CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Slasher^^Buzz

Novel Sains Fiksyen : Unik

[Copy link]
 Author| Post time 1-4-2014 08:48 PM | Show all posts
wipers81 posted on 1-4-2014 08:23 PM
Bagus. Semangat macam nilah yang digemari. Apa pun, nasihat itu untuk saya juga yang baru nak bert ...

terima kasih wiper, saya pun masih baru dalam bidang ni...sebab x pandai melukis, jadi saya menulis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2014 10:27 PM | Show all posts
Wah wah... ada sains fiksyen... bagus bagus sila sambung.
Saya suka baca sains fiksyen

Kalau bahasa tu diolah, guna Bahasa Melayu aras tinggi, susunan ayat atur sana atur sini sikit, boleh cuba untuk hantar ke sayembara fiksyen sains kumpulan utusan

Okeh... sila sambung. Rasa macam cerita X-Men pun ada . Last edited by aylanins on 2-4-2014 10:29 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2014 10:41 PM | Show all posts
aylanins posted on 2-4-2014 10:27 PM
Wah wah... ada sains fiksyen... bagus bagus sila sambung.
Saya suka baca sains fiksyen :loveliness ...

saya akan sambung esok hari...matte ne (japanese)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2014 07:55 PM | Show all posts
Bab 2 :Memori
Aku memandang tepat ke arah mukanya." Aira, aku dengar daripada kakak aku yang kau  mendaftarkan nama akuuntuk hari Pemilihan Invicible Slayer. Betul ke?" aku bertanya kepada dia.Dia tersenyum. Dia menyandarkan bandannya ke kerusi sambil memutarkan pen yangberada di tangannya.

  " Betul tu," jawabnya ringkas. Aku mengambil tempat duduk."Kenapa?" tanya aku lagi. "Hmmm...sebab ini saja caranya uuntukmendesak kau berlatih dengan gigih. Kalau tidak, aku pasti kau masih lagidengan trauma kau. Kau akan sentiasa menyembunyikan kuasa kau. Betul tak cakapaku?" dia menerangkan kepada aku sebab nama aku didaftarkan. Ha...sukahati dia saja buat begitu.

  Aku mula rasa tidak senang duduk. Sudahlah pada hari pemilihan ituramai pengguna Unik yang kuat. Kemudian, aku masih lagi tidak mampu mengawalkuasa aku. Dan lagi, hari itu akan bermula dalam masa dua minggu sahaja lagi.Mana sempat aku hendak berlatih.

  " Aira, kenapa kau main buat keputusan sesuka hati kau?Keputusan kau ni terlalu mendesak. Lagi pun,masa semakin suntuk. Aku tak rasayang aku akan sempat mengawal kuasa aku dalam masa dua minggu. Sebabnya,pelajar hanya dapat menggunakan padang untuk berlatih pada hujung minggusahaja," aku merungut panjang.

  "Hahaha...perangai kau tak pernah berubah, Sidiq," diaberkata  dengan nada yang berlagu. Setiap kali bercakap, mesti berlagu.Aku betul-betul tak faham dengan perangainya.

  " Kau akan berlatih tanpa aku mendesak kau? Mengarut. Aku rasa,nak dekat sepuluh kali kau cakap begitu. Tetapi aku tengok kau langsung takturun ke padang pada hari sabtu dan ahad. Aku sebagai pengetua tak boleh membenarkantindakkan kau itu. Ramai guru dan pelajar telah mengadu pasal kau,"katanya dalam kadaan berlagu tetapi serius.

  Apabila Aira serius, tindakan membantah akan membuat diri sendirimenyesal. Ahh...aku dah tak ada pilihan lain. Nampaknya terpaksalah aku ikutcakap perempuan moe ini.

  " Ingat, Sidiq. Dekat sekolah ini tiada siapa yang akan dilayandengan istimewa. Sebabnya, penghuni di sekolah ini semuanya istimewa,"beritahunya kepadaku. " Sebagai pelajar di sekolah ini, kau harustunjukkan kuasa kau, walaupun sekali," tambahnya lagi.

