AboNawas posted on 18-2-2014 03:45 PM
Sebab tu ana bagi soklan2 yang meleret leret . Supaya ana jelas pegangan Muhamad bin Abdul Wahab dan pegangan Ibnu Tamiyah dari enta . Panjang tak panjang mana. Tak macam panjangnya masa yang nak dapat degree , master hingga nak dapat phd Pengajian Islam yang memakan masa bertahun2
Siapa lagik rujukan Sarjana Pengajian Islam masa kini kalau bukan pada Ibnu Tamiyah . Jadi siapa pulak rujukan Muhammad bin Abdul Wahab ? Setau ana Muhamad bin Abdul Wahab tak merujuk kepada Imam Abu Hassan Assyaari yang terkenal dengan Sifat 20 dan Imam Ghazali yang terkenal dengan Kitab Tasawuf Ehya Ulumudin .
Jadi harap perbetulkan kalau ana yang salah .
Terima kasih atas pencerahan di atas. Tapi kenapa Ibnu Taymiyyah dikatakan wahabi masih menjadi tanda tanya pada saya. Pada zaman Ibn Taymiyyah, sudah tentu dia bukan wahabi, sebabnya label wahabi tu belum wujud lagi.
Kalaupun betul Muhammad Ibn Abdul Wahhab merujuk kepada Ibn Taymiyyah, sepatutnya kalau nak label pun, label lah dia ikut mazhab 'Ibn Taymiyyah' lah.... tapi sebaliknya Ibn Taymiyyah yang tak ikut Muhammad Ibn Abdul Wahhab pula dikatakan wahabi. Ini macam terbalik.
Kenapa saya kata macam terbalik? Patutkah orang yang lebih awal dari Imam Syafi'i dilabel Syafi'iyyah?
Contoh untuk lebih faham, adakah patut para sahabat nabi yang mana Imam Syafi'i ambil ilmu bersanad dari mereka, dilabel 'syafi'iyyah'?
mnm77 posted on 18-2-2014 04:48 PM
Terima kasih atas pencerahan di atas. Tapi kenapa Ibnu Taymiyyah dikatakan wahabi masih menjadi ta ...
Memang sangat tak betoi sebenarnya utk mengatakan Imam Ibn Taimiyyah sebagai Wahabi.
Tapi kalau nak kata pengamal Wahabi tu " Taimiyyun" munkin.....
Tapi...tak taulah Uncle
Lebih baik usah...!
(maksud Uncle munkin...sebab spt kata Tuan mnm77 ....zaman mereka juah...& tak munkin yg dahulu mengikut yg kemudian! )
Sebenarnya....
Uncle ada "soft spot" dgn wahabi ni...dari sudut Ilmu....Uncle suka mencari ilmu disitu!
Kita terpaksa terima hakikat..."ENCEMARAN" memang berlaku dalam Islam...baik drp yg SENGAJA atau yg TIDAK SENGAJA!
Terutama dialam melayu...
Kita lihat antara kitab kecil popular kat rumah rumah kita atau surau...antaranya "Majmuk Syarif"...
Tuan mnm77 juga Tuan Abu Nuwaz perasan tak byknya "pelik pelik" dalam kitab ni..
juga dlm beberapa amalan amalam pelik misalnya Tahlil berhari hari ikut rupa mayat..pecah perut dsbnya...
CUMANYA...
Tak pasti Uncle samada memang Syekh Muhammad Abd Wahab mengajar begitu, atau wahabi Melayu yg terlebih sudu kerap golongan wahabi mempamirkan sikap suka menuduh bidaah...menuduh sesat dsbnya....
pantang apa sja......itu sesat...itu kafir...
kerana tu..drp berdebat dgn puak puak yg sebegini...Uncle lebih suka men Chipsmore kan diri
Jadi kita yg faham.....atau menentang sikap buruk ni...
jangan pulak kita pun ikut sama bersikap begitu!
maaf...Uncle terasa Tuan Abu Nuwaz agak "cenderung" nak "bersilat"...
cool brother....
AboNawas posted on 17-2-2014 10:12 PM
Kira siapa guru kepada Muhammad bin Abdul Wahab ? Kalau bukan Ibnu Tamiyah . Ahlul Sunnah ...
Assalamualaikum tuan,
Mengikut kefahaman saya dari bacaan posting tuan, saya berfikiran yang tuan menyatakan pendapat mengenai ibnu Taimiyah dari perspektif satu golongan yang meyakini golongan mereka (termasuk tuan agaknya) adalah ahli sunnah wal jamaah. dan kemungkinan tuan merasakan yang ilmu golongan tuan sahaja yang dikategorikan sebagai ahli sunnah wal jamaah.
saya bersyukur dengan keyakinan tuan sebagai ahli sunnah wal jamaah.
