CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : GADIS KEBAYA MERAH

[Copy link]
 Author| Post time 25-4-2014 06:17 PM | Show all posts
Amboi...meriah plak kat sini.....cerpen ni Ipo ada feel sikit sebab masuk jiwa...hahahah

Ok, nak sambung lagi ni..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2014 07:24 PM | Show all posts
SENAH mengayuh basikalnya ke arah sebuah kedai makan yang terletak di tepi jalan masuk ke kampungnya. Kedai makan itulah yang menjadi 'berita terkini' apa-apa jua cerita tak kira sensasi ataupun suam-suam kuku. Semuanya menjadi hangat bila orang kampung mula buka mulut. Kayuhannya semakin laju. Dia perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tadi dia hanya tahu dari mulut Mak Jemah yang kebetulan lalu di depan rumahnya. Cepat saja dia panggil perempuan yang agak berusia itu ke rumahnya. Ya la..Mak Jemah tu kan dah jadi macam wartawan yang tak bertauliah. Yang peliknya semua ceritanya adalah benar! Ha..itu yang buat Senah suka sangat!

Basikal disandarkan di batang pokok mangga sebelah kedai makan. Senah perhati sekitar kedai makan. Ada dua tiga orang lelaki tua sedang bermain dam di situ. Dia geleng. Nilah orang tua zaman sekarang, tak ada kerja nak buat. Buang masa main dam! Baik jadi macam aku ni, ada juga hasilnya walaupun jadi tukang sibuk bawa cerita, bukan calang-calang cerita tapi semuanya sensasi! Senah senyum  bangga.

Pak Mail pandang ke arah gadis berbaju kurung biru itu melangkah lemah gemalai ke arah kedai makan Pak Sahak. Dia sengih. Dari jauh dia sudah tahu, gadis itu bukan datang saja-saja tapi membawa cerita, tak pun mengorek cerita. Memang tak ubah perangai, sama sebiji seperti arwah mak dia yang mulut becok.

"Pak Mail!" Senah menyapa Pak Mail yang sedang menikmati kopi panas seorang diri. Dua orang lagi pula sedang asyik bermain dam..haih..tak juga naik haji orang tua tu!

Pak Mail menoleh. Dah agak dah.

"Pak Mail sorang je ke?" Senah melabuhkan punggung di sebelah Pak Mail sambil tersengih.

"Ada kau nampak orang lain sebelah aku ni?" Pak Mail jeling Senah yang sudah tersengih-sengih macam kerang tak cukup masak. Nak sengih luas tak juga, sengih sempit agaknya.

"Alah..Pak Mail ni..buat lawak la pulak tengahari buta ni. Haus la..Pak Mail belanja ek?" Senah tanpa segan silu mula pesan teh ais dari Pak Sahak.

Pak Mail geleng-geleng. Inilah anak dara sekarang. Bukan nak tahu malu.

"Ni, yang kau mengendeng kat sini, kau tak reti nak duduk rumah ke? Tuh! Tengok matahari dah terpacak dari tadi, tak reti nak masak?" Sindir Pak Mail.

"Alah..lecehlah Pak Mail ni. Senna ni bukan apa..kalau masak atau buat kerja rumah tu..nanti kematu la segala kulit halus Senna ni.." Senah tunjuk jemarinya pada Pak Mail.

Pak Mail geleng lagi. Kalau aku ada anak bujang dan berjodoh pula dengan Senah ni, mahu kurus kering nanti. Dapur tak berasap!

"Ni..Pak Mail.." Senah mula bersuara perlahan. Sedikit berbisik. Dia dekatkan mukanya dengan Pak Mail.

Pak Mail jarakkan sedikit. Lagak Senah tadi sudah seperti hendak memberitahu rahsia besar. Memang tak pernah berubah perangai budak ni.

"Pak Mail nak tahu tak..ada orang campak mayat kat kampung kita ni. Dengarnya, mayat tu perempuan cantik. Pak Mail tahu ke siapa?" Senah berkerut kening. Matanya liar memandang sekitar. Bimbang ada yang mencuri dengar perbualannya tadi.

"Kau dengar dari mana ni Senah? Mayat apa pulak ni?" Pak Mail geleng lagi.

Senah sedikit tergamam. Takkkanlah orang tua ni tak tahu cerita sensasi ni? Dah riuh satu kampung!

"Mak Jemah cakap, dia sendiri pergi tengok mayat tu yang dicampak ke dalam kolam kumbahan kat belakang kampung kita ni. Takkan Pak Mail tak tahu?" Senah sudah berkerut kening.

"Kau ni, kalau pasal hal ni, cepat je  tersebar. Dah, minum air tu, lepas tu balik rumah! Kau tu anak dara! Tak baik merayap macam ni! Nanti tak ada orang masuk meminang nanti." Pak Mail hulur teh ais yang diletak oleh Pak Sahak tadi.

Senah muncung. Payah betul hendak korek rahsia dari Pak Mail ni. Dia mula meneguk teh ais sampai habis. Dia bingkas bangun dan mula menapak ke arah basikalnya semula.

"Senah!"

Senah berpaling. Dia senyum lebar. Sumber cerita sensasinya sudah tiba. Mak Jemah dilihat terkedek-kedek berjalan ke arahnya dengan selendang menutupi kepala dan gincu yang teramatlah merahnya.

"Mak Jemah dari mana?" Senah tak jadi ke basikalnya, dia berjalan ke arah perempuan separuh abad itu. Walaupun dah tua tapi masih bergetah. Masih kelihatan seperti anak dara. Entah ilmu atau petua apa yang Mak Jemah pakai. Nak juga dia menuntut. Sampai sekarang Kudin tidak pernah nak pandangnya.

"Dari pekan tadi. Aku tumpang kau boleh?" Mak Jemah sengih.

"Boleh je! Tapi naik tu je la." Senah tuding ke arah basikalnya yang sudah tersadai di batang pokok mangga.

Mereka berdua mula menaiki basikal. Mak jemah duduk di belakang, pinggang Senah dirangkul kuat. Terhoyong hayang Senah kayuh basikal balik ke rumah Mak Jemah. Tiba di rumah Mak Jemah, Senah dipelawa masuk ke dalam rumah papan yang bercat hijau dan kuning. Senah sengih. Taksub betul Mak Jemah dengan pasukan bola Kedah. Padahal mereka tinggal di kampung ulu di sebuah negeri yang tak ada kena mengan dengan negeri Jelapang padi tu. Nampak saja  Mak Jemah tu macam tu, tapi kalau musim bola, dialah orang pertama yang duduk depan tv di kedai Pak Sahak tu. Kalah orang lelaki.

"Nak minum tak?" Mak Jemah tanya Senah yang duduk di pangkin rumahnya di depan laman sambil mengipas badan dengan suratkhabar.

"Boleh jugak."

Mak Jemah ke dapur dan kembali semula ke anjung rumah membawa segelas air kosong.

"Aik! Air kosong je?" Senah mencebik. Ingatkan bolehlah merasa jus tembikai ke, jus jambu batu ke, ni air kosong..entah-entah air paip!

"Jadilah dari tak ada kan?" Mak Jemah sengih.

"Ni, saya nak tanya ni. Betul ke Mak Jemah nampak mayat tu dalam kolam kumbahan tu?" Senah terus ke tujuan asal. Dari tadi dia ingin tahu sangat cerita sebenar. Kudin perlu tahu semua tu dan dia perlu yakinkan Kudin yang dia bukan bawa mulut.

"Betullah! Ni Mak Jemah tau! Apa juga berita yang aku bawa, ada kesahihannya!" Mak jemah tumbuk meja dengan kuat. Geram bila Senah persoalkan berita yang disampaikannya.

Senah menelan liur. Sikap Mak Jemah tak boleh dijangka.

"Jadi, apa yang sebenarnya berlaku?" Senah letak gelas tadi dan duduk berhadapan dengan Mak Jemah.

"Masa tu, aku nak ke pekan. Malas nak ikut jalan luar. Jadi aku ikut jalan belakang. tengah terkedek-kedek aku berjalan tu, aku nampak dua orang lelaki sedang mengangkat sesuatu dalam karung guni. Mereka bawa karung guni tu ke kolam kumbahan tu. karung guni tu dilempar ke dalam kolam tu. Lepas tu mereka blah. Aku ni jenis nak tahu je kalau benda-benda pelik macam ni. Aku pergi tengok. karung guni tu hampir tenggelam. Sempat aku tarik pakai batang kayu. Berpeluh jugaklah nak tarik benda tu.  Dah dapat tarik sehingga ke tebing tu, aku lagi nak tahu apa ke bendanya dalam karung guni tu. Aku buka la. Apa lagi, terkejut beruk aku masa tu! ish! ish! Ish!" Mak Jemah geleng.

