CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: r1122

gsgdhgd

[Copy link]
Post time 26-3-2015 05:37 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 26-3-2015 05:42 PM
burungantu replied at 26-3-2015 04:51 PM
Assallamualaikum warahmatullah

Uncle bukanlah nak cakap besar.

Wa 'alaikum salaam wa rahmatu-llahi wa barakaatuh

Takpe uncle, secara santai-santai...

Saya bukan apa uncle, perbincangan ilmu makrifat sebagai ilmu untuk kenal Allah.... yang tu tiada masalah... ia termasuk dalam asas aqidah

Mana-mana ilmu makrifat yang dikurniakan khusus kepada orang tertentu, seperti karamah atau perkara pelik (kalau ini termasuk ilmu makrifat?), perlu disaring dengan neraca Al-Quran dan Sunnah bukannya diterima bulat-bulat. Nabi dan Rasul yang ada mukjizat, sudah tiada lagi dihantar di dunia ini.

Kalau ilmu 'makrifat' itu ilmu yang benar sekalipun, untuk amal sendiri (kalau betul itu ilmu khusus untuknya), tiada masalah. Contoh yang benar dari Al-Quran, Khidir AS beramal dengan ilmu yang dikurniakan kepadanya (khusus), BUKAN untuk disyariatkan kepada orang lain, ini tiada masalah. Memang ada Wali Allah yang dapat ilmu khusus.

Masalahnya, ada yang klaim dapat ilmu ghaib, tapi berdalil dengan dalil yang lemah, kemudian menyebarkan dengan hujjah-hujjah yang sangat lemah atau tak kena pada tempatnya. Dan pula mengharap orang lain percaya..... ini timbul masalah yang besar dan boleh timbul fitnah jika yang berhujjah tu pun tak mahir dalam Al-Quran dan Sunnah. Yang suka buat macam ni biasanya aliran tarikat-tarikat yang palsu.... sebab tu kita dapat lihat ajaran sesat yang diwartakan dalam fatwa banyak dari aliran tarikat yang menyeleweng. Ini menimbulkan label yang buruk kepada tarikat dan sufi, sehinggakan ada pula pihak yang borong semua tarikat sufi sesat. Walhal bukan semua macam tu, tapi yang menonjol dari kalangan tarikat selalunya yang bermasalah. Tarikat yang haq, mereka beramal dengan amalan bersyariat yang ketat, dan bukan menonjol mempromosi tarikat mereka...

Berbalik kepada ilmu makrifat.... mungkin uncle boleh share dari segi makna dan istilah, sebagai intro?






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2015 06:35 PM | Show all posts
mnm77 replied at 26-3-2015 05:37 PM
Wa 'alaikum salaam wa rahmatu-llahi wa barakaatuh

Takpe uncle, secara santai-santai...

Alhamdullillah

Uncle cuma berjenaka je..
Tak sangka Tuan mnm serius  ya.

Terus terang, Uncle sejak duluuu..pernah aktif kat forum kesufian tapi..bila bicara bab "Muntahi" uncle sebut 'MUNTAH"!   ...sembang sembang gah nak tunjuk bagus sjalah....Malas nak layan   

Uncle pun nak p jalan jauh sikit malam ni, sjalah nak meraikan teguran Tuan mnm..Uncle sembang santai santai..

ILMU LADUNI.....apa yg biasa kita dengar..drp ayat Al Kahfi...."...min ladunna ilma.." ..ceritakan kisah Ilmu Nabi khidir Alaihissalam...
Sedang kita juga tahu...Nabi Musa Alaihissalam..pasti lebih tinggi Ilmu 'Laduni" nya...hingga diberikan Kitab...Kalau min ladunna..tak merujuk kpd Ilmu Allah..ILMU siapa kitab Taurat tu?...Al Quraan?...
So..apalah nak dibesarkan sgt ilmu laduni yg ini, yg itu?
YG PASTI...ini Kisah2 dlm  Al Quraan..
Yg moral of the story...mengajar kita jangan ada rasa Ujub' & Ria'

Tapi ...dah terbalik..

konon bermodalkan dpt Ilmu Laduni....sembang besar....org ni berdosa ikut pandang makrifat...walau tak berdosa.....Pening...


Rasullullah s.a.w ..Al Insan Al Kamil ...Terbaik dlm seluruh alam....Kalau nak lawan Ilmu Laduni konon..Pasti Rasullullah s.a.w tak payahlah berdakwah .

Diammmm jee....Pakai ikuttt masing masing punya 'laduni"




Maaflah TT....Kalau cerita Driver nak dpt neraka sebab drive belok kiri drp ilmu Makrifat...hehheh...Uncle lebih suka baca cerita Doraemon...



p/s : Insyallah..Kupasan Tuan mnm77 jauh lebih baik drp Uncle..Uncle ni jahil.. cuma kuat buat kelakar je...Uncle suka baca kupasan Tuan mnm
.Insyaallah..balik next week kalau ada peluang kita sembang sembang lagi..

