CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

NOVEL: Hijab Untuk Peah (rombakan besar-besaran ~ mula m/s 1)

[Copy link]
Post time 11-7-2014 02:21 PM | Show all posts
gedik betul si peah ni... haishh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2014 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
TT... Tak smpt nak tempek entry lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 09:50 AM | Show all posts
Best!
Nak lg...

Err...cerpen ke cerpan nih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2014 04:17 PM | Show all posts
Zamzam: Haha... tak sempat. Ingatkan nak habiskan semalam, tapi tak dapat jugak.

Sarizuuuuuuuuuu... long time no see *erkkkk hahaa*... mulanya nak tulis certot, tapi meleret-leret lak ni jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 06:27 PM | Show all posts
Itu lh...I dok tungu Jgk ni bla nk hbs
Smbil2 dok fefeling cintan kampus ms gemilang dolu2
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 07:23 PM | Show all posts
err... ni contest kann.. tarikh tutup esok kann kan? Last edited by cmf_conan on 13-7-2014 10:05 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2014 11:04 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 13-7-2014 07:23 PM
err... ni contest kann.. tarikh tutup esok kann kan?

Bukan 18 ke?

Btw, tt kena perabiskan cepat2 sebelum tamat tempoh pertandingan. Kalau tak disqualified ler jawabnya!


Urghhh! Fefeeling momod lagik...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 11:48 AM | Show all posts
4 hari lagi... atau.... momod Nayla boleh lanjutkan tarikh tak erkkk....

Ni dia entry seterusnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2014 11:49 AM | Show all posts
- reserved -

Last edited by aylanins on 8-9-2014 02:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 12:03 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 14-7-2014 11:04 AM
Bukan 18 ke?

Btw, tt kena perabiskan cepat2 sebelum tamat tempoh pertandingan. Kalau tak disqua ...

heheh.. salah tengok tarikh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 12:09 PM | Show all posts

llaaa...secopoioh jer entry....




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 02:54 PM | Show all posts
Haha... ni ada lagi entry. Fresh dari oven nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 02:57 PM | Show all posts
ASSALAMUALAIKUM…” seru Kamalia dari balik pintu.

“Waalaikumsalam…’ jawab Peah tanpa mengangkat wajahnya. Tangannya sibuk menulis sesuatu. Sesekali dia menekan-nekan kalkulator saintifik di mejanya.

“Study ke Peah?” Tanya Kamalia lalu duduk di atas katil Peah yang berselerak dengan buku-buku. Dia sisihkan buku-buku Peah ke sudut katil. Peah memang macam itu, kalau belajar, katilnya berselerak dengan buku-buku rujukan dan nota. Kata Peah, supaya katilnya tidak ada ruang untuk dia mengelat tidur. Aliah si Komander itu merangkap teman sebilik Peah tak ada pula. Tengok TV kut. Hari Sabtu begini, semua pakat penuhkan bilik TV di kolej kediaman ini.

“Akaun tak imbang lagi. Dari tadi aku buat,” jawab Peah lalu memandang wajah Kamalia sekilas. “Ada apa-apa ke?”

“Ni… kau tahu kan pertandingan bercerita kisah-kisah Al-Quran dan pidato anjuran Pusat Islam?” Tanya Kamalia.

Peah pandang wajah Kamalia sekilas. “Tahu. Kenapa?”

Hari tu masa solat tarawikh di Pusat Islam, ada dia nampak iklan pasal pertandingan itu. Macam nak masuk bertanding juga, tapi entahlah. Tugasan yang pensyarah beri menimbun. Semester ini dia mahu dapat anugerah dekan lagi. Supaya boleh seiring sejalan dengan Khalid yang juga saban semester jadi penerima anugerah dekan itu. Amboi!

“Kau nak masuk tak?” Tanya Kamalia sambil senyum manis. Tangannya menggawang-gawangkan kertas di tangannya. “Syarat pernyertaan ada kat sini…”

“Bukan pertandingan tu petang ni ke?” Tanya Peah musykil. "Mana ada masa nak sedia teks pidato. Malas ah aku..."