  Ish, mendesak sungguh. " Ha.. yalah,yalah. Aku buatlah apa yangkau suruh," aku bersetuju dengan desakkannya. Macam yang aku cakap, diaini suka mendesak. Tak ada maknanya kalau hendak bertengkar dengannya.Haish.

"Tetapi...aku ada permintaan," aku cuba membuat permintaandaripadanya. " Apa dia?" dia membalas.  " Aku nak gunakanpadang setiap hari walaupun waktu sekolah," aku cuba membuat permintaanyang tidak masuk akal. Aku hanya bergurau sahaja. Dia mendiamkan diri. "Hmm....aku rasa tak ada pilihan lain. Baiklah, aku benarkan,"katanya sambil tersenyum. Pfff...biar betul???? " K-kau bagi???" akubertanya kepadanya untuk mendapatkan kepastian.

  "Kan aku cakap yang aku tiada pilihan lain. Cuma jangan gunakanpadang selepas pukul 12 malam. masa itu adalah waktu tidur. Lagipun, rasanyaini sajalah caranya untuk membalas balik perbuatan aku," terangnya kepadaaku. Yeah!!! Tiada sekolah selama 14 hari. Hahahahahaha.

  "Hmm, kalau macam tu, aku ada satu lagi soalan. Ianya berkaitandengan organisasi Black Rose," aku cuba bertanyakan soalan kepadanya.Selesai aku mengucapkan perkataan Black Rose, raut wajahnya mula seriuskembali.
" Black Rose, eh? Mana kau dengar?" dia bertanya kepada akutanpa menjawab soalan aku. Aduh, jawab sajalah. "Daripada mana lagi selaindaripada kakak aku?" aku memberi jawapanku dalam bentuk soalan. Diamendiamkan diri. Aku hanya mengagak yang dia akan kata, " Maklumat initerlalu sulit. Aku tak boleh beritahu kau,".

" Maklumat ini terlalu sulit. Aku tak boleh beritahu kau,"beritahunya. Ha! Kan dia cakap sebiji seperti yang aku fikirkan. Aku cubamendesaknya. " Aira, aku rasa kau tahu yang ketua Black Rose akan datangpada hari itu. Kalau kau tak beritahu aku apa-apa maklumat, kau akan meletakkankawan kau dan pelajar kau dalam bahaya," beritahuku kepadanya.

  Dia menggelengkan kepala. " Aku tahu yang aku akan meletakkankau dalam bahaya. Tetapi maaf, aku tidak dapat beritahu kau apa-apa," lagisekali dia cuba mengelak  daripada memberitahu aku apa-apa. Tch! Susahbetullah nak buat dia bercakap. " Tapi-" aku mencuba sekali lagitetapi kata-kataku dipotong olehnya.

  " Maaflah Sidiq, aku perlu berehat. Aku harap kau tinggalkanpenjabat aku sekarang," dia memberi alasan. Aku memandang dengan pandangantidak puas hati. Kenapa dia nak sorokkan perkara penting macam ni? Aku akhirnyaberputus asa daripada mendesaknya dan terus berjalan ke arah pintu.

  Aku memandang ke belakang sebelum keluar. Dia memandang aku denganwajah yang sangat serius. Kalau aku pusing kembali dan meminta dia bercerita,pasti aku akan dibelasah nanti. Jadi aku buat keputusan untuk beredar.

Aira sememangnya begitu. Dia sangat suka berahsia walaupun nyawaseseorang itu menjadi ancaman sekalipun. Aku mengenalinya sejak tahun ubat itudicipta. Pada masa itu aku berumur 13 tahun. Pada masa yang sama, umurnya baru15 tahun, setahun lebih tua daripada kakak aku.

  Ya, sekarang ini baru 2015. Umurnya baru mencecah 19 tahun. Tetapidia seorang yang genius. Tidak cukup dengan itu, Dia telah dapat memeganggelaran Invicible Slayer. Oleh sebab dia genius dan menjadi salah seorangdaripada Invicible Slayer, kerajaan Malaysia melantiknya untuk menjadi pengetuaSekolah Elit Negara pada 2014. Hmm rasa macam mustahil sajakan?  Tetapiperkara ini berlaku kerana ada beberapa alasan.