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 10:52 AM | Show all posts
Tak faham apa beza syariat dgn makrifat dgn contoh pemandu, kereta, signal, belok kiri yg r1122 cuba analogikan.

Kedua 'golongan' pun betul. Malah ahlulmakrifat itu telah mempergunakan kelebihan makrifat, errr mata tembus ker?, iaitu, sebelum jumpa simpang dia dah tahu atau ada gerak akan berhadapan dgn simpang dan dia juga mendapat ilham makrifat tiada kereta lain yg melintas utk 2 hari ke hadapan. Normal lah tu, tak kan dpt neraka pulak.

Ahliul syariat pun begitu. Ikut term standard, syariat ni kulit jer. So, ahlulsyariat pun guna GPS dan akses kamera CCTV yg ada dpn simpang. Oklah dia takde anugerah mistik, tapi dgn adalnya gajet2 'mistik' hasil AKAL yg mana jikalau Pendekar DOREMI ada zaman ini, malulah mereka guna alat mistik mereka.

Kalau nak analogi bulih cuba prinsip ORG AWAM dgn AHLI TASAUF ATAU SUFI. Contoh, pekedai runcit yg bawa barang tak melalui CIQ & tak declare. Kalau ikut org awam, OKler, dpt untung sikit barang tak cukai. Ikut prinsip tasauf silap2 seluruh barang dlm kedai tu & hasil jualan hari itu diberikan pada org awam - jika pemilik kedai tu Ahlul Tasauf tu TARAF  Senior PTD ker, JUSA ker... :-D
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 12:37 PM | Show all posts
r1122 replied at 26-3-2015 11:12 AM
Sebenarnya sangat banyak benda-benda makrifat ini jika di bukakan kepada umum ia akan menjadi fitnah ...

Sebenarnya sangat banyak benda-benda makrifat ini jika di bukakan kepada umum ia akan menjadi fitnah..tapi mahukah kita terus berada dalam kegelapan..

syaidina Ali pernah berkata " jikalau aku bukakan kepada kamu hal2 akhir zaman nescaya kamu akan memotong leher ku..."   
apakah yang ekstreme sangat sampai sahabat pun nak penggal leher ali..


tu pasal makrifat kan, atau mengenal
yg aku ni baru ajak manusia kembali kepada KITABULLAH DAN SUNATURASUL pun kena hantam maksimum

maklumlah manusia dah sebati dgn apa yg didapati dr nenek moyang kot

ok nak sembang pasal makrifat...silakanlah
ada kebenaran dan ada kepalsuan
buka minda kosongkan hati dan buka luas2 mata hati......leh ke?

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 12:44 PM | Show all posts
NorAddin replied at 25-3-2015 04:04 PM
salam

3 golongan pandangan ..

tu dia
dok bergolong golong jugak ke
yg bergolong2 ni memang sah sesat punya
betul kannnnnn


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 09:57 PM | Show all posts
Tak usah cakap peringkat tertinggi kalau soalan asas pun banyak main langkau langkau ajer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2015 08:34 AM | Show all posts
Crystal_Apple replied at 25-3-2015 04:44 PM
Bagi mereka yang berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan dan melaksanakan hukum syariat, inilah ya ...
salam

yap .. d'luar lingkungan makrifat ..
kesemua nya d'galakkan membuat ..

وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ
menyuruh (berbuat) yang ma’ruf,
وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ
dan mencegah dari yang mungkar.
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan mereka itulah orang² yang beruntung.

supaya tidak bercanggah dengan syariat nabi ..

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 08:52 AM | Show all posts
r1122 replied at 26-3-2015 08:14 AM
3. hakikat.oleh itu dengan makrifat ..
maka seseorang itu akan mengenal hakikat sebenar nya ..
...
salam

firstly kita mesti faham bahwa
Ugama Islam adalah Ugama Allah ..
d'bawa oleh Nabi MUhammad s.a.w.
bukan d'reka oleh beliau ..
apakah umat islam juga perlu menyiksa diri untuk mencapai tahap mengenal akan DIA, jawapannya tidak...sebab ia adalah anugerah..tuhan memilih kepada siapa untuk diberikan jalan untuk mengenal DIA,
pandangan saya yang dhaifa ..
anugerah
ini bukan lah datang bergolek atau melayang ..
maka ada
  • sebab dan
  • kerana nya ..
yang mana seorang itu messti mengerti memahami akan kedudukan makrifat itu ..
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ
Semua yang ada di bumi itu akan binasa
وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan

fana ul fana .. baqa ul baqa
لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ atau
nafi menafi .. isbat mengisbat

