|
tq Nay...tacang
|
|
|
|
|
|
|
|
ya reeny...cuba citer santai
|
|
|
|
|
|
|
|
lokcin akan diberitahu dalam citer ni nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 8-4-2015 09:50 PM
TIBA di kampus, terkocoh-kocoh pula Leya menapak ke arah dewan kuliah. Beg sandang disangkut kemas di bahu kiri sambil berlari-lari melalui sepanjang jalan batu bata merah menuju ke dewan kuliah yang terletak di sebelah perpustakaan. Buku rujukan dipeluk kemas rapat ke dada, tidaklah nanti terlepas dari genggaman tangannya. Tangga dilangkau dua, cepatlah sikit sampai nanti ke dewan.
"Aduh..mati aku!" Jarum jam di pergelangan tangan dijeling sekilas. Hampir sembilan setengah. Kelasnya bermula lapan setengah. Ini dah memang sah-sah dikenakan denda nanti. Langkahnya semakin laju.
Pintu dewan kuliah dikuak perlahan. Kepalanya dijengul sebentar. Kelihatan Prof. Madya Rohani sudah rancak mengajar di depan. Terjingkit-jingkit Leya menapak mencari tempat duduk.
"Kamu!!!"
Langkah Leya terhenti. Dia menelan liur. Perlahan dia mendongak dan memandang pensyarah setengah abad itu yang sudah bercekak pinggang di depan. Matanya beralih pada pelajar lain yang hanya seramai 25 orang saja. Terasa semua bola mata tepat memandang ke arahnya.
"Err...sa..saya ke?" Leya tersengih-sengih.
"Ya! Kamu! Turun sini!" Laung Prof. Madya Rohani.
Leya menelan liur lagi. Sungguh dia tidak sengaja masuk lambat kelas pensyarah yang terkenal dengan suara 'tiger' itu. Sekali 'mengaum', boleh kecut segala urat saraf! Terpaksa juga dia mengorak langkah menuruni anak tangga dewan kuliah itu menuju ke depan.
"Rasanya sudah banyak kali saya beritahu peraturan kelas saya. Awak faham maksud saya?" Tepat anak mata Prof.Madya Rohani menatap wajah pucat anak didiknya itu.
"Ma..maaf Prof. Saya terbangun lambat tadi.." Dengan wajah tunduk ke lantai, Leya berbicara. Tidak berani dia menentang anak mata pensyarahnya itu.
"Saya maafkan awak..sebab ini kali pertama awak lambat. Awak boleh ambil tempat duduk."
Leya melangkah lemah menuju ke tempat duduk. Jelas di cuping telinganya kedengaran suara ketawa kecil dari pelajar di situ. Dia menggumam sendiri, yalah dia sudah melakukan kesalahan, tadah sajalah telinga, pekakkan sajalah kalau tak nak dengar.
"Cantik kasut!"
Langkah Leya terhenti bila terasa sepasang kaki sudah dilunjurkan di laluannya. Dia menoleh ke kiri. Bibir diketap kuat.
"Boleh alih kaki awak?" Leya sopan berbicara. Dia malas mencari pasal dengan lelaki yang perasan bagus sangat itu. Poyo je lebih!
"Guys, look at her shoes.." Faliq jeling pula pada rakan-rakannya di sebelah sambil menuding ke arah kasut yang dipakai Leya.
Leya pula cepat-cepat melihat kasut yang dipakainya. "Hah??? Macam mana aku boleh pakai kasut kahwin ni??"
Faliq dan rakan-rakannya ketawa mengekek. Leya pula hanya mampu mengetap bibir. Dia segera melabuhkan punggung sebelah Sheera, bersebelahan tempat duduk Faliq. Kali ini mukanya ditundukkan serapat mungkin ke meja. Malu betul!
"Leya...mamat tu cakap apa kat kau?" Bisik Sheera, melihatkan Leya terus saja menutup muka denga nota kuliah.
"Dah..nanti aku cerita. Nanti menyinga pula Prof 'tiger' tu." Balas Leya. Memang dia tidak tahu hendak sorokkan muka di mana. Sesekali dia intai kasutnya sendiri yang terlindung di sebalik kain baju kurung berona biru laut itu. Dilunjurkan kasut yang dipakai. Dia meluku kepalanya sendiri berkali-kali. Kenapalah aku pakai sebelah merah dan sebelah lagi hitam??