“Itulah… Ustaz Syauqi beritahu kami AJK semalam. Pertandingan bercerita ada 8 orang peserta, kira oklah tu. Tapi masalahnya, pidato ada 2 orang je yang masuk. Hadiah hamper tu ada tiga. Ustaz nak kalau boleh semua hamper tu ada pemenangnya…” terang Kamalia.

“Ala… pidato bagi nombor satu dan dua sajalah. Hamper yang tak ada pemenang tu, bagi je kat yang ikut bercerita tu. Wujudkan tempat keempat. Apa susah… korang kan penganjur…” jawab Peah senang sambal tangannya menekan-nekan kalkulator. Hish, Kamalia ni pun satu, benda senang macam tu pun tak boleh nak fikir.

“Aku dah cakap dah kat Ustaz Syauqi. Tapi dia tak setuju. Dia nak kalau hamper tu untuk pidato, makanya pidatolah yang punya. Pidato kurang sorang lagi peserta ni…” jawab Kamalia.

“Madihah?” Tanya Peah. “Si MPP tu?”

“Madihah memang masuk. Memang dah confirm tempat pertama pun. Dengar dia berlatih hari-hari dalam bilik, dah tau dah memang bakal johan tu.”

“Jihan? Tak pun siswa? Ramai tu student lelaki yang pandai pidato…”

“Dah. Dah promosi habis-habisan dah. Tapi semua gerun bila dengar Madihah masuk…” jawab Kamalia. Siapa tak kenal Madihah di kampus ini. Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar itu, kalau berdebat dan berpidato memang tak terlawanlah. Lantang dan tegas. Lagi satu, Madihah tu kan cantik. Orang cantik kalau masuk pidato, memang bisa buat penonton terpegunlah.

“Habis? Biar je la…” sahut Peah senang. Bibirnya sudah merekah menguntum senyum. Dah imbang pun akaun ini. Berkat Kamalia datang kut haha, dia sudah tergelak dalam hati. Dari pagi tadi dia buat asyik tak dapat-dapat. Ini barulah siap.

“Kau masuk ya Peah?” cadang Kamalia tiba-tiba. "Aku dah hantar nama kau. Petang ni ya, lepas Asar mula. Kat Pusat Islam."

“Haaa…?”
Last edited by aylanins on 14-7-2014 03:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 07:58 AM | Show all posts
hahahaha... bidan terjun si peah... tp confirm dpt kalahkan madihah tu... kan TT?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:30 AM | Show all posts
best2... lagi???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 01:38 PM | Show all posts
Jom jom... tengok apa jadi dengan Peah.

Dapat tak Peah kalahkan Madihah dan kagum tak Khalid di Imam Muda itu dengan Peah?

Last edited by aylanins on 15-7-2014 01:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2014 01:38 PM | Show all posts
Jom jom... tengok apa jadi dengan Peah.

Dapat tak Peah kalahkan Madihah, dan kagum tak Khalid si Imam Muda itu dengan Peah?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 01:40 PM | Show all posts
“ASSALAMUALAIKUM…” satu suara lembut menyapa dari luar pintu.

“Masuk Aya…” jerit Peah dari dalam bilik. Amboi, bersalam-salam pula Noraya ni. Selalunya main redah je pintu bilik. Dia sudah bengang tahap geram dengan Noraya itu. Pandai-pandai saja cadangkan nama dia pada Kamalia.

“Teks pidato dah ada?” tegur Noraya dengan wajah yang tidak bersalah.

“Apesal kau pandai-pandai bagi nama aku kat Kamalia? Petang ni tau tak? Petang ni!” jawab Peah geram. Tangannya sibuk mencari-cari sesuatu di antara helaian kertas yang berselerak di atas lantai.

“Ala… masuk je la Peah… bukan kau rugi pun. Hamper ada tiga. Madihah nombor satu, Afiqah nombor dua, kau nombor tiga. Nanti kita kongsi makan hamper tu…” kata Noraya tersenyum-senyum. Sedikit pun tidak kecil disergah begitu oleh Peah.

Noraya sudah tengok hamper pemenang itu di bilik Kamalia tadi. Besar-besar semuanya. Tadi dia pergi bilik Kamalia hantar buku cerita Kamalia yang dia pinjam, lepas itu Kamalia mengadu dia kekurangan seorang lagi peserta untuk pertandingan pidato itu. Masa itulah dia cadangkan pada Kamalia nama Peah ni.

