CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9820|Reply: 85

[Tempatan] Belasah suspek rogol hingga masuk ICU- abang mangsa ditahan

[Copy link]
Post time 30-5-2014 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Abang ditahan kerana belasah suspek

PASIR MAS - Tindakan seorang abang membelasah dua suspek yang didakwa telah merogol adiknya, seorang pemuda berusia 20an bersama beberapa rakannya bakal berdepan hukuman di atas kesalahan kerana mendatangkan kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, pemuda tersebut membelasah dua lelaki berkenaan yang dipercayai telah memperkosa adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok lima hari lepas.

“Lelaki berkenaan termasuk beberapa rakannya telah membelasah seorang lelaki berumur 28 tahun di satu kawasan di Tumpat sehingga cedera parah yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini, semalam.

Menurutnya, selepas itu pemuda berkenaan dan rakannya ke Panji, Pengkalan Chepa pula dan membelasah seorang lagi suspek yang berumur 22 tahun.

Beliau berkata, suspek kedua kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II tetapi keadaannya tidak serius.

“Kedua-dua suspek yang dipercayai merogol adik lelaki itu dipukul menggunakan kayu dan besi.Sehubungan itu polis menahan abang mangsa dan beberapa rakannya yang juga berumur lingkungan 20an bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai jangan melakukan tindakan terburu-buru dan perlu merujuk kepada pihak polis untuk mengambil tindakan.

Difahamkan, seorang suspek kes rogol melibatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Bachok, Isnin lalu, cedera parah dibelasah sekumpulan orang awam di Pantai Sri Tujuh, Tumpat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang selepas lelaki yang sedang menjual wau di pantai tersebut didekati kumpulan berkenaan yang dipercayai ahli keluarga mangsa.


p/s- perogol sudah mendapat balasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 03:42 PM | Show all posts
Oh ni yang ada bideo tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 03:47 PM | Show all posts
kanak-kanak 12 tahun pun ekau rogol

suspek dpt masuk ICU - rasa berbaloiii la kot rogol org ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 03:47 PM | Show all posts
Tp betuika dia belasah org yg betui2 raped adik dia..kut belasah salah org lak...

tp kalau betui lenkali kerat btg perogol tu  
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 03:48 PM | Show all posts

Nik Aziz tak nak tarbiah kan rakyat sendiri ka? or bawa rakyat ramai ramai sembahyang hajat mintak bebudak lelaki kelantan tak menjadi setan gondol. Tak kan sembahyang hajat mintak UMNO kaloh jer.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 03:48 PM | Show all posts
Takkan la abg dia nak dudok diam saja nak tersenyum senyum...takkan la depa tak boleh bayangkan perasaan abg dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2014 03:49 PM | Show all posts
alieyrina posted on 30-5-2014 03:47 PM
Tp betuika dia belasah org yg betui2 raped adik dia..kut belasah salah org lak...

tp kalau betui  ...

baru belasah dah ditahan dan bakal didakwa mencederakan..kalau kerat anu..mahu hukum gantung..boleh jadi cubaan membunuh..mak dia xkena tangkap plak??jelas kot mak dia bantai budak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:10 PM | Show all posts
Keadilan telah terlaksana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 04:13 PM | Show all posts
no komen
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
nape kelate byk kejadian cmni ya. dah mcm india lak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:21 PM | Show all posts
padan muka semua2
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk tul org sangap kat klate.bahana budu ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:22 PM | Show all posts
india darul naim
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:28 PM | Show all posts
Pada aku kalu betol mamat tu rogol adik dia, selayaknye la kena lanyak sampai setengah mati... perogol2 ni elok kasi bunuh je terus.... bodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:35 PM | Show all posts
berbaloi baloi la ang kena,kalo ang betul buat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:37 PM | Show all posts
mmg patut kena pun.. ade ke sampai guna kayu n besi.. eee.. mampos terus pun takpe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 04:37 PM | Show all posts
Ini kes rogol di Kelantan yang lain pulak kah? Berapa ramai budak bawah umur 18 tahun dirogol di Kelantan dalam satu minggu? Apa nak jadi dengan Isele Pas nih?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:40 PM | Show all posts
zainuddinmaidin posted on 30-5-2014 03:48 PM
Takkan la abg dia nak dudok diam saja nak tersenyum senyum...takkan la depa tak boleh bayangkan pera ...

Ambo harap abang budok itu diberi layan baik didalam sinun. Selalunye pulis dan orang tahanan sendiri jaga ore lagu ni. Deme tahu

buke ore jahat. Cume nak tegakkan kebenaran, waima cara idop mengikut undang undang. Kasian keluarge deme. Semoga dipelihara.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:41 PM | Show all posts
xdielzx posted on 30-5-2014 04:37 PM
mmg patut kena pun.. ade ke sampai guna kayu n besi.. eee..  mampos terus pun takpe

Astaghfirullah. Ini manusia atau syaitan? Kesian adik tu. Moga Tuhan pelihara dia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 04:44 PM | Show all posts
lembut sangat abang dia bagi hukuman takat pukul masuk icu..kalu aku sula dengan batang buluh...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.457056 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list