  Dia dipilliih menjadi pengetua kerana dia dapat menyelesaikan lebihdaripada 20 kes yang melibatkan pengguna Unik. Dia menyelesaikan kes itu tanpamenggunakan sebarang bantuan. Sudah semestinya, semua kes itu melibatkan pihakantarabangsa. Maka, boleh dikatakan kesemua kes itu adalah agak besar.


Last edited by Slasher^^Buzz on 3-4-2014 07:57 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2014 07:58 PM | Show all posts
Lagi satu, dia merupakan manusia yang pertama dari pihak Malaysiadapat menggunakan kuasa Unik. Ayahnya merupakan ahli politik. Kuasanya jugaagak kuat. Negatation Of Mastering. Itulah kuasanya. Dia mampu membatalkankuasa pihak lawan dan menggunakan kuasa pihak lawan itu sendiri. Lagipun, diamampu membuktikan yang dia layak menjadi pengetua. Ramai pelajar yang tamatsekolah pada tahun hasil didikkannya berjaya menjadi manusia yang lengkapdengan pelbagai ilmu pengetahuan dan skil. Haha, walaupun baru setahun, tetapiitulah pencapaiannya.

  Apa pun, itulah serba sedikit berkenaan dengan Aira. Aku rasa lebihbaik aku menceritakan bagaimana aku boleh bertemu dengan Aira.
Seperti yang aku katakan, aku bertemu dengan Aira ketika aku berumur 13tahun iaitu pada tahun 2011. Pada masa itu, para saintis baru mencipta ubattersebut. Tetapi, aku berjumpa dengannya sebelum aku dapat kuasa aku.

  Ceritanya begini, aku sekolah di sekolah menengah harian biasa. Akubukan pelajar yang menonjol dari segi akademik ataupun dalam bidangkokurikulum. Aku hanya pelajar biasa-biasa, selalu ponteng kokurikulum dankadang-kadang kelas. Tapi tak selalu.

  Dalam pada masa yang sama, aku banyak juga musuh. Bukan apa, perkaraini berlaku kerana  perangai aku yang tak reti berkawan dan tak retimenyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan. Kadang-kadang, bile kawan sekelasaku buat jamuan ke, perjumpaan ke, aku langsung tak tunjukkan muka aku. Bukanaku tak nak, tapi sebenarnya aku malas. Dekat kelas pun kadang-kadang merekakepoh macam pasar. Nak lagi perangai mereka yang pelik-pelik,menggelikan dangedik. Siapa sahaja yang suka perangai begitu?

  Nak dijadikan cerita, mereka berpakat mengenakan aku sebab perangaiaku yang mereka sangka sombong. Mereka mula buat muat aku malu di depankebanyakkan pelajar. Kadang-kadang depan pelajar junior. Bila aku jumpapelajar-pelajar baru yang masih "bersih", mereka mula sebarkan keburukkanaku. Aku pun naik berang sebab perangai mereka yang menyakitkan.

     Satu hari, aku bergaduh besar dengan budak kelas aku.Aku pukul kebanyakkan pelajar di situ dan mereka membalas balik pukulan aku.Yang paling sakitkan hati, ramai sangat budak-budak kelas lain yang masukcampur. Kalau mereka menyebelahi aku, tak apalah juga. Tetapi, mereka berpakatramai-ramai dan pukul aku seorang.Semestinya, kejadian ini berlaku di luarsekolah, selepas aku bergaduh di kelas.

     Hari itu hujan sangat lebat. Aku nak cepat baliksebab nak elakkan diri daripada tertangkap dengan budak-budak kelas aku.Walaupun aku tinggal di dalam kota raya, tetapi aku kena meredahi hutan sebelum sampai ke rumah aku. Sebenarnya, itu jalan shortcut. Aku ikut jalan itusebab ramai tidak tahu jalan tersebut.

   Tetapi aku silap. Rupa-rupanya mereka tahu jalan itu merupakanjalan menuju ke rumah aku. Seramai sepuluh orang yang menunggu aku di hutantersebut. Mereka semua dari kelas lain, tetapi mereka tahu apa yang terjadi didalam kelas aku. Mereka semua berada di situ kerana mereka ingin membantubudak-budak kelas aku. Ha....inilah yang aku tak suka pasal budak-budaksekarang.

