CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

[Tempatan] MP PKR - Tentera diperlakukan seperti hamba abdi untuk hari berkabung MH17

[Copy link]
Post time 23-8-2014 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
harimau76 posted on 23-8-2014 07:21 PM
betoi tu.. otak depa.. buat salah tak buat pun salah... so, setakat isu2 camni tak payah layan..ha ...

exactly!!
sibuk berkicau je diorg ni.. tak menyumbang apa pun!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 08:55 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 23-8-2014 08:54 PM
Alah..balu waris kerajaan kasi puluh ratusan ribu polis tentera meninggal tu kan lebih berbaloi2.

alah...lupa pulak.....patutlah senyapkan.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahad Datu x glemer ... Hbs2 masuk paper indon dgn pinoy jah.. Ini masuk almost semua paper .. Haruslah naik taraf and gahnya nama mesia di persada dunia... Lg pun kat amsterdam pun dpt penghormatan sampai sedu sedan queen dia nangis.. Harusla nk tunjuk bini2 pemimpin kita plak tersedu-sedan ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:05 PM | Show all posts
boleh diakui kumpulan tentera yg btugas
hari itu mmg keletihan dan penat sbb
iring jasad hingga ke tanah perkuburan?

tp derang ade elaun kan?(ye ke)
tentera ade komuniti tersendiri
yg stp kali goto royong, majlis amal, bantuan,
derang ade pakat2 tulun sama2 ramai2
bukan duduk rumah hadap tido lepak dan makan LOLLLLL

tp tentera hari tu mcm budak2 yg baru train jek, adela sikit2 komander derang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:20 PM | Show all posts
Anggota tentera mengusung jenazah turut sedih

SEPANG - Walaupun sudah berkali-kali membuat latihan, namun anggota 12 Briged Infantri yang ditugaskan mengusung jenazah mangsa pesawat MH17 merasa sedih apabila berdepan dengan keadaan sebenar membawa jenazah.
   
Bagi Lans Koperal Mohd Halim Othman, 26, beliau mula berasa sedih sebaik memasuki pintu pesawat khas MH6129 yang menerbangkan 20 jenazah dari Amsterdam, untuk menurunkan keranda milik penumpang pesawat Muhammad Afif Tambi.
   
"Perasaan sedih saya memang tidak boleh dibayangkan. Apatah lagi, ini kali pertama saya terlibat dalam istiadat penghormatan jenazah," katanya kepada Bernama selepas tamat istiadat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antara bangsa KL di sini hari ini.
   
Beliau berkata raptai mengusung jenazah dilakukan sejak 25 Julai lalu.
   
Koperal Che Wan Mohd Nazrin Che Wan Azmi, 30, pula semakin kuat merasai perasan sedih apabila melintasi khemah yang menempatkan anggota keluarga mangsa untuk ke pesawat khas itu.
   
"Memandangkan kami hanya mengetahui nombor keranda yang akan diusung, saya beranggapan saya tidak akan berasa begitu sedih. Tapi apabila berada di depan anggota keluarga mangsa, saya turut terkesan kerana melihat mereka mengesat air mata," katanya.
   
Che Wan Mohd Nazrin ditugaskan mengusung keranda jenazah anak kapal Azrina Yakob.

Sarjan Jeffery Semat, 33, selaku ketua pengusung jenazah penumpang Ariza Ghazalee, turut sedaya upaya menyembunyikan perasaan sedihnya.
   
"Saya mendoakan supaya jenazah yang diusung itu merasa tenang kerana akhirnya dapat disemadikan di tanah air," katanya.
   
Di sebalik kesedihan itu, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jeneral Datuk Azizan Md Delin berpuas hati dan berbangga dengan komitmen 450 anggota berbeza pangkat pada istiadat julung kali melibatkan orang awam itu.
   
Beliau berkata beliau juga bersyukur apabila Datuk Seri Najib Tun Razak memberi markah terbaik dengan pretasi yang ditunjukkan para anggota, yang diucapkan perdana menteri secara lisan sebaik upacara tamat.
   
Pujian turut diberikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.     

