CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6787|Reply: 44

[Tempatan] 11 tahun guna kabin untuk solat

[Copy link]
Post time 9-4-2014 11:51 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

11 tahun guna kabin untuk solat

BANTING - “Tak sabar tunggu surau baru,” Demikian luahan penduduk Bandar Sungai Emas yang gembira kerana bakal menerima sebuah surau bernilai RM300,000 dalam tempoh kurang setahun lagi.

Pengerusi Surau As Salam, Raduan Mohd Saad, 47, berkata, penduduk tidak sabar untuk menerima surau berkenaan selepas pihak pemaju bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak 30 peratus daripada pembinaan membina surau itu.

Menurutnya, selepas mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju, pihak berkenaan berjanji memberi dana membina surau dimulai dengan proses memasang cerucuk pada hari esok (7 April).

“Perjanjian itu bakal memberi keselesaan kepada penduduk terutama kariah surau yang terpaksa guna kabin sejak 11 tahun lalu.

“Penduduk juga harap dapat memanfaatkan surau yang lebih luas dan selesa itu yang dijangka boleh memuatkan seramai 500 jemaah,” katanya selepas simbolik Majlis Pecah Tanah Projek Bina Surau As Salam di Bandar Sungai Emas, semalam.

Raduan berkata, sebelum ini pelbagai masalah timbul terutama Ramadan kerana ruang kabin tidak mencukupi sehingga penduduk terpaksa menyewa khemah bagi menerima limpahan kariah yang ingin menunaikan solat terawih.

“Memang kami pada mulanya tak kisah tapi lepas ramai penduduk buat permohonan yang sama, saya kena segerakan.

“Hasilnya, hari ini (semalam) pihak pemaju setuju dan hanya tinggal mendapat bantuan zakat sahaja selepas ini,” katanya.

Hanya muat 80 jemaah

Seorang penduduk, Isa Yahya, 47, berkata, mulai tahun depan, penduduk di sini tidak perlu lagi bersesak menunaikan solat dan boleh mengadakan majlis keagamaan di surau baharu.

“Walaupun dah ada kabin yang terpaksa dibeli dengan harga RM11,000 semata-mata untuk jadikan surau, jemaah masih lagi tak selesa sebab kabin hanya boleh muatkan tidak lebih daripada 50 ke 80 jemaah sahaja.

“Bayangkan, orang luar datang rumah kami dan mereka nak guna surau kabin yang sempit itu.

"Tapi lepas dengar dah dapat peruntukan baru ini memang kami lega sangatlah,” katanya.

Mohd Fared Saadon, 35, pula berkata, dengan adanya surau itu memberi peluang kepada penduduk untuk mengimarahkan surau.

"Kalau sebelum ini penduduk terpaksa cari surau lain sebab dah tak muat dekat sini, tapi lepas ini dah tak ada masalah lagilah.

“Saya pun harap penduduk dapat sama-sama jaga surau baru ini dan dapat galakkan lagi anak muda datang untuk berjemaah di surau,” katanya.

Terima pelbagai dana

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, surau terbabit juga menerima pelbagai sumbangan daripada syarikat korporat dan individu.

“Dengan pembinaan surau ini, penduduk boleh mengeratkan silaturahim serta menambahkan lagi ilmu dengan menggunakan bahan ilmiah yang disumbangkan.

“Saya harap bila siapnya surau ini kelak, ia tidak dijadikan medan untuk berpolitik dan saya memohon kepada ahli kariah untuk sama-sama mengimarahkan surau baru ini kelak,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian pernah melaporkan permohonan penduduk untuk memiliki sebuah surau yang selesa namun hanya mampu mendirikan sebuah kabin bagi menempatkan jemaah untuk bersolat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2014 11:53 AM | Show all posts
jangan bila dah dapat surau yang lengkap dengan kemudahan, surau jadi sunyi
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 11:54 AM | Show all posts
org Msia takda surau payah sikit nak solat. tak kira lelaki atau pompuan. tak jumpa surau terus tak solat. depa khado jer solat klu x jumpa surau. lagu tu la org Msia. zaman Nabi xda surau & air sgt payah, tapi solat x pernah tinggal. why??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 11:55 AM | Show all posts
ad_hoc79 posted on 9-4-2014 11:53 AM
jangan bila dah dapat surau yang lengkap dengan kemudahan, surau jadi sunyi

setuju. sedang kan masjid yg besar pun sunyi. takat penuh time jumaat je la.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 12:07 PM | Show all posts
tidur kt surau mmg selesa sgt. nyenyak xsama cm tidur kt rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 12:22 PM | Show all posts
jangan hanya penuhkan surau time tertentu ja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2014 12:32 PM | Show all posts
bakal menerima sebuah surau bernilai RM300,000 dalam tempoh kurang setahun lagi


tahniah. 300k tu banyak tu. gunakan la surau tu sebaiknya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 12:46 PM | Show all posts
tobby posted on 9-4-2014 11:54 AM
org Msia takda surau payah sikit nak solat. tak kira lelaki atau pompuan. tak jumpa surau terus tak  ...

