Edited by Leafumi at 3-2-2015 04:59 AM
Ayrin kelam kabut naik dan duduk di atas motosikal. Dia memakai topi keledar dengan tergesa-gesa. Seperti biasa dia akan melawat Isac lagi selepas habis sekolah. Sudah menjadi rutin hariannya. Dia tidak peduli walau sudah berkali-kali Isac membebel kepadanya supaya jangan datang melawat lagi. Sudah menjadi tabiatnya tidak sabar-sabar mahu melawat Isac. Inilah masanya dia menghabiskan masa dengan Isac. Dia gembira bersama dengan Isac. Apatah lagi boleh mengusik dan mengenakan lelaki itu yang tidak boleh bangun.
“Ayrin !”
Ayrin hairan apabila Izul datang menghampiri. Rupa-rupanya moosikal mereka bersebelahan. Ayrin tidak cam pula.
“Kau pergi mana ni ? Tengok Isac ?” soal Izul.
“Ya..macamana kau tau ?”
“Aku tau lah. Hari-hari aku duk tengok kau.”
Ayrin pelik. Hari-hari tengok ?
“Kau stalk aku ke ?” soal Ayrin curiga.
“Semua orang aku stalk. Aku kan detective.”
“Berangan ! Dah la stalker !”
“Jom. Aku pun nak ikut kau pergi tengok dia.”
Mereka pergi bersama melawat Isac. Akhir-akhir ini Ayrin banyak masa bersama Izul. Padahal sebelum ini dia begitu menyampah dengan Izul yang kerek itu.
Mereka tiba di hospital. Ketika mereka hampir dekat dengan pintu masuk wad, kedengaran bising-bising. Ayrin dan Izul hairan. Apa hal pula kecoh-kecoh dari wad tu ? Ayrin dan Izul lihat beberapa orang doktor dan jururawat sedang menahan seorang wanita berusia lewat 30-an. Yang lebih mengejutkan mereka berada dekat dengan katil Isac. Wanita itu meronta-ronta dan memaki Isac.
“Budak tak guna ! Kau ni memang menyusahkan aku ! Memalukan aku !”
Ayrin begitu terkejut. Siapa wanita itu ? Dia tidak kenal. Pantas Ayrin mahu mendekati mereka. Izul ikut serta. Wajah Isac juga tegang. Menahan sabar mungkin.
“Kau jangan harap aku nak berlembut dengan kau lagi lepas ni ! Cilaka betul ! Apasal kau tak mampus terus budak tak sedar diuntung !” wanita itu memaki Isac lagi.
“Puan ! Tolong berhenti ! Awak tak boleh buat macam ni kat sini !” kata doktor yang cuba menahan wanita itu. Akhirnya wanita itu dibawa pergi oleh mereka apabila pengawal keselamatan tiba. Wanita itu sempat menjeling ke arah Ayrin. Ayrin dan Izul menerpa ke arah Isac.
“Isac..” Ayrin memanggil sambil memegang bahu kanan Isac. Isac tunduk saja. Kelihatan sangat tertekan.
“Apa dah jadi ni ?” soal Ayrin penuh kerisauan. Izul segera menarik langsir untuk menutup kawasan katil Isac supaya tidak dilihat oleh pesakit-pesakit lain yang sedang melihat ke arah mereka. Pasti jatuh air muka Isac di hadapan mereka kerana ditengking sebegitu tadi.
“Isac..” Ayrin memujuk Isac untuk bersuara.
Tanpa disangka-sangka Isac menangis. Ayrin terkesima melihat air mata Isac yang jatuh menitik. Dia belum pernah melihat lelaki itu menangis sepanjang mereka berkawan. Izul juga tidak berkata apa. Dia lihat saja.
“Aku benci pompuan tu.. aku.. aku benci dia.. sampai bila-bila pun.. “ isac berkata dalam tangisan. Dia mengelap air mata dengan lengan kanan.
“Isac.. siapa dia tu ?” soal Ayrin.
“Dia tu.. mak tiri aku..” jawab Isac. Ayrin terkedu. Dia tidak tahu pula ayah Isac telah berkahwin lain. Sungguh dia tidak tahu.
“Aku benci dia.. dia yang tak sedar diuntung ! Sudah lah ayah asyik lebihkan dia. Aku benci pompuan tu !” Isac hampir berteriak. Namun dia menahan kerana sedar perlu menjaga ketenteraman di situ. Ayrin menggosok belakang Isac. Cuba memujuk.
“Dia.. tak pernah sayangkan aku dari dulu lagi.. dia maki aku macam-macam.. dengan kakak pun dia layan macam sampah ! Sebab tu kakak pergi jauh.. kakak tak tahan dengan dia.. ayah pulak asyik dengar cakap dia.. aku tak paham.. diorang tu gila !”luah Isac lagi.
“Dia bukan mak aku ! Dia betina !” teriak Isac lagi. Ayrin turut sebak. Dia hampir-hampir menangis. Nasib mereka hampir serupa. Namun dia tidak pula diuji seperti Isac. Izul hanya diam memerhati.
“Sabar Isac..sabar..” pujuk Ayrin lagi. Dia terus memujuk Isac. Biar lelaki itu menangis sepuasnya. Ayrin tahu selama ini Isac memaksa diri untuk bertahan dan memendam seorang diri.
