CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Cerpen Bersiri: MENCARI KONKLUSI ~ Part 8, Page 6

[Copy link]
 Author| Post time 25-6-2014 04:24 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 25-6-2014 01:12 PM
suka idea neh... citer bersiri.. tapi kisah satu watak pada hari lain2..
kalo citer ko ni buat d ...

Thanks for the tacangs.

By the way, tacangs tu takleh ke setiap kali hapdet cerpen, dapat se' bundle tacangs?


@UsuFie. Thanks for reading Usu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 04:26 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-6-2014 04:11 PM
ehh...walau udah bercucu, jangan sangka tak laku. Nek Wok pun mampu berlaki muda uolsss.....  ...

Ye....yg dah bercucu masih ramai lg yg laku... Tapi sejahil2 manusia, rasanya masih ramai lg yg waras utk mengenal bini org ke janda orang...
Mudah2an laki kita semua terpelihara dr nafsu buas itu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:59 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-6-2014 04:24 PM
Thanks for the tacangs.

By the way, tacangs tu takleh ke setiap kali hapdet cerpen, d ...

bulih dipertimbangkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 09:29 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-6-2014 04:24 PM
Thanks for the tacangs.

By the way, tacangs tu takleh ke setiap kali hapdet cerpen, d ...

Kalau cerpen kita memang akan bagi sekali masa post cerita dan sekali lump sump bila cerpen dah habis

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 07:45 AM | Show all posts
TT... part 2 bila nak continue...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 09:10 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-6-2014 04:16 PM
Eheh. Taste kat mamat ereb penjaga gol tu gak ke? Ingatkan taste uols ala2 Kpop jers...

kepop pun bole..kollywood punnnnn bole..
tapi mmat ereb tu mmg hnsem bebenor..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2014 09:29 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-6-2014 09:06 AM
Di waktu begini, pejabat itu masih sunyi. Setelah menghidupkan komputer, Sham berlalu untuk menuju k ...

Hamboi... amik nama betui 'Emma Maembong' ka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 09:42 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-6-2014 09:41 AM
Dia minat laki hang kot? Fefeeling nak jadi binik nombor dua....
Gurau jersss....

...

ceh ...x leh blah... nak ensem jek... tingt baca novel ~bohemian~ nama watak utama Fadlan maksudnya tu 'Keutamaan'...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 10:08 AM | Show all posts
TT... takde sambungan ke kisah ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 11:26 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 25-6-2014 09:29 PM
Kalau cerpen kita memang akan bagi sekali masa post cerita dan sekali lump sump bila cerpen dah ha ...

Tapi...cerpen bersiri keep on going pasal malas nak bukak benang bebanyak...







It's okay Nay. Saja jek...kot ada rezeki nak dapat tacang lebih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 11:32 AM | Show all posts
sellie003 posted on 26-6-2014 09:29 AM
Hamboi... amik nama betui 'Emma Maembong' ka?

Tak tau lah kenapa macam tersuka dengan nama Fatimah Rohani. Bunyik klasik....




Okay...okay. Kalau tak nak yg ensem... hambek yang ini...





Last edited by Nicki_Meow on 26-6-2014 11:34 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 11:38 AM | Show all posts
MENCARI KONKLUSI: Bukan Salah Ibu Mengandung?

LOKASI: Ukay Perdana (Rumah sewa budak bujang)

Campuran gula, teh dan air sudah pun larut sepenuhnya dalam air. Namun, jari Sham masih tak berhenti mengacau minuman dalam teko itu. Bunyi bebelan teman serumah dari arah ruang tamu masih kedengaran, mengganggu tumpuan.

Tak habis-habis lagi si Lan ni…

Seteko Teh O sudah siap. Sham menuangkan dalam mug buat dirinya sendiri. Untuk teman serumahnya yang lain, pandai-pandailah tuang sendiri jika mahu minum. Dia tolong buat air pun sudah cukup baik. Dengan mug di tangan, Sham bergerak meninggalkan dapur.