Saya juga ingin sangat termasuk dalam golongan sunnah yang menegakan sunnah dan menolak bid'ah.
malang sekali bagi saya, sebab seringkali saya mendapat ilmu, ada saja pandangan yang meletakan sesuatu golongan sebagai ahli bid'ah atau bukan ahli sunnah. dan setiap kali ilmu diselidik hingga ke akar umbi, masih lagi berbunyi pandangan yang menyatakan "itu bukan ahli sunnah, kami adalah ahli sunnah" seolah-olah mereka saja yang lengkap sangat ilmunya.
harap maaf jika pandangan ini memprovoke sesiapa sini..
dunia mengakui bahawa ibn taimiyyah bermazhab hambali..
tiba2 ader lanun darat belah nusantara dengan sesuka hati mengeluarkan beliau dari ahlul sunnah...
geng2 yg suka dan mencintai bidaah setelah dikemukakan hujah, dalil dan nas..
lebih mudah melabel tokoh2 seperti ibnu taimiyyah demi mempertahankan pegangan mereka (tanpa mereka sedar, mereka telah keluar dari manhaj ahlul sunnah)
tapi, mereka lar paling berdegar2 mendakwa bahawa mereka tu lah ahlul sunnah yg paling original..
mnm77 posted on 18-2-2014 04:48 PM
Terima kasih atas pencerahan di atas. Tapi kenapa Ibnu Taymiyyah dikatakan wahabi masih menjadi ta ...
Macam di Rusia . Akibat dari fahaman Karl Marx , Pemimpin Rusia Lenin ( 1917 -1924 ) yang menumbangkan pemerintahan Tsar Rusia ? Kenapa tak dikatakan bahawa Lenin yang bertanggung jawab di atas kejatuhan Tsar ? Kenapa nak disabitkan Karl Marx ? Kerana doktrin Karl Marx yang merupakan faktor utama yang membawa kepada kejatuhan Tsar .
Begitu juga dengan Ibnu Tamiyah . Walau pun pemerintah Arab Saudi dikatakan berfahaman Muhamad bin Abdul Wahab namun pegangan pemerintah Arab Saudi bertunjang kepada Ibnu Tamiyah . Malah Arab Saudi merupakan satu2nya negara yang yang pertama yang berkiblatkan kepada fahaman Ibnu Tamiyah . Yang dikatakan Fahaman Wahabi itu kerana Muhammad Abdul Wahab yang memperkenalkan fahaman Ibnu Tamiyah dikalangan Kaum Keluarga Bani Saud yang menguasai Mekah pada tahun 1925 dengan bantuan tentera British dan cendikiawan Yahudi pada masa itu .
Fahaman Wahabi bertentangan dengan Iktikad Ahlul Sunnah Wal Jamaah .
Saya tertarik dengan beberapa artikel yang dikemukakan ndalam internet baru2 ini. Salah satunya dari mereka yang kuat berfahaman Salafi menurut fahaman Ibnu Tamiyah. Mereka mendakwa ajaran Salafi adalah berteraskan kepada fahaman ASWJ.
Dengan memberi beberapa dalil dan hujah dalam internet, mereka cuba untuk menyakinkan pembaca supaya menyokong kefahaman mereka.Antara yang menyokong fahaman kuat Salafi ini adalah terdiri dari pehak JIM dan penyokong akdemik yang masih menuntut dalam pengajian Islam di Universiti tempatan dan luar negeri.
Didakwa bahawa fahaman Salafi ini tidak bersamaan malahan berbeza dengan fahaman Wahabi. Malah banyak pertentangan nya. Begitu juga fahaman mereka lebih mulia dari fahaman aliran Khalaf yang juga satu aliran dari fahaman Ibn Tamiyah.
Mengikut rekod sejarah, perkataan Salafi dikatakan berasal dari Salaf yakni fahaman menurut perkiraan 300 tahun awal selepas kedatangan Rasululah S.A.W. Manakala fahaman khalaf dikatakan selepas zaman 300 tahun tersebut.
Jika dalam fahaman ASWJ ia digelar zaman tabiin, yakni lingkungan 300 tahun selepas kedatangan Islam.Puak Salafi di Malaysia mendakwa mereka berfahaman fekah dalam aliran Imam Syafei manakala dalam akidah berfahaman Ibn Tamiyah.
Persoalannya apakah fahaman Ibn Tamiyah bersealiran dengan fahaman ASWJ? Seperti mana yang diketahui ramai dikalangan Ulamak Rasmi dalam kerajaan adalah berfahaman Salafi. Ini tidak menghairankan kerana kurikulum pengajian agama samada di Malaysia seperti KUSZA di Terengganu dan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah dan seterusnya ke peringkat Phd adalah berteraskan kepada fahaman Ibn Tamiyah . Begitu juga pengajian Islam diserata dunia yang lain. Kurikulum pengajian mereka adalah berteraskan kepada Ibn Tamiyah, walau pun mereka mendakwa mereka dari aliran ASWJ!!!.
Pelik tapi benar!! Seperti mana yang kita ketahui fahaman Ibn Tamiyah berasal dari penyelewengan dari Mazhab Hambali.Kepada penyokong Salafi mereka mendakwa Ibn Tamiyah adalah Mujadid kurun ke 7 Hijrah. Sedangkan pada masa tersebut ulamak ASWJ seperti Ibnu Hajar amat kuat menentang fahaman Ibn Tamiyah. Jadi bagimana mungkin mereka mendakwa menganut kepercayaan Ulamak2 sekitar 300 tahun dari zaman kenabian Rasululah?
