|
salam
Memang aku nak mengikuti ASWJ dalam mencintai AB tetapi kenapa sahabat-sahabat dalam ASWJ memusuhi AB. Kenapa Muawiyah membenci Ali dan sehingga anaknya Yazid seorang ASWJ memancung cucu kesayangan Nabi. Kenapa ramai ASWJ bersorak gembira apabila kepala Hussein diarak ke istana Yazid? Jauhkanlah aku daripada si Laknat itu !!
Tolong sebut sahabat mana yg membenci Ahlul Bait. dan kenapa dia benci Ahlul bait? Siapa kata muawiyah membenci Ali R.A? Siapa yang bersorak gembira? Sedangkan tiada bukti bahawa Yazid yang mengarahkan Saidina Hussein R.A dipancung. Mcm Perang Jamal, tiada bukti bahawa Tentera Ali yang memerangi Saidatina Aisyah dan tiada bukti Ali diperangi oleh Saidatina Aisyah.
[ Last edited by moasri on 14-1-2004 at 07:54 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Oranggunung at 2004-1-13 07:14 PM:
Memang aku nak mengikuti ASWJ dalam mencintai AB tetapi kenapa sahabat-sahabat dalam ASWJ memusuhi AB. Kenapa Muawiyah membenci Ali dan sehingga anaknya Yazid seorang ASWJ memancung cucu kesayangan Nabi. Kenapa ramai ASWJ bersorak gembira apabila kepala Hussein diarak ke istana Yazid? Jauhkanlah aku daripada si Laknat itu !!
Betul apa yang moasri tanya tu. Semoga anda mengambil dari sumber yang betul dan sahih untuk dijadikan pegangan.
Oranggunung, saya percaya bahawa generasi didikan Rasulullah s.a.w tidak bermusuh sesama mereka. Berselisih faham dalam pendapat itu ada tetapi tidak sampai kepada peringkat bermusuh-musuhan. Saya percaya begitu kerana mereka adalah lambang kejayaan tarbiah dalam risalah nubuwwah. Mereka adalah generasi al-Qur'an dan pewaris Nabi. Nabi tidak meninggalkan mereka melainkan dalam keadaan redha dgn mereka.
Saya yakin dan percaya bahawa Nabi akhir zaman ini telah berjaya dalam risalahnya. Baginda bukan sahaja telah menyampaikan tetapi telah berjaya mengubah orang semasa baginda hidup dan selepas wafat. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti yang macam mana lagi perlu diketengahkan? Bukankah banyak catatan-catatan sejarah ada menyatakannya. Di tingkatan 4 dan 5 lagi semasa di Kolej Islam ada ustaz-ustaz yang mengajarkannya malah sampai menasihatkan sejarah ini hanya untuk dibaca dan bukan untuk diikuti. Kalau begitu apakah sama juga dengan al-Quran sebab dalam al-Quran banyak terdapat catatan sejarah? Saidina Ali tidak pernahkah berperang dengan Aisyah selepas kematian Usman? Sahabat-sahabat tidak berbunuhan kah dalam peperangan selepas kewafatan Rasulullah? Apakah Yazid menghantar berpuluh ribu tentera untuk menghadapi Saidina Hussein yang cuma diiringi tidak lebih 80 orang pengikut sahaja semata-mata untuk berunding? Kenapakah pula panglima tentera yang memancung Saidina Hussein tidak di hukum dan kenapa ahli keluarga Saidina Hussein yang terselamat di arak dan dihina sehingga ke istana Yazid? Pernahkah Yazid meminta maaf dari mereka?
Sebenarnya banyak lagi persoalan-persoalan sejarah yang sengaja ditutup dan dilupakan cuma diberikan tafsiran yang berbeza sahaja. Namun apabila menyelongkar sejarah barulah kita terkejut mengetahuinya rupa-rupanya kehidupan sahabat-sahabat yang dikatakan ideal itu rupa-rupanya cuma dongengan belaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu saya kata, kita kena pegang riwayat yang benar dan sahih. Cerita sejarah memang banyak. Tapi yang kita nak pakai ialah yang sebenar, yang diriwayat melalui jalan yang boleh dipercayai.