Di ruang tamu, Azlan masih belum berhenti membebel.

“Aku jaga kau elok-elok, bagi kau makan…sediakan tempat tinggal, ini yang kau balas pada aku…”  

Suara Azlan turun naik mengikut emosi. Sham bersandar di dinding. Kepala tergeleng. Air Teh O dihirup sedikit.

Sham pandang pula ke arah Lily yang hanya mampu mendiamkan diri. Wajahnya sendu akibat dimarahi tak henti-henti. Di sebelah Lily, Black juga terpunduk lesu. Mata Azlan mencerun tajam memandang kedua-duanya.

“Lepas beranak, siapa nak jaga anak kau ni nanti? Nak letak kat rumah kebajikan?” Sembur Azlan lagi.

“Aku tak fahamlah Lily. Kalau iya pun, kenapa jantan macam ni yang kau pilih? Hidup tak tentu hala, kais pagi makan petang. Hensem? Memang tak lah. Hitam berkerak....”

Kali ini Black mengangkat muka memandang Azlan. Mungkin terasa dengan kata-kata Azlan yang berbaur penghinaan, Black bangkit perlahan-lahan dari duduknya. Mata Azlan direnung tajam sebelum akhirnya, Black terus meninggalkan tempat itu melalui pintu masuk rumah yang terbuka.

Azlan tidak menghalang. Hanya dengusan kasar kedengaran dari mulutnya.

“Lan…bawak bertenang, tak boleh ke?” Sham bersuara.

“Bertenang kau cakap? Lily dan bunting, tau tak?” Balas Sham dan terus menyambung bebelannya pada Lily. Segala kekecewaanya dihambur keluar.

Sham geleng kepala lagi. Iya, dia tahu akan perkara itu. Lily sudah berbadan dua. Tapi, apa yang boleh dilakukan lagi? Apakah Azlan tergamak memaksa Lily mengugurkan anaknya?

“Lan…rileklah.” Sham cuba menenangkan Azlan. Dia masih lagi berdiri di posisi yang sama. Air Teh O dihirup lagi. Bukan Lily saja yang terpaksa menahan telinga, dia pun turut terpaksa mendengar ceramah Azlan.

Bukan sebarang ceramah. Dah serupa dengan Tazkirah surau. Siap masuk bab gejala sosial yang melanda remaja sekarang ini. Iya, kata Azlan itu memang betul. Gejala sosial agak teruk sekarang ini lebih-lebih lagi, di zaman teknologi. Maklumat hanya di hujung jari. Remaja amat mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negative jika tidak dipantau.

Kalau dulu orang kata, menjaga sekandang lembu lebih mudah dari menjaga seorang anak perempuan. Sekarang, baik anak lelaki atau perempuan, sama saja konsepnya. Yang penting, ibu bapa perlu memainkan peranan besar dalam mendidik anak-anak.

Tazkirah malam jumaat minggu lepas di surau berdekatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 11:45 AM | Show all posts
Zaman remaja. Sham pun pernah jadi remaja juga. Jadi, tidak banyak sedikit dia memahami kehidupan seseorang yang bergelar remaja. Tapi, Azlan tidak boleh terlalu beremosi dalam menangani masalah Lily. Tak akan selesai dengan bebelan. Azlan perlu bersikap lebih rasional dan menerima semuanya dengan berlapang dada. Apatah lagi, Lily itu cuma…

“Lan. Aku faham kau frust. Kau dah jaga elok-elok, bagi makan pun bukan yang murah-murah. Siap kasi tidur sebilik lagi. Tapi, kau pun tak bolehlah emo sangat macam ni. Lily tu kan…”

“Ah…kau diam, Sham!”

