Dr Wan Azizah: “Saya selesa dipanggil Kak Wan”
KAJANG, 12 MAC: Walaupun kini bergelar Datuk Seri dan pernah menjadi isteri kepada pemangku Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut selesa dikenali dengan panggilan Kak Wan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat (PR). Dr Wan Azizah yang juga calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkata, panggilan Kak Wan terhadap dirinya menjadikan beliau lebih dekat dengan kehidupan rakyat pelbagai golongan dan peringkat termasuk pengundi di Kajang sendiri.“Oh ya, memang selesa. Saya rasa panggilan itu sseperti personaliti saya. Kak Wan itu lebih mesra, lebih rapat dan lebih akrab berbanding panggilan yang lebih formal dengan gelaran yang diberikan Gabenor Pulau Pinang,” katanya ketika menjawab satu soalan dalam wawancara eksklusif Selangor Kini bersama Presiden PKR itu. sepenuh: http://bm.selangorku.com/
|