CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Dunhill.

[Tempatan] Berita Baik Utk Johorean..Kereta Spore Masuk JB kena caj VEP

[Copy link]
Post time 8-4-2015 01:57 PM | Show all posts
Dunhill. replied at 8-4-2015 01:50 PM
saya paste jah...anda boleh betulkan mana2 fakta yang salah..lagipun warga johor dah tentu maklum  ...

dh ader warga spore yg protest ker suh boikot msia?

awat RM20 jerk? skali hentak bg RM50 la kalo branik kn?

ishhh sy neh tk byk sgt maser cumer mampu gelak sopan jerkk bacer artikel yg di tulis oleh beliyau time kureng oksigen kt otak. bkn org msia jerk kener levy kalo nk kija kt spore khenn? aikkk gaji X 2.67 pung nk bising ker? bkn ker most co yg absorb levy neh? dh ler nk kija kt spore sesak kn causeway, bg kotor udara spore ngan eksos yg tk penah nk bersih kn tuh, lg nk bunyik ker?

org spore kalo pkai hiway msia pung kener bayar haper, bkn nyer per, so aper yg dia nk bising psl VEP,  dia nk bayarkn ERP tuh pkai aper

dh ler semak kn roads kiter, byk sachok nk drive kt CBD area for free ?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2015 02:11 PM | Show all posts
Edited by Dunhill. at 8-4-2015 02:14 PM
dutchy replied at 8-4-2015 01:57 PM
dh ader warga spore yg protest ker suh boikot msia?

awat RM20 jerk? skali hentak bg RM50 la kal ...

Cadangan kerajaan nie sendiri memang bagus.... tapi masalahnya pemimpin2 kita ni lebih sayangkan org singapura... takut nanti kalau mcm2 tax atau peraturan dibuat ke atas rakyat singapura, dorang takmoh dtg malaysia.... bila tak dtg, rugi dari segi kemasukan pelancong dari singapura...

walhal, org singapura tu kalau tak kat malaysia atau lalu malaysia ni, dorang nak pegi mana?? takkan semua mampu nak naik kapalterbang lintas malaysia utk melancong tempat lain??? balik2 dorang musti dtg malaysia punya... bukan setakat saudara mara, harta benda dorang, tanah pun berlambak ada kat malaysia ni.. takkan dorang nak tinggal mcm tu je...

saya pun memang geram sebab singapura buat mcm2 tax dan peraturan utk rakyat kita masuk dan kerja di singapura, tapi rakyat kita pergi dan kerja jugak di singapura... tapi pemimpin malaysia takut sgt nak buat perkara yg serupa pd rakyat singapura... toksah jauh2, nak dptkan saman dari rakyat singapura yg bawak kereta mcm F1 pun payah sangat... kalau dgn rakyat sendiri bukan main lagi sampai sanggup tahan kemudahan menghidupkan roadtax kalau tak bayar saman!!!



Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:18 PM | Show all posts
bijak, bijak sangat sangat bijak,

pemerentah dan kerajaan Johor

Tahniah, tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:23 PM | Show all posts
Dunhill. replied at 8-4-2015 02:11 PM
Cadangan kerajaan nie sendiri memang bagus.... tapi masalahnya pemimpin2 kita ni lebih sayangkan o ...

sy berharap supaya VEP neh mmg utk keta plate asing jerk, jgn mcm tol nyer issue, keta msia pung kener bayor nk msk negri senderekk

sy peratikn jerk sejak tol naek makin kureng keta plate spore kt jb, alhamdulilah..kalo boleh sy pung nk suh org spore kasik siam sama JB.biar ramai peniaga gulung tikar and let indon and paki yg take over business dorang.

harap jugek la tesco bagai tuh dh tk ramai org spore mai borong brg, sy ader bacer org jb mencik btol kener Q psl org spore kalo dh blanjer tk agak2, smpai 2 troli, kesian jugek tengok yg mampu penuhkn suku troli tuh.merah jerk mater mcm bijik saga

ntah2 keruntuhan RM tuh pung ader konspirasi, naek kn tol, VEP kt tambak, tp exchange rate makin lamer makin murah utk org spore, saper yg huntung?

sporeanss jugekk

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 02:35 PM | Show all posts
dutchy replied at 8-4-2015 02:23 PM
sy berharap supaya VEP neh mmg utk keta plate asing jerk, jgn mcm tol nyer issue, keta msia pung k ...