Sepanjang kelas hari itu, fikirannya tidak keruan. Asyik memikirkan kasut yang dipakai berlainan warna. Entah apa yang difikirkan pagi tadi sehingga tidak perasan kasut yang dipakai. Perlahan Leya berpusing memandang Faliq. Dia cepat-cepat alihkan matanya ke arah lain. Faliq dari tadi tidak lepas matanya dari memandangnya. Dah kenapa mamat tu? Tadi bukan main lagi perli aku!
USAI kelas, Leya cepat-cepat mengajak Sheera keluar dari dewan kuliah. Dia harus ke keretanya semula. Baru teringat ada sepasang kasut yang disimpan di belakang bonet.
"Weh! kau nak ke mana ni?" Sheera tarik tangan Leya yang menonong saja menuju ke tempat letak kereta.
"Aku nak tukar kasut. Nih!" Leya julurkan kakinya.
"Hah??Kau..kau kenapa ni sampai pakai kasut lain-lain warna ni?" Sheera yang mulanya terpinga-pinga, terus meledak ketawanya.
"Huh! Kau pun sama dengan Faliq tu!" Leya merengus. Tanpa hiraukan Sheera yang sudah terkekek-kekek di situ, dia mengatur langkah ke arah parkir kereta.
"Weh! Itu pun nak merajuk ke?" Sheera mengejar Leya yang sudah laju menapak ke kereta.
DARI pintu dewan kuliah, Faliq tersenyum sendiri melihat gelagat gadis kecil molek itu. Senang sebenarnya dengan gadis itu. Kalut, kelam kabut tapi baginya comel! Namun egonya melebihi semua itu. Sejak dulu dia menyakat gadis itu dan mana mungkin tiba-tiba dia mengaku dia suka. Mahunya disembur sedas dua nanti! Beg sandangnya disangkut kemas bila terasa melurut.
"Faliq!"
Faliq menoleh. Firdaus berlari ke arahnya. "Kau dah habis kelas ke?"
Firdaus, rakan satu rumah yang mengambil jurusan kejuruteraan dan dia pula jurusan pengurusan perniagaan di UM.
"Ya dah habis, kau tengok apa sampai senyum sengih sorang-sorang?" Firdaus turut jenguk ke arah yang dilihat Faliq tadi. Tiada sesiapa, namun matanya tertancap pada dua gadis yang sedang beriringan menuju ke perpustakaan. Senyuman mula terukir di bibir. Gadis berbaju kurung biru air laut itulah yang ingin didekatinya. Namun sampai saat ini, dia tiada peluang untuk itu.
"Tak ada apa. Kalau dah habis kelas, jom ke food court. Aku lapar la. Korang bukan nak masak pagi-pagi." Faliq sengih. Perutnya diusap-usap. Bunyi sejak tadi lagi. Tinggal sebumbung bersama Firdaus dan seorang lagi pelajar lelaki lain di rumah sewa, hanya sekali sekala saja dapur berasap. Selalunya makan di luar saja. Masing-masing malas walaupun masing-masing pandai memasak.
Faliq dan Firdaus beriringan ke medan selera. Sempat Faliq jeling ke arah perpustakaan. Leya dan Sheera sedang beratur untuk masuk ke perpustakaan. Waktu begini memang perpustakaan akan penuh sentiasa. Minggu depan, peperiksaan akhir akan bermula.
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib tak sebelah kasut, sebelah selipar jamban |
|
|
|
|
|
|
|
aduhh comelnya cik ipo |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 8-4-2015 08:15 PM
mak aih.........banyak jugak ahli PNM sini..baru boleh jenguk thread ni..
sibuk manjang hari ...
ahli PNM tu ape |
|
|
|
|
|
|
|
errkk sekodeng kat sini.. teruskan plisss... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 9-4-2015 07:48 AM
Puaka Niyang Merepek
bukan Perpustakaan Negara Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat pagi Ipo.... |
|
|
|
|
|
|
|
Good try ipo...
rasanya yg nie pun harus terikut dengan kehendak pembaca tegar gak nie...
|
|
|
|
|
|
|
|
Introducing......
LOKCIN
Seumpama Yong Tau Foo sajork... |
|
|
|
|
|
|
|
citer macam boleh buat senyum sipu sipu malu je nih..
hai laaa indah nye kenangan masa belajar dulu..
|
|
|
|
|
|
|
|
FALIQ melihat-lihat gerai di medan selera. Bermacam lauk yang dijual di situ. Dia menggaru kepala. Hanya satu saja di otaknya ketika ini. Dia nak makan sate ikan! Dari satu gerai ke satu gerai Faliq mencari, kalau-kalau ada makanan kegemarannya dijual. Hampa...
