|
indah91 posted on 8-10-2014 02:41 AM
Yeahh chayok2 zara heee
bak kata Yuna... she don't need people to resque her... she's ok... |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh bestnya !!! next pls |
|
|
|
|
|
|
|
so sweet
|
|
|
|
|
|
|
|
Kereta bmw biru memasuki laman banglo milik Datin Azizah. Wanita itu tersenyum sebaik saja melihat anaknya pulang. Memang setiap minggu Linda akan bermalam di rumah mummynya itu.
"Hai mummy. Pagi-pagi lagi dah ada kat luar dengan pokok bunga dia tu" ujar Linda sambil memeluk tubuh wanita tua itu.
"Mummy boring. Tu yang awal pagi lagi dah hias pokok bunga ni. Haa awal you sampai harini?" Datin Azizah menjawab. Tangannya lekas menyambung semula aktivitinya yang terbantut tadi.
"Alaa mummy ni. Nak balik rumah I awal pagi pon tak boleh ke?" Linda mencebik. Mummy ni macam tak suka je I balik rumah pagi-pagi macam ni.
"Bukan macam tu. You bukannya early person darling. Selagi matahari tak terpacak selagi tu you tak bangun taw" perli Datin Azizah. Kalau waktu bujang dulu anak tunggalnya itu dah nak maghrib baru nak bangun, pagi-pagi macam ni memang agak pelik lah.
"I teringin nak lunch dengan mummy. You buat spaghetti favorite I tu boleh mummy?" Linda mengenyitkan matanya. Saje mengada dengan mak sendiri. Nak mengada dengan laki bukan dapat pun.
"Pasal spaghetti je you sanggup drive awal pagi macam ni? Yelah..yelah nanti mummy buat. You just wait okey? " balas Datin Azizah sebelum masuk ke dalam rumah.
"Yesss !" jerit Linda kegirangan. Dia terus melangkah ke atas bahagian rumah. Sementara Datin Azizah menyiapkan makanan, sempat dia tidur dua tiga jam dulu. Ngantuknyaaaa.
Makanan semua sudah siap terhidang di atas meja. Aroma spaghetti yang baru saja dihidang memenuhi segenap ruang banglo itu. Linda menuruni tangga dengan perlahan. Mulutnya menguap beberapa kali. Haih mengantuk sangat ni.
Datin Azizah muncul dari dapur dengan membawa jug berisi air anggur. Matanya terpandangkan Linda yang baru saja duduk di meja makan.
"Tidur je you tahu. Bukan nak tolong mummy kat dapur tu" Datin Azizah menggeleng. Macamana laki nak suka kalau asyik tidur je kejenya.
"Mummy kan hebat..I tak payah tolong pun siap masak jugak. Dah jom makan mummy..I dah lapar sangat-sangat ni" tanpa menunggu Datin Azizah menjawab, sudu berisi spaghetti disuapkan ke dalam mulut.
"Kalau ye pun lapar janganlah gelojoh sangat makan tu" tegur Datin Azizah. Orang kat rumah sana ni tak bagi anak I makanan ke sampai dia kebulur macam ni.
"Oh ye, Zaf mana? Tak pernah balik rumah ni pon mummy tengok" ujar Datin Azizah lagi. Walaupun dia mahu membolot harta lelaki itu, dia teringin jugak untuk hidup macam orang lain. Anak menantu balik datang menjenguk.
Linda mengeluh panjang. Gelas air anggur itu dicapainya.
"Zaf tu mummy kalau tak busy dengan kerja, busy dengan si Zara tu, I ni dia datang jenguk seminggu sekali je"
"Mana boleh macam tu darling. You isteri dia yang sah jugak tau. Dia kenalah adil" Datin Azizah bengang. Ingatkan sehari dua je Zafril berperangai sebegitu, ini tidak dah setahun lebih mazih macam ni.
"Linda pun tak faham...." belum sempat Linda menghabiskan ayatnya, tekaknya terasa mual. Serta merta kepalanya pening. Linda memicit kepalanya berkali-kali.
"Kenapa ni darling? Mummy masak tak sedap ke?" Datin Azizah bingkas bangun pergi ke sebelah Linda. Dia mengurut belakang tubuh anaknya itu.
"Tak taulah mummy. Tiba-tiba je rasa tak sedap badan. Loya pun ada" Linda mengurut tekaknya. Dah kenapa badan ni..rasa macam nak demam pun ada.