"Kelancaran majlis adalah berkat usaha semua anggota lain-lain pangkat yang tidak jemu berlatih sejak 25 Julai lalu sehingga mereka tidak dapat bercuti pada Aidilfitri," kata Azizan.
   
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas. - Bernama


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:21 PM | Show all posts
meklin posted on 23-8-2014 07:42 PM
Orang yang tak terlibat tak tahu laah.. tetapi jika kita terpilih sebagai insan yang terlibat dala ...

khenn? lagi satu, lets say kita buat upacara biasa2 je..bawak keranda, tunggu kat KLIA, then panggil van jenazah bawak ke tanah perkuburan dan waris ikut belakang.

agak2 kan, yb pkr ni bising tak?

#APTB




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2014 09:22 PM | Show all posts
ell768 posted on 23-8-2014 08:46 PM
Bg aku laaa kalau tentera ke polis ke tekorban ms bertugas tu drg mmg dh ada adat istiadat drg sendi ...

mereka yg terkorban dianggap sebagai mangsa perang
i rasa kalau kapalterbang jatuh disbbkan mechanical failure
mungkin tak da penghormatan tentera utk mereka
mungkin kerajaan hanya tlg uruskan penghantaran balik jenazah
takda bentuk penghormatan mcm semlm
lagi pon kita dah tgk mcmana belanda dah berikan penghormatan
takkan kita nak buat ala kadar je
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:23 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pkr ni makin lama nmpk makin bodo.....x tau pasal apa.....hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:25 PM | Show all posts
apa pun tak boleh.

menyampah dgn spesis semua benda nak dijadikan isu. buat baik salah, tak buat baik pun salah. habis tu kalau bukan tentera yg sambut, nak suruh sape? nak suruh waris sendiri yg sambut? atau pilih je mana2 rakyat sambut ikut suka hati masing2?

our polis dan tentera yg terkorban dlm kejadian Lahad Datu pun disempurnakan mengikut istiadat yg sama. So, apa masalah nya? Eleh...sedangkan tentera pangkat rendah pun kadang2 jadi serupa kuli jugak dlm kem tu. Terutama sekali kena serve pangkat2 besar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:27 PM | Show all posts
batusembilan posted on 23-8-2014 09:24 PM
Pkr ni makin lama nmpk makin bodo.....x tau pasal apa.....hahaha

dari dulu lagi nampak bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:33 PM | Show all posts

.. serba serbi kerajaan buat salah .......
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:34 PM | Show all posts
senang dia nak komen itu ini sebab tak de orang yg terdekat yg jadi mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 posted on 23-8-2014 09:23 PM

Owhhhh....ptt ler ...dah kuar askar baru berkokok....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat pkr ni saja ja
Cakap la jeles
N ko nak istiadat mcm.ni.bila ko mati
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:44 PM | Show all posts
Ke hulu ke hilir bawa pangkat Laksamana (Bersara).

Kenapa Mahathir tak pakai gelaran Perdana Menteri (Bersara) Malaysia?



Aku faham kenapa Malaysia ni mcm taksub nak buat hari berkabung ni sampai suruh orang hentikan kenderaan di jalanraya. Bila kerajaan tengok cara Netherlands buat upacara sambut mayat dari ukraine, mesti malaysia terasa tak mahu kalah.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 09:50 PM | Show all posts
ultra78 posted on 23-8-2014 09:44 PM
Ke hulu ke hilir bawa pangkat Laksamana (Bersara).

Kenapa Mahathir tak pakai gelaran Perdan ...

sama pemerhatian dengan aku
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
AMDTurion posted on 23-8-2014 08:55 PM
alah...lupa pulak.....patutlah senyapkan.....

Lain lah kalu gomen kasi duit ratusan ribu lepas tu buat sambutan lebih Dari vvip..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 07:19 AM | Show all posts
bg i la.. kalau i as tentera yg terlibat tu sikit sebanyak rasa bertuah sbb dpt terlibat pd hari bersejarah... once in a lifetime kot.. bukan selalu benda2 mcm ni dibuat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa nko mengkulikan orang bawahan nko... nko tak sedar pula ye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.047146 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list