Saya tahu, kat sekolah kita ada belajar Sejarah Islam. Masa saya sekolah dulu saya terima jer apa ustaz ajar. Tapi sekarang bila saya dah boleh baca kitab sendiri, bila dah baca kajian-kajian yang dibuat, bila dah bincang dgn kawan-kawan yang belajar bidang ni, barulah saya tahu yang sebenarnya.
Namun apabila menyelongkar sejarah barulah kita terkejut mengetahuinya rupa-rupanya kehidupan sahabat-sahabat yang dikatakan ideal itu rupa-rupanya cuma dongengan belaka
hmmm
[ Last edited by nahzaluz on 14-1-2004 at 04:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Memang benarlah apa yang anda katakan. Saya dah baca banyak kitab-kitab dari semua sumber. Saya dah berbincang dan merujuk banyak ustaz-ustaz dari pelbagai sumber. Saya tak taksub pada satu-satu pegangan fahaman sehingga menutup pencarian saya kepada kebenaran. Saya masih tidak menolak jika ada orang yang mengemukakan hujjah serta bukti tentang keyakinan mereka cuma...sekarang ini saya berkeyakinan penuh pada jalan yang di lalui dan ditunjukkan oleh ahli-ahli keluarga Rasulullah. Inilah malangnya bagi kelompok yang menggelar ASWJ tapi tidak mengenali mereka malah menutup pintu sejarah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Oranggunung at 10-1-2004 10:38 PM:
Aku bukan sufi atau sunni...malah jauh sama sekali wahabi. Aku belum lagi menjadi shia, cuma yang kuharapkan hanya pada keredhaan dan petunjuk Ilahi. Bukankah pesan Rasulullah untuk mengikuti dan m ...
Aku - 50% Siam, 25% Aceh, 25% Betawi.
Bagi aku Muawiyah jahat sebab menipu orang!
Yazid lagi laknat!
Tapi aku still Muslim! |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Aku - 50% Siam, 25% Aceh, 25% Betawi.
Bagi aku Muawiyah jahat sebab menipu orang!
Yazid lagi laknat!
Tapi aku still Muslim!
Salam,
Ni sorang lagi. Menghukum tanpa ada asal usul bukti. Pergi tgk rujukan. Jgn tgk buku tingkatan 4 & 5 sbb kalau tgk ini sahaja (tgk rujukan lain2 juga), maka itulah taraf pemikiran anda. |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by Oranggunung at 7-1-2004 05:32 PM:
Aku telah meninggalkan fahaman Wahabi yang dungu dan telah kembali kepada kesucian,kebenaran dan keindahan Islam yang sebenar. Semoga kejahilan ku dahulu terampun hendaknya.
Bismi-lLahi-rRahmani-rRahiem
Assalaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa BarakatuH, I pray that this reaches you all in the best of health and iman.
Salam perkenalan Oranggunung,
Alhamdulillah kerana and sudah mendapat hidayah dari Allah SWT. Dulu seorang pendakwah diSingapura iaitu TM Fauzi juga berfahaman wahabi tetapi syukur alhamdulillah beliau dah diberi petunjuk. Amin!
Jadi MK harap anda berkongsi pengalaman dengan kami-kami disini. Yang baik buat tauladan dan yang tak baik kita pakat-pakat buat sempadan.
Wallahu A'lam bi As-Sawab! Wasalaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa BarakatuH!! |
|
|
|
|
|
|
Mat Kampong This user has been deleted
|
Originally posted by moasri at 15-101-2004 09:45:
Salam,
Salam,
Ni sorang lagi. Menghukum tanpa ada asal usul bukti. Pergi tgk rujukan. Jgn tgk buku tingkatan 4 & 5 sbb kalau tgk ini sahaja (tgk rujukan lain2 juga), maka itulah taraf pem ...
Bismi-lLahi-rRahmani-rRahiem
Assalaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa BarakatuH, I pray that this reaches you all in the best of health and iman.
