik. Kena rogol tanpa pembelaan. Dia dihukum berdasarkan perlakuan ke atas mangsa terakhir saja. Sepatutnya kena meringkuk penjara seumur hidup,” tegas Ain terhadap Hamid dengan nada yang beremosi.


“Sorry cik. Saya cuma jalankan tugas. Apa yang saya tahu daripada pengamatan saya ,” kata Hamid menegakkan pendapatnya.


Mereka tiba di penghujung bilik kebal. Hamid menghentikan langkahnya sejurus tiba di pintu masuk. Seorang warden penjara menyambut ketibaan mereka dan meminta mereka masuk ke dalam pejabat kecil tersebut. Ruang pejabat dihiasi dengan rekod-rekod harian banduan, memento dan naskhah buku-buku termasuklah Al-Quran, Life In Prison oleh Stanley Williams, Man’s Search for Meaning oleh Victor Frankl  dan La Tahzan hasil nukilan Aidh Abdulla. Yang membedakan pejabat dan kantin ialah cermin tebal. Ain dapat menatap gelagat banduan-banduan tersebut dari dalam pejabat. Dicari-carinya Stefano dari celah-celah ceruk lautan manusia. Pada waktu ini, mereka sedang bersantapan menikmati makanan tengah hari. Ada antara mereka sedang bermain gusti lengan. Puas matanya melilau mencari.


“Halo cik. Nak jumpa Sarip kan?,” tanya warden berbangsa India yang bernama Tommy itu sambil melambai-lambai tangannya ke arah Ain yang termenung.


“Dia dah ditempatkan ke penjara khas kerana you nak jumpa dia hari ini.”


“Ya betul. Saya lupa yang dia minta tiada direkodkan kamera. Jadi, boleh saya jumpa dia sekarang?”


“Nanti saya maklumkan. Sebentar ya.”



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2015 12:28 PM | Show all posts
Esmiria replied at 19-5-2015 04:48 PM
asal aku tk dpt noti ko reply post aku?

entahlah kena tanya admin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2015 12:32 PM | Show all posts
Ipo replied at 18-5-2015 04:19 PM
pedo...ya banyak berlaku sekarang..teruskan

speku>>>budak perempuan tu adalah Ain Suhana, ...

ada pertindihan kisah silam
ada yang belum didedahkan lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2015 12:32 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 18-5-2015 12:17 PM
bunyi menarik...

cik lit = chick lit sudah diterangkan oleh penulis nicki lee

okay terima kasih akak lady
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2015 12:57 PM | Show all posts
yipun_78 replied at 20-5-2015 07:21 AM
tapi I suka jalan cerita u, teruskan ye

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
errrrr... 1 bab cuma 1 post ka
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 11:12 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 20-5-2015 08:49 PM
errrrr... 1 bab cuma 1 post ka

gigih la lady kopi pes dlm word.... lepas edit kpd 1.5 spacing, dpt ler 5-7 ms gitu.
Bilangan ms dah ok tp en tt tlg lah pecah2kan kpd beberapa pos. Tak berpinau mata membacanya



Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 01:02 PM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 06:53 AM | Show all posts
tolong rajin update ye...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 02:52 PM | Show all posts
err sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2015 10:30 PM | Show all posts
Edited by epsilonnotch at 30-5-2015 10:34 PM

BAB 3


        Sebaik tiba di bilik khas, Tommy meminta Ain tunggu sebentar. Kerana rel-relnya sudah ketat dan berkarat, jeriji besi disentapnya dengan kuat sehingga berkeriuk. Tinggal pintu logam sahaja yang belum dibuka. Banduan memasuki penjara khas ini dari laluan lain.


        “Jika banduan bertindak liar, hubungi kami. Ada butang siren di dalam. You tak perlu risau,” ujar Tommy lalu memulaskan anak kunci pada mangga bergred CEN 4. Mangga dicabut manakala pintu dikuakkan dari luar. Cahaya lampu pendaflour terang-benderang menusuk mata Ain. Dia segera masuk ke dalam sambil menjinjing beg kulit yang berisi buku nota. Dia menutup rapat pintu itu.


