CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] SUKMA: Kompleks Renang Kangar bermasalah lagi

[Copy link]
Post time 30-5-2014 08:12 AM | Show all posts
kebanyakan yg dapat tender nih kontraktor2 cap ayam kah..... takde kepakaran lansung... takkan kontrak prasarana yg teknikal camnih gi bagi kat kompeni yang seblom ni buat longkang dan buat tandas awam jerk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
clerk of works mungkin malas atau hanya diamtinggal dalam pejabat saja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 08:41 AM | Show all posts
bila berlaku bwh negeri BN
utusan kurang sikit meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:53 AM | Show all posts
siapa pendahulu sukma sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:57 AM | Show all posts
kontraktor nye kroni siapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 09:01 AM | Show all posts
Bumbung Pusat Akuatik koyak





KANGAR - Selepas beberapa jam insiden melibatkan bumbung koyak dan tercabut di Pusat Akuatik di Kompleks Sukan Negeri di sini, kontraktor utama Lima Corporation Sdn. Bhd. akhirnya tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkaitan.

Pengarah operasinya, Hishamuddin Abd. Hamid berkata, pihaknya diberi jaminan keselamatan oleh syarikat pembekal bumbung yang beroperasi di Pulau Pinang sebelum ia dipasang di venue tersebut.

Dia menegaskan, pembekal sudah memberi jaminan bahawa ia selamat digunakan tetapi perkara yang terjadi semalam menyebabkan keseluruhan bumbung itu perlu dibuka.

Katanya, tindakan membuka bumbung dilakukan 30 minit selepas kejadian itu berlaku dengan bantuan daripada sub-kontraktor yang masih melakukan kerja-kerja di dalam kawasan kompleks sukan itu.

"Kami akan melihat kembali perkara ini sebelum membuat tindakan lanjut kerana ia secara tidak langsung menjejaskan nama baik kami.

"Bumbung baharu tidak akan dapat dipasang dalam tempoh terdekat kerana ia akan menjejaskan penganjuran sukan di lokasi ini. Ia hanya akan dipasang selepas tamat temasya sukan ini," katanya.

Difahamkan, kontraktor utama itu adalah 'penyelamat' kepada projek yang gagal disiapkan dan mereka hanya diberikan tugasan berkenaan pada Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, disebabkan kelewatan Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) memberikan persetujuan dengan pelbagai perkara teknikal, kerja-kerja pembinaan hanya bermula pada Februari lalu iaitu tiga bulan sebelum acara bermula.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan kontraktor yang terlibat serta Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membincangkan perkara itu.

Selain itu katanya, satu laporan penuh berkaitan isu itu akan dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk tindakan susulan.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2014 10:07 AM | Show all posts
perlis ni mcm xbersedia je nak jadi tuan rumah sukma.. mcm2 hal jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Hasil projek kroni pprt..selayaknya elohim bayar cash.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu lah kj..tok moh suruh letak jawatan xnak..memula xmenang piala thomas..ni kanvas koyak n jatuh..bayangkan kalau jatuh atas kolam renang yg ada budak budak di dalam nya..xke lemas mereka tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 10:23 AM | Show all posts
pegehlih ni takyah jadi destinasi apa2 acara sukan lah
cukup lah jadi destinasi poligami khusus buat jantan yg nak berbini lagi tapi penakut dgn bini tua
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 11:08 AM | Show all posts
kopipes komen kat blog, dari spesis peragut rumput:



penipu rakyat pkr · 13 hours ago
lah bunbung terkoyak pun nak bising, ganti kanvas baru benda murah aje ,dulu aku pakai Bumbung kanvas ketika meniaga.. Bumbung kanvas aku terkoyak semasa hujan kuat tak ada aku bising


ya awloh, bodohnya macai umno
kanvas utk projek infrastruktur guna dana awam disamakan dgn kanvas dia buat meniaga pasar malam hasil pecah tabung ayam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 04:50 PM | Show all posts
Terlalu awal untuk salahkan JKR dan kontraktor - Saravanan


KANGAR - Masih terlalu awal untuk menyalahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis dan kontraktor berhubung insiden bumbung kanvas Kompleks Renang, Kompleks Sukan Negeri (KSN) Kangar, terkoyak pada Khamis lalu.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk M. Saravanan berkata, pihaknya tidak boleh menuding jari menyalahkan JKR berhubung insiden itu namun berharap tuan rumah dan JKR sendiri lebih berhati-hati memilih kontraktor pada masa akan datang.

"Pada peringkat awal, saya dimaklumkan bahawa bumbung terkoyak akibat

hujan dan angin tapi saya tidak boleh menerima alasan itu. Saya mahu JKR kaji dengan lebih mendalam walaupun ia akan mengambil masa.

"JKR kena kaji sama ada ia adalah disebabkan hujan seperti didakwa ataupun disebabkan oleh kualiti kanvas yang digunakan sebagai bumbung itu, kurang berkualiti," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan di kompleks renang, di sini hari ini.

Saravanan yang agak curiga dengan alasan kerosakan itu disebabkan hujan

berkata, masalah itu juga berkemungkinan disebabkan oleh kualiti akhir pembinaan kompleks yang kurang bagus. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 09:10 PM | Show all posts
Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk M. Saravanan berkata, pihaknya tidak boleh menuding jari menyalahkan JKR berhubung insiden itu namun berharap tuan rumah dan JKR sendiri lebih berhati-hati memilih kontraktor pada masa akan datang.


senang giler jadi muntri
nasehat jgn buat lagi pada masa akan datang ajer
lulusan skolah estet mana nih
akai sama macam macai meniaga pasar malam kanvas koyak time ujan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 09:40 PM | Show all posts
perlis darul koyak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 09:42 PM | Show all posts
hzln posted on 30-5-2014 09:10 PM
Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk M. Saravanan berkata, pihaknya tidak boleh menuding ja ...

mek canvas depa pakai tu psl tak sempat siap kan..... ni la padah projek bg kroni moni....
tak kisah nak bg kroni pun asalkan buat koje ngan btul... siap ikut tempoh...... depa ni mmg jenis tak serik.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 09:46 PM | Show all posts
Ini mesti kanvas temporary sahaja kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.070789 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list