Senah terlopong mendengar cerita Mak Jemah.

"Eh, yang kau meleleh air liur tu apa hal?" Mak Jemah tepuk bahu Senah.

Senah sengih. Dia sapu air liurnya yang meleleh. Tak sedar. Khusyuk mendengar cerita Mak Jemah tadi.

"Mak Jemah nampak apa?" Senah sudah tidak sabar. Semalam Mak Jemah beritahu itu mayat perempuan cantik.

"Mayat! mayat seorang perempuan tapi yang peliknya..." Mak Jemah usap dagu. Cuba mengingati kembali kejadian itu.

"Apa yang pelik?" Senah semakin tidak sabar.

"Mayat tu macam dikelar-kelar..tang muka pulak tu." berkerut dahi Mak Jemah.

"Hah? Hari tu kata perempuan tu cantik?" Senah tidak puas hati. apa yang dia nak cakap pada Kudin nanti.

"Memanglah..mula-mula tu cantik..tapi perlahan muka dia macam ditoreh pisau..ada darah bagai.." Mak jemah masih ingat lagi. Muka perempuan yang dibunuh itu mulanya memang cantik tapi tiba-tiba ada benda yang menoreh dan mengelar muka perempuan tu.

Senah terdiam. Memang pelik! Dia juga turut berfikir.

"Mana mayat tu?" Senah kembali bertanya.

"Aku biarkan je kat situ. Tak kuasa aku nak tolak semula ke dalam kolam tu." Selamba Mak Jemah menjawab.

"Hah? Mak jemah biarkan je kat situ? Buatnya dia jadi hantu macam mana? Polis tahu tak?" Senah menelan liur.

"Eii! Kau ni banyak tanya la! dah balik!" Mak jemah ambil semula gelas kosong dan mula melangkah ke dalam rumah membiarkan Senah terkebil-kebil di situ.

Senah masih berfikir. Siapa agaknya perempuan tu? Kenapa dia dibunuh? Ah! Aku kena siasat lagi. Dia mula mengayuh basikalnya pulang ke rumah.



SEMENTARA itu, di rumah Kudin, Kudin sedang berehat di anjung rumah sambil menghirup kopi panas. Angin segar dari sawah menghala ke arah rumahnya terasa sunguh nyaman. Baru tadi dia selesai menjamu selera bersama nenek. Sejak balik kampung setahun yang lalu, neneklah insan paling gembira. Lima tahun dia menghabiskan waktunya di bandar KL. Mencari rezeki. Selama itulah dia hanya jenguk nenek sekali sekala. Kerja yang memaksa dia jarang menjenguk nenek. Sejak kecil dia dipelihara oleh nenek. Bila ditanya mana kedua ibu bapanya, nenek seperti mengelak dari menjawab. Pernah dia ugut nenek untuk bunuh diri kalau nenek tidak beritahu siapa orang tuanya yang sebenar. Haram nak jawab orang tua tu. Sehinggalah dia juga berputus asa bertanya walaupun sering diejek rakan sekolah semasa kecil dulu. Bila sudah masuk universiti, dia mula berdikari. Habis saja pengajian, dia terus  kerja. Dari satu kerja ke satu kerja. Tak kira halal haram, asalkan masuk duit, semua disapu!

Fikirannya melayang pula pada Senah tadi. Gadis itu sebenarnya satu sekolah dengannya dulu. Dari dulu, Senah suka padanya tapi dia saja yang tidak endahkan Senah. Tidak suka dengan sikap gedik dan manja tak bertempat! Dan yang paling meluat, mulut gadis itu yang becok bak bertih jagung! Kalau perkara baik tak apalah juga tapi semua cerita disapunya!

"Ah! Macam aku ni baik sangat." Kudin sengih. Dia keluarkan kad pengenalannya dari dompet. Lama dia memerhati namanya sendiri. Dia tersenyum gelihati. Nama dah macam nama hero dalam novel, lagak macam keturunan kaya tapi di kampung ni dia dikenali Kudin! Ah! Tak kisahlah! Nama Kudin itulah yang membawanya mengenali dunia sebenar di KL. Dunia yang penuh dengan penipuan dan pengkhianatan! Siapa yang tidak kenal Kudin?

Kudin melepaskan keluhan panjang.


Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 12:09 PM | Show all posts
NEK TOM sejak tadi asyik melihat Kudin termenung di tepi tingkap di anjung rumah. Kopi secawan di atas tikar mengkuang sudah separuh habis diminum. Dia menganyam lagi tikar mengkuang yang mempunyai pelbagai warna dan saiz. Memng itulah punca rezekinya dan itulah juga yang menyara cucunya sehingga masuk univerisiti. Ingatkan selepas habis belajar, bolehlah dia merasa hidup senang sikit dengan duit hasil kerja Kudin tapi semuanya hanya mimpi saja. Kudin jarang jenguk dirinya sejak bekerja. Bila ditanya kerja apa, Kudin akan diam membisu. Ah, tak kisahlah, dia di kampung ini pun masih boleh menyara hidup. Permintaan tikar mengkuangnya menggalakkan dari penduduk kampung. Hari itu, ada sekumpulan dari kraftangan Malysia, memborong tikar, kipas dan saji mengkuang. Tak menang tangan dibuatnya masa tu. Siang malam terpaksa bersengkang mata semata-mata nak menyudahkan pesanan itu. Kudin nak tolong? Dia banyak buat tahi mata, rela lepak di tepi sawah, buang masa di situ. Masa itu, Kudin baru saja pulang ke kampung. Entah apa yang Kudin mimpi agaknya, balik kampung kali ini, dah rajin ke sawah sekangkang kera tu. Rajin pula tanam anak padi dan sekarang ini, padi sudah menguning. Nek Tom tersengih sendiri.

"Apa yang nek senyum sengih tu nek?" Kudin hisap rokok dan asap dihembus perlahan. terbang dibawa angin yang semakin rancak menerpa masuk ke dalam rumah.

"Tak ada apalah. Nenek pelik dengan kamu ni. Kamu mimpi apa sampai nak berkampung di sini dan tanam padi? Kamu dah kecewa dengan girlpren ke?" Nek Tom sengih lagi. Tangannya ligat menganyam tikar.

Kudin turut senyum. Girlfriend? Benaknya mula teringat kembali satu persatu teman wanita yang cuba mendampinginya dulu semasa di bandar KL. Siapa yang tidak terpikat dengan lelaki macho dan maskulin sepertinya yang sentiasa berjaket hitam, berkaca mata hitam dan ke hulu ke hilir dengan motor berkuasa tinggi? Walaupun dia tahu, ramai juga perempuan yang suka  pada lelaki kaya yang berlagak dengan kereta mewah mereka. Alah, hidup di bandar besar seperti KL itu, terkadang bergaya saja lebih tapi poket nipis. Dia sudah masak dengan semua itu.

"Kenapa kamu pula senyum sengih ni?" Nek Tom pula menyoal.

"Siapa yang nak kat Kudin yang tak ada harta ni nek. Sudahlah miskin, rupa pula tak berapa nak handsome macam hero drama melayu tu." Kudin masih lagi senyum. Puntung rokoknya sudah pendek. Ditenyeh-tenyehnya ke dalam tempurung kelapa.

Nek Tom mendongak. Dia pandang cucunya yang sedang asyik merenung ke arah sawah padi sambil menikmati kopi dan diselang seli dengan rokok. Wajah lelaki muda itu ditatap seketika. Sejak Kudin masuk tingkatan satu lagi, rupa Kudin sudah terserlah kacak. Pernah dia jumpa surat cinta di dalam beg skolah Kudin dulu. Bukan seorang dua budak perempuan yang suka pada Kudin tapi  ramai sehinggakan setiap hari ada saja budak perempuan yang berlainan menghantar surat cinta. yalah..masa tu kan masih budak. Jadi, cinta monyet la tu. Yang pasti, tak seorang pun yang mendapat perhatian Kudin. Kudin buat dek adalah!

