AdamBillionaire posted on 22-3-2014 08:07 PM 
buat pasang tiang bendera BN bolehlah..
PRK Kajang: Petugas BN dicekup gantung kain rentang provokasi
KAJANG 22 MAC: Sekumpulan lelaki dipercayai petugas jentera Barisan Nasional (BN) dicekup ketika sedang menggantung beberapa banner provokasi terhadap parti lawan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang. Kumpulan terbabit yang memakai topi berlogo BN dengan menggunakan lori berlogo BN serta gambar calon BN ditemui pada jam 4.08 pagi tadi di kawasan jalan besar Kampung Baru Sungai Chua. Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Elizabeth Wong berkata, banner bersifat provokasi itu juga didapati tidak tertera lambang BN seperti mana lazim dilakukan dalam serangan provokasi lain. “Memang ini yang kita jangkakan dari BN. Mungkin ada lagi dinaikkan menjelang malam nanti. “Pihak PKR, kami tidak akan mengeluarkan banner propaganda hitam seumpama ini,” kata Elizabeth dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di sini hari ini sepenuh: http://bm.selangorku.com/
|