|
Kenapa Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah melarang tahlil / kenduri arwah?
[Copy link]
|
|
Yang terbaik kita berdoa secara sendiri dalam menghadiahi si mati kebaikan di alam barzakh..
Biarpun bacaan tahlil itu sendiri kebaikan, lakukan secara sederhana dan mudah, yg terbaik itu ikhlas sudah tentu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Doa lah dari tempat masing2, tidak perlu untuk hadir ke rumah kleuarga si mati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Besar hikmahnya serta kebenaran ilmu mendengar dan mengikut sunnah yg nabi kita sudah berikan. Maka elakkanlah kenduri tahlil.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenduri arwah
Sedang tetamu itu pula datang untuk membaca doa2, bahkan selepas itu dijamu hidang makanan, buah tangan dan sebagainya. Hilangnya kemanisan ibadat sedekah doa, pada hati yg suka dan tunggu pada jamuan.
Itulah yg terjadi dinamakan amalan jahiliah. Apabila yg sedih itu disusahkan lagi, yg imam pula tidak menasihati wakil keluarga si mati supaya mereka boleh mendoakan arwah dari tmpt masing2, bahkan suka pula di antaranya menunggu jamuan. Jadi begitulah sedikit gambaran. Lakukanlah sedekah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan janganlah menyusahkan dan mempersetujui kehendak seseorang itu, walaupun seseorang itu suka untuk memperlawa, (misalnya mengajak ke kenduri tahlil) ibarat si buta memberi sedekah wang kepada si celik. Jangan sesekali menerimanya walaupun niat si buta itu baik, malah kitalah yg perlu mendidik si buta itu kerana sungguh si buta itu perlu disayangi dan dipermudahkan jalan kehidupannya, jelaskan, nasihat padanya baik2 supaya dia fahami. Jangan kita merosakkan keikhlasannya dengan prinsip kita 'rezeki jangan ditolak'.
Semoga anda semua pandang dengan mata hati segala hikmah itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali lagi ditegaskan jangan diikuti dan dianjurkan majlis tahlil ini biarpun disebut bidaah yang baik. Ini nasihat nabi Muhammad saw dan hormatlah kerana baginda utusan Allah. Yg pasti benar belaka. Yg paling sempurna, dan
yang terbaik di antara semua manusia. Sudah sempurna. Jangan ditokok tambah lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/Bab4.htm
Ini adalah link yg baru saya temukan untuk menguatkan hujah saya, berdasarkan atas dalil quran dan hadis Rasulullah. |
|
|
|
|
|
|
|
Diharap semua yg membaca ini sampaikanlah kepada saudara mara supaya jangan dianjurkan lagi majlis seumpamanya,
Sekian terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin yg lebih arif boleh tolong.
Bolehkah kita bidaahkan perkara sunnah? Cth sunnah sbt beri org makan, bertilawah al Quran, berzikir, berdoa, merapatkan silaturrahim etc?
Elemen2 di atas di buat atas nama majlis arwah atau tahil. Memang Rasulullah x pernah buat majlis arwah atau tahlil tapi yg lain2 tu sunnah. Maka, bolehkah juga jatuhkan bidaah atas perkara2 sunnah? Atau adakah term bidaah sunnah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau samakan tahlil dengan bidaah sesat, wajarlah seluruh mufti dalam JAKIM cepat-cepat keluarkan fatwa mengharamkan tahlil. Ramai akan masuk neraka bila berdoa pada Allah untuk si mati (tahlil)
Semalam aku sendiri diminta untuk ketuai Tahlil sebab ada makcik meninggal, dan ada wakil saudara yang mohon surau buat tahlil. Dengan berat hati aku lakukan sebab ustaz-ustaz dah outstation.