"Linda naik atas rest dulu lah mummy. Nanti dah rasa better I pegi klinik" Linda bangun dan terus melangkah ke biliknya. Mungkin lepas tidur hilang rasa sakit-sakit ni.
Datin Azizah mengangguk. Apa kena dengan anak aku ni? Tadi pagi sihat je. Jangan-jangan....
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 8-10-2014 07:49 AM
bak kata Yuna... she don't need people to resque her... she's ok...
Hahaha amboii siap yuna bagai tuuu. Heroin kene lah kuatkann
|
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 8-10-2014 10:45 AM
Wahhh bestnya !!! next pls
Kite dah update. Teruskan baca jyeahh
|
|
|
|
|
|
|
|
ctiez83 posted on 8-10-2014 12:33 PM
so sweet
Kannn fefeeling macam abang luqman ngan melina la konon2 hee
|
|
|
|
|
|
|
|
Datin Azizah mengangguk. Apa kena dengan anak aku ni? Tadi pagi sihat je. Jangan-jangan....
preggy huh |
|
|
|
|
|
|
|
Belum sempat Zara dan Zafril melangkah masuk ke dalam rumah, Linda terlebih dahulu mencapai tangan Zafril dan membawanya ke ruang tamu. Kelihatan mertuanya ada sekali di situ. Walaupun hatinya sakit, namun Zara cuba bersabar. Dengan perlahan dia menapak ke ruang tamu.
"Kenapa dengan you ni? I penat baru balik keje ni" bisik Zafril apabila dia duduk di sofa. Kalau ikutkan hati mahu saja dia menolak perempuan itu, tapi bila melihat wajah orang tuanya dia ikutkan saja kemahuan Linda.
"Mama, papa dengan Zaf..I ada something nak announce ni..actually I'm pregnant. Dah masuk 3 bulan Zaf.."jerit Linda kegirangan. Dengan adanya anak ini, dia pasti dapat perhatian lebih dari suaminya.
Zara tunduk membisu. Saat seperti ini yang dia idamkan tapi masih belum tercapai. Datin Sofea terus pergi ke arah Linda dalam keadaan begitu teruja.
"You serious?? Akhirnya impian I nak dapat cucu tercapai jugak. Kalau nak harapkan dia tu entah bila I dapat rasa semua ni" sempat lagi dia memerli Zara. Sekilas matanya menjeling ke arah perempuan itu.
Zafril hanya merenung wajah Zara yang mendung. Dia tahu isterinya itu pasti terluka mendengar perkhabaran ini. Entah kenapa takde rasa gembira langsung dalam dirinya walaupun tak lama lagi akan mempunyai zuriat yang selama ini dia tunggu.
"So Linda you kena jaga diri you tu. Zaf pun kena selalu perhatikan Linda..jaga dia elok-elok" pesan Datuk Amar pula. Malas dia hendak beriya-iya. Semuanya kerana dia mahu menjaga perasaan menantu kesayangannya. Dia masih tak dapat menerima Linda sebagai seorang menantu.
"Zara penat..Zara naik atas dulu ye" ujar Zara sebelum melangkah pergi ke tingkat atas. Dalam hatinya tuhan saja yang tahu. Air mata yang ditahan dari tadi mengalir dengan laju.
Zafril perasaan tindakan isterinya. Dia bingkas bangun untuk mengikut langkah Zara.
"You nak ke mana tu Zaf? Linda kan pregnant..you kena jaga dia. Jangan sibukkan hal Zara je" Datin Sofea menahan langkah anak lelakinya. Dia mhu tumpuan lelaki itu diberikan sepenuhnya kepada perempuan yang akan melahirkan cucu untuk dia dan Datuk Amar.
Zafril mengeluh panjang. Perasaan menyampah mula hadir apabila melihat Linda mengada dengan mamanya.
"Hmmm Zaf penat ma..Zaf naik atas dulu" tanpa memandang ke arah mamanya, Zafril terus naik ke atas meninggalkan mereka dibawah. Rimas dia dengan perangai Linda.
Linda tersenyum puas. Dengan adanya anak dalam kandungannya itu, segalanya pasti akan jadi milik dia. Zafril akan lebih mengambil berat tentangnya kerana anak itu. |
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 9-10-2014 11:57 AM
Datin Azizah mengangguk. Apa kena dengan anak aku ni? Tadi pagi sihat je. Jangan-jangan....
pregg ...
