BAB 11
DI KLIA, Arissa gelisah. Resah. Sekejap dia melihat jarum jam. Tiga jam lagi penerbangan ke Seoul, Korea. Matanya menala ke papan kenyataan. Kapal terbang yang membawa penumpang ke destinasi Korea masih belum tiba.
Nelissa sengih. Banyak kali Arissa melihat jam dan papan kenyataan. Ya la..siapa yang tak resah dan gelisah bila orang yang dirindui selama ini akan bersua juga.
“Beb..kau ni rileks la. Tak lari flight kau tu.Aku dah tempah sekali dengan tempat penginapan la beb. Business class lagi! Tu la. Kau nak datang awal sangat. Be calm ok?” Nelissa tenangkan Arissa yang sekejap duduk, sekejap berdiri.
“Nely..aku takut la.” Arissa makin gelisah.
“Takut apa?”
“Ya la..dah hampir dua puluh tahun aku berpisah dengan ibu aku. Entah-entah dia dah lupa kat aku. Walaupun aku tahu alamat terakhir dia, aku takut tak akan jumpa dia lagi..” Arissa duduk semula sebelah Nelissa yang membelek majalah Vogue.
“Alah..rileks.Aku kan ada. Kita sama-sama cari nanti. Ibu mana yang tak kenal anak dan tak terima anak kandung sendiri?” Nelissa yakinkan Arissa.
Arissa mendongak lagi melihat papan kenyataan. Penerbangan MH66 ke lapangan terbang Antarabangsa Incheon Seoul masih belum tiba. Check in bagasi dan tiket hanya dibuka setengah jam lagi.
“Nih, baca ni. Sementara nak tunggu check in..” Nelissa hulur majalah lain kepada Arissa.
Arissa membelek malas. Tidak ada satu pun paparan dalam majalah itu menjadi minatnya.Otaknya sarat dengan persoalan ibunya yang sudah lama tidak berjumpa.
“Beb! Congrats!”Nelissa senyum. Sengaja ubah topik. Muka Arissa sudah monyok.
“Tahniah?Pasal apa?” Muka Arissa sudah berkerut.
“Kau kan saintis kesayangan papa aku. Projek rawatan air sungai tercemar dah berjaya. Sekarang ni produk yang kau hasilkan tu semakin mendapat sambutan.Pihak kerajaan pun sudah mengikat kontrak dengan syarikat papa aku. That’s a huge achievement beb!” Nelissa senyum lebar. Bangga dengan Arissa yang bekerja keras selama ini. Rajin dan suka melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh.
Arissa senyum kelat. Teringat sidang akhbar yang dibuat Tan Sri Johari dulu. Nampak ketara wajah ceria dan teruja Tan Sri Johari bila menyampaikan ucapan mengenai kejayaan projek itu. Sementelah lagi makmal JN Biotech sudah mula mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan badan swasta yang lain. Pensijilan akreditasi makmal juga sudah lama dapat. Hujung tahun nanti, Makmal JN Biotech akan tersenarai dalam senarai makmal yang terpilih antara makmal paling berperstij di Malaysia oleh Jabatan Standard Malaysia. Sebuah jabatan kerajaan yang mengendalikan kursus dan penganugerahan sijil akreditasi untuk makmal.
“Kau tak apa ke ikut aku ni?” Arissa mula bertanya. Dia tahu sejak Nelissa perlahan-lahan berubah baik, Nelissa sudah mula rajin bekerja. Dari pangkat kerani, Tan Sri Johari sudah naikkan pangkat Nelissa kepada pegawai pentadbiran. Memang itu sikap Tan Sri Johari yang tidak memanjakan anak sendiri. Biar Nelissa tahu susah senang mencari wang.
“Okje. Aku dah inform papa. Dia yang galakkan aku temankan kau ke Korea. Papa aku hadiahkan percutian ni kat kau. Papa cakap, you deserve this vacation! Hmm..nampaknya kau ni selalu dapat hadiah percutian dari papa aku. Dulu kau ke Europe,sekarang ni ke Korea. Bertuah jadi saintis terkenal macam kau ni..” Nelissa senyum lagi. Majalah dibelek lagi.
“Aku biasa je..”Arissa senyum. Tan Sri Johari sungguh baik hati. Selama ini pun TanSri Johari banyak membantunya dalam apa jua hal pun. Malu terasa bila terlalu banyak terhutang budi. Matanya melirik pada Nelissa. Anak orang kaya raya yang tidak pernah sombong dan berkira. Dia perhatikan seketika wajah Nelissa yang mengenakan solekan nipis. Kalau dulu, asyik nak touch up je muka tu dengan bedak dan gincu!
“Nely..aku bahagia tengok kau dah berubah. Kau dah tak pakai seksi. Semalam, kau manis dengan baju kurung merah terang. Sesuai dengan kulit putih kau..” Arissa terang-terang puji Nelissa.
