Edited by Geng_Satrika at 26-1-2015 05:11 PM
Siapa dah tengok Villa Nabila, sep sikit. Kami baru-baru ini diberi peluang untuk membuat review filem seram terbitan Viper Studios dan SKOP Productions ini.
Kami tak mahu ganggu mood anda yang mahu menonton ini daningin merasakan sendiri keseramannya dengan menulis spoiler. Tetapi kami ingin kongsikan bersama kamu lima adegan dalam filem ini yang kami suka:
1. Adegan berdarah Ketika seorang pekerja kontrak bernama Asyraf (lakonanPekin) memukul dinding villa (mungkin untuk tujuan pembinaan), tiba-tiba darah keluar mencurah-curah di sebalik dinding. Seramnya! Tapi kan…kalau betul darah keluar mencurah-curah sebegitu, kenapa tak kumpul darah tu dan derma kat hospital untuk digunakan mereka yang memerlukan?
2. Adegan tidak boleh kawal diri Ketika Asyraf dan Amar mengalami kerasukan, tidak bolehmengawal diri dan gelak terbahak-bahak secara tiba-tiba. Rasa macam nak joinsekaki pula.
3. Adegan berbual-bual dengan lelaki memakai baju bertemakanKrismas Ketika sesi temuramah brader ni. Perhatikan baju yang brader ni pakai memang cool. Kat mana kami boleh beli, ada sesiapa tahu?
4. Adegan kuasa halus Ketika Asyraf tertiarap dan seolah-olah ditarik oleh kuasa halus, kami turut teruja. Alangkah bagusnya kalau rasa penat nak jalan, ada orang tolong tarikkan macam ni pun. Best juga kan.
5. Adegan temuramah Kami agak suka dengan adegan menemuramah mereka yang berada di tempat kejadian. Kerana pada ketika ini, kami berpeluang check telefon bimbit, atau makan bertih jagung untuk menghilangkan bosan.
Secara keseluruhan, filem ini filem Malaysia paling seramkami pernah tengok. Syabas Syafiq Yusuf (jangan lupa bayar upah yang dijanjikan lepas kami puji-puji filem ini ya?)
Bagi yang dah menonton, berapa bintang kamu bagi? Nah, initrailernya. Sangat seram, jadi jangan cakap kami tak bagi amaran!
|