|
[Dunia]
Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan – Yusof Al-Qardhawi
[Copy link]
|
|
Changa posted on 8-6-2014 09:09 AM
Umman kokesen maju makan babi dah benak ke sis?
tu beza islam ngan kafirun bangang.. ummah muslim da pegangan akhirat dan jiwa.. bagaimana nak kejar akhirat kalo jiwa atau iman ang kosong.. tu pasal kafirun kokosen ang jilat tu majoriti maju tapi jiwa kosong.. tu yang rosak akhlak.. tu yang lgbt halal.. tu yang ang nak sangat.. semua yang haram itu halal dan infiniti.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang terlebih cerdik dok korek sampai ke DNA sapa suruh...
baja taik babi ada masuk tak DNA dalam pisang?...
sila kaji hoccay...
|
|
|
|
|
|
|
|
Gelatin ialah bahan asas yang biasa digunakan dalam banyak produk perubatan, kosmetik dan produk makanan. Antara produk utama menggunakan gelatin ialahi kapsul ubat-ubatan,gula-gula getah, gula-gula, kek dan agar-agar. Sumber utama penghasilan gelatin ialah daripada haiwan dimana diposes melalui rebusan tulang, kulit dan tendon haiwan.
Adakah gelatin halal? Gelatin adalah halal sekiranya haiwan yang digunakan dalam pengeluarannya adalah drpd haiwan yang halal di makan, jika haiwan yang halal sekalipun, wajid dipastikan disembelih mengikut syariat Islam. Gelatin juga boleh diperolehi dari sumber ikan. Gelatin jenis ini adalah halal kerana ikan adalah haiwan yang halal untuk dimakan dan merupakan sumber pemakanan yang berkhasiat dan bernilai.
Bolehkah gelatin didapati daripada tumbuhan? Terdapat gelatin dari sumber tumbuhan yang diperolehi dari rumpai laut yang dikenali sebagai agar-agar. Gelatin berasaskan tumbuhan juga boleh diperolehi dari pokok Kuzu, gam dari pokok Guar dan carrageenan yang dihasilkan dari Irish Moss.
Gelatin menjadi isu di dalam aspek halal kerana 90% pengeluaran gelatin di pasaran dunia adalah tidak dapat dipastikan status halal. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.
Firman Allah yang bermaksud: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.” (Surah Al-Maidah, ayat 3)
Pengeluaran gelatin halal dunia hanya 10% peratus sahaja, sedangkan permintaan industri halal sentiasa meningkat. Sampai bila umat Islam harus bergantung hasil penemuan orang bukan Islam? Adakah kaedah darurat itu terpakai sepanjang zaman? Adakah sentiasa tiada pilihan?
Ada beranggapan semua ubat adalah diharuskan. Jika merujuk keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan melalui e-fatwa JAKIM, ada kategori ubat yang tidak dibenarkan penggunaannya seperti ubat Clexane dan Fraxiparine kerana hukumnya haram.
Muzakarah juga memutuskan penggunaan vaksin BioThrax dan RotaTeg adalah tidak dibenarkan. Antara hujah yang digunakan adalah belum sampai darurat dan ada pilihan lain.
Dalam hal ini, JAKIM sebagai agensi bertanggungjawab untuk pengesahan dan pensijilan halal dunia hanya membuat pemeriksaan serta pemantauan kepada produk yang menggunakan logo halal saja. Pensijilan halal di Malaysia bersifat sukarela.
Justeru, mana-mana produk termasuk kapsul gelatin babi jika tidak menggunakan logo halal atau perbahasaan halal maka tidak melakukan kesalahan mana-mana undang-undang dan boleh dijual di pasaran.
Jika kapsul gelatin babi itu menggunakan logo halal atau perbahasaan halal, maka tindakan boleh diambil mengikut APD2011.
JAKIM hanya mengeluarkan sijil dan logo halal kepada produk farmaseutikal dalam kategori makanan tambahan, ubat tradisional dan produk kosmetik.
Kemasukan serbuk gelatin ke negara ini dikawal oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang mewajibkan permit import. Ia juga bermakna telah disahkan halal oleh Badan Islam di Negara Pengeluar yg diiktiraf oleh Jakim. Merujuk laman web JPV, hanya sumber gelatin dari Pakistan dan China dibenarkan masuk dan disahkan halal oleh JAKIM.
Bagaimanapun, kapsul gelatin kosong (tanpa isi) bebas masuk ke negara ini sama ada ia halal atau haram. Jika kapsul gelatin yang sudah diisikan sebarang cecair atau serbuk atau ubat maka ia di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Semua ubat-ubatan yang diimport atau dikilangkan di negara kita perlu didaftarkan di bawah BPFK untuk memastikan ubat itu selamat, berkualiti dan berkesan, 'tanpa melihat status halal' sesuatu kapsul asalkan ditulis sumber haiwannya.