“Kau perli aku ke? Aku tahu la aku ni baru nak jadi baik. Kalau aku cantik, takkan dapat menandingi kau yang lagi cantik. Kau memiliki wajah kacukan. Mak kau orang Korea.” Nelissa renung wajah Arissa yang ada iras selebriti wanita Korea yang cun melecun. Hanya berbeza, mata Arissa bundar dan agak besar. “Itu semua kurniaan Allah la Nely. Rupa paras ni tak kekal. Esok-esok kita akan tua.Yang penting hati dan sikap. Kalau itu kita jaga, insya Allah kita akan sentiasa kelihatan cantik. Orang kata apa? Biar tak cantik tapi hati mahu baik maa!” Arissa turut senyum.
Nelissa ketawa mengekek. Nada Arissa tadi sudah sebiji kawan cinanya, Yvonne!
“InsyaAllah beb. Aku akan jadi yang terbaik. Aku akan cuba.” Nelissa tunduk. Malu pada Arissa sebenarnya.
“Hmm..sebut pasal hati ni, kau ada hati ke kat Adam?” Usik Nelissa.
Arissa jeling tajam. Minah ni...tak ada cerita lain ke? Asyik mamat poyo tu!
“Aku tanya ni.” Nelissa sengih. Dah muncung pulak muka minah ni. Dia gelak.
“Nak buat apa ada hati kat dia tu? Banyak lagi lelaki melayu kat Malaysia ni beb.Buat apa nak serah diri pada lelaki macam Adam tu? Dahlah kasanova tak ingat! Dua bulan lepas, aku terserempak dengan dia kat lobi hotel. Berkepit dengan perempuan seksi. Tengah check in. Kau rasa nak buat apa?” Arissa mencebik.
Nelissa sengih. Buat apa lagi? Ehem..ehem la!
“Janganlah menyinga macam ni cik Arissa oi!” Nelissa ketawa lagi. Kata tak suka tapi cara Arissa cakap tadi macam cemburu!
Arissa diam. Matanya menala ke papan kenyataan sekali lagi.
“Eh,beb,dah boleh check in!” Arissa bingkas bangun. Pengumuman untuk check in bagi penerbangan MH66 ke Korea sudah mula dibuka. Jelas di telinganya. Dia keluarkan tiket dari beg tangannya. Bergegas dia ke kaunter check in.
“Ish!Minah ni! Bukan nak tunggu aku!” Berlari Nelissa ke arah Arissa yang sudah menapak ke kaunter.
SELESAI check in, mereka berdua mula menapak ke ruang menunggu. Beg besar yang dibawa sudah dihantar ke bahagian bagasi. Nelissa dan Arissa mula duduk di kerusi yang disediakan di situ.
“Kau lapar tak?” Nelissa cuit bahu Arissa yang leka membelek majalah.
“Lapar la juga, kenapa?” Arissa menoleh.
“Jom ikut aku!” Nelissa tarik tangan Arissa ke Golden Lounge yang terletak di aras atas.
“Err..boleh ke makan kat sini?” Arissa teragak-agak.
“Laa..ni untuk penumpang business class saja tau! Kau lapar tak?”Sekali lagi Nelissa tanya.
Arissa angguk.
Pantas Nelissa tarik tangan Arissa menuju ke ruang Golden Lounge.
Nelissa senyum melihat gelagat Arissa yang terkebil-kebil melihat makanan di situ.
“Kau ambik je apa yang kau nak. Tak payahbayar apa-apa. Dah termasuk dalam harga tiket tu.” Nelissa sengih. Gelihati.
Arissa senyum kelat. Nampak sangat aku ni hulu! Jakun! Dia segera menapak ke arah deretan makanan di meja bufet. Aneka juadah terhidang di situ. Di sudut kiri pula, tempat membuat minuman sejuk dan panas. Air tin dan botol pula sudah tersedia di dalam peti sejuk bersama ais krim Haagen Daaz. Matanya menala pula pada sederet meja buah dan segala jenis pencuci mulut di sudut kanan.
“Dah ambik?” Nelissa cuit bahu Arissa yang masih termenung di meja bufet.
“Err..aku tak tahu nak makan apa. Banyak sangat pilihan..” Arissa sengih.
“Cepat sikit. Sekejap lagi dah nak bertolak. Ada satu jam lagi ni.” Nelissa beredar ke meja semula setelah mengambil beberapa pencuci mulut dan sedikit buah-buahan.
Arissa masih termenung di situ. Masih berfikir nak makan apa.
“Erk! Sorry!” Tangannya tersentuh tangan seseorang semasa cuba mengambil spagetti tadi.
“It’s ok!”
Arissamendongak. Kenal dengan suara tadi. Adam??Dia menelan liur. Perlahan dia mengundur dan melangkah dari situ.
“Wait!”
Arissa berpaling. Tangannya sudah digenggam kuat oleh seseorang.
“You are Nely Badlina right?”
Hampir tergelak Arissa bila lelaki itu menyebut namanya macam tu. Sempat dia jeling Nelissa yang asyik mengunyah puding. Ni semua gara-gara mulut Nelissalah ni! Kerana Nelissalah aku terpaksa mengaku.