  Pada peringkat awal aku dapat mempertahankan diri. Tetapi sepuluhlawan satu, sudah tentulah aku tak boleh lepas. Mereka belasah aku denganalasan yang aku ini sangat sombong. Aku dibelasah dengan teruk hari itu.

  Selesai membelasah aku, mereka terus beredar. Aku tak dapat bangunkerana badan aku sangat sakit. Nak bercakap pun susah. Aku ditimpa hujanyang  mencurah-curah. Dalam kesejukkan ditimpa hujan, pandangan aku sangatkabur.

   Aku nampak sebuah lembaga hitam menuju ke arah aku. Aku katalembaga hitam sebab aku tak nampak muka dia langsung. " Hmm...kesiannyakena pukul..." dia berkata dengan suara kebudak-budakkan. Dia kemudiannyamengeluarkan sesuatu dari poketnya dan terus memasukkan ke dalam mulut aku. Akutak menelan langsung benda itu dan aku tidak memuntahkannya balik kerana akulangsung tidak mempunyai kudrat pada ketika itu.

Dia mengeluarkan sebotol air dan memberi aku minum. Pada ketika itulah aku menelan benda tersebut. Selepas kejadian itu, aku pengsan.
  
Mataku terpejam rapat. Padaketika ini aku tertanya-tanya di manakah aku berada. Pada ketika itu aku dapatmerasakan kehangatan di seluruh tubuhku. Aku rupanya sedang baring di ataskatil. Tetapi aku belum lagi membuka mataku kerana pada masa yang sama, akudapat merasakan kesakitan di belakang badanku. Mungkin inilah kesan selepasdibantai seramai sepuluh orang.

  Aku membuka mataku perlahan-lahan.Aku berada di dalam bilikku rupanya. Aku bangun perlahan-lahan. " Janganbangun, badan kau belum ok lagi," kata seorang perempuan yang lebih tuadaripadaku dan aku  tidak pulamengenalinya. Pada ketika itu dia berada di depan pintu bilikku dan membawasemangkuk air panas dan sehelai  kain tuala.

     
    Aku hanyamendiamkan diri. Yalah, perempuan cantik tengah berdiri dekat depan pintu bilikaku.  Dia berjalan masuk ke dalam bilik aku dan duduk di sebelah katilaku. Aku dapat rasakan muka aku merah. " Kenapa muka kau merah?" diabertanya kepadaku. Aku berasa malu. " Kau siapa?" itu sahaja yangdapat aku cakap. Aku berasa tekak aku agak sakit bila bercakap.

   
     Dia tersenyum." Aku Aira. Aku yang jumpa kau di dalam hutan petang tadi. Aku kawan kakakkau," dia menjawab soalan aku. Ouh skarang dah jelas sedikit. Nantisekejap, kalau dia jumpa aku petang tadi, bermakna dia yang memasukkan sesuatuke dalam mulut aku. " Jadi apa yang kau masukkan dalam mulut aku?"Aku bertanya lagi. Dia menolak badann aku ke katil. Kemudian, dia mencelupkankain tuala ke dalam mangkuk air panas itu dan memerah kain itu. Dia meletakkankain tuala tersebut di atas dahi aku.

  
      " Aku bagi kauubat supaya kau tak mati dekat situ," dia menjawab ringkas. Ha? mana adaorang mati kalau setakat kena belasah macam tu. "Aku tak rasa ada orangmati kalau setakat kena belasah macam tu," aku memberi pendapat akukepadanya. Dia ketawa kecil. Apa yang kelakar?

  
       " Kau patut tengokdiri kau sendiri bila kau terbungkam dekat tanah tadi. Luka kau agakteruk," dia membidas apa yang aku katakan. Aku mendiamkan diri lagi. Akutak ada mood nak berborak. " Mana yang lain?" aku bertanya kepadanyasekali lagi. Dia bangun dan berkata, " mereka semua ada di luar,"balasnya lagi. Kalau kakak aku ada di luar, kenapa tak dia sahaja merawat aku?Aku bertanya kepada diri sendiri.