Dia perhatikan lagi wajah Kudin. Ada iras ayah Kudin, kulit agak putih, keniing lebat, rambut hitam berkilat. Ada ciri-ciri lelaki tampan, cuma penampilan Kudin yang tidak menyerlah sekarang ini. Pakai baju T yang longgar, butang tak pernah ditutup, terbuka luas menampakkan baju putih di dalamnya. Seluar pulak pakai yang sudah lusuh. Sekli tengok, sudah seperti  tauke Ah Chong jual sayur lagaknya. Mana perempuan nak berkenan??

"Hmmm..nek..Anum tingal kat mana sekarang?" Kudin berpaling ke arah neneknya yang sudah merenungnya.

"Anum?"

Kudin angguk.

"Maksud kamu...Anum anak Pak Sahak kedai makan tu?" Nek Tom terkejut. Tiba-tiba Kudin bertanyakan gadis itu.

Kudin angguk lagi. Sejak setahun dia balik kampung, tidak pernah dia melihat kelibat Anum. Segan pula nak tanya Pak Sahak, yalah..sibuk tanya hal anak dara orang tapi diri sendiri masih terumbang ambing.

"Tu la..tinggal lagi kat KL tu lama-lama. Apa yang berlaku di kampung ni pun kamu tak tahu. Anum tu dah kerja kat KL. Kamu tak pernah jumpa dia ke?" Nek Tom pula terasa pelik.

"Nek..KL tu bukannya kecik macam kandang kambing Wak Leman tu. Pusing-pusing jumpa! KL tu luas." Kudin geleng. Dia tak salahkan nenek, sebab nenek tidak pernah ke KL. Hidupnya hanya di kampung Pinang Patah itu.

"Oh...macam tu." Nek Tom sengih lagi.

"Saya nak ke kedai Pak Sahak kejap nek." Kudin tonyoh lagi puntung rokok dan mula bangun. Butang bajunya mula ditutup.

"Nak buat apa?" Nek Tom pula bertanya.

"Ada la. Nenek ada dengar tak apa-apa pasal kampung kita ni?" Kudin duduk semula. Kali ini di sebelah neneknya yang sedang menganyam tikar.

"Dengar apa?"

"Pasal...ada orang campak mayat kat kampung kita ni.." Teragak-agak Kudin berkata. Terpedaya juga dengan cerita Senah tadi.

"Mayat?" terbeliak Nek Tom mendengar perkataan mayat. Itulah kali pertama dia mendengar kampungnya jadi tempat membuang mayat. Kalau bangkai binatang tu, biasalah!

Kudin angguk.

"Mana kamu dapat cerita ni?" Berkerut kening Nek Tom.

"Senah becok tu yang cerita tadi.." Kudin mengalihkan panndagannya ke arah sawah semula melalui tingkap tadi. Bimbang neneknya akan ketawakannya bila sebut nama Senah.

"Senah? Eh, kamu percaya ke cerita dari mulut Senah tu?" Nek Tom mula ketawa.

Kudin senyum kelat. Dah agak dah.

"Tak ada la..mungkin cerita Senah tu banyak yang gosip macam gosip artis tu, tapi kebanyakannya betul semua tu. Tadi dia cerita ada mayat pula. Nenek ada dengar tak?" Kudin sekali lagi bertanya.

"Tak ada la pulak. Ah, ni tentu Senah tu tahu dari Mak Jemah tu kan?" Nek Tom mencebik. Tahu benar dengan perangai perempuan yang muda hanya lima tahun darinya itu. dari zaman muda sampailah dah nak kematu ni, masih tak berubah perangai. Kubur dah panggil, rumah dah suruh pergi. Entah bila nak bertaubat nasuha!

"Entahlah..ya la kut. Mana lagi sumber dia tu?" Kudin turut gelak.

"Tahu tak apa.." Nek Tom turut ketawa.

"Tak apalah nek. Kudin nak ke kedai Pak Sahak kejap." Kudin bingkas bangun dan mula menapak turun ke laman. Basikal tua yang disandar di tepi tiang rumah itu dikayuh perlahan menuju ke kedai Pak Sahak.



DI KEDAI Pak Sahak, pelanggan agak ramai juga lepak bila waktu petang begini. Kebanyakkannya lelaki tua. Memang di kampung itu, orang tua lebih suka membuang masa di kedai-kedai kopi, sambil minum air, main dam dan berbual kosong. Bukan nak penuhkan masjid! Dah tua-tua macam itu, sepatutnya mengimarahkan masjid dan surau. Mendengar ceramah agama. Ini tidak, siang hari main dam, borak kosong, malam pula penuh kedai makan Pak Kahar dengan karaoke dan dangdut gelek. Terkadang pelik juga rasanya. Ingatkan di KL saja ada kelab dangdut dan karaoke ni, di Kampung Pinang Patah yang terceruk itupun ada benda-benda lara macam tu.

"Ah, aku dulu pun selalu jugak masuk kelab malam ni kat KL tu.." Kudin sengih. Kerjanya yang membuatkan dia terpaksa masuk ke kelab malam dan kadang-kadang ke kelab mewah yang hanya boleh dimasuki oleh orang kenamaan saja.

Kudin letak basikal tuanya di perdu pokok mangga. Dia mula melabuhkan punggung di kerusi. Bdannya dikipas-kipas dengan suratkhabar dari atas meja makan. Matahari masih terik walaupun sudah hampir empat petang.

"Pak Sahak! Kopi ais satu!" Kudin lambai pada Pak Sahak yang sibuk membancuh air minuman di dapur.

Seketika kemudian, minuman yang dipesan sudah sampai.

"Kamu dari mana ni Kudin?" Ramah Pak Sahak bertanya.

"Dari rumah pakcik." Kudin senyum. Kopi ais diteguk perlahan.

"Oh..rajin kamu sekarang ni. Dengarnya padi kamu sudah menjadi." Pak Sahak duduk di sebelah Kudin.

"Macam tulah pakcik. Berbudi pada tanah ni banyak untungnya. Tinggal usaha saja lagi." Kudin sengih. terasa malu pula pada Pak Sahak yang beria memujinya.

"Hmm...kerja kamu kat KL tu macam mana?" Pak Sahak mula bertanya soal kerja.

Kudin diam seketika. Dia kalau boleh tak ingin lagi sambung kerjanya di KL. Cukuplah di situ. Tak pening kepala.

"Saya dah berhenti pakcik. Lagipun, nenek tinggal sorang kat sini." Kudin tunduk.

"Hmm..eloklah tu. Eh, malam nanti datanglah rumah pakcik ya. Ada hal sikit nak bincang." pak Sahak senyum.

Pantas Kudin menoleh. "Hal apa pakcik?"

"Kamu datang la dulu. Minumlah, pakcik  belanja." Pak Sahak mula bangun dan kembali ke dapur semula.

Kudin perhati sekitar kedai makan, ada seorang lelaki muda asyik merenung ke arahnya dari tadi. Dia juga tidak pasti siapa lelaki itu kerana dia sendiri tidak begitu kenal dengan penduduk kmapung, terutama yang muda. Hanya beberapa orang saja yang seusia dengannya dan satu sekolah dengannya. Jai, Chad dan Jo, memang dia rapat sejak dulu tapi setelah masing-masing berhijrah, hubungan mereka juga turut renggang.

"Hmm..hal penting apa Pak Sahak nak beritahu.." Kudin mengusap dagu. Dia menghabiskan kopi ais.





Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:34 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 03:42 PM | Show all posts
BAB 2



MALAM itu, selepas solat isyak, Kudin mengayuh basikalnya ke rumah Pak Sahak. Rumahnya agak jauh dari rumah penduduk kampung yang lain. Agak berpeluh juga lah Kudin mengayuh sampai ke rumah Pak Sahak. Sepanjang perjalanan tadi, dia sempat jeling ke arah sebuah kolam kumbahan yang sudah terbiar lama. Memang nampak menyeramkan. Apalagi di situ selalu penduduk kampung buang benda-benda yang sudah tidak terpakai termasuk bangkai binatang.

Kayuhannya dicepatkan sebaik melihat ada lampu gasolin dari rumah Pak Sahak. Malam itu terasa udara semakin sejuk. Kiri kanan jalan sempit itu penuh dengan hutan kecil dan ladang getah. Kudin mempercepatkan kayuhannya.