"Faliq, kau cari apa? Aku tengok dari tadi kau duk intai-intai, jenguk-jenguk." Firdaus yang sudah mengambil makanan paginya hari itu, nasi lemak sambal kerang dan dengan sebiji telur mata setengah masak. Kuning telurnya sudah meleleh atas nasi.
"Ni..aku cari sate ikan ni. Mana tahu ada jual kat sini ke. Hmm...ada keropok lekor goreng je.." Faliq menjuih melihat aneka kuih dan keropok di salah satu gerai.
"Sate ikan? Macam mana rupa sate ikan tu?" Berkerut kening Firdaus. Setahunya ada sate daging dan sate ayam saja.
"Ala..macam sate daging dan ayam jugaklah tapi ni dibuat daripada ikan. Sedap wo!" Faliq sudah meleleh-leleh tiap kali bersembang pasal sate ikan. Sejak pertama kali merasa sate ikan dulu semasa keluarganya bercuti di Kelantan dulu, dia seperti sudah kemaruk pada makanan unik itu.
Firdaus pula diam. Sate ikan?? Dia kemudian mula meninjau-ninjau setiap gerai mencari makanan apa yang boleh dibeli. "Hmm..nasi lemak makcik Ton ni sedap jugak."
Sempat dia jeling Faliq yang masih terjenguk-jenguk sate ikan. "Weh! Sate ikan tu tak ada jual la kat sini. Kau ni pun, logik la sikit!" Firdaus geleng sambil tersengih. Dia menapak mencari meja kosong. Matanya tertancap pada satu meja kosong dekat dengan pintu masuk medan selera itu.
Faliq masih terkial-kial di situ, tidak tahu hendak makan apa. Akhirnya dia membeli Yong Taufu bersama kuah sup dan dua keping pulut panggang. Segera dia melangkah ke meja Firdaus setelah membayar. Sengih melihat Firdaus sudah separuh habis makan nasi lemak sambal kerang dengan sebiji telur mata meleleh. Dia sudah tahu, nasi lemak Makcik Ton yang menjadi kegemaran Firdaus.
"Fir...bila kau nak balik kampung?" Tanya Faliq. Baru teringat Firdaus berasal dari Tumpat Kelantan.
"Kenapa?" Tanpa mengangkat muka, Firduas menjawab dengan pertanyaan. Nasi lemak yang sudah sebati dengan sambal kerang digaul dan disuap ke mulut.
"Aku ingat nak ikut kau balik boleh? Lepas habis final exam ni, kita tunggu konvo je. Jadi, aku ingat nak bercuti kat kampung kau. Aku nak cari sate ikan." Beria Faliq menjelaskan keinginannya yang tidak tercapai. Macam perempuan mengandung pulak.
Firdaus mengangkat muka. "Sate ikan ada jual ke kat Kelantan?"
"Laa......kau ni! Orang Kelate pun tak tahu? Betul kau tak tahu?" Faliq sudah ingin ketawa. Namun cuba ditahan. Yong taufu disuap cepat-cepat ke mulut.
Firdaus menggeleng. Semakin berkerut keningnya melihat Faliq yang sudah tersengih-sengih. Sate ikan??
"Aku lupa orang Kelantan sebut apa tapi yang aku tahu sate ikan. Apa yang aku pasti, makanan tu sedap yang amat!" Faliq membuat tanda ibu jari, bagus!
"Ya ke? Eh..kenapa aku tak tahu?" Firdaus turut sengih. Dia sandar di kerusi kekenyangan. Segelas teh O ais sudah habis diteguk.
"Tu la kau...namanya je orang Kelantan tapi makanan sendiri pun tak tahu." Sengih lagi Faliq. Yong taufu sudah habis dimakan, dicapai pula pulut panggang.
"Aku memang la asal sana tapi mak ayah aku dah berhijrah ke Pahang dari aku darjah enam lagi. Setahun sekali aku balik raya di rumah Tok Wan aku. Mana aku tahu semua tu." Firdaus tak nak mengalah.
"Laa ya ke? Aku ingat kampung kau kat Kelantan. Aku dah kemaruk ni nak makan sate ikan.." Faliq sedikit hampa.
"Macam ni..aku ada sepupu. Dia memang tinggal di Kelantan. Dah habis belajar nanti, mungkin dia balik kampung, jumpa mak ayah dia. Aku pun ingat nak jenguk Tok Wan aku tu. Dah lama tak jenguk. Selalunya kami berkumpul di rumah Tok Wan bila balik kampung. Nanti aku update kau bila aku nak balik." Firdaus senyum. Haih la..mengalahkan orang mengidam melihat riak Faliq yang sudah teruja.