Akibat dijerkah Azlan, Sham terus mendiamkan diri. Mula terasa jengkel dengan sikap emo Azlan yang tak bertempat itu. Malas sudah mahu melayan. Mujur Zaki tak ada ketika ini. Jika tidak, memang Zaki akan meluku kepala Azlan sepuas hati.

Azlan terus dibiarkan dalam emosi. Sham mara ke sofa lalu melabuh duduk. Remote Astro dan TV dicapai. TV dihidupkan. Tangan menekan butang mencari siaran World Cup. Nak menonton siaran ulangan Italy melawan Uruguay yang tak sempat ditonton siaran langsung. Manalah tau, kalau ditonton sekali lagi, Italy menang pula kali ni…

Kih..Kih…Kih…

Seminit kemudian, Azlan sudah berhenti membebel. Lily masih terdiam sayu di sudut yang sama. Mungkin penat membebel, Azlan akhirnya turut sama duduk di sofa. Mata terpaku pada skrin TV.

Azlan membuat komentar berbaur sedikit cacian pada Italy. Sham tersengih.

“Kau dah okay ke, Lan?” Soal Sham, tunjuk prihatin.

“Okay.”

“Nak Teh O?”

“Ada lagi?”

“Dapur.”

Azlan angguk namun tidak bergerak. Sham geleng kepala.

Mereka diam.

Lily datang. Perlahan-lahan naik ke sofa lalu duduk di atas riba Azlan. Azlan tidak menolak malah membelai Lily perlahan-lahan. Lily meliuk-lentok.

Sham sengih lagi. Dia tahu, Azlan tak akan marah lama-lama dengan Lily. Sayang Azlan pada Lily agak melampau. Tak keterlaluan jika dikatakan, Azlan lebih sayangkan Lily lebih dari Mira, tunang Azlan sendiri. Contoh, kalau Mira sakit, Azlan suruh Mira ke klinik sendiri. Tapi, kalau Lily yang sakit, sanggup Azlan menghantar Lily ke klinik.

Mujur Mira memahami perangai Azlan yang begitu. Jika tidak, Sham yakin, mereka sudah putus tunang malah mungkin, tak bertunang langsung.

“Lepas Lily beranak, aku ingat…aku nak mandulkan aje si Lily ni…” Ujar Azlan sambil mengusap kepala Lily dengan penuh kasih-sayang.

“Lantak kau lah Lan…” Balas Sham.

“Meow…” Lily mengiau manja.

~The End: Part II~
Last edited by Nicki_Meow on 26-6-2014 11:56 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 12:27 PM | Show all posts
hahahahahaha... kucing ke yg dimarah azlan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:46 PM | Show all posts

baca few lines dah boleh agak komunikasi antara manusia dan haiwan...




Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 01:48 PM | Show all posts

kang kalo lily pegi klinik sendiri...pengsan plak vet...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 02:02 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-6-2014 11:32 AM
Tak tau lah kenapa macam tersuka dengan nama Fatimah Rohani. Bunyik klasik....

....nih mat poyos muleh ler... kot2 ada watk jd rakan koje sham ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 02:03 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-6-2014 11:26 AM
Tapi...cerpen bersiri keep on going pasal malas nak bukak benang bebanyak...

kiranya dalam benang ni banyak cerita lah?

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 02:14 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-6-2014 11:45 AM
Zaman remaja. Sham pun pernah jadi remaja juga. Jadi, tidak banyak sedikit dia memahami kehidupan se ...

dah ku agak mmg baygkn kalu marah kucin mmg spesis nak marah org...huhu...sbb aku dulu masa bela kucing camtulah bebelnya...macm adik2 aku wat kucing tu siap jentik2 tinger kalu ia wat dek...ahaks...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 02:38 PM | Show all posts
Tak aci!!! Nanti citer Nicki yg kontot kontot dpt puluhan tacang! Novel yg pjg berjela hingga ke puluhan bab dpt sekali aje tacang.

Mcm lah tacang tu boleh mengenyangkan atau dpt bayar bil elektrik!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.368533 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list