"Ish! Apasal pulak rantai basikal aku ni?" Kudin terpaksa berhenti di tepi jalan. Dia belek-belek rantai basikal yang sudah kendur. Rantai itu cuba diletak semula di tempat asalnya.

"Assalamualaikum.."


Kudin mendongak. Seorang gadis yang cukup cantik berkebaya merah sedang tersenyum kepadanya. Terkesima seketika melihat paras rupa gadis itu yang sungguh mempesona.

"Wa..wa'alaikumussalam..' Kudin tergagap-gagap. Dia mula bangun.

"Maaf, tumpang tanya. Saya baru sampai di kampung ni. Sebenarnya saya nak cari rumah sewa..sebab saya kerja kat pekan. Puas saya cari sekitar pekan tapi tak ada. Kalau ada pun, sewanya agak mahal. Tak mampu saya nanti. yalah..saya kan kerja biasa-biasa je." Ramah gadis itu menjelaskan keadaan.

Kudin masih terpaku di situ. Masih terdiam.

"Err..encik..encik.."

Kudin tersedar. Dia kelip-kelipkan matanya. Ingatkan dia bermimpi tadi. Memang sah gadis itu berdiri di depannya sambil tersenyum manis.

"Err..cik tanya apa tadi?" Kudin dah termalu sendiri.

"Saya tanya..ada tak rumah sewa kat kampung ni?"

"Rumah sewa? Hmmm.." Kudin pula berkerut kening berfikir. Seingatnya mana ada rumah kosong di kampung terceruk ni. Apa yang dia tahu, ada satu rumah yang sudah lama ditinggalkan oleh tuan rumah itu sebab mengikut anaknya ke KL. Jadi rumah tu sudah lama kosong. Itupun sudah nak reput kayunya dimakan dek anai-anai. Semalam dia lalu ikut jalan yang menuju ke rumah tu.

"Ada tak?" Sedih suara gadis itu bertanya.

Kudin pandang lagi. Nampak riak gadis itu terlalu mengharapkan jawapan yang dinantikannya.

"Err..nak kena cari dulu cik tapi...ada satu rumah yang sudah kosong. Tuan rumah tu..dah lama berhijrah ke KL, tinggal dengan anaknya. Kalau cik nak rumah tu, boleh saya tanya tuan rumah tu atau jiran terdekat." Kudin mula melemparkan senyuman.

"Ya? Kalau macam tu, saya balik dulu. Esok saya datang lagi..saya nak cepat rumah sewa tu.."

Kudin senyum lagi. Gadis itu sudah berjalan pergi dari situ. Lama Kudin memerhati gadis itu sehingga lenyap dari pandangan. Dia kembali duduk membaiki rantai basikalnya yang sudah kendur tadi.

"Haih..macam mana boleh kendur pulak ni. Nampak gaya aku kena jalan kaki la ni.." Kudin sedikit mengeluh. Dia heret basikalnya dan berjalan ke rumah Pak Sahak. Nasib baik rumah Pak Sahak sudah tidak jauh dari situ.

TIB Adi rumah Pak Sahak, Kudin terus memberi salam. Terjongol Pak Sahak muncul di muka pintu rumah. Kudin dipersilakan masuk dan duduk di sofa rotan. Kudin perhatikan rumah yang pernah dia kunjungi dulu sewaktu zaman sekolah. Yalah..anak dara Pak Sahak tu adalah insan pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kalau boleh setiap hari hendak bertandang ke rumah Anum ni. Bila dah habis SPM, Anum dapat belajar di luar negara. Aku pulak sambung belajar di univerisiti tempatan.

"Ni air..air bujang je Kudin." Pak Sahak kembali dengan air kopi o panas.

"Ini pun dah cukup pakcik.." Kudin senyum.

"Hmm..kenapa berpeluh ni?" Pak Sahak tegur Kudin yang kelihatan berpeluh dari tadi.

"Oh..basikal saya rosak tadi. Terpaksa jalan kaki..nasib baik dah dekat.." Kudin sengih.

Pak Sahak angguk-angguk.


"Hmm...ada apa pakcik nak jumpa saya malam ni?" Kudin terus ke tujuan asal dia ke situ.

"Ni..pasal anak pakcik..Anum.." Pak Sahak berkata perlahan. Ada nada sebak.

"Kenapa dengan Anum pakcik?" Kudin pula teruja hendak tahu.

"Sebenarnya sudah agak lama Anum tak balik kampung ni. Seingat pakcik..mungkin sudah tiga bulan.." Pak Sahak tunduk.

"Mungkin dia sibuk kut..ya la..dia kan lulusan luar negara. tentu kerja dia pun bagus kat KL tu. Banyak kerja kut.." Kudin cuba menenangkan Pak Sahak yang sudah berubah riak.

"Anum..setiap bulan akan jenguk pakcik. Itu yang pakcik risau bila sudah tiga bulan dia tak balik kampung. Jadi pakcik harap kamu dapat tolong pakcik cari Anum..tak pun tanya khabar Anum. Kudin tahu kan..kat kampung kita ni mana ada line untuk telefon. Pakcik nak telefon pun nak kena pergi pekan sana. Ada sekali pakcik pergi, bila telefon pakai telefon awam tu, nombor Anum dah tak ada dalam perkhidmatan..pakcik risau la Kudin." Pak Sahak meraup muka.

"Pakcik jangan bimbang. Saya akan usahakan cari Anum." Kudin pula rasa serba salah. Kalau boleh dia tidak mahu lagi jejak kakinya ke KL. Itu niatanya selepas apa yang telah terjadi.

"Err..pakcik ada dengar cerita tak pasal mayat yang dicampak ke kampung kita ni?" Kudin mengalih topik perbualan. Pak Sahak dilihat sudah sebak.

"Mayat?" Terkejut Pak Sahak mendengar pertanyaan Kudin.

Kudin angguk.

"Mana kamu tahu cerita ni?"

"Senah yang beritahu saya." Kudin senyum.

"Oh ya..tadi siang pun Senah ada datang kedai pakcik. Dia ada tanya benda tu pada Pak Mail. Alah..kalau dari mulut Senah tu, kamu buat dek je. Bukan boleh pakai pun." Pak Sahak sengih.

"Tapi saya rasa...macam betul la cerita tu." Kudin berkerut kening.

"Maksud kamu?"

"Masa saya ke sini tadi, saya lalu kolam kumbahan tu..saya nampak ada benda kat situ..macam karung guni dekat dengan pokok buluh tepi kolam tu. Saya syak mungkin ada apa-apa. Tak berani saya nak dekat sebab dah malam kan." Kudin menjelaskan apa yang dilihat tadi.

"Hmmm..pelik juga. Tak apa..esok kita sama-sama pergi tengok. Minumlah!" Pak Sahak senyum lagi.


Kudin mula minta diri selepas habis berbual. Pak Sahak sekali berpesan pada Kudin supaya mencari anaknya di KL.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:36 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 04:29 PM | Show all posts
tak sabar nak tunggu sambungan. handsome macam siapa agaknya si Kudin.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo...jgn lupa update Arissa Daniel ya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-4-2014 07:12 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-4-2014 02:26 PM
Naahhhhhh.......

owh! menggoda posingnyer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 07:12 PM | Show all posts
bianglala posted on 26-4-2014 04:29 PM
tak sabar nak tunggu sambungan.  handsome macam siapa agaknya si Kudin.

petani yg kacak..cam Remy ishak kut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 07:15 PM | Show all posts
Ipo, mana sambungan. Aduhai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 07:23 PM | Show all posts
wipers81 posted on 26-4-2014 07:15 PM
Ipo, mana sambungan. Aduhai

tgh fikir jln citernyer...sabor ya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 08:02 PM | Show all posts
Ipo posted on 26-4-2014 07:12 PM
petani yg kacak..cam Remy ishak kut..

haishh, biar betul. dah la kita minat Remy Ishak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 08:24 PM | Show all posts
bianglala posted on 26-4-2014 08:02 PM
haishh, biar betul. dah la kita minat Remy Ishak.

hahah..cuba gambarkan je...nanti bila citer dah start sambung..lain plak rupa hero nya..hahah..ikut mood...duk bygkan rupa sape..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 09:40 PM | Show all posts
PAGI LAGI, Kudin sudah ke sawah. Dia perlu tengok padi yang sudah lebat daripada dimakan burung. Orang-orang yang digantung di tiang di tengah-tengah sawah ditukar baju warna hitam. Biar burung semua takut. Kudin senyum sendiri, teringat pula cerita seram yang pernah dilihat dulu, Scare Crow, patung itu akan hidup bila saja bulan mengambang.