Industri farmaseutikal yang mendukung aspirasi kerajaan sudah tentu bertanggungjawab mengisytiharkan sumber kapsul dan menggunakan kapsul yang disahkan halal saja. Sebagai pengguna adalah sukar untuk mengenali sumber kapsul disebabkan revolusi teknologi terkini.
Nu’man bin Basyir meriwayatkan, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara halal adalah jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimana pun di antara keduanya terdapat perkara yang tidak jelas (syubhah), yang ramai orang tidak mengetahuinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Justeru, ke arah Malaysia sebagai hab halal dunia, agensi kerajaan berkenaan harus memikirkan dan bertindak bersama untuk menangani isu ini yang tiada penghujung jika meletakkan tanggungjawab isu halal dibahu JAKIM semata-mata.
http://fahmiesabri.blogspot.com/2012/02/gelatin.html
carilah sumber yg halal, ulama' perlu mengetahui teknologi terkini, janganlah hanya tau baca kitab ja |
|
|
|
|
|
|
|
While dna babi haram atau halal masih terdapat perbezaan pendapat tapi pendapat menghina ulama adalah absolute haram dan berdosa.. lebih baik diam dari menghina mana2 ulama..
Even aku pun xsetuju dgn pengharaman DNA babi sebab susah nak keep track semua benda ke DNA level, bende xnampak, so berbaliklah ke akal pikiran sendiri, bende was2, jangan makan.. diam dan tolak.. tanpa perlu menyinggung mane2 pihak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dewa19XKangen posted on 8-6-2014 11:40 AM
tu beza islam ngan kafirun bangang.. ummah muslim da pegangan akhirat dan jiwa.. bagaimana nak kej ...
Sebab akhlak kokesen hazab la kot sampai tren pun tiada check tiket nak naik hanya dengan konsep percayakan pengguna?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ummah cina aman aman sahaja makan babi takde pun perangai menjadi persis babi pelbagai, malah lebih mulia kot?
Last edited by SissySembah on 8-6-2014 05:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Changa posted on 8-6-2014 09:09 AM
Umman kokesen maju makan babi dah benak ke sis?
maju tp jiwa/iman xda.. tu yang orang nak.. kebebasan xsangkutkan agama dan cara idup.. ka ang seekor gay dok malaya meronta k*te nak kebebasan lgbt tp xdapat? |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing posted on 8-6-2014 08:29 AM
bb bai eeeiiiii geli laaaa haram
tp bab dating dgn boifren, pegi tgok wayang, sambut raya selama se ...
sokong yang ni... pegang tangan laki pompuan yg blom kawin in public, tak de rasa haram nya pulak.. benda kecik DNA tu gak yg nk di tgk nya.
itu belom lagi buat test utk RNA babi dalam makanan.. abis la...
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian babi....babi dan melayu sangat bermusuh |
|
|
|
|
|
|
|
ok sila2 makan gelatin babi semua akak akak urban kat sini hokeh....jgn bdn jadi debab cam oik2 udeh ler |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting carilah yg halal n bersih. kalo was2, tolak tepi. |
|
|
|
|
|
|
|
Yes... apa-apa pun, yang penting carilah yg halal n bersih. kalo was2, tolak tepi. |
|
|
|
|
|
|
|
DrMAZA.com
12 mins ·
MENGULAS PENCERAMAH BEBAS YANG MERENDAHKAN DR YUSUF AL-QARADAWI
Saya terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini. Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.
Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara 'janggal' menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi.
Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas.
Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahu 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.
Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya.
Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza'i, al-Thauri, Laith bin Sa'd, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.
Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh? Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat.
Jika kita semak pendapat yang membolehkan dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.
Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.
Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi.
Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang. Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan.
Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan.
Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya. Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkena kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna. |
|
|
|
|
|
|
|
ok....yusop qardawi ni ka dulu yg katanya tak bagi abang non bersumpah??? |
|
|
|
|
|
|
|
ada org cakap tu komen balas Dr Asri kat Ustaz Kazim |
|
|
|
|
|
|
|
Yessss...akhirnya aku boleh makan babiiiii..... |
|
|
|
|
|
|
|
DTECCONAN posted on 9-6-2014 03:04 PM
senang cerita mcm ni la, sapa nak makan babi silakan
kalau ikut Yusof Qardawi pun boleh ber ...
riba dah ditransformasikan sifatnya jadi halal...
|
|
|
|
|
|
|
|
kan senang kalau kata yg haram tu daging babi ja, nak makan sup babi ka, telinga babi ka, mata babi ka boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Ulama pun manusia juga...mereka juga tidak lari dari membuat kesilapan
Mufti Selangor dan Perak dan komen pasal statement Yusof Al-Qardhawi ni... Yang haram tetap haram...banyak lagi sumber lain yang halal kenapa nak guna BABI jugak??.... Babi atau benda haram dibolehkan pada masa darurat je |
|
|
|
|
|
|
| |
|