Yang aku baca, ayat2 Al-Quran, doa, zikir... lepas tu ada sikit jamuan.... bida'ah sesat semua ni? |
|
|
|
|
|
|
|
salam
seperti saya khabarkan d'sebelah ..
bagi saya yang daifa .. berpandangan ..
menghalang pun tidak ..
menyokong pun tidak ..
dengan erti kata ia adalah perkara 'Harus'
http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1848411
jadi doa anak yang soleh ..
so kalau anak itu faham dan beliau ada sahabat muslim mukmin ..
beliau mengumpulkan secara berjemaah ..
dan membuat doa secara tahlil ..
saya rasa itu perkara yang baik dan afdal ..
tidaklah salah secara apa yang dalil d'atas itu .. menerangkan ..
kerana doa berjemaah lebeh kuat dari bersendirian ..
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Nice info.. Tahlil is bidaah full stop..Tak perlu nak komen le lebih dah..
Info yg tepat padat dan bernas dan tidak melalut lalut ke laut.
Ada jugak setad yg bagus kat sini
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by NorAddin at 18-2-2015 01:09 PM
salam
Hukum Membaca Surah Yasin Dan Tahlil Berjemaah
Tarikh Keputusan:
9 Sep, 2002
Huraian Tajuk/Isu:
Hukum Bacaan Surah Yasin dan Bertahlil samada sampai atau tidak pahala amalan tersebut kepada simati.
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 9 September 2002 telah membincangkan mengenai Hukum Membaca Surah Yasin Dan Tahlil Berjemaah.
Alhamdulillah fatwanya:
Segala bentuk sedekah seperti kenduri, membaca ayat-ayat Al-Quran dan segala bentuk zikir, tahlil adalah harus dan pahalanya إن شاء الله sampai kepada simati yang ditujukan dengan syarat diniatkan semua pahala amalan-amalan kebajikan tersebut untuk simati dengan penuh keikhlasan.
rujukan ..
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... -tahlil-berjemaah-0
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by NorAddin at 18-2-2015 01:17 PM
salam
Hukum Tahlil Arwah Submitted by
FatwaMalaysia on 15 August 2014 - 8:35am
HUKUM TAHLIL ARWAH
Tahlil bermaksud bersama-sama berkumpul bagi membacakan ayat-ayat al-Qur’an terpilih serta berzikir dan berdoa untuk orang yang sudah meninggal dunia. Antara kandungan ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca ketika tahlil ialah Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Ayat Kursi dan beberapa bahagian ayat-ayat dari surah al-Baqarah. Sementara zikir-zikir yang dibaca ialah kalimah La ilaha illallah serta kalimah-kalimah tayyibah yang lain seperti tahmid, takbir, tasbih dan salawat.
Hukumnya adalah harus kerana ia melibatkan perkara-perkara yang baik dan tidak di larang oleh syarak. Kalimah serta ayat-ayat yang dibacakan dalam tahlil adalah kalimah-kalimah yang baik dan bakal diberi ganjaran kepada pembacanya.
Sementara berdoa kepada mereka yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang disarankan agama sepertimana yang disebut oleh al-Qur’an: (Surah Muhammad :Ayat 19): “Oleh itu tetapkanlah pengatahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadanya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan permpuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (diakhirat)”
Dalam Surah al-Hasyr, ayat 10 “Dan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berkata, “Wahai Tuhan kami, Ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu” Dan dalam Surah Ibrahim disebut: “Wahai Tuhan kami! berilah keampunan kepadaku dan kedua-ibubapaku serta orang-orang yang beriman, pada berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”
Sementara menjemput orang ramai dan menjamu serta memberi makan adalah sesuatu yang digalakkan sepertimana yang disebut oleh Rasulullah: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Yang manakah pekerjaan Islam yang lebih baik? Jawab Nabi, “Memberi makan kepada manusia dan sebarkan salam kepada orang yang kamu kenali ataupun tidak” ( riwayat Bukhari)
Namun antara perkara-perkara yang harus diambil perhatian ketika membuat tahlil ialah:
i.Tidak mengadakan khenduri dengan perbelanjaan dari harta pusaka si mati yang warisnya masih belum baligh.
ii.Tidak menetapkan hari-hari tertentu seperti 3 hari, 7 hari, 40 hari atau 100 hari.
iii.Tujuan dan tumpuan utama tahlil adalah terhadap doa dan zikir dan bukannya terhadap jamuan yang diadakan.
iv.Sekiranya baru kematian, sebaiknya makanan disediakan oleh jiran atau rakan, bukannya dari kalangan ahli waris.
v.Tidak melibatkan pembaziran
vi. Tidak meratapi kematian arwah.