“Err...yes. Why?”
“So, what are you doing here? I mean..whereto?” Daniel senyum lebar. Gadis itu cantik dengan blaus ungu muda dan skirt labuh kembang yang bercorak bunga halus. Rambut hitam melepasi bahu dibiarkan mengurai. So gorgeous!
“Err..you?” Saja Arissa pulangkan semula soalan itu kepada lelaki di depannya.
“Oh..I’m on vacation. Korea.” Senyuman Daniel semakin lebar. Wajah gadis di depannya tidak lepas dari pandangan matanya. Kenapa tiba-tiba dia rasa rindu pada gadis di depannya ni?
“Oh..I see...” Arissa senyum hambar. Kalau boleh dia tak nak bercakap banyak. Berlama di situ. Panahan mata Daniel sudah menusuk ke iris matanya.
“So, where are you going?” Ulang Daniel.
“Aa..” Arissa serba salah. Takkan aku nak cakap aku pun pergi Korea. Aduih!
“Takkan soalan macam tu pun kena fikir juga?”
Arissa pantas mendongak. Boleh cakap melayu rupanya!
“I think..it’s none of your business. Sorry,I need to go now.” Arissa cepat-cepat berlalu pergi. Niat tadi hendak makan spagetti bolognese. Terpaksa dilupakan.
“Wait!”Sekali lagi tangan Arissa disambar.
Arissa menoleh. Gila apa mamat ni? Selamba je pegang tangan aku!
“Take this!” Daniel hulur sepinggan spagetti bolognese kepada Arissa. Dia terus berlalu pergi.
Arissa hanya melihat lelaki itu sudah keluar dari ruang makan di situ. Lagak seperti ada urusan bisnes. Beg sandang disangkut di bahu kiri. Dia menapak ke meja Nelissa.
“Weh! Kau ambik makanan ke buat makanan?” Sengih Nelissa.
Arissa tidak menjawab. Dia henyakkan punggung di kerusi dan mula menjamah spagetti bolognese yang diberi lelaki tadi.
“Tak ada apalah!” Laju Arissa mengunyah spagetti. Benaknya sarat dengan kejadian tadi. Saja tak nak cerita pada Nelissa. Nanti satu hari kena usik. Kenapalah asyik jumpa dia je!
“Beb,dah nak bertolak ni. Makan cepat.” Nelissa bingkas bangun dan menapak pula ke peti ais. Dua bekas Hagen Daaz diambil. Perisa coklat dan vanilla.
“Nah!”Perisa vanilla dihulur kepada Arissa.
Selepas makan, mereka berdua mula ke ruang menunggu semula. Mata Arissa meliar melihat kelibat Adam.
“Kau cari siapa?” Nelissa turut jenguk ke kiri.
“Tak..tak ada apa.” Arissa buat selamba.
“Hmm..”Nelissa jeling Arissa yang sudah banyak kali belek majalah. Dari kulit ke kulit. Entah apa yang dibaca, kalau dah laju belek macam tu.
“Kauni..aku tahu tentu ada something yang buat kau jadi gabra macam ni.” Sengih Nelissa sudah ketara.
“Manaada!” Arissa mencebik. Dia mendongak. Tepat matanya bertembung dengan lelaki tadi yang duduk di kerusi depan sebelah kiri. Alamak! Cepat-cepat dia tutup muka dengan majalah.
“Weh! Kau ni kenapa?” Nelissa tarik majalah. Arissa letak semula majalah menutupi mukanya.
Pengumuman penerbangan ke Korea sudah kedengaran. Penumpang mula beratur memasuki ruang menuju ke kapal terbang.
DALAM kapal terbang, Daniel hanya tersenyum melihat gelagat Arissa. Nyata gadis itu sukar didekati. Matanya menala pula pada Nelissa.
“Nakke Korea juga rupanya. Mereka kawan baik ke? Asyik berdua je ke mana pergi.”
Suratkhabar dibelek seketika. Mencari berita perniagaan.
ARISSA menelan liur. Jelas dia melihat Daniel duduk di kerusi sebelah kiri selang sebuah dari tempat duduk di depannya. Dia menoleh ke arah Nelissa di sebelah. Tak perasan ke minahni??
Perjalanan yang memakan masa enam jam lima belas minit itu terasa sangat lambat. Mungkin kerana perasaannya ketika ini yang tak sabar untuk berjumpa dengan ibu.
“Ah,flight ke London tiga belas jam aku boleh sabar, inikan pula enam jam..haih..”Arissa melepaskan pandangannya ke luar tingkap. Hanya nampak awan putih. Nothing to see. Benarlah orang kata,perjalanan di darat lebih menarik dan seronok walaupun penatnya melebihi perjalanan melalui udara. Teringat semasa bercuti dengan Nelissa di Holland dan Paris dulu semasa cuti semester. Mereka menaiki tren dan bas. Di Holland pula,mengayuh basikal! Sungguh seronok! Pemandangan cantik dan tidak jemu!
Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:46 AM
|