"Thanks bro!"
USAI makan, mereka berdua bersama ke kelas semula. Firdaus terus saja ke kelas fizik, Fakulti Kejuruteraan tidak jauh dari Fakulti Ekonomi. Faliq pula terus ke pejabat Dekan di Fakulti Ekonomi. Dia perlu serahkan tugasan yang sudah lama tertangguh. Kalau tidak dihantar nanti, mahunya sijil Sarjana Muda dibuat pekasam nanti oleh Dekan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 9-4-2015 11:25 AM
LEYA bersama Sheera mula mengemas buku dan nota. Hari itu hanya ada satu kelas saja. Sebelah petang pula, ada sesi perbincangan dengan pensyarah sebelum peperiksaan akhir bermula.
"Kau ni kenapa?" Leya pandang Sheera yang mula ketawa kecil.
"Tak ada la..aku gelihati tengok kasut kau tadi. Kau kejar apa pagi tadi sampai pakai kasut kahwin?"
"Aku terbangun lambat. Macam Charlie Chaplin pulak aku bersiap. Aku pakai sarung je kasut yang ada kat tangga tu. Sudahlah! Hari ni dah bertempek bedak tebal kat muka aku tahu tak? Lagilah mamat poyo tu sakat aku!" Kuat bibir diketap, sampai berbunyi-bunyi gigi diketap, krik krut.
"Yang kau pun satu, kenapa kau tak kejut aku awal pagi? Adira yang kejut aku tahu tak? Kau senyap-senyap datang kelas.." Leya buat muka merajuk. Ceh! Merajuklah sangat dengan minah suka gelak ni.
"Yalah..aku nak cepat tadi. Hari ni dateline aku kena hantar tesis aku. Kau lainlah...dari bulan lepas lagi kau hantar. Aku ni yang terkial-kial nak sudahkan tesis." Balas Sheera sambil membuka beg sandang dan tunjuk tiga naskah tesis untuk dihantar kepada pensyarah.
"Tu la..siapa suruh kau layan Hazim tu, berkepit ke hulu ke hilir." Sindir Leya pula. Sejak tahun satu, Sheera dan Hazim macam belangkas. Cinta sehidup semati konon.
"Yalah..kau bukan tak tahu pakwe aku tu. Handsomenya boleh buat angau tau! Kalau aku tak berkepit, nanti ada je siswi nak mengendeng. Satu lagi, sebulan lepas habis belajar ni, aku nak tunang. Kau datang tau! Kalau kau tak datang, siap kau!" Sheera mengugut tapi tersengih-sengih.
"Eii! Perasannya. Macamlah pakwe kau sorang je yang handsome tahap petala ke lapan dalam dunia ni. But...anyway, congrats babe!!" Tubuh Sheera dipeluk.
"Terima kasih.." Lagi lebar senyuman Sheera. Terasa dia sudah mula melangkah ke fasa lain."Aku jemput semua rakan sekelas kita."
"Faliq pun??" Terus saja tubuh Sheera dilepaskan. Bulat mata Leya.
Sheera angguk. "Haruslah! Kan dia jugak satu kelas dengan kita."
Leya mencebik. Dia tidak membalas kata-kata Sheera. Laju saja kakinya melangkah ke medan selera. Waktu sudah hampir tengahari. Matahari sudah terik di kepala. Semakin laju kakinya mengatur langkah. Perut sudah terasa lapar.
Sheera geleng. Dia tahu Leya tidak pernah berdamai dengan Faliq. Faliq pun satu hal, suka sangat menyakat Leya. Sejak dari tahun satu sampailah hendak habis pengajian. Bulan lapan nanti, majlis konvokesyen tapi masih juga begitu.
Hampir empat petang, Leya dan Sheera pulang ke rumah. Adira pula tidak ada kelas hari ini. Ah..senyuman sudah lebar di wajah masing-masing. Sudah terbayang hidangan lauk sedap terhidang atas meja makan. Antara mereka bertiga, Adira paling pandai memasak, nombor dua Sheera dan Leya, langsung tidak tahu memasak!
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe.. comel je.. lamo na si faliq simpan perasaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha replied at 9-4-2015 01:19 PM
terima kasih zam
No problemo sis... My friend br lepas bersalin pkl 11:55 sekejap td... Dia dapat baby girl.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|