        Sambil melangkah menghampiri kekisi besi yang menempatkan Stefano, Ain cuba mententeramkan dirinya. Debaran hatinya semakin kurang terasa apabila memikirkan Mushu. Perlahan-lahan langkah kakinya menuju kea rah Stefano. Sebaik tiba di kekisi besi, Ain terlihat lembaga manusia sedang duduk  mencangkung ke arah dinding membelakanginya sambil menguis sesuatu di atas lantai. Tidak lain tidak bukan, itulah Stefano. Susuk tubuhnya tidak banyak berubah seperti lima belas tahun yang lepas. Lengannya masih bertatu. Kedua-dua pergelangan tangannya bergari panjang.


        Stefano menoleh kepalanya ke belakang dan mengukirkan senyuman jahat.


        “Ya cik polis ,” getus  Stefano.


        “Aku…datang sini …”. Belum sempat Ain menutup bicara, Stefano bingkas bangun dan berlari meluru ke arah Ain walaupun kedua-dua kakinya masih dirantai. Dia berhati-hati menggerakkan kakinya agar tidak tersadung. Kemudian, dia menggenggam rapat palang besi penjara merenung tajam ke arah Ain.


        “Sape kau? ,” gertak Stefano. Palang beli bergoncang seketika kerana tekanan daripada genggaman Stefano yang sangat kuat.


Ain terkejut lalu berundur ke belakang tiga langkah. Dia tergopoh-gemang. Badannya menggigil ketakutan. Trauma yang satu ketika dulu sudah mula meracuni pemikirannya. Ingatannya menyingkap kembali sewaktu dia hampir pasti membiarkan dirinya dinodai. Sewaktu itu, tubuh keanak-anakannya telah menggecarkan Stefano dengan jejehan liur jelas menuruhi pangkal lidahnya seperti anjing sedang kepanasan. Mengimbas kembali bagaimana Stefano cuba untuk mencengkam pergelangan tangan Ain bagi memulakan angkara durjananya, di saat-saat itu juga kudratnya tangkas menangkis. Ya, kelibat Mushu umpama Kesatria tulen sepintas lalu muncul di saat-saat dia memerlukan pertolongan. “Mulan kena kuat..macam laki”. Itu peringatannya. Ain tersedar lalu mententeramkan dirinya. Jari-jemari sudah mengenai butang siren kecemasan tetapi dia sempat menarik tangannya daripada menekan.


        “Sudah. Berdiri kau di situ ,” jerit Ain dengan tegas.


        “Kau tau aku sape. Sebab tu kau tak mau polis rekod ,” sambung Ain lagi.


        “Ha ha ha ha ha……  benar.” Stefano ketawa mengilai. Dia merapatkan muka cuba untuk membatasi liang-liang jeriji.


        “Apa tujuan kau ke mari? Kau nak aku rogol? ”


“Tak. Aku tak minat gadis dewasa… Ha Ha Ha Ha ,” gelak Stefano lagi.


Amarah harus diredakan kerana ketrampilan selaku pegawai polis perlu diutamakan. Ain cuba untuk bertindak professional. Segala cacian dan hinaan Stefano harus diketepikan. Dia datang sini kerana mahukan jawapan iaitu Mushu.


“Di manakah kau letak budak  lelaki sebaya aku dulu? , “ tanya Ain.


“ Polis tak jumpa kah ? Har Har Ha”. Stefano bercenerul.


“ Dalam telaga kau telah junamkan dia. Aku tak jumpa. Di manakah dia? Di manakah mayat dia? Masa aku kecil, memang benar polis sukar percaya Sekarang, tidak lagi.”


“ Telaga? Aku tak pergi situ. Bila masa? ,” jawab Stefano menafikan gesaan Ain. Lantaran itu, Ain terkejut dengan pengakuan Stefano. Mungkin memorinya silap mengeja.


“Oh aku ingat semula bila aku kena bicara di kandang. Ada saksi tampil gunakan peguam tanyakan aku pasal budak laki ini. Jadi kaulah orangnya.”


“Sudah aku bagitahu. Aku tak kenal pun budak laki itu. Tapi aku kenal kau. Mestilah kau, orang yang tak sempat aku tuai benihku ,” gelak sinis Stefano sambil terbatuk seketika. Suara atuk yang serak kekeringan itu jelas kedengaran daripada rongga peti suara.


“Lupa aku nak bagitahu. Dua minggu lagi kau akan dapat kes baru. Nantikan.” Ketawa lagi Stefano mengenangkan Ain seperti sudah menunduk kalah. Tetapi, jangan disangka panas hingga ke petang, kerana hujan boleh turun di tengah harinya.