Peah masa sekolah dulu kan pernah jadi wakil sekolah pertandingan debat. Walaupun pusingan awal lagi dah tersungkur, kalau setakat nak jadi bidan terjun pidato, Peah tu kira bolehlah. Dapat nombor tiga, nanti mesti Peah akan kongsi makan hamper tu dengan dia, fikir Noraya.

“Hampernya besar Peah. Rugi kalau tak dapat. Ada badam madu yang kau suka tu, coklat, air kotak besar, kenduri besar kita kalau dapat hamper tu,” pujuk Noraya.

“Sekarang jam 11. Pertandingan jam 4. Aku takde teks pidato lagi ni…” ujar Peah gelabah sambil menyelak helaian kertas di hadapannya.

“Kau carik apa?” Tanya Noraya.

“Cari teks pidatolah…” Buat-buat tak tahu pula Noraya ni. Ingat dia saja ke suka-suka duduk dalam timbunan kertas ni?

“Alaa… spontan je. Kau kan pernah masuk Debat Ala Parlimen masa sekolah dulu. Setakat spontan tu takde hal punya…” sahut Noraya yang sudah meniarap atas katil Peah. Bilik Peah kan macam istana hinggap Noraya. Buat macam rumah sendiri je.

“Woi… tu masa sekolah. Tajuk dah ada. Fail, setambun cikgu sedia untuk cari bahan pidato. Sekarang yang ada depan mata aku, kertas recycle ni je…”  Peah tayang-tayang helaian kertas yang berconteng di hadapan Noraya.

Ini memang nak cari nahas. Kamalia itu pandai gula-gulakan dia dengan hamper besar yang bakal dia menang. Nombor tiga pun tak ada Peah, kata Kamalia. Semua hamper sama besar. Bezanya, johan dapat kuih kapit. Itu je pun.

“Susah-susah, kau pakai je assignment kau untuk subjek Pendidikan Islam hari tu. Ada lagi kan, Ustaz kan dah bagi balik,” cadang Noraya.

Peah terdiam sebentar. Ya, kenapalah dia tidak teringat dengan tugasan Pendidikan Islam yang Ustaz Syauqi bagi. Kan tajuknya “Puasa Membentuk Masyarakat Beriman”. Ada kena-mengena dengan agama, kira sesuailah tu. Mana assignment tu ya? Dia pandang-pandang sekeliling. Bawah meja? Atas meja? Celah rak buku? Dalam almari? Ya Tuhan! Manalah perginya benda alah tu!

“Lagipun… Khalid si Imam Muda kau tu masuk jugak. Pertandingan azan,” kata Noraya separuh berbisik.

Peah menoleh. “Ye ke?”

“Mana tahu kau boleh pintas Madihah. Terpegun ha si Khalid tu. Lagipun, dapat juga kau dengar suara Khalid azan. Khalid azan Makkah tau tak. Bukan azan biasa-biasa tu,” pancing Noraya lagi.

“Khalid masuk azan ya?” Mata Peah sudah bercahaya-cahaya. Khalid. Si inspirasi hati. Selama ini Khalid tak pandang pun akan Peah ni. Kalau dia masuk pertandingan pidato, kut-kut boleh pintas Madihah, agaknya barulah Khalid perasan kewujudan Peah di kampus ni.  Almaklum, lelaki idaman ramai itu ramai peminatnya.

“Haa… ni pun. Woi… assignment kau. Bawah buku Accounting kau ni,” Noraya sudah mahu bersorak gembira. Tangannya menarik sesuatu dari bawah buku Accounting yang ada di atas lantai.

“Fuh… nasib baik mata kau tajam…” Peah sudah tersenyum gembira.
Last edited by aylanins on 16-7-2014 10:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 01:46 PM | Show all posts
hahahahahaha... makin menarik TT... go peah... go peah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 02:00 PM | Show all posts

wah...menarik ni...

pandai noraya yer...dia yg nak hamper...peah jadi bahan...

tp mmg tak patut penganjur bezakan hamper johan dgn sebekas kuih kapit..

kurang2 cekelat peraro rohce...    baru ada semangat...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052981 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list