  
   "Asiah, adik kau dah sedar," dia memanggil kakak aku dengan menjerit. Kemudian, aku mendengarbunyi orang berlari ke bilik aku. Kakak aku masuk dengan wajah yang terkejut. Ahahahaaduhai, lawak pulak aku tengok muka dia. " Kau ok ke Sidiq?" diabertanya kepada aku. Ha...dia ni biar betul....lari ke bilik aku dan itu sajadia nak cakap?Haish.  " Aku ok je la, orang tua. Jangan la berlaridalam rumah-" belum sempat aku habiskan ayat aku,dia berlari kearah akudan terus menendang muka aku. Eh? " Hoi! Sakitlah kau tendang!" akumenjerit. Dia memandang dengan sinis. " Jangan panggil aku orang tua. Akutua setahun je daripada kau," dia berkata dengan garang. Ha.....nendoksai....


Last edited by Slasher^^Buzz on 3-4-2014 08:00 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2014 08:04 PM | Show all posts
   " Aku rasa kau tak payah pergi kesekolah esok. Nanti kau kena-" Aisah cuba menghhalang aku daripada pergike sekolah. Tetapi, sebelum sempat dia menghabiskan ayat dia, aku memotongkata-katanya. " Aku pergi sekolah esok. Aku nak bagi balik apa yang diorangdah buat. Jangan halang aku," aku memberitahunya dengan tegas. Lagisekali, dia cuba menghalang aku. Tetapi aku merenung matanya sedalam-dalamnya.Akhirnya dia mengaku kalah.
Top of Form

Bottom of Form


   Selepas aku berkata begitu, Asiah keluar daripada bilik aku. Merajuk ke?Entahlah. Aku tak ambil peduli. Aku memandang pula Aira. Dia masih ada dalambilik aku. Apa yang dia nak lagi? Aku nak tidur. " Neh, Aira, kalau kautak kisah, aku nak tidur," aku berkata kepadanya.

   " Ok kalau macam tu. Tapi ada benda yang aku nak bagitahukau. Ubat yang aku bagi kauu tu ada kesan yang kedua," dia berkata denganselamba. Hah? Kesan kedua? side effect ke? " Maksud kau side effectke?" aku bertanya dengan suara menggelabah. " Tak,tak,tak. Kesan yangkedua tu maksud aku Unik. Kau tahukan?" dia menjawab dengan memberi soalankepadaku. Aku berkerut. " Unik? Maksud kau kuasa yang ditemui oleh saintiske? Unik boleh diaktifkan dalam diri aku sekarang ini?" aku bertanya lagi.

   " Betul tu. Kuasa yang ditemui oleh sekumpulan saintisdari kebanyakkan negara maju. Aku merupakan representative untuk negaraMalaysia. Jadi aku dapat empat biji kapsul. Salah satunya aku bagi kau,"dia menerangkan kepada aku. Ouh jadi macam tu....tak,tak, ini tak betul. Macammana saintis tu boleh bagi dia empat biji lagi sedangkan pada masa itu diatelah pun mempunyai kuasa?

   " Sebelum kau tanya kenapa saintis bagi aku lagi empatbiji, lebih baik aku terangkan. Aku dapat 4 lagi kapsul sebab aku minta,"dia menerangkan lagi. Macam tu saja? Senang betul nak dapat. Aku berkata begitukepada dia. Dia menerangkan lagi yang sebenarnya banyak procedure yang diaperlu buat. Bukan mudah. Tapi dia tidak pula beritahu macam mana bentukprocedure yang dia buat.

  "Aku nak bagitahu yang Unik dalam diri kau dah diaktifkan. Jadihati-hati sikit bila kau pergi ke sekolah. Takut nanti kau tiba-tibamenggunakan kuasa kau tanpa sedar. Nanti kau dapat masalah besar," diaberkata begitu ketika menuju ke pintu bilik aku untuk keluar. Jadi aku bolehteraktifkan kuasa aku sendiri tanpa sedar. Aku cuba bertanya bagaimana caramengawal kuasa aku. Tetapi dia hanya menjawab, kau kena buat banyak latihan.Kemudian, dia keluar daripada bilik aku. Jawapan tak relevan.Aku pun tidurselepas dia keluar dari bilik aku.