Wallahu a’lam
rujukan ..
http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-tahlil-arwah
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Kata Syeikh Daud al-Fatani dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (Daud al-Fatani, Bughyah al-Talab 2/34). Demikian juga kenyataan yang sama dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin (m.s 87), al-Syeikh Idris al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi (7/130). |
|
|
|
|
|
|
|
Kata si nuraddin baulu.. Mana bukti bukti kasi..
|
|
|
|
|
|
|
|
salam
Fatwa Menangani Persoalan Bid’ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furu’
Tarikh Keputusan:
17 Jul, 2014
Keputusan:
1. Persoalan khilafiah adalah perkara ijtihatiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid’ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama’ muktabar sejak dahulu.
2. Pandangan jumhur ulama’ sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyyah yang boleh mengugat perpaduan umat Islam.
3. Di antara amalan yang di dakwa sebagai bid’ah adalah -
3.1 Membaca Yaasin pada malam Jumaat
3.2 Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
3.3 Mengadakan kenduri arwah
3.4 Menyambut Maulid Al-Rasul pada 12 Rabiul Awwal setiap tahun
3.5 Membaca Yaasin 3 kali di malam nisfu Syaaban
3.6 Berdoa beramai-ramai selepas solat berjamaah
3.7 Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai-ramai selepas solat fardu
3.8 Membaca ‘Basmalah’ secara kuat/nyaring dalam solat fardu
3.9 Menyebut lafaz ‘Usalli’ dalam niat solat
3.10 Membaca qunut dalam solat Subuh
3.11 Bersalaman selepas solat berjamaah
3.12 Solat sunat sebelum solat Maghrib
3.13 Solat sunat sebelum Jumaat
3.14 Fidyah solat
3.15 Terbatal ‘wudu’ dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini
3.16 Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih sama ada 20 atau 8 rakaat
3.17 Menyapu muka selepas memberi salam
3.18 Akikah dengan kambing sahaja
3.19 Konsep pengamalan Hadith Dhaif
rujukan ..
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... khilaf-perkara-furu
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Siannya awk kena masuk neraka
|
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu punca umat Islam berpecah, bila timbul isu khilaf yang bukan qat'i, tapi ada pihak berpegang kepada satu golongan hukum sesat kepada orang Islam lain, maka timbul perpecahan...
Kalau percaya orang yang buat tahlil yang minta doa kepada Allah untuk si mati, dengan membuat tuduhan dikatakan semua buat bida'ah sesat seperti meratapi kematian, ikut amalan jahiliah bagi makan orang sebagai upah merapati kematian, maka mereka itulah golongan orang yang keluarkan fatwa masuk neraka bagi sesiapa yang buat tahlil, dengan dalil semua bida'ah adalah sesat, dan setiap yang sesat masuk neraka.
Saya tak bersetuju fatwa tersebut kerana konteks tahlil BUKAN MERATAPI KEMATIAN, bukan juga upah untuk meratapi kematian. Ia sebagai doa mohon rahmat. Namun dari segi amalan di Malaysia, dah jadi kebiasaan bila mati tahlil, bila mati tahlil, dan tahlil ada jamuan, maka ada sedikit hal yang saya tidak gemari, tetapi saya tidak menghukum bida'ah sesat.
Fatwa JAKIM dalam isu tahlil dah jelas, tetapi terpulanglah.... kalau saya pertahan tahlil nanti ada pulak yang kata saya pertahan bida'ah....
Tahlil = Laa ilaha illa Allah
Ajaib sungguh, bila mengesakan Allah dengan baca ayat Al-Quran dan Doa, akhirnya dihukum sesat masuk neraka....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|