CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: the_killer

[Dunia] Tentera Turki Solat Berjemaah Selepas 90 Tahun Dilarang

[Copy link]
 Author| Post time 12-2-2015 11:33 AM | Show all posts
atira replied at 12-2-2015 11:14 AM
kerajaan uthmaniyah time tu pon katanye mmg menunggu kejatuhan.. dgn corruption nye.. kepimpinan y ...

bila pemerintahan tidak berlandaskan AL-Quran dan Hadis...memang akan ada korup, gelaja sosial...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2015 11:37 AM | Show all posts
melinda_kerr replied at 12-2-2015 11:03 AM
Alhamdulillah... Pernah melawat masjid di turkey. Hairan juga bila tgk pelancong yg nk masuk.. Kepal ...



Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.


2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seoran! g askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa s! ejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal! dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayat! nya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!


والله أعلمُ بالـصـواب

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 11:38 AM | Show all posts
tepisket.. replied at 12-2-2015 11:31 AM
Ada byk lagi kejadian berlaku sebelum dia meninggal. Rumah dia sampai kena siram dengan hos bomba  ...

Ada byk lagi kejadian berlaku sebelum dia meninggal. Rumah dia sampai kena siram dengan hos bomba sebab dia kata rumah dia panas. Mayat dia pun x ditanam tapi diawetkan dan letak dalam muzium.

So, mayat dia boleh dilihat kat muzium di Turki ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 11:42 AM | Show all posts
EJALTI replied at 12-2-2015 11:38 AM
Ada byk lagi kejadian berlaku sebelum dia meninggal. Rumah dia sampai kena siram dengan hos bomba  ...

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 11:47 AM | Show all posts
ANKARA: Perdana Menteri Turki, pada Isnin mengumumkan beberapa pembaharuan yang menyaksikan masyarakat minoriti Kurdish di negara itu memperolehi hak-hak tertentu yang mereka perjuangkan selama ini.

awek2 kurdish


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 11:49 AM | Show all posts
kucen_miang replied at 12-2-2015 11:37 AM
Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

1. Membolehkan  ...

karangan berjela tanpa fakta begini..
baca boleh.. percaya jangan la pulak 100%
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2015 11:53 AM | Show all posts
atira replied at 12-2-2015 11:49 AM
karangan berjela tanpa fakta begini..
baca boleh.. percaya jangan la pulak 100%

tu yang kucen tulis kat bwh

والله أعلمُ بالـصـواب
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 11:53 AM | Show all posts

oooo cam tuh dalam muzium....TQ...

Iols ingatkan dipamerkan macam mumia firaun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2015 12:05 PM | Show all posts
kucen_miang replied at 12-2-2015 11:37 AM
Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

1. Membolehkan  ...

abam kucen, tak paham yg number 6 & 7.

Al Quran dicetak dlm bhasa turki - ni mcm Quran yg kte ade kt malaysia tu ke? ada bhasa melayu, ada original verse? atau dia tranlate tros ke bhasa turki? mcm..takleh byng cemane dia translate ke bhasa lain.huhu..

Azan di tukar ke bahasa turki - yg ni soklan yg sama.

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana kita hencap pon. Mustapha kama attarturk ni hero tahap Tunku Abd Rahman bagi rakyat Turki. Kita org luar yg tatau ape menghencap arwah. Btw kerajaan uthmaniyah yg attarturk tumbangkan lagi jahiliyah. Jgn ingat uthmaniyah tu syumul arak rasuah bunuh perempuan berleluasa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 12:16 PM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 12-2-2015 03:03 PM
tepisket.. replied at 12-2-2015 11:31 AM
Ada byk lagi kejadian berlaku sebelum dia meninggal. Rumah dia sampai kena siram dengan hos bomba  ...

