|
nurul_akmar posted on 15-8-2014 08:23 AM
kaya, boleh la buat.
bleh buat kutipan..parti politik ada,ngo ada |
|
|
|
|
|
|
|
bdk ni cantik sbnrnya...
xpe la dik...sok2 ko dpt laki kaya lg ensem... |
|
|
|
|
|
|
|
Allah tu adil dik..
biar la diorang tu ejek2..
adik blajar lek lok na...
nanti dpt keja elok2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat2 lupe dh kes ni
Ape jd kt bapak budak ni
Kesian budak ni
Perlu ke smpi nk mgejek fizikal org
Dasar mentaliti pprt yg mendpt kepuasan mghina fizikal org |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga adik ni kuat semangat. Belajar pandai2, dh berjaya esok n byk duit, buat plastic surgery kat korea. |
|
|
|
|
|
|
|
tabahkan semangat dik..blaja rajin2 |
|
|
|
|
|
|
|
x pe, suatu hari nti si pengejek akan terima balasan yg setimpal, kita tungu je |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah melayu suni dan mengejek mmg tak dpt dipisahkan. Semua benda dr ke rupa org, warna kulit, saiz badan, bangsa org, agama org, nama bapak org n apa saja yg blh dijadikan bhn ejekan dgn tujuan utk menyakitkan hati n menghina org semuanya akan dijadikan bahan. Inilah ummah yg menganut agama yg satu2 nya paling benar n soci katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Orange1 posted on 15-8-2014 08:39 AM
Ummah melayu suni dan mengejek mmg tak dpt dipisahkan. Semua benda dr ke rupa org, warna kulit, saiz ...
ni xde kaitan ngan agama, mana2 agama pun melarang org mengejek, ni pasal org yg x reti nak ikut suruhan agama
|
|
|
|
|
|
|
|
Sanz80 posted on 15-8-2014 08:48 AM
ni xde kaitan ngan agama, mana2 agama pun melarang org mengejek, ni pasal org yg x reti nak ikut s ...
Bila tang melayu sunni jgn kaitkan dgn agama. Bila org lain cepat melayu suni kaitkan dgn agama. Org lain tu agama dorg tak betul mcm agama isle, org melayu ni menganut satu2nya agama yg paling betul jadi sepatutnya akhlak haruslah yg paling molia sesuai dgn status agama yg maha soci dan maha benar tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnya bapak dia..isk
Tangungjawab guru memantau n menegur perangai murid2 yg suka mengejek di sekolah tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bapak yg wajib dikerat 18 ... Xde ke sesiapa dlm jel tu yg nak kasi ajar bapak bongok ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
mohon pencerahan ... kenapa bapak dia curah asid kat dia? mana akal bapak dia tu? ke bapak dia tak de akal? tak de hati? tak de perasaan? |
|
|
|
|
|
|
|
sabar ye dik... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh je wat pembedahan plastik..gov ngo semo ade. Tapi nk belanja panda dlu yg penting, kes2 cmni x dipandang |
|
|
|
|
|
|
|
nahhh..mood rajin nk tepek sini
Lelaki disyaki penagih dadah naik angin isteri minta cerai
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlalu marah terhadap isterinya kerana menuntut cerai bertindak menyimbah cuka getah ke muka wanita itu dan dua anaknya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur pada muka dan badan, manakala ibu mentua, Minah Omar, 56, cedera ringan pada mata kiri.
“Siasatan awal mendapati suspek, Mat Haizan Mat Yasin, 32, yang disyaki seorang penagih dadah dan tidak bekerja, marah dengan isterinya yang bekerja sebagai penjual sayur di pasar di Kuala Berang, kerana menuntut cerai.
“Mereka masih pasangan suami isteri, tetapi sudah tidak tinggal sebumbung sejak lima bulan lalu. Mangsa (Che Ku Zaimah) membawa empat anak mereka berusia antara 10 dan dua tahun berpindah ke rumah ibunya di Kampung Sekayu.
“Bagaimanapun, suspek dikatakan sering ke rumah ibu mentuanya untuk meminta wang daripada mangsa,” katanya.
Katanya, keempat-empat mangsa kecuali Minah yang dibenarkan pulang, masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), manakala dua daripada mangsa iaitu Che Ku Zaimah dan anaknya Nurul Dahyatul tidak mampu bercakap kerana melecur teruk.
Manoharan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serius dan polis kini memburu suspek. (NB : sudah ditahan 18/08/2010)
Sementara itu, Minah berkata, menantunya datang ke rumahnya awal pagi semalam untuk meminta wang RM30. Bagaimanapun, katanya anaknya enggan memberi wang berkenaan menyebabkan menantunya itu berang dan menendang pintu rumah.
“Sebelum ini, menantu saya memang pernah mengugut untuk menyimbah asid di muka anak saya apabila menuntut bercerai, tetapi anak saya tidak ambil peduli sehingga kejadian ini berlaku. Sepanjang pengetahuan saya, menantu saya bukan saja pernah menampar isterinya apabila berlaku pergaduhan, malah pernah menyimbah cat rumah ke atas kepalanya, selain mencederakannya dengan api rokok.”
“Menantu saya tidak bekerja dan hanya tahu meminta wang daripada anak saya yang menjual sayur di pasar, menyebabkan dia tidak tahan dengan kerenah suaminya itu dan pergi ke pejabat agama untuk menguruskan perceraian,” katanya.
Rujukan : BH 16/08/2010
ZAIMAH medukung Mohd. Irfan sambil mengusap kepala Dahyatul di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam.
Wanita mangsa asid tekad mahu bercerai dengan suami
KUALA TERENGGANU – “Kalau hanya saya seorang yang cedera mungkin saya boleh maafkan tetapi perbuatan dia (suami) telah memusnahkan masa depan anak-anak saya.”
Demikian luahan Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, yang tetap dengan keputusannya untuk meneruskan proses perceraian dengan suami yang telah menyebabkan dia bersama dua anak serta ibunya melecur terkena percikan asid.
Malah, dakwa wanita itu, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, yang melecur teruk dalam kejadian itu juga enggan memaafkan bapanya yang menyebabkan hidupnya menderita sepanjang hayat.
“Saya tanya adakah dia masih sayang ayah? Tapi dia hanya gelengkan kepala dan mengalirkan air mata,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.
Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu kelmarin, Zaimah dan dua anaknya, Dahyatul dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56, melecur di beberapa anggota badan akibat perbuatan suaminya.
Kejadian berlaku apabila lelaki itu meminta wang daripada Zaimah dan enggan bercerai dengan Zaimah.
Sebelum ini, Zaimah berkata, Dahyatul sangat akrab dengan ayahnya sehingga makan serta tidur anaknya itu perlu ditemani suami.
Rujukan : Kosmo! 17/08/2010
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan segala urusan buat adik ni... dan semoga terus tabah... muka mungkin masih boleh tersenyum tapi depression yang dia alami kita tak tahu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana budak2 tak reti mengejek, dah makpak ajaq depa mcm tu...
maklumla lelaki pompuan yg dah kawen & beranak ni golongan terpilih...
|
|
|
|
|
|
|
|
bertabahlah dik...mulut orang memang payah nak tutup....besok2 penatlah tu |
|
|
|
|
|
|
|
fakta:budak laki mmg suka ngejek...sejak zaman aku sek lagi...cm barbie je jantan2 cmni |
|
|
|
|
|
|
| |
|