Sedangkan mereka secara terang2 menentang dan malah mengharamkan ziarah Kubur terutama Makam Rasululah yang dikatakan bidaah!! Begitu juga dengan amalan Tawasul dan bertareqat yang menjadi kefahaman pada pehak ASWJ !! Belum dikira lagi amalan2 yang lain seperti menyambut Maulud Nabi, Marhabban, Berzanji, Bertalqin yang kesemua ini dikatakan bidaah yang sesat lagi menyesatkan dalam fahaman Salafi.
Seperti yang kita maklum amalan ASWJ diamalkan oleh nenek moyang kita sejak kedatangan Parameswara ke Melaka dahulu. Yang mana pengembang agama Islam datang dari Tanah Arab membawa fahaman Mazhab Syafei. Kesemua 7 wali di Malaysia seperti Tokku Paloh, Tok Kenali, Syed Hussin Al Banjari, Tuan Habib Noh dan Wali Songo di Indonesia kesemuanya berfahaman Mazhab Syafei dan mengamalkan amalan bertarekat Nasybandiah dan Ahmadiah. Juga menuntut ilmu tasawuf dari Imam Ghazali serta sifat 20 dari Imam Abu Hassan Asaari dan Imam Maturidi.
Tentang peneraju fahaman Wahabi di Tanah Suci kota Mekah hanya bermula sejak tahun 1925 .Itu pun dengan campur tangan pemerintah Inggeris yang ingin menjauhkan fahaman tasawuf dikalangan umat Islam. Jika tidak sebelum tahun tersebut, pemerintah Arab Saudi adalah berfahaman ASWJ. Sejak bermulanya tahun tersebut, era pemerintah Diraja Saud yang berketurunan Arab Badwi dan bukan seperti pemerintah sebelumnya yang berketurunan Rasululah, maka fahaman Wahabi bertaburan diseluruh dunia.
Seperti di Malaysia mereka berfahaman dalam Kaum Muda dan di Indonesia dalam kumpulan Muhamadiyah. Cuma dalam peredaran masa oleh kerana fahaman Wahabi ini tidak relevan di Malaysia, maka di tukarkan istilah sebagi Salafi. Yakni ingin mengikut jejak amalan umat Islam sekitar 300 tahun selepas Rasululah.
Tetapi fahaman Salafi tidak berteraskan kepada sifat 20. Mana mungkin jika didakwa dari aliran ASWJ? Sudah tentu fahaman Salafi ini ibarat langit dengan bumi dengan fahaman ASWJ.
Untuk makluman lanjut sila baca dalam kitab 40 Permasalahan Agama karangan Kiyai Haji Sirajudin Abas ada membicarakan tentang fahaman Salaf dan Khalaf .
IBNU TAIMIAH BERTAUBAT DARI AKIDAH SALAH ( Berfakta Jelas)
Assalamualaykum
Ramai yang tidak mengkaji sejarah dan hanya menerima pendapat Ibnu Taimiah sekadar dari bacaan kitabnya sahaja tanpa merangkumkan fakta sejarah dan kebenaran dengan telus dan ikhlas. Dari sebab itu mereka (seperti Wahhabiyah) sekadar berpegang dengan akidah salah yang termaktub dalam tulisan Ibnu Taimiah khususnya dalam permasaalahan usul akidah berkaitan kewujudan Allah dan pemahaman ayat " Ar-Rahman ^alal Arasy Istawa". Dalam masa yang sama mereka jahil tentang khabar dan berita sebenar berdasarkan sejarah yang diakui oleh ulama dizaman atau yang lebih hampir dengan Ibnu Taimiah yang sudah pasti lebih mengenali Ibnu Taimiah daripada kita dan Wahhabiyah.
Dengan kajian ini dapatlah kita memahami bahawa sebenarnya akidah Wahhabiyah antaranya :
1-Allah duduk di atas kursi.
2-Allah duduk dan berada di atas arasy.
3-Tempat bagi Allah adalah di atas arasy.
4-Berpegang dengan zohir(duduk) pada ayat "Ar-Rahman ^alal Arasy Istawa".
5-Allah berada di langit.
6-Allah berada di tempat atas.
7-Allah bercakap dengan suara.
8-Allah turun naik dari tempat ke tempat
dan selainnya daripada akidah kufur sebenarnya Ibnu Taimiah telah bertaubat daripada akidah sesat tersebut dengan mengucap dua kalimah syahadah serta mengaku sebagai pengikut Asyairah dengan katanya "saya golongan Asy'ary". ( Imam Abu Hassan Asyaari - Pengarang Sifat 20 )
(Malangnya Wahhabi mengkafirkan golongan Asyairah, lihat buktinya :http://abu-syafiq.blogspot.com/2 ... kan-umat-islam.html).