Salam perkenalan moasri,
Bagi MK itulah putik-putik Syiah.... munkin masih pucuk jadi storyline dia tak berapa mengaum lagi... lebih kurang macam Laxamana ler..
Sebab itu kena berfikiran luas dan buat kajian dengan hati terbuka.. Insya'allah anda akan diberi petunjuk dan hidayah. Jangan jadi manusia yang rugi dan selalu rugi.
Wallahu A'lam bi As-Sawab! Wasalaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa BarakatuH!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by moasri at 15-1-2004 07:45 AM:
Salam,
Salam,
Ni sorang lagi. Menghukum tanpa ada asal usul bukti. Pergi tgk rujukan. Jgn tgk buku tingkatan 4 & 5 sbb kalau tgk ini sahaja (tgk rujukan lain2 juga), maka itulah taraf pem ...
Jangan setakat kondem orang - bagila buku rujukan apa yang perlu dibaca - yang maha memuliakan muawiyah, yazid semua tu? |
|
|
|
|
|
|
jalaliwalikram This user has been deleted
|
Saya rasa Oranggunung mendapat kebenaran kalau kebenaran yg di-cari.. Alhamdulliiah |
|
|
|
|
|
|
jalaliwalikram This user has been deleted
|
Saya rasa Oranggunung mendapat kebenaran kalau kebenaran yg di-cari.. Alhamdulliiah |
|
|
|
|
|
|
|
salafi sesat?
Boleh tolong bagi hujjah kenapa salafi dikatakan sesat?
bukankah wahabi tu nama seorang ulama yg pelopor salafi
Setakat yg sy tau,,salafi =wahabi...tapi pengikut salafi tidak pernah
mendakwa diri mereka wahabi...sbb wahabi tu cuma gelaran daripada org2 luar
yg bencikan salafi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa salafi tak sesat! Cuma cara mereka terlalu keterlaluan (beberapa orang dari mereka) |
|
|
|
|
|
|
slairs This user has been deleted
|
setuju
Originally posted by anwar66 at 3-1-2004 07:56 PM:
Imam-imam terdahulu punyai niat yang murni untuk kembalikan Islam kepada amalan yang sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi MUhammad,kemudianya para salafu al-soleh,sungguhpun begitu perkara yang ti ...
Saya sangat bersetuju dgn pendapat saudara.......kerana ulamak2 terdahulu melaksanakan sesuatu fatwa ataupun hukum berdasarkan situasi keadan sekeliling...cth pd zaman muhammad abdul wahab pemujaan kubur atau makam melampau2 sehingga membawa kepada syirik ,jadi dgn sbb itulah terjadinya larangan menziarahi kubur yakni saddu zarai'ik supaya tidak membawa kepada perkara yg lebih fasad di dlm islam...cuma kebnyakan yg melampau adalah dikalangan pengikut nya yg tidak memahami prinsipnya...mrk cuma taqlid a'ma.
cuma kemusyskilan saya sekarang ni...berkenaan pergerakan ahbash...yaitu puak asyai'rah yg melampau sehingga tahap mengkafirkan ibn taimiyah dan salah satu ulamaknya yg terkenal hassan saqqof...adakah saua dara boleh menjelaskannya dgn lebih jelas lagi supaya kejelasan itu bersinar2 dlm kepala saya.wassalam. |
|
|
|
|
|
|
slairs This user has been deleted
|
pelik
Originally posted by rami_ayyash at 14-1-2004 06:22 PM:
Aku - 50% Siam, 25% Aceh, 25% Betawi.
Bagi aku Muawiyah jahat sebab menipu orang!
Yazid lagi laknat!