wassalam




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 09:01 AM | Show all posts
salam

pada saya ta'rif makrifat yang mana
perkataan مَعْرِفَةُ makrifat datang dari perkataan المَغْفِرَة maghfirah

makrifat bagi orang syariat adalah
  • keampunan

makrifat bagi orang tasauf adalah
  • mengenal

makrifat bagi orang hakikat adalah
  • mengantikan


إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ ٱتَّبَعَ ٱلذِّڪۡرَ
Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kpd orang² yang mau mengikuti peringatan
وَخَشِىَ ٱلرَّحۡمَـٰنَ بِٱلۡغَيۡبِۖ
dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihat-Nya.
فَبَشِّرۡهُ بِمَغۡفِرَةٍ۬ وَأَجۡرٍ۬ ڪَرِيمٍ
Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.

wassalam




Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 09:20 AM | Show all posts
salam

3 golongan pandangan ..
مبتادي mubtadi
متواسط mutawasit
منتهي muntahi

pandangan pertama ..
  •     iman
  •     islam
  •     ihsan


pandangan kedua ..
  •     usulluddin
  •     fiqh
  •     tasauf


pandangan ketiga ..
  •     syariat
  •     tarikat
  •     hakikat
  •     makrifat
pada saya kesemua golong itu
boleh duduk sesaf dan sebarisan
apabila dapat kedudukan makrifat ..

مبتادي mubtadi
kedudukan makritanya d'maqam ihsan

متواسط mutawasit
kedudukan makrifatnya d'maqam tasauf

منتهي muntahi
kedudukan makrifat d'maqam Kalimah

d'luar lingkungan makrifat saya lebeh
selesa duduk d'golongan متواسط mutawasit pertengahan
kerana ia adalah fardhu 'ain .. yang d'tuntut ..
dan ia dapat menepati golongan pertama ..
serta dapat melaksana kesempurnaan golongan ketiga ..

syariat tanpa hakikat
hakikat tanpa syariat
dua² batal dan hampa

wassalam



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 09:42 AM | Show all posts
NorAddin replied at 2-4-2015 09:20 AM
salam

pada saya kesemua golong itu

مبتادي mubtadi
kedudukan makritanya d'maqam ihsan

متواسط mutawasit
kedudukan makrifatnya d'maqam tasauf

منتهي muntahi
kedudukan makrifat d'maqam Kalimah

d'luar lingkungan makrifat saya lebeh
selesa duduk d'golongan متواسط mutawasit pertengahan
kerana ia adalah fardhu 'ain .. yang d'tuntut ..
dan ia dapat menepati golongan pertama ..
serta dapat melaksana kesempurnaan golongan ketiga ..

syariat tanpa hakikat
hakikat tanpa syariat
dua² batal dan hampa



Yup.. kedudukan yang selesa adalah di golongan pertengahan.. golongan yang ke 3 bahaya dia tinggi..betul2 tinggi risiko. tapi tak boleh nak undur jika dah termasuk..

aku rasa nak buka sikit.. tapi aku takut pula seperti yang syaidina ali kata...takut kena potong kepala..

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 01:46 PM | Show all posts
r1122 replied at 1-4-2015 10:48 AM
Makrifat adalah ilmu mengenal tuhan..tak perlu kepada tarikat..namun bergitu kalau ada yang meng ...

Makrifat adalah ilmu mengenal tuhan..tak perlu kepada tarikat..namun bergitu kalau ada yang mengikuti tarikat silakan..majoriti tarikat tidak sesat sebenarnya.tapi tahap nya tidak terjangkau oleh pemikiran orang awam.contohnya kita ada tengok satu tarikat dari timur tengah itu..cara dia mendekati tuhan adalah dengan cara berpusing-pusing macam menari.adalah sesat? tidak...kalau macam tu kenapa menari berpusing-pusing? sebab berpusing2 kerana....aku boleh jawab tapi aku tak mahu terang kan...bergitu juga untuk mendapatkan cinta tuhan..wujud kan cara yang mudah? ada......sangat mudah..tak perlu jadi zuhud macam rabiatul adawiyah..kalau dah kenal tuhan..Dia membuka kita kepada pengetahuan..nak apa boleh saja...
ini belum lagi sebut tahap yang tertinggi...sebab kalau capai tahap ini..ia akan bertentangan dengan syariat...sebab itu org awam akan kata sesat...
tingkat permulaan adalah fanabillah kedua adalah baqabillah...kena lulus dua tahap ini dulu..pada tahap permulaan ini iaitu fanabilah ini org ramai akan tengok kita macam orang gila..perasaan kita pun macam org gila..tapi sebenarnya tidak gila..ia terjadi sebab tekanan cinta keterlaluan kepada tuhan.
pada tahap permulaan ini kita akan menderita cinta..kiri..kanan belakang depan...cuma cinta cinta cinta...menderita cinta...ini tahap permulaan...cinta ini sangat indah..lebih indah jika tuhan membalasnya..apakah kita akan tahu jika tuhan membalas cinta kita ? ye.. kita boleh tahu...indah sekali...kita jadi angau.....tapi balasan cinta ini rahsia...semua orang tak sama...tapi kita akan faham...