Tuhan adalah Zat Yang Maha Agung
Wujudnya tiada mula dan sudahnya
Kerana Ia bukan kejadian
Tiada siapa yang menjadikan
Kuasanya Maha Hebat tiada batasnya
Kehendak-Nya terjadi bila Ia berkata
Jadilah terus terjadilah
Tiada siapa dapat menghalang
Ia, tiada bertempat
Kerana tempat Ia yang menjadikan
Ia memberi tiada mengambil manfaat
Kerana Dia tiada berhajat
Ia sudah sempurna
Tiada mengambil ruang
Kerana ruang itu ciptaan-Nya
Dia disembah atau tidak
Tiada berkurang tiada bertambah
Kalau bertambah ertinya Ia kurang
Dia tetap dengan kesempurnaannya
Maha Suci Ia dari kekurangan
Ia sedia kala
Tiada didahului oleh tiada
Zatnya tidak dapat difikirkan
Bagaimanapun dibayangkan
Itu semua mainan setan
(Bila dia Zat Yang Maha Agung)
Tuhan adalah Zat Yang Maha Agung
Wujudnya tiada mula dan sudahnya
Kerana Ia bukan kejadian
Tiada siapa yang menjadikan
Kuasanya Maha Hebat tiada batasnya
Kehendaknya terjadi bila Ia berkata
Jadilah terus terjadilah
Tiada siapa dapat menghalang
AboNawas posted on 19-2-2014 12:00 AM
Macam di Rusia . Akibat dari fahaman Karl Marx , Pemimpin Rusia Lenin ( 1917 -1924 ) yang menumbangkan pemerintahan Tsar Rusia ? Kenapa tak dikatakan bahawa Lenin yang bertanggung jawab di atas kejatuhan Tsar ? Kenapa nak disabitkan Karl Marx ? Kerana doktrin Karl Marx yang merupakan faktor utama yang membawa kepada kejatuhan Tsar .
Ini kan rentetan sejarah, dan yang sabit-menyabit ni bukan dari golongan ilmuan Islam....
Begitu juga dengan Ibnu Tamiyah . Walau pun pemerintah Arab Saudi dikatakan berfahaman Muhamad bin Abdul Wahab namun pegangan pemerintah Arab Saudi bertunjang kepada Ibnu Tamiyah . Malah Arab Saudi merupakan satu2nya negara yang yang pertama yang berkiblatkan kepada fahaman Ibnu Tamiyah .
Kenyataan di atas tu macam serkap jarang. Pemerintah Arab Saudi dikatakan berfahaman Muhammad bin Abdul Wahab? Kita kena selidik juga siapa yang kata begitu? Tokoh ilmuan Islam mana berkata demikian? Dan siapa pemerintah Arab Saudi yang dikatakan berfahaman wahabi? Adakah diborong kesemuanya, atau seseorang sahaja?
Kalau benar pun telahan di atas, jika benar fahaman Ibnu Taymiyyah lah menjadi pegangan Arab Saudi, maka TIDAK WAJAR dinisbatkan fahaman wahabi, sebab Ibn Taymiyyah tak bertanggungjawab atas segala perjuangan Muhammad Ibn Abdul Wahab.
Yang dikatakan Fahaman Wahabi itu kerana Muhammad Abdul Wahab yang memperkenalkan fahaman Ibnu Tamiyah dikalangan Kaum Keluarga Bani Saud yang menguasai Mekah pada tahun 1925 dengan bantuan tentera British dan cendikiawan Yahudi pada masa itu .
Boleh jelaskan sumber yang DIKATAKAN di atas tu dari mana? Jahil itu merbahaya, kita kena selidik kebenaran kata-kata yang DIKATAKAN itu.
Ada banyak versi pasal Sheikh Muhammad ibn Abdul Wahhab, ada kisah baik yang menyokong, ada kisah buruk yang membangkang perjuangannya. Kisah yang memburukkan tu hasil sumber dari mana?
Setahu saya Sheikh Muhammad ibn Abdul Wahhab merupakan orang yang memperjuangkan supaya khurafat dihapuskan. Ini merupakan perjuangan yang baik. Namun kaedah perjuangan yang keras dikritik oleh sesetengah orang Islam dan Ulama Islam lain yang tak dapat terima perjuangan tersebut. Lalu timbul juga fitnah yang beliau (Sheikh) bersekongkol dengan British dan Yahudi, bagi memburukkan Sheikh tersebut.
Berikut adalah kata-kata beberapa Ulama yang tak bersetuju dengan Sheikn Ibn Abdul Wahhab, namun tidak pula sampai ke tahap menuduh beliau bersekongkol dengan British dan Yahudi
Mawlānā Rashīd Ahmad Gangohī
Mawlānā Rashīd Ahmad Gangohī writes, “People call Muhammad b. Abdul Wahhāb ‘Wahhābi’. He was a good person, and I have heard (sunā hey) that he follows the Hanbali School of thought and acts upon the Hadith. He used to prevent people from Shirk and innovation, but he was harsh in his attitude.”[12]
He also writes, “The followers of Muhammad b. Abdul Wahhāb are known as Wahhabis. They had good beliefs and their school of thought was Hanbali. They were very stringent in their attitude but he and his followers were good people. Yes, those who exceeded the limits were overcome by wretchedness. The belief of all is the same, and the difference they have in actions is like that of the Hanafi, Shafi’i, Maliki and Hanbali schools of thought.”[13]
Muftī Mahmūd al-Hasan Gangohī states in his Fatāwā that, Mawlānā Rashīd Ahmad Gangohī was initially unaware of Muhammad b. Abdul Wahhāb’s ideology, because he was initially known in the Subcontinent as a reformer of Sunnah, and one who strived greatly in rejecting Bid‘ah and establishing the Sunnah. As such, Mawlānā Rashīd Ahmad also said that his opinion was based on what he had heard, for a Muslim should always hold good opinions about other Muslims until it is proven otherwise. Thereafter, Mawlānā Rashid Ahmad’s teacher sent him the copy of Radd al-Muhtar wherein ‘Allāma ibn ‘Abidīn clearly refuted Muhammad b. Abdul Wahhāb. ‘Allāma ibn Abidīn states,
“…as it has occurred in our times with the followers of (Muhammad b.) Abdul Wahhāb, who appeared from Najd and imposed their control over the two sacred Harams. They used to attribute themselves to the Hanbalī School but they believed that only they were Muslims and that whoever opposed their beliefs were polytheists. Thus they considered the killing of those who were from the Ahlus Sunnah and their scholars to be legitimate, until Allah Most High destroyed their might and power.” [14]
Mufti Mahmūd al-Hasan states that had Mawlāna Rashīd Ahmad Gangohī read what ‘Allāmah Ibn ‘Abidīn stated in his Radd al-Muhtār regarding Muhammad b. Abdul Wahhāb and his movement, he would surely not have stated what he had in his Fatāwā.