Weiiii.....aku dah tour Turkilah in 2010 , (silap, aku tour Turki tahun 2006)
so I shud know betol ke tak artikel tu sebab aku ada melawat muzium Mustafa Kamal ni.
Turki is soooooooooooo beautiful tapi tarap hidup sangat mahal. Barang-barang sume
dalam bentuk Usd & euro saja.
Orang Turki sangat bangga dengan Mustaffa Kamal Attaturk ni.
Mereka bina sebuah muzium untuknya di Istanbul.
Dia hero Perang Dunia 1 yang menghapuskan penjajahan British di Turki.
Dia ni kuat minum. Tak pernah takda gelas arak di tanganya. Tak silap, dia mati dalam mabok.
Mayatnya dipindahkan ke Muzium itu bersama bangkai anjing kesayangannya.
Dia memang berusaha untuk hapuskan Islam di Turki. Mula-mula dia hapuskan
tulisan jawi dan Quran. Lepas tu larang pompuan pakai tudung, mansohkan
undang-undang Islam ikut syariah diganti dengan civil. Larang orang solat berjemaah.
Di Turki memang ada banyak mesjid tapi takda orang berjemaah. Ketika
tour Turki, men in our tour group takda yang bersolat Jumaat di mesjid.
Kami memang sentiasa dibawa oleh pemandu pelancong ke mesjid
bila masuk waktu tapi pemandu pelancong dan dreber bas yang mengaku
Islam tidak bersolat.
Mustaffa Kamal ni bujang, mungkin di lgbt sebab dia hidup dalam tentera.......KIKIKIKI.
Dia mati dalam usia 60han.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2015 12:16 PM | Show all posts
stania83 replied at 12-2-2015 12:10 PM
Macam mana kita hencap pon. Mustapha kama attarturk ni hero tahap Tunku Abd Rahman bagi rakyat Turki ...

ibarat keluar mulut boya masuk mulut rimo kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada trbac seksanya la kamal antartuk tu nk mampos
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 12:21 PM | Show all posts
betul ke ni? subhanallah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 12:23 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 12-2-2015 12:16 PM
Weiiii.....aku dah tour Turkilah in 2010, so I shud know betol
ke tak artikel tu sebab aku ada me ...

Korg kan kalo nak tau kisah dia boleh baca buku ni.. ada jual kat mph, syarikat muda osman, popular



Nat, dalam buku ni ada citer y arwah Mustafa ni pernah kawen, tapi xde anak and bercerai hidup. Isteri dia memang ikut ajaran Islam tapi dia x. Tu sebab dia minta cerai

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 12:28 PM | Show all posts
the_killer replied at 12-2-2015 12:16 PM
ibarat keluar mulut boya masuk mulut rimo kot

Kiranya gitulah...................
Pernah baca kisah Mustafa Kamal ni kati Wiki. Mereka kata, dia
berketurunan Yahudi sebab itu dia berusaha untuk hapuskan Islam.
Tapi, golongan tua di Turki masih kuat berpegang pada Islam.
By the way, tidak sume orang Turi ni Islam.
Ramai juga kristian dan ada banyak greja di Turki.
Yang kaya di Turki ialah Yahudi.
Mereka duduk di satu penempatan mewah sepanjang Selat Bosporus.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2015 12:31 PM | Show all posts
amboi fitnah...
elok je depa berjemaah


suleyman mosque


istoc mosque


gugel aja dong
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 12:32 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 12-2-2015 12:16 PM
Weiiii.....aku dah tour Turkilah in 2010, so I shud know betol
ke tak artikel tu sebab aku ada me ...

aku pun penah sampai sana, time solat jumaat aku follow sekali..berjemaah je..yang ni dekat grand bazaar la...


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 12:35 PM | Show all posts
tepisket.. replied at 12-2-2015 12:23 PM
Korg kan kalo nak tau kisah dia boleh baca buku ni.. ada jual kat mph, syarikat muda osman, popula ...

Terima kasih tepisket.................nanti aku cari kat MPH.
Ye ke dia pernah kawen sebab takda sebut pun kat muzium
and the pamplet. Disebut, dia ada sorang anak angkat pompuan.
Kat muzium tu banyak ceta zaman mudanya, masa dia jadik
tentera and fight the British. Juga kisah-kisah dia memodenkan
Turki dengna menghapuskan Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 12:36 PM | Show all posts
babydoll replied at 12-2-2015 12:05 PM
abam kucen, tak paham yg number 6 & 7.

Al Quran dicetak dlm bhasa turki - ni mcm Quran yg kte a ...

cuba adek baby bayangkan muazzin dr surau dekat rumah laungkan azan di subuh hari..

Marilah solat
Marilah solat

Marilah menuju kemenangan
Marilah menuju kemenangan

Solat itu lebih baik daripada tidur
Solat itu lebih baik daripada tidur



gitulah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.060475 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list