CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Jenayah] Guru mati ditikam di Kundasang UPDATE #40 3 DITAHAN!

[Copy link]
Post time 4-10-2014 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak rompak..rompak je la x pyh la bunuh bagai..kejam giler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2014 04:17 PM | Show all posts
celaka suluk mana masuk bunuh ni ...pi la cari Doris Jones kalo nak rompak tikam org
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 05:08 PM | Show all posts
chazey posted on 4-10-2014 10:10 AM
Ko ngaja mana? Sandakan ka? Vley, tunggu cuti2 Mesia.

Ui na, ndak baa
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 05:43 PM | Show all posts
kesian, kat area sini pun diorg target rumah guru, selalu dengar rumah guru/peniaga sana sini kena rompak, rumah org kerja biasa2 jarang2 dengar. agak2 ni sbb pekerja swasta terliur gaji penjawat awam gitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 09:23 PM | Show all posts
eiz_joe posted on 4-10-2014 09:53 AM
Yup..d ruang tamu..area kuarters tu boleh d katakan kawasan sunyi,atas bukit..kawan arwah ingat arwa ...

Siannya nak menjerit minta tolong pun x dapat..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 09:28 PM | Show all posts
seperti biasa...bagai aur dengan tebing..

Takziah sis.semoga roh dicucuri rahmat ilahim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2014 09:30 PM | Show all posts
eiz_joe posted on 4-10-2014 01:17 PM
Iya..jarang kes bunuh klu rompakan sini..kancil aku penah kena curi gak,suspek memang drug addict  ...

Jadi ko tengok dari jauh ja lah kereta kau yg dicuri tu dan biarkan pencuri tu pandu kereta kau??
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu kan suke pakai gelang EMA's besar2... Jd target la kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2014 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
eiz_joe posted on 4-10-2014 01:17 PM
Iya..jarang kes bunuh klu rompakan sini..kancil aku penah kena curi gak,suspek memang drug addict  ...

Apa la yang ko boleh harapkan dari polis Ranau (- polis yang bertugas di Ranau). Main perempuan, minum, simpan pelacur pilipin, diorang rajin la.

Aku penah kol polis suruh pi warning jiran aku yang bising teriak2 karaoke macam orang gila dari jam 8 malam sampai jam 2 pagi belum berenti berpesta. Cilaka itu polis bukan buat apa2. Choi. Kalau di Semenanjung, sudah kena ketuk pintu orang yang buat bisinh ganggu ketenteraman awam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
charliestcloud posted on 4-10-2014 09:30 PM
Jadi ko tengok dari jauh ja lah kereta kau yg dicuri tu dan biarkan pencuri tu pandu kereta kau??
...


Kami kejar tp dia perasan..so,dia lari..bila call bilik gerakan suruh g kejar,terlepas la pulak,siap bagi plet no keta yg dia tukar lg..ntah apa2 la dorg ni..konon ada org ikut suspek,tipu rupanya..huh..sejak dari tu sarjan tu x berani angkat tpon bila aku call..

mentang2 la rakyat biasa jak..macam2 alasan kasi bila aku minta tlg siasat..betul ka aku nampak suspek tu yg drive etc..dah klu betul ada org ikut suspek,buta ka x nmpk dia bawak balik keta tu balik rumah..dah la aku juga yg tlg polis kasi info pasal keta kancil curi (ni dia curi sblm curi keta aku) dia tesadai d parking lot tu..keta kena angkut tapi pencuri tu x kena tangkap..

lupa nak story,keta tu aku rampas balik..dlm keta tu banyak tools utk pecah rumah..mmg aku bengang betul time tu sampai aku rasa mau baling kasut dia dalam keta tu pigi pintu rumah dia..haha..jumpa sebelum raya yg lepas..sebabkan aku mau guna kancil tu,aku tutup kes,then keta aku ambil..tapi puas ati jugak la sebab dia tertangkap utk kes curi keta jugak selain aku dah pemeskan dia d fb n whatsapp..hehehehe Last edited by eiz_joe on 4-10-2014 11:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey posted on 4-10-2014 10:17 PM
Apa la yang ko boleh harapkan dari polis Ranau (- polis yang bertugas di Ranau). Main perempuan, m ...