Moreover, the students of Mawlānā Rashīd Ahmad Gangohī clearly refuted the ideologies and actions of Muhammad b. Abdul Wahhāb and his movement. As will be mentioned, Mawlānā Khalil Ahmad Sahāranpūrī, a student of the Mawlānā Rashīd Ahmad Gangohī, stated in his book al-Muhannad ala al-Mufannad that he and his teachers hold the same view as ‘Allāmah ibn ‘Abidīn regarding Muhammad b. Abdul Wahhāb and his followers. This was agreed upon and signed by almost all of the major scholars of the Indian subcontinent, including Shaykh al-Hind Mawlānā Mahmūd Hasan Deobandī, Mawlānā ‘Azīzur Rahmān, Hakīmul Ummah Mawlānā Ashraf ‘Ali Thānawī, Mawlānā Habībur Rahmān Deobandī and many others.
Mawlāna Khaīl Ahmad Sahāranpūrī
Mawlāna Khaīl Amad Sahāranpūrī sates:
“Their (Muhammad ibn Abdul Wahhab and his adherents) ruling according to us is what the author of al-Durr al-Mukhtār said: ‘The Khawārij are a violent group that rebelled against ‘Ali due to an interpretation by which they believed that he was on falsehood and disbelief or disobedience making fighting him obligatory according to their interpretation. They legitimise our blood and our properties and take our women captives,’ until he said, ‘Their ruling is the ruling of rebels,’ and then he said, ‘We do not classify them as disbelievers because their actions are based on an interpretation although false.’ Al-Shāmī said in his commentary, ‘As has occurred in our time by the followers of ‘Abd al-Wahhab who came out from Najd and dominated the two Harams. He would claim to belong to the Madhhab of the Hanbalis but they believed that they are the only Muslims and those who disagreed with their belief are polytheists, and due to this, they legitimised the killing of the Ahlus Sunnah and ‘Ulamā until Allah broke their supremacy.’
“Then I (Mawlana Khalīl) say: Neither he nor any of his followers are from our Mashāyikh (mentors) in a chain from the chains of knowledge of jurisprudence, Hadith, Fiqh and Tasawwuf.”[15]
Mawlāna Anwar Shāh Kashmīrī
Mawlāna Anwar Shāh Kashmīrī writes, “As for Muhammad b. ‘Abdul Wahhāb Najdī, indeed he was a dull minded person with little knowledge. He would be hasty in passing a ruling of disbelief on others. It is not appropriate that any one traverses this valley (passing a judgement of disbelief) except if he is diligent and has mastered the scenarios of disbelief and its causes.”[16]
Mawlānā Husayn Ahmad Madanī
Mawlānā Hussayn Ahmad Madanī writes, “Muhammad b. Abdul Wahhāb appeared in Najd in the 13th century A.H. He harboured evil thoughts and held wrong beliefs, due to which he waged war on the Ahlus Sunnah Wa al-Jamā‘ah. He attempted to force his evil thoughts upon them and considered their properties as spoils of war and their killing as a source of blessing and mercy. He was harsh on the people of the Haramayn in particular and on the people of the Hijāz in general. He spoke ill of the pious people of the early generations. Because of the atrocities committed by him, countless people had to flee the holy cities of Makkah and Madīnah, and many of them were martyred by his troops. In short, he was a tyrant, rebel and blood spilling transgressor.”[17]
However, it is claimed that Mawlānā Husayn Ahmad Madanī retracted from his original view. This is based on a supposed statement made by Mawlānā Husain Ahmad Madanī produced in a newspaper named Zameendār in the year 1925/1343. [18] However, after comparing the date of his supposed retraction and other statements, it becomes evident that his final and only opinion was that mentioned in al-Shihāb al-Thāqib (the above mentioned quotation). Mawlānā Husayn Ahmad Madanī was asked if he had changed his opinion regarding Muhammad b. Abdul Wahhāb, and he replied,
“Al-Shihāb al-Thāqib was my first book written as a refutation on Ahmad Raza Khān. I only mentioned the Wahhābi sect by the way in order to show that our predecessors had a very moderate approach.”
He further writes,
“I still hold on to the opinion expressed in this book and this is the opinion of my predecessors.”