"Hmm...kalaulah patung ni betul-betul hidup, agaknya tak adalah orang nak tanam padi lagi.." Sengih Kudin semakin lebar. Terasa lucu pula bila mengingatkan kisah tahyul dan hantu ni. Seumur hidupnya dia tak pernah jumpa benda itu semua walaupun dia tahu semua itu adalah makhluk Allah juga. Tambah zaman serba moden sekarang ini.

"Tapi kampung aku ni masih mundur..duk ceruk, lampu jalan pun tak ada, kadang-kadang tu aku tengok orang kampung pakai obor je kalau nak ke mana-mana bila malam. Hmm...bila agaknya aku nak jumpa Jai, Chad dan Jo ni.." Kudin masih memeriksa padinya yang semakin lebat.

"Kudin! Kudin!"

Kudin menoleh. Jai melambai ke arahnya. Kudin senyum. Panjang umur kau Jai!

"Jai! Kau dari mana ni?" Kudin berjalan ke arah Jai yang mula duduk di pangkin tempat dia selalu lepak dan berehat bila habis menuai.

"Aku dari rumah la. Semalam aku baru balik. Eh, sejak bila kau jadi petani ni?" Jai turut sengih. Dia beri tempat untuk Kudin melabuhkan punggung.

"Aku dah bosan kat KL tu. Tak salahkan aku balik jadi petani?" Kudin jeling Jai yang sudah senyum lebar.

"Kau kerja apa kat KL?" Jai pandang Kudin dengan riak serius.

"Macam-macam.." Kudin tak nak cerita hal yang sebenar.

"Hmm..aku pun mula tu kerja macam kau juga. Macam-macam, lepas tu baru aku dapat kerja yang betul-betul aku nak." Jai duduk bersila pula.

Kudin diam. Macam-macam baginya tak sama dengan macam-macam bagi Jai. Dia hanya jeling Jai yang masih melemparkan pandangannya ke tenga sawah. Dari riak Jai, seperti ada sesuatu yang bermain di benaknya.

"Kudin..kau pernah tak jatuh cinta?"

Kudin senyum. Dia pandnag Jai yang masih memandang ke tengah sawah. Pertanyaan Jai tadi memang sukar untuk memberi jawapan. Sejak dulu dia memang sukakan Anum tapi entahlah suka sekadar suka atau suka yang melibatkan rasa cinta. Sampai saat ini, dia masih tertanya-tanya. Suka dan cinta itu adakah dua perkara yang berbeza??

"Woi! Aku tanya ni! Yang kau pulak melangut tu kenapa?" Jai tepuk bahu Kudin yang sudah mengelamun.

"Tak ada la. Tiba-tiba kau tanya soalan keramat tahap nak puja kubur ni apa hal?" Kudin cuba membuat lawak.

"Aku tanya kau sebab dulukan kau pernah sukakan Anum, anak Pak Sahak tu. Aku tahu la Kudin. Eh, sekarang ni kau masih suka Anum tak? Mana dia sekarang ni ek?" Jai pula teruja nak tahu.

"Dia kerja KL. Pak Sahak yang beritahu aku.Eh, mana Chad dan Jo? Setahun aku kat kampung ni, tak nampak pun batang hidung dia orang ni." Kudin betulkan kakinya yang terjuntai dan diangkat ke atas pangkin.Hanya sebelah kaki saja dibiarkan terjuntai.

"Apa yang aku dengar..Chad kerja kat Kuantan. Jo pulak kat KL tapi aku tak pernah tahu dia kerja syarikat apa dan di mana. Tapikan..semalam aku nampak macam Chad je.." Jai teringat semalam semasa dia mula-mula sampai di kampung, dia nampak kelibat Chad di warung Mak Limah.

"Hmm..dia baru balik la tu agaknya.." Kudin tuang pula kopi panas yang dibawa bersama tadi dan dia hulur sebungkus nasi lemak kepada Chad. nasi lemak yang dibuat oleh neneknya.

"Hmm...mana kau beli nasi lemak ni?" Jai kunyah perlahan. Rezeki jangan ditolak.

"Nenek aku yang buat. Dia ada letak kat warung Mak Limah tu." kudin turut mengunyah nasi lemak berlaukkan sambal kerang.

"Hmm...sedap jugak." Jai sengih.

"Kudin! Jai!"

Serentak mereka berdua berpaling. Chad sedang melambai ke arah mereka. Nampak Chad berlari termengah-mengah. Chad menghampiri Kudin dan Jai. Sempat dia menyelit di atas pangkin yang hanya muat dua orang.

"Jadi betullah kau dah balik?" Jai pula bertanya.

"Semalam.." Ringkas Chad menjawab.

"Eh, nanti malam kita jumpa kat sini. Bawa makanan sekali. Kita lepak-lepak. Rasanya dah lama kita tak berborak sama kan?" Jai beri cadangan.

"Boleh tu boleh Jai tapi malam ni susah sikit la. kau kan tahu, kampung kita ni gelap yang amat kalau dah malam. Lampu jalan pun tak ada. Takkan nak borak tak nampak muka?" Kudin pula membantah.

"Habis tu? Nak borak kat mana?" Jai macam tak puas hati.

"Kat Warung Pak Kahar nak?" Chad pula beri cadangan.

"Kau nak borak ke atau nak menari gelek kat situ?" Kudin sindir. Chad dilihat sudah tersengih.

"Ok apa! Sambil borak tu, sambil tu cuci mata tengok orang tua menari dan menyanyi lagu dangdut.." Chad ketawa terbahak-bahak.

Kudin dan Jai turut ketawa. Mereka bersembang seketika. Macam-macam cerita mereka bertiga bualkan. Kisah zaman sekolah sehinggalah ke alam pekerjaan. Kudin pula tidak banyak bercerita bila menyentuh soal kerja. Dia lebih banyak diam dan lebih banyak tanya mengenai kerja Chad dan Jai.

"Korang percaya tak, Senah kata ada orang campak mayat dalam kolam kumbahan belakang kampung kita ni." Kudin mula buka cerita.

"Mayat? Kau biar betul Kudin. Aku tahulah kampung kita ni jauh dari kampung lain dan tak ada kemudahan. Tapi kalau cerita campak mayat ni, aku rasa kau ni dah lebih. Kau percaya cakap Senah becok tu?" Chad mencebik.

"Ha'ah Kudin. Senah tu bukan boleh percaya sangat. Sejak sekolah lagi dia tu suka bawa cerita. Pot pet pot pet..rimas kau tengok." Jai menambah.

"Aku rasa dia betul lah..kalau tak percaya, kejap lagi ikut aku ke sana. Aku dah janji dengan Pak Sahak nak tengok mayat yang dikatakan tu." Kudin pula pertahankan kata-kata Senah.

"Kau ni...ada hati ke dengan Senah tu?" Usik Jai.

"Hish! Mana ada!" Kudin menafikan.

Chad dan Jai saling berpandangan sambil tersenyum. Petang itu mereka bertiga mula menapak ke rumah Pak Sahak. Hari itu Pak Sahak tidak berniaga. Jadi senanglah mereka pergi ke kolam kumbahan itu. Sampai di rumah Pak Sahak, mereka lepak sekejap di situ sementara menunggu pak Sahak bersiap.

"Wah! Pak Sahak! Macam nak pergi perang!" Kudin mengusik. Pak Sahak dilihat bergaya dengan seluar lusuh panjang, berserban ala tanjak dan parang diselit di pinggang tempat kilasan kain pelekat. Lagak gaya orang zaman dulu-dulu.

"Perang? Kamu ni Kudin..pakcik dah biasa la pakai macam ni." Pak Sahak sengih.

Mereka berempat mula berjalan bersama menuju ke kolam kumbahan yang agak jauh dari rumah Pak Sahak. Tiba di sana, mereka mula mencari karung guni yang dimaksudkan oleh Kudin. Puas mencari merata tempat termasuk dalam kolam. Tak ada tanda-tanda karung guni itu pernah wujud di situ.

"Pelik la..malam tadi saya nampak kat bawah pokok buluh ni la." Kudin garu kepala.