   Keesokkannya aku pergi ke sekolah macam biasa. Ramaibudak-budak yang setahun dengan aku terkejut bila tengok aku. Kenapa?Mungkin  sebab mereka terkejut aku masih boleh datang sekolah walaupunkena bantai teruk. terima kasihlah dekat perempuan moe tu. Semasa perhimpunan,budak-budak setahun dengan aku pandang aku semacam sahaja. Aku bukan alien nakpandang aku macam tu.   Tch! Susah betul bila kena macam ni.

   Di kelas, suasana agak suram. Semua pandang aku denganpandangan tak puas hati. Sebenarnya, aku lagi tak puas hati. " Wei, nerd,kau amacam dapat hadiah buku lima semalam?" salah seorang budak lelakiberkata kepada aku. Aku diam. Bukanlah bermakna aku pengecut atau punmengelakkan pergaduhan. Tapi aku tak pandai nak bahan-bahan orang ni. "Wei, kau dengar tak!? Wei?! Aku cakap ngan kaulah, nerd!" dia menjerit kearah aku. Seriously, nendoksai.

   "Haha, hadiah buku lima? Sepuluh biji? Pengecut je mintaktolong orang. Kalau nak, jomlah satu lawan satu," aku mengucapkankata-kata yang bertujuan mencabar. Mereka gelak. Mungkin sebab cara akumembalas tak mengena dengan situasi. Tapi, macam aku cakap, aku tak pandaibahan orang. Aku mula hilang sabar.

   Aku bangun dari tempat duduk aku dan terus menumbuk muka budaktersebut. Budak lelaki yang lain agak terkejut dengan perbuatan aku. Kurangajar, itulah apa yang dia cakap. Kemudian, pergaduhan tercetus. Sekali lagi,pelajar kelas lain masuk campur. Aku diserang dengan sepakan dan tumbukan. Akujatuh terbungkam. Tch! Ramai-ramai boleh la.

  Dendam dan marah aku membuak-buak. Aku cuba bangun untuk membalas,tetapi aku telah dikepung. Dan lagi, aku dipegang dari belakang. Merekamenumbuk aku sekuat-kuat hati. Aku mula rasa nak pitam. Aku memandang  kelantai. Cecair merah mula membasahi lantai yang berdebu. Tetapi cecair itumenari-nari bagaikan ombak yang bergelora. Bergelora seperti perasaan aku. Lagigeram aku rasa, lagi kuat titisan darah itu berkocak.Takkanlah....  

      Aku mengerak-gerakkan jari aku. Darah ituberalun mengikut rentak jari aku. Sekarang aku sudah faham. Aku terusmenggenggam jari aku. Serta-merta banyak darah terpecik merata-rata.......eh?Apa dah jadi?

   Sebenarnya,seramai tujuh  orang lelaki yang mengepung aku.Tetapi, mereka semua sudah tidak bernyawa. Mereka rebah ke lantai. Dada merekadibasahi dengan darah. Tak, lebih tepat, dada mereka telah berlubang. Semuasaksi yang melihat tergamam. Aku, lagilah, menjerit.







Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-4-2014 08:04 PM | Show all posts
sekian itu sahaja utk bab 2
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 10:27 PM | Show all posts
Aku mula rasa tidak senang duduk. Sudahlah pada hari pemilihan ituramai pengguna Unik yang kuat. Kemudian, aku masih lagi tidak mampu mengawalkuasa aku. Dan lagi, hari itu akan bermula dalam masa dua minggu sahaja lagi.Mana sempat aku hendak berlatih.

  " Aira, kenapa kau main buat keputusan sesuka hati kau?Keputusan kau ni terlalu mendesak. Lagi pun,masa semakin suntuk. Aku tak rasayang aku akan sempat mengawal kuasa aku dalam masa dua minggu. Sebabnya,pelajar hanya dapat menggunakan padang untuk berlatih pada hujung minggusahaja," aku merungut panjang.


Adik Slasher... akak olah yang ni sikit. Boleh diketengahkan karya adik ni. Bahasa Melayu perlu diperbaiki sebab gaya bahasa adik macam bahasa komik.