This statement was dated at 1950/1370 which is much later than his supposed retraction. Therefore, it is clear that Mawlānā Husayn Ahmad Madanī is also of the view that Muhammad b. Abdul Wahhāb and his followers were not of sound ideology.[19]
Mawlāna Manzūr N’umānī
Mawlāna Manzūr Nu‘mānī was of the opinion that Muhammad b. Abdul Wahhāb and his adherents were upon the truth and the allegations levelled against them were baseless. He writes, “After studying his life, I have realised that Muhammad b. Abdul Wahhāb encountered the same challenges that Shaykh Ismaīl Shahīd faced i.e. false accusations…His call to the oneness of Allah and efforts of reformation comprised of Jihād with the sword…”[20]
Mawlānā Ahmad Bijnorī
Mawlānā Ahmad Bijnorī writes after proving that there are many differences between the Salafīs and the scholars of Deoband, “The respected scholar Manzūr Nu‘mānī feels that the differences between the Salafī movement and the scholars of Deoband are only in a few issues. He also claims that Shaykh al-Islām Mawlānā Husain Ahmad Madanī had retracted from his original view regarding Muhammad b. Abdul Wahhāb whereas in reality he only lessened his harshness against him.” [21]
Muftī Mahmūd Gangohī
Muftī Mahmūd writes, “Muhammad b. Abdul Wahhāb al-Najdī was a follower of the Sunnah but was extreme in his beliefs, statements and actions. He was a person of very little knowledge and understanding…..”[22]
He also writes, “He claimed to follow the Sunnah hence, many people joined him. However, many of his views were contrary to the Sunnah…as his true colours began to show, many people left his group. It became apparent that his objective was to seize political power and his claim to follow the Sunnah was merely to attract a following.” [23]
Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Disembunyikan ------- mula2 cerita berkaitan juga...last last meleret hina menghina....kena pindah ke board ni....meleret jadi cerita fasal Wahabiyyah, Salafi...cerita fasal Makkah dah tak dengar sangat.....
Akhirnya kena lock.
Biografi Ringkas 5 Ulama' Ahlussunnah Yang Tidak Menikah------pun tak cerita pasal kawin ke, biografi ke....last2 cerita pasal Wahabiyyah,salafi, Ibn Taimiyah....
mungkin akan kena lock juga.
mnm77 posted on 19-2-2014 10:06 AM
Ini kan rentetan sejarah, dan yang sabit-menyabit ni bukan dari golongan ilmuan Islam....
ok . Terima kasih kerana sudi memberi jawapan . Kita ketepikan dahulu Pemerintahan Saud yang memerintah Arab Saiudi .
Bagaimana pula dengan ajaran Ibnu Tamiyah yang berkisar selepas kurun ke 7 hijrah ? Ayah Ibnu Tamiyah berfahaman Hambali . Tetapi Ibnu Tamiyah bukan berfahaman Hambali . Malah menentang Ayah dan Abangnya yang berfahaman Hambali .Dan Ibnu Tamiyah juga menolak fahaman Imam Al Ghazali yang Pakar dalam bidang Tasawuf Islam yang juga merupakan Mujadid kurun ke5 hijrah dan Imam Abu Hassan Assyaari yang pakar dalam Sifat 20 yang juga mujadid pada kurun 4 hijrah .
Jadi dimana letaknya taraf Ahlul Sunnah Wal Jamaah pada Ibnu Tamiyah ? Dan tahukah enta mengapa pehak Yahudi melalui Sarjana2 Islam mereka Silibus Pengajian Islam berdasarkan pada kitab Ibnu Tamiyah dan mengapa bidang Pengajian Islam di Universiti tidak mengambil kitab Ehya Ulumudin karangan Imam Ghazali dalam bidang Tassawuf dan Sifat 20 dalam bidang Ketauhidan karangan Imam Abu Hassan Assyaari sebagai bahan rujukan ?
amukgemuk posted on 19-2-2014 01:48 PM
Kemusnahan Tanah Suci Mekah Yang Disembunyikan ------- mula2 cerita berkaitan juga...last last mel ...
Persoalannya fahaman Ibnu Tamiyah bukan merupakan Fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah . Majoriti Imam2 yang berfahaman Ahlul Sunnah semuanya lahir selepas kewafatan Rasululah sehingga dalam kurun ke 3 hijrah . Yakni pada zaman sebaik2 kurun .
Sebaliknya Ibnu Tamiyah lahir pada zaman ke 7 hijrah . Yang mana pada ketika itu umat Islam mula berada dalam zaman kejatuhan kegemilangan Islam .
Macam mana dikatakan Ibnu Tamiyah tu sebagai mengikut sunnah Rasululah? Padahal dikatakan tak pernah berkahwin . Agak pelik , bukankah kawin itu sebagai Sunnah Rasululah ? Suatu ketika dahulu pada zaman tabiin jika yang meninggal itu isteri maka para suami cepat bernikah dengan wanita Islam yang lain dan jika yang meninggal itu suami , maka para isteri menunggu sehingga 3 kali edah dan selepas tamat tempoh edah maka para isteri bernikah dengan lelaki Islam yang lain .
Itu lah yang berlaku pada zaman orang2 soleh yang benar2 mengakui mengikuti sunnah nabi . 4 Imam mazhab yang besar semuanya berkahwin . Belum pernah berlaku Imam2 besar dalam kumpulan Ahlul Sunnah Wal Jamaah tidak berkawin kecuali jika mereka uzur zahir dan batin .