makrifat tu mengenal kan
makrifat kat hang - maka aku kenal le hang

MAKRIFATULLAH maka kenallah akan ALLAH, sikit ke banyak ke......terpulanglah kan
tarikat=perjalanan hidup
sebagaimana KETETAPAN ALLAH ...dah kita laksanakan ke?
KETETAPAN RASULNYA.....dah kita buat dah ke?

tingkat permulaan.....bagi IMAN tu sebesar zarah
atau sebagaimana PESAN NABI: SINGKIRKAN RANTING DIJALANAN YG MENGGANGGU
  tu baru serendah-rendah iman kannnn.........................sanggup ke???
  nampak senang kan PESAN NABI ni, tapi sakit n derita gak nak buatnye
  bukan dapat apa pun
        tapi bibit-bibit makrifat le tu gak kannnnnn



Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 01:50 PM | Show all posts
NorAddin replied at 2-4-2015 09:20 AM
salam

pada saya kesemua golong itu

fuh
sembang punya lah tinggi
bab maqam plak

cuba hang huraikan PECAHAN IMAN YG LEBIH 70 CABANG tuuuuu
kat mana hang duduk
atau minta guru murshid hang terangkan

yg serendah rendah iman pun ramai yg kantoi lagi
dah nak melalut jeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2015 09:20 AM | Show all posts
r1122 replied at 2-4-2015 07:58 AM
Tak kenal maka tak cinta..

selepas melepasi tahap pertama(cinta..cinta..cinta...cinta...) masuk t ...

Salam......
Teringat kisah iblis goda orang alim,
Macam mana nak rasa bertaubat benar benar dan se ikhlas nya?
Kau sikit sekali buat maksiat...dosa kau sikit aje. Tu pasal bila kau
Bertaubat macam kurang efektif.....
Cuba kau buat maksiat sikit ,lepas tu tobat sungguh sungguh...
Mesti terasa lagi power....

Last last orang alim tu mati dlm maksiat.

Pendapat peribadi ,kalau da rasa  atau da sampai......
Tak kan nak buat dosa..... Yg makruh aje da terasa mcm
Haram.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 08:28 PM | Show all posts
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
(Al-Baqarah 2:213)
صدق الله العظيم

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:44 PM | Show all posts
mr_evergreen replied at 6-4-2015 08:28 PM
أعوذ بالله من ال&#1588 ...
mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

bole tuan evergreen kupaskan apa yg sebenar benar disebut hasad dengki sesama sendiri tu???
menarik ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 02:07 PM | Show all posts
rantaikendoq replied at 8-4-2015 04:44 PM
bole tuan evergreen kupaskan apa yg sebenar benar disebut hasad dengki sesama sendiri tu???
men ...

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.

(Ar-Ruum 30:29)


(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Ar-Ruum 30:30)


Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -
(Ar-Ruum 30:31)


Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).
(Ar-Ruum 30:32)


صدق الله العظيم


BISMILLAH



baca Al-Quran kalau nak faham, jgn pemalas sgt

bila malas manusia senang nak jadi bodoh

jgn obses dgn novel picisan

Al-Quran blh teman dlm kubur

WALLAHU'ALAM




Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 02:19 PM | Show all posts
mr_evergreen replied at 9-4-2015 02:07 PM
Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syiri ...

Assalam...

bukan alasan malas bro....tapi org yg dah makrifat pasti akan dpt menjelaskan...
quran tu firman Allah tapi disertai dgn sunnah nabi (hadis hadis) agar dapat pencerahan pada sesiapa yg bertanya...
org2 yg mengaji quran pon berpuluh puluh gurunya....

selepas makrifat, putus makrifat maseh ada lagi peringkat ke seterusnya....tak gitu???
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 02:52 PM | Show all posts
rantaikendoq replied at 9-4-2015 02:19 PM
Assalam...

bukan alasan malas bro....tapi org yg dah makrifat pasti akan dpt menjelaskan...

BISMILLAH

org malas mmg byk alasan

jgn sampai alasan tuan membinasakan tuan

WALLAHU'ALAM
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 05:05 PM | Show all posts
mr_evergreen replied at 9-4-2015 02:52 PM
BISMILLAH

org malas mmg byk alasan

aik, menuduh pula org malas......mm...kesian....takpalah....asalkan hati jgn kotor ya tuan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.186848 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list