Hati aku tidak tenang hinggakan duduk ku juga sudah tidak tentu arah. Sudahlah hari ini hari pemilihan, ramai pula ahlinya dari kalangan pengguna Unik yang kuat-kuat belaka. Sedang aku pula masih tidak mampu mengawal kuasaku sepenuhnya. Hari pertandingan itu hanya berbaki dua minggu sahaja lagi. Seperti mustahil bagiku untuk berlatih dalam masa yang singkat itu.

"Aira, kenapa suka buat keputusan ikut suka hati kau je? Kau macam nak mendesak aku padahal kau tahu masa dah makin suntuk. Bayangkan hanya hujung minggu je pelajar dibenarkan untuk berlatih pedang. Mana sempat aku nak berlatih. Kuasa yang ada pada aku ni pun belum dapat aku kawal lagi." Aku merungut. Pandangan mataku tidak pernah kularikan darinya.

Contoh tau..


Maaf adik ya. Akak minta maaf kalau menyibuk. Karya adik memang boleh diketengahkan bak kata Aylannis. Gaya bahasa adik perlu dicantikan lagi, pasti ada umph...

Last edited by wipers81 on 3-4-2014 10:30 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2014 10:41 PM | Show all posts
wipers81 posted on 3-4-2014 10:27 PM
Aku mula rasa tidak senang duduk. Sudahlah pada hari pemilihan ituramai pengguna Unik yang kuat. Ke ...

saya x kisah kak, selagi boleh belajar, saya belajar. Saya memang kurang mahir guna ayat BMT. ini pun saya buat berdasarkan gaya penulisan di sekolah menengah. akak boleh bagitahu saya contoh2 buku sains fiksyen yang guna bahasa BMT? saya kalau baca buku cinta2 atau menangis2 ni tak boleh la kak. kalau ada, saya nak beli.

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 11:08 PM | Show all posts
Tahniah... Keep it up... saya suka.. teruskan berkarya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2014 12:48 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 3-4-2014 11:08 PM
Tahniah... Keep it up... saya suka.. teruskan berkarya

terima kasih mod
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 12:53 AM | Show all posts
wipers81 posted on 3-4-2014 10:27 PM
Aku mula rasa tidak senang duduk. Sudahlah pada hari pemilihan ituramai pengguna Unik yang kuat. Ke ...

Bagus ada tunjuk ajar dari penulis yang ada pengalaman...

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 03:01 AM | Show all posts
Slasher^^Buzz posted on 3-4-2014 10:41 PM
saya x kisah kak, selagi boleh belajar, saya belajar. Saya memang kurang mahir guna ayat BMT. ini  ...

Pernah baca Operasi Matrik terbitan DBP tak? Fiksyen sains, bes ceritanya, tapi tak tahulah masih ada dijual lagi tak sebab buku tu kategori buku lama juga.

Fiksyen sains Melayu yang paling legend kat Malaysia ni ialah siri Saga Artakusiad, boleh google. Nama saya Aylanins itu dari salah satu watak dalam novel itulah hehe... (minat sangat dengan Saga Artakusiad sampai angau dengan nama Aylanins...)

Penulis siri Saga Artakusiad ialah Ahmad Patria Abdullah (APA). APA ini dulu selalu tulis cerpen dalam majalah Kosmik (majalah terbitan DBP), lepas itu cerpennya semua bes-bes.



Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 08:43 AM | Show all posts
aylanins posted on 4-4-2014 03:01 AM
Pernah baca Operasi Matrik terbitan DBP tak? Fiksyen sains, bes ceritanya, tapi tak tahulah masih  ...

Adik Slash, Aylannis dah bagi jawapan. Akak kurang sikit membaca pasal Fiksyen Sains ni. Tak kata tak minat langsung. Akak baca karya adik ni sebab macam okey je. Boleh diketengahkan.

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 09:14 AM | Show all posts
"Asiah, adik kau dah sedar," dia memanggil kakak aku dengan menjerit. Kemudian, aku mendengarbunyi orang berlari ke bilik aku. Kakak aku masuk dengan wajah yang terkejut. Ahahahaaduhai, lawak pulak aku tengok muka dia. " Kau ok ke Sidiq?" diabertanya kepada aku. Ha...dia ni biar betul....lari ke bilik aku dan itu sajadia nak cakap?Haish.  " Aku ok je la, orang tua. Jangan la berlaridalam rumah-" belum sempat aku habiskan ayat aku,dia berlari kearah akudan terus menendang muka aku. Eh? " Hoi! Sakitlah kau tendang!" akumenjerit. Dia memandang dengan sinis. " Jangan panggil aku orang tua. Akutua setahun je daripada kau," dia berkata dengan garang. Ha.....nendoksai....