AboNawas posted on 19-2-2014 07:02 PM
ok . Terima kasih kerana sudi memberi jawapan . Kita ketepikan dahulu Pemerintahan Saud yang memerintah Arab Saiudi .
Ok.
Bagaimana pula dengan ajaran Ibnu Tamiyah yang berkisar selepas kurun ke 7 hijrah ? Ayah Ibnu Tamiyah berfahaman Hambali . Tetapi Ibnu Tamiyah bukan berfahaman Hambali . Malah menentang Ayah dan Abangnya yang berfahaman Hambali .Dan Ibnu Tamiyah juga menolak fahaman Imam Al Ghazali yang Pakar dalam bidang Tasawuf Islam yang juga merupakan Mujadid kurun ke5 hijrah dan Imam Abu Hassan Assyaari yang pakar dalam Sifat 20 yang juga mujadid pada kurun 4 hijrah .
Boleh dipecahkan kepada 2 point untuk menjelaskan persoalan di atas.
1.Bukan semua fatwa Ibnu Taymiyyah diterima, bukan semua ditolak.
-Sebab itulah ada perbezaan pendapat di antara Ulama berkaitan Ibn Taymiyyah.
-Memang Imam Al-Ghazali pakar dalam bidang tasawwuf dan tazkiyah an-nafs, namun, tanpa sekelumit niat untuk merendahkan Imam Al-Ghazali, ada sebahagian dari hadith palsu termuat dalam karya ulung beliau. Ada Ulama yang tegas dan keras dalam menilai hadith, mungkin melihat Imam Al-Ghazali sebagai lemah, lalu tidak dapat menerima manhaj tasawwuf beliau. Ahli Sunnah menghormati keilmuan Imam Al-Ghazali dalam bidang tasawwuf yang tidak melewati ijma' Ulama, juga menghormati Ibn Taymiyyah dalam bidang yang tidak melewati ijma' Ulama.
2. Isu Mujaddid
-Ulama tidak meletakkan nama-nama spesifik siapa Mujaddid, dan tidak mengisyaratkan untuk umat kena percaya. Ada pihak kata Imam Al-Ghazali merupakan mujaddid pada kurunnya. Ada Ulama lain kata Ibn Taymiyyah sebagai mujaddid, tiada kata putus untuk kita terima hal ini. Yang kita percaya, memang setiap kurun ada Mujaddid yang memperbaharui (membawa kembali kepada Al-Quran dan Sunnah yang benar) dalam urusan agama.
Justeru, Ibn Taymiyyah diwahabikan merupakan satu label yang tidak patut, sekalipun memang ada isu yang kita menolak pendapat Ibn Taymiyyah berdasarkan nasihat dari Ulama haq (yang berpegang kepada Al-Quran & Sunnah, dan sepakat secara ijma')
Jadi dimana letaknya taraf Ahlul Sunnah Wal Jamaah pada Ibnu Tamiyah ?
Perbezaan pendapat dalam mengambil hukum bukannya menyebabkan terkeluar dari Ahli Sunnah. Imam Syafi'i sendiri sangat menghormati Imam Malik, walhal tidak semua pendapat Imam Malik diguna pakai oleh Imam Syafi'i.
Jika Ibn Taymiyyah berbeza pendapat dengan Imam Ghazali berkaitan tasawwuf, dan jika itu terjadi atas dasar sikap sangat berhati-hati, tidak wajar dikeluarkan dari Ahli Sunnah atas perbezaan sebegini, apatah lagi melabel Wahabi yang tak pernah wujud pun label itu pada zamannya.
Dan tahukah enta mengapa pehak Yahudi melalui Sarjana2 Islam mereka Silibus Pengajian Islam berdasarkan pada kitab Ibnu Tamiyah dan mengapa bidang Pengajian Islam di Universiti tidak mengambil kitab Ehya Ulumudin karangan Imam Ghazali dalam bidang Tassawuf dan Sifat 20 dalam bidang Ketauhidan karangan Imam Abu Hassan Assyaari sebagai bahan rujukan ?
Ini merupakan satu tuduhan yang berat. Saya rasa elok buka satu topik yang baru, dan lampirkan maklumat di situ, supaya kita semua boleh melihat, mengkaji dan menilai sejauh mana kebenaran tuduhan ini. Berapa ramai tokoh Ulama yang mengeluarkan kenyataan sebegini melalui maklumat secara ilmiah? Ini semua kena lampirkan, untuk membuktikan kebenaran.
Jika kata-kata dari blog, atau dari tokoh yang membenci manhaj Ibn Taymiyyah semata-mata, tidak boleh dijadikan bukti. Walaupun saya tidak mengambil manhaj Ibn Taymiyyah sebagai manhaj saya, saya lihat banyak juga fitnah memburukkan Ibn Taymiyyah tersebar atas nama 'wahabi' untuk menakut-nakutkan orang awam, dan timbul perpecahan, tambahan bertambah buruk jika ada gologngan yang terlalu menyokong Ibn Taymiyyah menghentam balik golongan yang tidak bersetuju dengan manhaj Ibn Taymiyyah
WAllahu a'lam Last edited by mnm77 on 20-2-2014 03:33 PM
Uncle boleh kata tak bersetuju dgn banyak kenyataan Tuan Abu Nuwaz..