"Betul ke ni Kudin. Kamu jangan main-main. Kalau betul ada mayat, kita kena buat laporan polis." Pak Sahak tidak puas hati. Matanya masih liar memerhati sekeliling.

"Betul pakcik. Kat situlah saya nampak karung guni tu." Kudin tuding ke arah perdu pokok buluh.

"Entah-entah ada orang curi kut.." Jai pula mencelah.

Chad angguk-angguk.

"Hish! Nak ambik buat apa?" Pak Sahak pula tidak percaya.

"Mana tahu..ada yang nak puja mayat tu ke..nak jadikan mayat tu ibu duit? Zaman sekarang ni kan benda-benda macam ni, ada lagi orang yang mengamalkannnya." Jai masih dengan andaiannya.

Kudin pula hanya diam. Dia masih bingung. Malam tadi, jelas dia melihat karung guni tu. Walaupun agak gelap tapi masa dia kayuh basikal, karung guni tu memang dekat dengan basikalnya.

"Dah lah! Kita balik." Pak Sahak mengajak anak muda itu pulang.

Kudin, Chad dan Jai terpaksa mengikut kata-kata Pak Sahak.



MALAM, selepas isyak, seperti yang dijanjikan Kudin, Chad dan Jai menapak ke kedai Pak Kahar. mereka terpaksa guna lampu suluh untuk ke kedai Pak Kahar yang terletak agak ke dalam sikit dari jalan luar. Setiap malam, penuh dengan orang tua merenyam yang suka menari joget lambak.

"Aku rasa semacam la.." Chad pandang kiri kanan. Hutan kecil dan ada pokok getah yang sudah tua.

"Aku pun..." Jai juga turut merasa.

Kudin sengih. Penakut betullah dia orang ni. Nama saja jantan tapi hati pengecut!

"Apa nak seramnya? Korang takut gelap ke?" Kudin gelak.

Chad luku kepala Kudin yang suka sindir dan ketawakannya setiap kali dia merasa takut. Jai hanya jeling tingkah Chad tadi. Mereka bertiga berjalan laju menuju ke kedai Pak Kahar. Tiba di situ, sudah ramai warga tua yang sedang menikmati minuman dan juga menyanyi sambil berjoget. mereka bertiga mula mencari tempat duduk.

"Kamu semua ni dari mana?" Pak Kahar menegur.

"Dari rumah la Pak Kahar. Kami nak lepak sambil minum kat sini boleh?" Chad sengih.

"Boleh sangat! Nak order apa? " Pak Kahar sudah senyum lebar. Nampaknya kedai makannya sudah bertambah pelanggan dari golongan muda pula. Tidaklah orang kata kedainya kedai orang tua! Pak Kahar senyum bangga.

Kudin, Chad dan Jai mula memesan minuman dan makanan. Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai mereka bertiga mula bersembang dari satu cerita ke satu cerita. Bila makanan dan minuman sampai mereka mula menikmati hidangan pula sambil menjamu mata dan telinga melihat gelagat roang tua kampung Pinang Patah itu yang sedang terkinja-kinja menari dan menyanyi. Lagak macam kelab malam, cuma kelab malam ini terletak di kampung saja!

"Apa yang bau busuk ni?" Jai kembang kempiskan hidungnya.

Kudin pula turut sama menghidu bau busuk yang mula memenuhi tempat meja makan mereka. Di fikirannya mula terlintas macam-macam. Dia jeling jam. Hampir sebelas setengah malam.

"Entah-entah bau mayat tu kut.." Jai mula menutup hidung.

"Mana boleh? Kan kita tak jumpa siang tadi." Kudin cepat-cepat menangkis.

Chad dari tadi hanya diam. Mukanya macam ditahan-tahan..

"Apa kena dengan kau ni Chad? Muka dah macam tahan berak je?" Jai tepuk paha Chad dengan kuat.

Puuuuuuuuuuukkkkk!!

"Cis! Tak guna Chad!!" Kudin tekup hidung.

Jai juga terus tekup hidung.

"Sorry la..perut aku tiba-tiba tak selesa tadi. Yang kau tepuk paha aku kenapa? Aku dah cuba tahan tadi.." Chad sengih.

Kudin geleng. Selamba dek je mamat ni kentut!

"Weh! Dah la tu! Aku kentut pun bukan sekali tu je..yang korang kata bau mayat tu..itu kentut aku yang pertama!" Chad ketawa terbahak-bahak!

Kudin dan Jai turut ketawa. Kentut Chad dah macam bau gas ammonia!

"Asalamualaikum.."

Serentak mereka menoleh. Kudin tergamam. Dia menelan liur. Chad dan Jai pula terpaku melihat gadis yang berdiri di depan mereka. Masing-masing diam seketika. Saling berpandangan. Senyuman gadis itu sungguh mempesona. Terlopong Chad dan Jai memandang tak berkelip.

"Err..encik dah jumpa rumah sewa tu?" Gadis itu menoleh ke arah Kudin.

"Err..be..belum. Saya belum tanya tuan tanah..eh..tuan rumah.." Tergagap-gagap Kudin menjawab.

Chad dan Jai sekali lagi tercengang. Rupanya Kudin sudah kenal dengan gadis manis berkebaya merah itu terelebih dahulu.

"Oh...tak apa la. Kalau macam tu, saya balik dulu." Gadis itu ingin berlalu pergi dengan riak kecewa.

"Nanti!" Kudin cuba pegang tangan gadis itu. Dia cepat-cepat lepas bila gadis itu merenung ke arahnya. Dia gosok-gosok tangannya sendiri. Pucat mukanya.

"Ya ada apa encik?" Gadis itu kembali mengukir senyum.

"Cik...cik tinggal kat mana sekarang ni? Maksud saya..tidur kat mana?" Kudin beranikan diri bertanya. Dia jeling jam di pergelangan tangannya. Hampir dua belas malam.

"Buat sementara saya tinggal dengan kawan..tapi dia pun orang susah. Tak apa lah..saya pergi dulu.." Gadis itu sekali lagi minta diri.

Kudin, Chad dan Jai hanya memerhati gadis itu pergi sehingga hilang dari pandangan. Terpana melihat kecantikan gadis kebaya merah tadi. Kudin pula sudah mula pucat muka. Apa yang berlaku tadi, benar-benar mengejutkannya. Dan..gadis itu..sentiasa berkebaya merah. Chad dan Jai juga seolah tiada suara. Kelu lidah.

"Nak tambah apa-apa lagi?" Pak Kahar datang ke meja anak-anak muda tadi. Pelik melihat ketiga anak muda itu terdiam begitu. Seperti ada sesuatu yang sungguh pelik baru saja berlaku. Dia tepuk bahu Kudin.

"Hah..apa Pak Kahar tanya tadi?" Kudin mula sedar.

"Korang ni kenapa? Macam orang kena pukau je. Pakcik tanya, nak tambah air lagi ke...mi goreng ke?" Pak Kahar sengih.

"Cukup dah ni.." Kudin sengih.

"Err....Pak Kahar..nampak tak tadi seorang perempuan yang cantik datang sini?" Tanya Kudin.

"Perempuan cantik? Mak Jemah ke?" Pak Kahar ketawa. Setahunya semua perempuan yang bertandang ke kedainya adalah yang tua-tua dan langsung tak ada rupa bak model atau artis. Harapkan solekan saja.

"Err..maksud saya...perempuan muda.." Kudin tanya lagi.

Pak Kahar sudah berkerut kening. "Mana ada.."

Masing-masing diam membisu. Mereka terus habiskan makanan dan pulang ke rumah. Chad dan Jai tidur di rumah Kudin.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 09:42 AM | Show all posts
Makin suspen...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo..sambunglah lg..hehheheh
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 02:57 PM | Show all posts
misteri mayat dlm karung guni dan gadis berkebaya merah..
msti ade kena mngenakan dua2x ni.
saspen btol cite ipo. huhu..

yg xtahan dgn si Chad tu, sempatt lg die melepas kat ctu
dhla org tgh feeling2x seram, trus spoil.. hahaha

xsabar tggu next smbungan dr ipo. Slamat menaip ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2014 05:25 PM | Show all posts
BAB 3


BANGUN PAGI, Chad dan Jai bersarapan pula di rumah Kudin. Nek Tom tersenyum gembira melihat kawan-kawan Kudin begitu berselara menikmati nasi lemak sambal kerang dan kopi panas. Nasi lemak yang sudah siap dibungkus dengan daun pisang diletakkan dalam bakul. Selalunya Kudin yang akan menghantar nasi lemak itu ke warung Mak Limah dan juga kedai Pak Sahak.