10 markah utk awakk haha
|
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 10-10-2014 02:50 PM
Hihi tq TT
==========================================
Kesian Zara kan..suka la si Linda tuu..maaf ye lambat update sikit. Bz dgn majlis tunang
|
|
|
|
|
|
|
|
indah91 posted on 12-10-2014 11:39 AM
Kesian Zara kan..suka la si Linda tuu..maaf ye lambat update sikit. Bz dgn majlis tunang
sapekah bertunang tu ?
tak kisah la sapa..
congratssss
|
|
|
|
|
|
|
|
next hapdate pls |
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 13-10-2014 04:43 PM
next hapdate pls
jgn risau zara ok tu
... she a very strong person...
|
|
|
|
|
|
|
|
Masih menanti sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-10-2014 07:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zara cepat-cepat mengesat air mata yang mengalir di wajahnya sebaik saja melihat Zafril masuk ke dalam bilik.
Perasaan serba salah mula muncul dalam diri Zafril. Pasti isterinya terluka sekali lagi. Tak cukup dengan perkahwinan dia dengan Linda, kali ni ditambah lagi dengan berita kehamilan perempuan itu.
"I'm sorry sayang...Abang tak nak semua tu...semua yang abang buat ni untuk mama je sayang" Zafril duduk di sebelah Zara menjelaskan isi hatinya. Dia memandang wajah isterinya yang kelihatan sangat sedih.
"Abang..sayang faham semua tu..cuma sayang sedih sebab sayang still tak boleh bagi abang anak" balas Zara. Dia tunduk mengaku kelemahan dirinya jika dibandingkan dengan madunya.
"Sayang..semua tu tak penting pada abang. Yang abang nak sayang sentiasa dengan abang..itu saja sayang" Zafril berkata sambil membelai lembut rambut Zara. Dia tak mahu lagi wanita yang sangat dia cintai bersedih lagi. Padanya Linda cuma alasan untuk membahagiakan Datin Sofea supaya Zara tidak lagi dipersalahkan.
"Sayang pun sama abang..sayang cuma sayangkan abang..i love you so much abang.." Zara terus memeluk tubuh lelaki di sebelahnya itu. Tangisannya makin kuat. Dalam perkahwinan mereka, harini baru dia rasa tercabar. Risau perhatian Zafril akan beralih arah.
Zafril membalas pelukan itu. Dia hanya membiarkan tangisan Zara. Sekurang-kurangnya selepas itu dia akan berasa lega.
Seperti biasa, Zafril dan Zara akan ke Johor Bahru sebulan sekali melawat mak angkat Zara di situ. Mak Ani lah yang menjaga Zara selepas kematian orang tuanya sewaktu Zara berumur 5 tahun.
Zafril mencapai tangan isterinya dan diletakkan di atas pehanya semasa memandu. Dia mengerling ke arah Zara dan serentak itu senyuman manis dihadiahkan ke perempuan itu.
"Abang teringat masa mula-mula kita berjumpa dulu sayang.." kata Zafril sebelum tergelak kecil. Ingatannya menerawang semula ketika dia dan Zara sama-sama belajar di UTM.
Zara juga tergelak. Memori yang tak mungkin dia lupakan.
"Marah betul sayang time tu ye" ujar Zafril. Dia masih fokus dengan pemanduannya.
"Mana sayang tak marah..ada orang tu langgar sayang habis buku-buku sayang jatuh" balas Zara sambil tergelak lagi. Kalau diingatkan semula, memang boleh jadi cerita lawak.
"Tapi sayang kalau abang x terlanggar sayang..mungkin kita tak jadi suami isteri macam sekarang ni" Zafril berkata lagi. Bak kata orang cinta mereka cinta pandang pertama.
" Sayang sengaja je suruh abang belanja makan kalau nak sayang maafkan abang..tak sangka pulak lepas tu tersyok kat mamat sorang nii" ujar Zara sambil mencuit pipi suaminya. Memang peristiwa tu merupakan titik tolak kepada percintaan mereka berdua.
" tulah orang cakap..jangan marah lama-lama nanti tersayang pulak nanti" Zafril tersenyum. Indahnya kalau dapat ulang semula kenangan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 14-10-2014 09:43 AM
Masih menanti sambungan
Dah hapdate dahhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|