Ulama ulama Islam dari zaman ke zaman, merupakan Insan insanIstimewa yg seperti bintang bintang di langit.
Ulamalah pewaris nabi!
Bagi uncle…daripada kita mencari cari salah ..mempertikai ulama ulama..lebih baik kita mencari “apa yg benar salah” & “apa yg benabenar” bagi kita jadikan ikutan dan sempadan.
Mcm Uncle…uncle seringkali terpikir..bila membaca kata kan…kononnya ”kesesatan “ IbnTaimiyyah….atau ada yg menyerang Ulama Sufi Ibn Arabiy …atau yg menyerang ImamAs Syaari….& kita yg mengata ngata ni…..senyum bangga….
APAKAH KITA FIKIR KITA TERLEBIH TINGGI ILMU DRP ULAMA2 INI?...
Kalau kita yg arab pun mcm perancis konon (hheheeh…bukan orglain..Uncle le…arab serupa perancis serupa german..i don’t know sebutir abuk )
“BOLEH FAHAM ISLAM SEBENAR…(konon....kita haraplah).Apa yg menghalang untuk Ulama ulama besar ini sekurangnya turut faham?
Berbeza dgn kononnya ulama…iaitu sesetengah Ustaz Youtube(ada sorg dua…kebykannya terbaik…) yg terang terang lagak mujhtahid mutlak…menyalahkan pendapat pendapat muktabar….ini , boleh le kita sanggah sebab kita dapat menilai faham dia melalui ucapan2 dia….& kita debat dgn harapan, kita dapat sama sama membetulkan apa yg salah..Ustaz Ustaz ni..tak sama dgn Ulama Ulama zaman silam yg kita perkatakan!
Sebagai cth….kalau org kata Imam Ibn Taimiyyah sesat….kenapa sesatnya..?
Munkin ada yg tak jawab …tak tau..
Atau..munkin yg akan tuduh…Imam Ibn Taimiyyah..berfahamanTajsim atau tasybih…
Tapi…bagaimana Tajsim atau Tasybih tu?.....betul ke begitu jahil Imam Ibn Taimmiyyah..????
& sebelum kita menuduh lebih lanjut…makanya…dapat kekita faham faham yg benar benar yg dikehendaki Allah swt & Rasul?..& kalau kita dah faham…apakah yg menghalang Imam Ibn Taimiyyah yg begitu tinggi keilmuannya utk faham apa yg kita faham…yg tak seberapa mana pun!
Kalau kita kaji…bukankan Imam Ibn Taimiyyah yg mengajar pemurnian Akidah juga?
Malahan usaha permurnian Akidah yg dijalankan Imam Ibn Taimiyyah ternyata lebih sinifikan drp ulama ulama lain..
Terus terang..Uncle agak "takut" utk terjun dlm mendebat masalah ni...Tapi terasa bagai suatu kewajiban juga..& Insyaallah..uncle akan teruskan menulis disini..
Saya bab agama masih jahil macam insan2 lain. Tapi sejak bila pula Imam Ibn Taimiyyah itu Wahabi? Sedangkan Wahabi wujud ratusan tahun kemudian ....
Rata2 tahu Imam Ibn Taimiyyah itu bertaqlid Mazhab Imam Ibn Hanbal ..... dan Ibn Taimiyyah banyak menentang perkara2 bida'ah di zamannya. Ada pendapat beliau yang diterima, ada yang ditolak.
ada yg diterima dan ada yg tertolak pendapat mereka, sebahagian benar dan sebahagian ada saja yg terkurang pendapatnya......sesungguhnya tidak sesiapa pun terlepas dan terkecuali dari hal ini....ini termasuk hal akidah bahawa tidak ada yg maksum....mustahil semua benar dari mereka....
ketika mana kita mula menolak seratus-peratus atau hanya menerima seratus peratus....
ketika itulah kita sudah tersalah teknik.....
sepatutnya kita tidak menolak mentah2 sekalipun itu imam yg kita benci, atau menerima seratus-peratus mentah2 sekalipun dia imam yg kita suka....
jika kita berjaya menyebati hal ini dlm sudut penerimaan ilmu,
anda akan lihat setiap ulamak2 itu bersinar2 umpama bintang2 sekalipun mereka tidak maksum dan melakukan kesalahan, tetapi kebaikan2nya terserlah saja.....
wallahua'lam..... Last edited by ussopp on 20-2-2014 08:08 PM
AboNawas posted on 19-2-2014 07:07 PM
Persoalannya fahaman Ibnu Tamiyah bukan merupakan Fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah . Majoriti Imam2 ...
ntah lah...saya tak nak jadi sebahagian dari masalah.Nak jadi sebahagian dari penyelesaian....tapi tak berilmu.
Baca ajelah yg mampu.
Tapi itulah dia, kalau nak membaca cerita pasal A, terpaksa baca pasal H, menyampah jugak.
Walaupun H tu bagus, tapi baiklah bukak tajuk tersendiri.
Bukan nak kena bayar duit muka pun, nak bukak tajuk kat forum.
Mahu reply kah....Saya diam aje ye lepas ni?
Ampun mod...orang jahil menulis. Sabarlah dengan hamba.