Chad hanya memerhati Nek Tom menyediakan nasi lemak dan membungkus dengan daun pisang yang sudah dilayur atas api tadi. Begitu gigih orang tua itu membuat semua itu walaupun sudah berusia. Mungkin usia Nek Tom sudah menjangkau tujuh puluhan. Tekanya sendiri.

"Makanlah ya. Jangan segan-segan. Nasi lemak je yang nenek ada." Nek Tom tersenyum.

"Ni pun dah kira baik ni nek." Chad sengih. Dapat makan percuma memanglah sedap. Dia gelak sendiri.

"Mana Kudin?" Jai pula jenguk ke bilik Kudin. Malam tadi Kudin di dalam bilik. Dia dan Chad tidur di ruang tamu.

"Kudin tu..kalau dah masuk bilik air, berjam-jam!" Nek Tom menjawab.

Chad dan Jai mula ketawa. Memang mereka sudah tahu perangai Kudin. Sejak sekolah dulu lagi suka memerap dalam bilik air. Entah apa yang dibuat..agaknya berak batu! Sebab tu berjam-jam duduk dalam tu!

"Ha..panjang pun umur kau!" Jai sengih bila melihat Kudin sudah menuju ke arah mereka.

"Kenapa? Korang mengumpat eh?" Kudin sengih. Dia melabuhkan punggung di sebelah Jai. Nasi lemak dalam mangkuk besar diceduk ke dalam pinggan. Sambal kerang diambil dua sudu bersama sebiji telur rebus yang sudah dikupas.

"Kudin, nanti hantar nasi lemak ni ya. Nenek nak anyam tikar pulak." Nek Tom mula berpesan sebelum melangkah ke pangkin di depan laman. Di situlah selalunya dia menganyam tikar. Angin lembut pada waktu pagi cukup selesa berada di situ.

Kudin hanya mengangguk.

"Kudin, siapa perempuan malam tadi tu?" Chad mula buka bicara perempuan malam tadi.

"Ha'ah la Kudin. Siapa dia?" Jai turut menyoal.

"Aku pun tak kenal. Masa aku pertama kali jumpa dia dulu, masa aku nak ke rumah Pak Sahak. Dia tanya aku pasal rumah sewa. Malam tadi, tak sangka dia datang lagi. Aku ingat dia main-main je. Tak ada la aku beria nak cari rumah kosong." Kudin sengih.

"Cantik tu bro! Anak siapa dia tu?" Chad semakin berminat.

"Eh, kau ni..semalam bukan main lagi kau tanya aku pernah jatuh cinta ke tak. Alih-alih hari ni,  kau tanya pasal minah kebaya merah tu. Mana pergi perempuan yang buat  kau jatuh cinta tu?" Kudin senyum. Dia ambil cawan kopi dan mula meneguk perlahan.

"Aku je yang syok kat minah tu..dia buat dek je kat aku..ya la..anak orang kayalah katakan. Aku ni apa ada.." Chad buat muka seposen.

"Hek eleh..poyo betullah kau ni." Jai pula mencelah.

"Aku pun hairan jugak ni. Aku tak pernah nampak dia sebelum ni. Dah tu..asyik jumpa di waktu malam je..tiba-tiba pulak tu. Kau ada nampak ke perempuan tu berjalan ke arah kedai Pak Kahar malam tadi?" Kudin pandang Chad dan Jai silih berganti. Mana tahu mereka nampak gadis kebaya merah tu terkedek-kedek berjalan sebelum berhenti di tepi meja makan yang mereka duduk.

"Tak ada pulak...tiba-tiba je aku dengar dia bagi salam.." Chad garu kepala. Turut berkerut kening.

"Entah-entah dia tu hantu tak..orang kata hantu ni suka menyamar jadi perempuan cantik. Eii...seram aku.." Jai menambah.

"Hish! Mana ada hantu beri salam!" Kudin luku kepala Jai.

"Kau jangan tak tahu Kudin. Hantu zaman sekarang ni, bukan setakat beri salam je tapi boleh pulak baca yasin tu..apa kes?" Jai pertahankan anggapannya tadi.

"Yalah..aku ada dengar jugak pasal tu. Mungkin dia tu hantu kut.." Chad mengiakan kata Jai.

"Kalau hantu..takkan kakinya jejak tanah! Tapi kan...masa aku pegang tangan dia malam tadi..aku rasa sejuk sangat.." Kudin teringat semula kejadian malam tadi.

"Sejuk la sebab kau tu gatal! Suka suki je pegang tangan anak dara orang!" Chad ketawa mengekek.

Jai turut ketawa. Kudin dijeling sekilas. Ada segaris senyuman di bibir merah Kudin. Memang sahlah gatal mamat ni.

"Hmmm...macam mana mayat tu pulak? Takkan hilang macam tu je?" Jai pula mengalih topik pada karung guni yang diceritakan oleh Kudin.

"Tu yang aku pelik. Tak apa..kalau jumpa Senah nanti, kita tanya dia. Korang cuti berapa hari?" Kudin pandang Chad dan Jai.

"Aku cuti seminggu. Kau?" Chad pandang Jai.

"Aku pun." Jai sengih.

"Kalau macam tu, kita bolehlah siasat hal ni sama-sama." Kudin sudah bersemangat.

Mereka bertiga menghabiskan nasi lemak dalam pinggan. Sekejap lagi mereka akan ke kedai Pak Sahak dan warung Mak Limah pula. Kudin pula hari itu tidak ke sawah seperti biasa.


TIBA di kedai makan Pak Sahak, Kudin letak beberapa bungkus nasi lemak di atas meja. Chad dan Jai hanya menunggu di tepi jalan. Kudin menapak pula ke arah Chad dan Jai yang menunggu di bawah pokok mangga. Belum sempat mereka mengatur langkah, Senah sudah memanggil nama Kudin. laju dia kayuh basikal ke arah Kudin.

"Abang Kudin! Tunggu Senna!" laung Senah.

"Weh! Apa hal minah becok tu? Kau ada date ke dengan dia?" Chad mengusik. Dia sudah tersengih-sengih.

Kudin senyum kelat. Memang Senah suka sangat mengendeng. Pagi buta macam ni pun dah keluar dengan basikalnya tu. Tak padan dengan pakai baju kurung tapi perangai mengalahkan Joyah kampung seberang tu.

"Abang Kudin nak ke mana?" Senah berhenti betul-betul di depan Kudin. Dia pandang Chad dan Jai.

"Nak ke warung Mak Limah, kenapa?" Kudin pandang Senah yang sudah berseri mukanya. Gincu merah dan pemerah pipi yang cukup terang. Rambut pula ditocang dua.

"Oh..abang Chad dan abang Jai pun nak ke sana juga ke?" Senah tanya pula Chad dan Jai yang berdiri di sebelah Kudin.

"Ya..kenapa? Nak ikut ke?" Jai sengih. Walaupun Senah nampak selekeh dan tak semenggah berpakaian dan bersolek tapi Senah tetap nampak cantik di matanya. Kalaulah Senah sesopan Anum, tentu ramai yang masuk meminang. Perangai Senah yang membuatkan anak muda di kampung itu berfikir banyak kali hendak masuk meminang. Senah hanya muda dua tahun saja dari mereka.

"Senna ada cerita baru. Kalau nak dengar, nanti kita jumpa kat pangkin tepi sawah, tempat abang Kudin selalu lepak tu, macam mana?" Senah sengih. Sebenarnya dia ingin sangat bersama Kudin. Chad dan Jai pula dia tak berapa berkenan kerana sejak sekolah lagi mereka berdua itu seperti berlagak. Kudin, walaupun agak kasar melayannya tapi lelaki itu tidak menolak jika diajak berbual.

"Hmmm...nak cerita apa? Berita sensasi apa pulak kali ni? Dah jumpa MH370?" Sindir Chad.

"Abang Chad ni...ke situ pulak. Senna bukannya bomoh  nak ramal kat mana kapal terbang tu." Senah muncung.

Kudin dan Jai ketawa mengekek.

"Datang tau! Jangan buat Senna tunggu macam buah durian putik pulak!" Senah mula mengayuh basikalnya semula.