Tapi aku still Muslim!
salam...saya tidak faham dgn sifat saudara yg terlalu ekstrim menuduh seseorang....bukankah muawiyah adalah salah seorang sahabat yg dijanjikan syurga...tidak layak sama sekali utk kita meletakkan taraf seseorang selagi kita tidak mengetahui kisah sebenarnya...jikalau saudara ada bukti yg jitu mengata kan begitu ,sila datangkan saya bukti2nya lengkap bersama muka surat,tajuk dan lain2.
selama saya belajar, muawiyah adalah seorang yg sangat disayangi rakyatnya.peperangan beliau dgn saidina ali adalah disebabkan ijtihad dia yg berbeza dgn saidina ali.kerana ketika saidna ali naik menjadi khalifah, beliau meminta muawiyah membaiahnya. tetapi muawiyah enggan selagi pembunuh saidna uthman belum dibunuh.tetapi bg saidina ali atau ijtihadnya adalah kuasa nya sebagai khalifah masih belum kukuh dan pembunuhnya adalah dari kalangan pengikut2 yg taat padanya. bagaimana mungkin utk dia menghukum seorang pengikut yg taat kpdnya kerana akan menyebabkan lebih banyak pemberontakan dan pertumpahan darah berlaku.maka di situ, saidina ali berpegang ijtihadnya dan muawiyah berpegang pada ijtihadnya.maka tidak layaklah utk kita menuduh yg mana salah dan yg mana betul......bagi saya adalah lebih baik saudara memperbetulkan diri saudara dan berdakwah kpd org bukan islam ttg islam supaya bertambahnya umat islam....kerana kita masih hidup dan akan mati dan akan diperhitungkan segala amalan kita..kalau kita nak ungkitkan ttg perkara2 lalu mereka telah tiada...maka tiada faedah yg kita perolehi melainkan perbalahan dan kerugian. mereka telah buktikan pada kita kejayaan mereka dalam berdakwah dan berjihad di jalan Allah...Adakah kita telah buktikan yg kita seperti mereka atau hanya berani lantang menghina dan mengkritik sahaja tanpa melakukan satu apa pun sumbangan dalam islam...waallahhua'lam. |
|
|
|
|
|
|
slairs This user has been deleted
|
kpd anwar66
kalau anda terbaca persoalan saya tadi ttg ahbash...tolong berikan saya maklumat sepenuhnya ttg mereka...emailkan pada [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rami_ayyash at 2004-1-14 11:22 PM:
Aku - 50% Siam, 25% Aceh, 25% Betawi.
Bagi aku Muawiyah jahat sebab menipu orang!
Yazid lagi laknat!
Tapi aku still Muslim!
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rami_ayyash at 23:22:
Aku - 50% Siam, 25% Aceh, 25% Betawi.
Bagi aku Muawiyah jahat sebab menipu orang!
Yazid lagi laknat!
Tapi aku still Muslim!
umar abdul-aziz (cucu umar al-khattab), salah seorang pemimpin agung zaman tabi'ut tabi'in sendiri menganggap muawiyah lebih hebat daripada dirinya sendiri.. pernah ada seorang hamba Allah membandingkan muawiyah dengan khalifah Umar Abdul Aziz.. menyatakan muawiyah lebih agung daripada beliau.. jawab umar dgn mengiakan.. aku lebih hina dari debu2 pasir pada kaki kuda.. janganlah kite membenci sahabat.. kerana mereka lebih hampir kepada Rasulullah.. kisah2 sejarah yang menunjukkan islam tidak bersatu padu pada zaman muawiyah dulu adalah rekaan musuh2 Islam sendiri.. mereka mencapai keputusan dengan syura dan penuh kasih sayang bukan seperti di dalam sejarah yang kite dengar kini.. apakah iman kite berbanding dengan iman para sahabat, tabiin dan tabiit tabi'in? bukan Rasulullah pernah bersabda umat Islam akhlak dan akidahnya kuat dan tidak terpesong baginda..tiga kurun selepas zaman Rasulullah.. zaman sahabat, zaman tabiin dan zaman itba'ut tabiin.. wallahua'lam
[ Last edited by akubukangrunge on 15-7-2004 at 03:47 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah perangai Yazid (Bani umaiyah) mewakili semua gulungan ASWJ?
Dalam pecahan syiah!. gulungan mana pulak yg mewakili syiah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|