Bila baca yg ni, feeling santai.

" Kau patut tengokdiri kau sendiri bila kau terbungkam dekat tanah tadi. Luka kau agakteruk," dia membidas apa yang aku katakan. Aku mendiamkan diri lagi. Akutak ada mood nak berborak. " Mana yang lain?" aku bertanya kepadanyasekali lagi. Dia bangun dan berkata, " mereka semua ada di luar,"balasnya lagi. Kalau kakak aku ada di luar, kenapa tak dia sahaja merawat aku?Aku bertanya kepada diri sendiri.

Bila baca yang ini, feeling buku teks. Wiper dgn Alaynis panggil tema BMT, saya panggil buku teks

Mataku terpejam rapat. Padaketika ini aku tertanya-tanya di manakah aku berada. Pada ketika itu aku dapatmerasakan kehangatan di seluruh tubuhku. Aku rupanya sedang baring di ataskatil. Tetapi aku belum lagi membuka mataku kerana pada masa yang sama, akudapat merasakan kesakitan di belakang badanku. Mungkin inilah kesan selepasdibantai seramai sepuluh orang.

Cuba kurangkan ulangan perkataan.

Kalau kakak aku ada di luar, kenapa tak dia sahaja merawat aku? Aku bertanya kepada diri sendiri.

Ada masanya, tak perlu nak 'state the obvious' . Memang orang dah tau yang Sidiq tanya diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 09:21 AM | Show all posts
Selain APA, cuba rujuk gaya tulisan RAM.

Kharulnizam Bakeri - masih ada unsur BMT walau agak santai.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2014 09:31 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 4-4-2014 09:21 AM
Selain APA, cuba rujuk gaya tulisan RAM.

Kharulnizam Bakeri - masih ada unsur BMT walau agak sant ...

Ya betul tu Nicki_Meow. RAM (Ramli Awang Mursheed) penulis yang memang saya minati. Hampir kesemua bukunya saya dah baca. Jadi adik Slash boleh rujuk bukunya. Hayati cara dia mengolah ayat-ayatnya.

Pesanan bagi diri ini yang masih baru juga.

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 10:55 AM | Show all posts
wipers81 posted on 4-4-2014 09:31 AM
Ya betul tu Nicki_Meow. RAM (Ramli Awang Mursheed) penulis yang memang saya minati. Hampir kesemua ...

Saya pun. Saya ada semua koleksi RAM kecuali dua buku terawal. Tak tau mana nak cari dah. Novel pertama saya baca, Ranggau. Start dari tu, saya minat baca buku (tapi bila belajar, malas...hahahahahah ). Sebelum tu, rajin hadap komik jers.

Saya pernah nak cuba tulis stail BMT tapi tak boleh, susah nak masuk. Mungkin sebab saya bukan budak sastera kekdahnya. Tapi saya salute untuk siapa yg mampu gunakan BMT.

Sorry Bro Slash, berbual OT lak kat sini....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 11:05 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 4-4-2014 10:55 AM
Saya pun. Saya ada semua koleksi RAM kecuali dua buku terawal. Tak tau mana nak cari dah. Novel pe ...

Akak pun sedang mencari buku awal RAM. Memang susah nak dapat sekarang.

Maaf adik Slash, akak pun tersmbang di sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2014 12:41 PM | Show all posts
aylanins posted on 4-4-2014 03:01 AM
Pernah baca Operasi Matrik terbitan DBP tak? Fiksyen sains, bes ceritanya, tapi tak tahulah masih  ...

saya tak pernah naca mana2 buku sains fiksyen karya orang2 kita sebelum ni. selalu baca harry potter yg diterjemah dalam melayu. Anyway, ada masa saya akan cari buku2 yg kakak sarankan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.136351 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list