Kudin, Chad dan Jai kembali mengatur langkah ke warung Mak Limah.



KUDIN tersenyum melihat Senah sudah menunggu di pangkin di bawah pokok kelapa. Angin dari sawah meniup lembut rambut Senah yang sudah termenung di situ. Dia, Chad dan Jai menapak ke arah Senah.

"Dah lama tunggu?" Kudin menyapa.

"Lama la jugak..duduk la." Senah beri ruang pada Kudin untuk duduk. Chad dan Jai hanya berdiri di tepi pangkin.

"Apa cerita sensasi kali ni?" Kudin terus bertanya. Dia kadang kala suka melayan karenah Senah, walaupun agak kebudak-budakan tapi Senah seorang yang periang. Terhibur juga sekali sekala mendengar celoteh gadis itu.

"Haha...berita terkini apa yang kau nak cakap ni?" Chad pula menyampuk.

Senah jeling pada Chad. Meluat tengok muka lelaki tu. Dia tahu selera Chad. Chad hanya pandang perempuan cantik dan lawa bak model saja. Perempuan yang ada rupa paras suam-suam kuku macam dirinya ni tak pandang pun!

"Semalam..Senna ke rumah Mak Jemah. Senna nak mintak daun pandan sebab nak buat kuih untuk ayah. Masa Senna sampai di laman rumah Mak Jemah tu, Senna perasan ada karung guni kat bawah rumah dia..dekat dengan dapur." Senah mula buka cerita.

"Karung guni?" Kudin terkejut.

Senah angguk.

"Kau biar betul Senah! kau pasti itu karung guni sama macam kat kolam kumbahan tu?" Chad jeling Senah. Mulut becok minah ni bukan boleh percaya sangat.

"Betul! Sumpah! Senna nampak dengan mata kepala Senna sendiri. Karung guni tu basah! Dah tu..macam ada bau busuk. Senna tak jadi ambik daun pandan kat rumah Mak Jemah tu." Senah beria menjelaskan apa yang dia nampak semalam.

"Entah-entah karung guni yang Mak Jemah bubuh dedak makanan itik dia tak?" Chad masih tak puas hati.

Senah muncung. Menyampah kalau bercakap dengan Chad...patutlah panggil Chad, agaknya kepala otak dia tu dah terencat! Nama elok je..Arshad. Dia jeling pula Jai..lelaki itu dilihat sudah tersenyum kepadanya.

"Betul ke apa Senah nampak ni?" Kudin tanya lagi. Dia perlu kepastian.

"Betul bang.. Senna berani bersumpah!" Senah angkat tangan lagak orang nak bersumpah dalam mahkamah.

"Geli aku dengar nama kau! Senna konon! Kalau rupa kau tu macam minah saleh tu oklah jugak.Ni lebih kampung dari kampung!" Chad mencebik.

Senah jeling tajam ke arah Chad. Dia ni ada deria pelik ke? Macam boleh baca je apa otak aku fikir tadi.

"Ok, kalau betul..nanti malam kita pergi tengok. Kita perlu tahu, apa ada dalam karung guni tu. Kalau bukan mayat bermakna cerita tu bohong la." Kudin mengusap dagu.

"Kalau betul mayat?" Jai pula mencelah.

"Kalau betul itu mayat, Mak Jemah nak buat apa dengan benda tu?" Kudin pula rasa pelik.

"Alah abang Kudin, Mak Jemah tu kan cantik dan masih bergetah. Mungkin dia nak guna mayat tu untuk puja ke apa ke?" Senah sengih.

Chad dan Jai pandang Senah tak berkelip. Biar betul! Mak Jemah dah jadi pemuja mayat pulak ke???

"Senah ikut boleh tak malam nanti?" Senah paut lengan Kudin.

Chad dan Jai hanya jeling ke arah Kudin. Nampaknya Senah ni sudah tangkap cintan dengan jejaka petani moden ni. Mereka senyum serentak. Chad pula sudah terbayang yang gadis kebaya merah malam tadi akan mudah didekatinya jika Kudin melayan Senah. Jai pula ada riak cemburu. Entah kenapa dia suka melihat Senah yang sentiasa riang dan becok mulut.


MALAM itu, Kudin sudah berjanji dengan Chad dan Jai untuk berjumpa di simpang menghala ke rumah Mak Jemah. Sudah lebih setengah jam dia menunggu Chad, Jai dan Senah. Sesekali dia melihat sekitar simpang itu. Keadaan agak gelap.  Cahaya pelita dari rumah yang tidak berapa jauh dari simpang itu nampak berbalam-balam.

"Assalamualaikum.."

Kudin terkejut. Dia menoleh. Gadis kebaya merah itu tersenyum kepadanya. Haih...dia ni lagi.

"Wa'alaikumussalam.." Kudin cuba senyum. Kali ni dia perlu berhati-hati. Gadis itu dilihat atas bawah. Kaki memang jejak tanah.

"Encik tunggu siapa kat sini?" Tanya gadis kebaya merah sambil tersenyum simpul.

"Errr..tunggu kawan. Cik nak ke mana malam-malam ni?" Kudin beranikan diri bertanya.

"Saya nak ke kampung seberang. Ada orang jemput saya ke majlis kenduri." Gadis itu senyum lagi.

"Kenduri? Malam macam ni?" Kudin pula terkejut. Kenduri apa malam-malam macam ni? Majlis tahlil logik la.

Gadis kebaya merah itu hanya angguk. "Oh ya..saya dah dapat rumah sewa. Kat hujung kampung ni. Kebetulan ada satu keluarga ni nak sewakan bilik. Jadi saya ambil je la. Nak sewa satu rumah tak ada pula yang kosong." Ramah gadis itu bercerita.

Kudin angguk-angguk tapi dalam hati..keluarga mana? Rumah kat hujung kampung? Rumah aku saja yang ada kat situ..

"Saya pergi dulu ya. Dah lambat ni.." Gadis kebaya merah itu minta diri.

Sekali lagi Kudin mengangguk. Gadis itu dilihat sudah berjalan menuju ke arah jalan besar yang menuju ke kampung seberang.

"Weh! Kau tengok apa?"

Kudin menoleh. Chad dan Jai sudah tercegat di sebelahnya.

"Tak ada apa.." Kudin sengih.

"Mana Senna perasan tu?" Chad intai sekitar simpang.

"Ha! Tu dia dah terkedek-kedek datang tu!" Kudin tuding ke arah Senah yang laju berjalan sambil memegang lampu suluh.

"Maaf abang Kudin..Senna lambat sikit." Senah senyum. Dia berdiri di sebelah Kudin.

"Jomlah. Dah nak pukul lapan ni..lewat malam nanti, entah apa kita jumpa pulak.." Chad sengih.

"Celupar mulut kau!" Jai luku kepala Chad.

Mereka berempat mula menapak ke rumah Mak jemah. Terhendap-hendap mereka di sebalik pokok bunga kertas yang agak merimbun. Dari celah pokok itu, mereka cuba perhatikan kawasan bawah rumah Mak Jemah. Memang betul kata Senah. Memang ada karung guni di situ. Sebelum sempat mereka menapak ke bawah rumah Mak Jemah, tiba-tiba ada kepulan asap dari celah dinding rumah Mak Jemah. Kepulan asap itu semakin lama semakin tebal. Terbang dibawa angin malam ke dada langit.

"Asap apa tu?" Chad cuit lengan Kudin sambil berbisik.

"Entahlah.." Kudin masih mengintai.

"Senna rasa, Mak Jemah tu tengah puja mayat kut.." Senah pula menyampuk.

Chad jeling Senah. Suka suki je teka!

"Kau rasa asap apa?" Jai mula bersuara. Dari tadi dia hanya diam.

"Kita tengok dulu." Kudin masih memerhati ke arah rumah Mak Jemah.

Mata mereka terbeliak melihat apa yang terhidang di depan mata. Asap tadi sudah bertukar menjadi kepulan berbentuk tubuh manusia.






Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 09:13 PM | Show all posts
Ipo posted on 27-4-2014 05:25 PM
BANGUN PAGI, Chad dan Jai bersarapan pula di rumah Kudin. Nek Tom tersenyum gembira melihat kawan-ka ...

Huuu..suspennye...bedebar2 pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspen ni....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 10:33 PM | Show all posts
seram cmpur saspen.. terbaekk ipo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.186223 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list