Isu VEP: Tidak berbaloi belanja di JB, warga Singapura didesak pulang


Warga Singapura menetap di Johor Baru pertimbang kembali ke negara asal, tertekan dengan kadar Permit Masuk Kenderaan yang mahal. Gambar fail The Malaysian Insider.Warga Singapura yang menetap di Johor Baru sedang mempertimbangkan untuk kembali ke kota singa itu selepas tertekan dengan kadar Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang melambung tinggi.
Akhbar Sinar Harian melaporkan hari ini kenaikan caj VEP yang dikenakan Singapura dan bakal diperkenalkan Malaysia hanya akan menambah tekanan kewangan selain kesesakan di kedua-dua laluan menyukarkan urusan merentasi sempadan.
“Kebiasaan warga Singapura akan membeli-belah, bercuti di sini tetapi kalau ada VEP di Malaysia, dan kenaikan kadar itu oleh kerajaan Singapura, mungkin ia tidak berbaloi untuk terus menetap dan datang ke sini (Johor).

“Kiraan kewangan sama seperti berbelanja di Singapura malah ia lebih menjimatkan daripada segi masa dan belian minyak akibat kesesakan di pintu masuk,” kata Amy kepada akhbar itu.
Beliau yang sudah menetap selama 5 tahun di Johor berkata, warga Singapura juga akan mempertimbangkan untuk menjual aset mereka di negeri itu selepas melihat kenaikan kadar VEP.
“Ramai kawan senasib saya kini sedang mempertimbangkan untuk balik ke Singapura kerana orang kebanyakan seperti kami tinggal di luar bagi menyimpan sedikit wang dan aset.
“Bagi mereka yang memiliki aset dan hartanah mungkin akan pulang ke sini sebulan sekali atau menjual terus pemilikan kerana jika ia dibiarkan akan menjadi tumpuan penjenayah jika tidak disewakan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Amanda berkata pengenalan VEP oleh kerajaan Malaysia akan menjadikan perbelanjaannya ke tempat kerja meningkat lebih sekali ganda, lapor akhbar itu.
Katanya, sebelum ini hanya $SG300 (RM780) sebulan diperlukan untuk bayaran keluar-masuk Malaysia-Singapura setiap hari ke tempat kerja, namun kosnya akan naik berganda jika perlaksanaan VEP oleh kerajaan Malaysia dan cadangan kadar baharu di Singapura.
“Anggaran $SG800 (RM2,000) perlu dibelanjakan menerusi sistem baru ini malah ia tidak berbaloi kerana perlu berdepan kesesakan," katanya kepada Sinar Harian.
Satu akaun Facebook dipercayai milik seorang rakyat Singapura menggunakan nama Sean Pual juga menyeru rakyat negara itu untuk berhenti memasuki Johor dan melihat kesan kenaikan VEP oleh Malaysia.
"Singaporean should be united! Don't go to JB first and see what happen to them (Rakyat Singapura mesti bersatu! Jangan pergi ke JB dulu dan lihat apa jadi kepada mereka)," katanya dalam postingnya.
Dia disokong seorang rakan yang menyeru warga Singapura membeli keperluan runcit, mengisi minyak petrol dan bercuti di republik itu semasa hujung minggu.
Kadar baru VEP yang dikenakan kerajaan Singapura meningkat daripada RM54.10 kepada RM90 sementara Malaysia juga menaikkan kadar tol yang kebanyakannya mencatatkan kenaikan lebih 300% kepada pelbagai kelas kenderaan. – 12 Ogos, 2014.


Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.063175 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list