Sama la area tempat aku tinggal ni..ada sekali kami mau buat report pasal rumah hampir kena pecah masuk..boleh pulak dia cakap,boleh pigi balai *** saya cuti skrg ni..hahahahaah..bengang je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2014 09:13 PM | Show all posts

[size=0.9em]PENDUDUK menjengah kuarters pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Kundasang, Ranau yang berlaku pembunuhan.




Ranau: “Mama keluar darah,” itulah jeritan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun sebaik melihat kelibat ayahnya baru pulang dari tempat kerja selepas ibunya seorang guru maut dipercayai dirompak sebelum dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di kuarters pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang, dekat sini, semalam.

Mangsa, Masinah Samadi, 50, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, dekat sini, ditemui terbaring oleh suaminya jam 9.30 pagi dalam keadaan separuh bogel dengan kesan tikaman di tubuh dan kepala mangsa.
Menurut sumber, sebelum kejadian, suami mangsa dikatakan baru pulang bekerja syif malam dan mengetuk pintu beberapa kali sebaik tiba di depan rumah.

“Suami mangsa memanggil isterinya dan mengetuk pintu rumah beberapa kali tetapi tiada reaksi.

Foto
PENDUDUK menjengah kuarters pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Kundasang, Ranau yang berlaku pembunuhan.


“Tidak lama selepas itu, anak mangsa berusia lima tahun menyahut panggilan ayahnya.


“Terkejut selepas suara anak perempuannya cemas, suami membuka pintu melalui tingkap,” katanya di sini, semalam.

Sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2014 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
anaknya ada kat rumah juga?
nasib baik anaknya tak apa2. tapi sedihnya anak kecik jadi saksi kejadian..
takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2014 09:20 PM | Show all posts
bace kat sinar ke mana..polis cakap kemungkinan yang membunuh arwah ni orang yg arwah kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 12:00 AM | Show all posts
sayangkid posted on 5-10-2014 09:20 PM
bace kat sinar ke mana..polis cakap kemungkinan yang membunuh arwah ni orang yg arwah kenal..

Seperti yang ku agak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2014 12:03 AM | Show all posts
chazey posted on 5-10-2014 04:00 PM
Seperti yang ku agak.

Maksudnya jiran ke bf ke macamana?Chazey takde dengar pape ke dari sana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2014 12:08 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 6-10-2014 12:03 AM
Maksudnya jiran ke bf ke macamana?Chazey takde dengar pape ke dari sana?

Tak rasa semua tu.

Lebih pada random target drug addict kat kampong.

Tak dengar apa pun. Huhu. Buat speku sindiri jah.

Buat pa nak bunuh kalau orang tu tak nampak muka, tak kenal dia kan? Tempat aku ni jarang kes bunuh. Last, 2012. Tu pun bunuh tanpa niat.

Btw uol tanak buka tered pasal kapal TUDM hilang di kepulauan Spartly ka? Gi la buka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2014 12:17 AM | Show all posts
chazey posted on 5-10-2014 04:08 PM
Tak rasa semua tu.

Lebih pada random target drug addict kat kampong.

Takde nampak kat news.Chuols bukak la
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 12:32 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 6-10-2014 12:17 AM
Takde nampak kat news.Chuols bukak la

Ada la chuol.

Nah;

http://www.astroawani.com/news/s ... erairan-sabah-45389

Malas buka tered. Aiol sokong chuols jah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 07:27 AM | Show all posts
Tiga remaja ditahan bantu siasatan kes bunuh, samun guru

Kota Kinabalu: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun di Kundasang Ranau, malam kelmarin, bagi membantu siasatan kes samun dan bunuh seorang guru, Masina Samadi, 50, Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, semua suspek berusia antara 17 dan  28 tahun itu ditahan antara jam 10.30 hingga 11.30 malam di kampung yang sama dengan mangsa.
“Hasil maklumat, anggota polis dari bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau dibantu anggota dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menahan semua suspek.

Pemeriksaan terhadap suspek menemui beberapa barang milik mangsa yang dilaporkan hilang, termasuk buku akaun bank mangsa,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan ke institut kewangan di sekitar bandar raya, di sini, semalam.  Menurutnya, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek warga tempatan dan tinggal di kampung yang sama dengan mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk ujian sampel dan bahan bukti senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
“Hasil ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis syabu,” katanya.  Menurut Salehhudin, semua suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi, Jumaat lalu, Masinah,  guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/2014100804123320141008041233/Article?mutakhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.063645 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list