Ayrin menemani Isac hingga ke malam. Ayrin membuka mata. Dia sudah tertidur. Dia lihat Isac sedang memegang handphone. Mungkin sedang bermain game. Khusyuk.
“Wei, lama ke aku tertidur ?” soal Ayrin.
“Sempat jugak la aku ambil gambar muka kau tidur tadi !” jawab Isac sambil ketawa jahat.
“Kurang asam ! Nanti aku nak check !” ujar Ayrin tidak senang. Takut juga jika Isac mengambil gambar wajahnya yang tidur. Entah-entah nampak buruk. Dia bangun dan beredar. Mahu ke tandas.
Selepas selesai urusan di tandas, dia sengaja berjalan-jalan di koridor wad. Belum sempat dia menjauh dari pintu wad, dia ditegur oleh seorang perempuan. Ayrin hairan. Siapa kakak ni ?
“Ayrin..Ayrin kan ?”
“Ya.. akak ni siapa ?”
“Saya kakak Isac, Tasha.”
Tasha mengajak Ayrin turun ke lobi. Mereka duduk di bangku panjang lobi. Tasha mahu berbual dengan Ayrin.
“Bila Kak Tasha datang ?”
“Tadi masa Ayrin tidur.”
“Sorry, kak. Lama dah tak nampak akak. Saya tak cam.”
“Tak apa. Akak pun dah lama tak jumpa Ayrin.”
Masing-masing diam seketika.
“Akak tak sangka Ayrin boleh kawan lama dengan Isac tu.”
“Memang lah kak. Kami kan dah kenal dari kecik.”
“Akak tak sangka sampai besar pun rapat lagi.”
Ayrin tersenyum saja mendengar kata-kata Tasha itu.
“Isac bagitau Ayrin ada masa Auntie Nora mengamuk tadi.”
“Ya, kak.”
“Auntie Nora tu memang macam tu, Ayrin. Dia tak suka kat akak dengan Isac. Kitorang pun tak paham kenapa dia macam tu. Ayah pulak terlalu sayangkan dia.” Tasha mula bercerita perihal emak tirinya dan Isac.
“Mula-mula dia okay aje masa mula-mula kahwin dengan ayah. Tapi..” Tasha berhenti berkata. Ayrin menanti dengan curiga.
“Masa dia baru mengandungkan anak pertama dia, Isac.. Masa tu, dia nak naik tangga. Isac pun nak turun tangga, dia berlari-lari dan tak sengaja terlanggar Auntie Nora. Auntie Nora jatuh. Masa tu Isac pun kelam kabut sebab dah lambat nak ke latihan sukan di sekolah.” Tasha bercerita dengan sebak.
“Dia keguguran,” ujar Tasha lagi. “Lepas tu dia marah sangat dengan Isac. Dia berdendam sampai sekarang,” tambah Tasha lagi. Tasha mengeluh selepas berkata. Kesal mengingat kembali peristiwa yang membuatkan keluarganya berpecah belah. "Auntie Nora dah ada 2 orang anak sekarang. Tapi dia tak benarkan anak-anak dia baik dengan kami," tambah Tasha lagi.
Ayrin turut berasa kesal. Barulah dia tahu cerita sebenar. Isac tak pernah bercerita mengenai emak tirinya. Tak pernah bercerita mengenai kesakitan yang ditanggungnya di rumah. Isac selalu tunjuk muka relaks dan tak ada masalah pada dirinya. Isac, kenapa kau simpang seorang sakit kau ?
Ayrin dan Tasha naik semula ke wad. Mereka menemani Isac lagi. Namun mereka tak boleh berlama-lama kerana masa melawat akan tamat tidak lama lagi. Tasha ingin terus tinggal di situ memandangkan dia ahli keluarga. Ayrin perlu pulang ke rumah walaupun dalam hati dia tidak mahu pulang.
“Ai, aku mintak maaf sebab banyak sakitkan hati kau selama ni..” Isac tiba-tiba memohon maaf ketika Ayrin duduk di sebelah katilnya di bangku untuk beberapa ketika sebelum pulang.
“Kau baru sedar ke ?” perli Ayrin.
“Yelah, aku tau la aku banyak jahat dengan kau.”
"Selalunya dalam drama, orang yang duk mintak maaf masa kat hospital ni, alamat dah tak lama dah.." Ayrin tahu tidak sopan untuk dia berkata begitu namun dia katakan jua untuk mengenakan Isac.
"Wei, mulut celupar lah kau ni ! Kau nak ke aku mati ?" Isac mula mengomel. " teruk betul minah ni !"
"Aku gurau je. Sorry ! Kalau kau tak ada, siapa aku nak kacau nanti . " Ayrin sengih.
"Kau memang !" balas Isac.
“Nanti kau kena ajar aku main gitar.” kata Ayrin.
“Tak nak lah. Nanti kalau kau pandai main gitar, aku nak main gitar untuk siapa lagi ? Kau sorang aje suka dengar aku main gitar.”
“Kesiannya kat kau. Selama ni perasan abang gitar macho depan aku seorang aje” Ayrin mengejek. Isac sengih saja.
***
|