Aku pernah berhenti kat sebuah stesen minyak untuk solat. Stesen tu takde surau.. bila tanya ada surau dekat2 tak. Jawapannya takde. Aku tanya; Habis tu korang solat mana? Senyum jer budak tu.
Last2 aku solat kat belakang stesen tu sebelah longkang.

Kesimpulannya; orang Melayu kita hanya Islam jer kat nama. Aku berani kata: MAJORITINYA tak solat!!
Bagi diorang, yang solat ni untuk orang2 alim jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2014 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby posted on 9-4-2014 11:54 AM
org Msia takda surau payah sikit nak solat. tak kira lelaki atau pompuan. tak jumpa surau terus tak  ...

Rukhsah solat-jamak, qasar ...layan

tayyamum-masih lg blur2 nk pakai apa
tempat semayang-mesti cari surau...
tanah lapang...was was takut ada taik hanjeng
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 12:59 PM | Show all posts
org2 kerja gov lagi senang tanpa cabaran untuk solat
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 01:29 PM | Show all posts
jengkoil posted on 9-4-2014 12:54 PM
Rukhsah solat-jamak, qasar ...layan

tayyamum-masih lg blur2 nk pakai apa

Dulu...........time aku kat Sudan, depa solat berjemaah berlakang sebuah ghumah.
Depa buat kandang.........mcm kandand lembu kat kampung kita.
Atap pung tarak.

Depa azan..................
Then ghamai2 mai berjemaah.
Tempat depa berjemaah......ataih tanah.
Berlopak lopak mcm kat kandang lembu baru beghak.

Jubah depa.............jgn ckp la warna apa.

Tp solat...........tetap solat tanpa beri alasan mcm kita kat Malaysia nie.

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 01:36 PM | Show all posts
penganut agama melayu ni, 11 tahun tunggu peruntukan, 11 tahun lah tak buat apa....
nak tunggu 100,000 11 tahun ....9,000 setahun, 800 lebih sebulan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 01:50 PM | Show all posts
ada 1 pekan di Sarawak
ada sebuah sekolah menengah,  
students ramai probably sekarang beribu
ada 2 sekolah rendah
ada pejabat kerajaan
ada Pusat Penyelidikan Jabatan Pertanian
ada Sesco
Ada Klinik Kesihatan
Ramai beragama islam
time kaka ngajar situ dulu...1 surau pun takde
so cikgu2  akan solat ramai2 di flat salah sorang diantara mereka
time raya pun sama
that was like 24 years ago
Only in 2013 Pekan ni dapat sebuah Masjid... ........
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 02:45 PM | Show all posts
sama2 kita imarahkan surau....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 02:48 PM | Show all posts
oklah tu. keep it clean. insyaAllah selesa. letak karpet getah pun dah ok. jangan letak karpet. selalu berbau.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 02:50 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 9-4-2014 01:29 PM
Dulu...........time aku kat Sudan, depa solat berjemaah berlakang sebuah ghumah.
Depa buat kandan ...

lobai wat apa kat sudan? import minyak urut sudan mcm john 4:8 pakai ye? oooo ni supplier nya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2014 02:58 PM | Show all posts
razhar posted on 9-4-2014 02:50 PM
lobai wat apa kat sudan? import minyak urut sudan mcm john 4:8 pakai ye? oooo ni supplier nya....: ...

Kerojer laaa....................kerojer

X kan makan hangin plak.

Ayaq sungai dia.................masyaallah hitam legam
Taik oghang sejibik mcm taik unta (sebab sama sama makan makanan yg sama. Yakni tumpahan gandum dari ketapi)

Tapi yg aku suspect tu, solat TETAP solat.
Walaupun apa sekali.................x perlu khemah yg cantik, surau beraircond, ayaq yg jernih yg di bekal SYABAS.
Kipas hangin......ker per

Azan jer.............semua pakat mai.
Kandang lembu..............kandang lembu laaaaa
Sejadah memang tarak............


Itew baru laaa REAL , lepaih solat..................sapu muka!!!

Last edited by niceghost2005 on 9-4-2014 02:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 03:03 PM | Show all posts
Jangan nanti ada surau baru tapi jemaah pun sama kurang macam dalam kabin tu juga.....Harap bertambah lah jemaah memakmurkan surau tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 12:51 PM | Show all posts
tintabiru73 posted on 9-4-2014 12:46 PM
Aku pernah berhenti kat sebuah stesen minyak untuk solat. Stesen tu takde surau.. bila tanya ada s ...

sebab tu penghuni neraka lagi ramai dari penghuni syurga. dah tertulis dah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 12:53 PM | Show all posts
mahal gak buat surau....hrp2 dpt disiapkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.070984 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list