“Diam,” lolong Ain lalu memberanikan dirinya menghampiri jeriji besi. Siren amaran berbunyi riak apabila tangan Ain memegang erat palang tersebut tanda Ain perlu menjarakkan dirinya daripada banduan. Kedua-dua mereka akhirnya bertentang mata. Tanpa teragak-agak, Stefano meludah ke arah Ain. Ain yang tersentak dengan tindakan spontan itu tidak berjaya mengelak ia mengenai pipinya. Setelah puas melihat gugusan air liur mengenai kulit muka Ain, dia mengesat bibirnya dengan buku lengannya. “Sedap ,” bisiknya perlahan.


Ain menggunakan kedua-dua tangannya lalu mencekik leher Stefano. Siren keselamatan pula berbunyi deras sehingga memekikkan telinga. Pintu utama dibuka dengan cepat. Kelihatan Tommy meluru masuk dengan pistol Glock 17 dipacukan ke arah mereka. Dia sedikit terkejut kerana orang yang mencetuskan siren keselamatan itu tidak lain tidak bukan ialah Ain sendiri. Perhatiannya tidak teralih untuk dia melepaskan keadaan berhati-hati meskipun Ain yang berbuat demikian. Maka, pistol diacukan ke arah Ain.


“Bodoh. Kau ingat aku datang sini untuk dicaci kah? Aku datang sini nak bagitahu kau kau takkan bebas. Kami, polis akan awasi setiap tingkahlaku, pergerakan kau di luar. Yang pasti, aku akan tetap dakwa kau atas pembunuhan Mushu , “ gertak Ain dengan garang tetapi tangannya tidak cukup kuat mencekik leher Stefano bagi membuatkannya merana.


“Tolong…tolong…Tommy..aku tak leh nafas ,” pinta Stefano.


“Ain, mohon lepaskan tangan kamu. Kami pihak penjara ada tanggungjawab. Tak leh cederakan banduan dalam siasatan.”

Ain melepaskan tangannya perlahan-lahan lalu beralih menjarakkan langkah menjauhi Stefano.

“Saya sudah selesai ,” sebut Ain dengan nada kurang berpuas hati. Dia melepasi Tommy lantas keluar dari bilik kebal tersebut. Tommy merapatkan dirinya ke arah Stefano.


“Kamu tak apa-apa kah? ,” tanya Tommy dengan prihatin.


“Aku okay saje Tommy. Minggu depan aku akan bebas sepenuhnya.  15 tahun aku dipenjarakan. Banyak aku belajar sini. Segala sahsiah, rohani apa semua sudah aku pelajari ,” kata Stefano. Begitu pandai sekali Stefano menyembunyikan kelicikannya di hadapan pegawai-pegawai dan warden penjara. Di hadapan mereka, dia berlaku baik tetapi apabila di belakang mereka, segala sifat jahat jelas membengkar.


“Siapa pegawai polis tadi? Kenapa dia jumpa kamu? ,” tanya Tommy ingin mendapatkan kepastian.


“Kau tak dengar ker tadi? Dia nak dakwa aku lagi lah. Dia ingat aku bunuh budak laki sebaya dengannya. Gila. Aku tak pernah jumpa pun budak tu .”


“Oh benarkah? Aku dengar dulu dia jadi saksi pendakwaan ke atas kamu kan? Dah tak jadi credible sebab dia cakap kamu bunuh budak laki. Tapi polis tak jumpa pun bukti kewujudan budak laki itu sama-samanya dengannya masa kamu kurung mereka ,” kata Tommy.


“Apapun aku nampak Sarip, kamu dah belajar abis di sini. Selaku pegawai senior di sini, hari ini juga kalau boleh aku mahu lepaskan kamu.”


“Sabar. Lagi seminggu bukan? Aku dah janji nak belanja kau orang makan kat kedai mamak special yang aku janjikan hari itu. Entah ada lagi ker tak? Dah 15 tahun berlalu. Harap-harap owner hidup lagi. Ajak sekali Hamid dan Ibrahim,” kata Stefano pula.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2015 10:31 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 22-5-2015 11:12 AM
gigih la lady kopi pes dlm word.... lepas edit kpd 1.5 spacing, dpt ler 5-7 ms gitu.
Bilangan ms ...

ya benar
kali ini saya sudah tahu tekniknya
saya copy paste ke dalam forum dalam simple coding mode
Maka alingment tidak banyak yang lari.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.096624 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list