mungkin apa yg 'lebai patriotik' tu maksudkan ada relate dgn Hadith bawah ni
Dunia Itu Penjara Bagi Orang Mukmin Dan Surga Bagi Orang Kafir. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan Surga bagi orang kafir.” (HR. Muslim no. 5256)
lps kita cuba fahamkan maksud ayat Al-Quran yg ni
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Al-Baqarah 2:10)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
(Al-Anfaal 8:2)
Saya mcm bersetuju dengan pendapat hantukiller tersebut. Ada yang beriman dan taat dengan perintah Allah SWT, tetapi derhaka kepada kedua orang tua atau memakan harta hak anak yatim dan sebagainya...
“Dan barang siapa yang ringan timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.” (Q.S. Al-Mukminuun [23] : 103)
apa yg aku paste ni ialah apa yg Allah S.W.T pesan melalui Rasul-Nya
Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui.
(Al-Nahl 16:95)
Dunia Itu Penjara Bagi Orang Mukmin Dan Surga Bagi Orang Kafir. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan Surga bagi orang kafir.” (HR. Muslim no. 5256)
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Al-Baqarah 2:10)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
(Al-Anfaal 8:2)
al-hilm - bukan maksudnya sabar tetapi ia lebih membawa maksud pada sikap berlemah lembut dan bijaksana...
al-Anaat - perlahan-lahan ialah tidak tergopoh gapah dalam melakukan sesuatu urusan, gunakan akal secara menyeluruh dan buat tindakan yg terbaik... w/a
rasanya mcm pramugari punya layanan kot...penuh dgn senyuman...hehe....
Setiap orang yg melakukan dosa dosa besar selain syirik seperti menyihir, minum arak, bertenung nasib adalah perbuatan syaitan.
Allah juga telah menjelaskan, sesiapa saja(termasuk orang beriman) yg mengambil riba', membunuh seorang mukmin dengan sengaja, memakan harta anak yatim secara zalim balasannya adalah kekal dalam neraka, kerana mereka akan tergolong dalam golongan 'orang yg ringan timbangannya'.....
popjack posted on 14-2-2014 08:44 PM
x settel lg...x sudah gado2 je korg ni...@mnm77@hantukiller
sampai @ussopp pon masuk
Ini perbincangan forum....yang berminat boleh join, tak ada paksaan... yang penting niat kita...
ikot kepahaman aku...
muslimin/muslimat yg penah buat silap...timbangan berat kiri sket
mungin kene celop dulu dlm nuraka sbllm diangkut ke syorga abadi...
brape lama jgn tanye lah..ape jenis dosa ikut berat timbangan lah..
ape nk pening tu urusan tuhan...
Saya boleh setuju dengan kenyataan di atas. Sebenarnya itulah yang cuba saya sampaikan, tetapi forum ni bukan paksaan, masing-masing ada hujjah masing-masing
Yang penting, kita ikhlas dan menyampaikan yang benar. Kalau ada dugaan atau ujian yang menimbulkan pergeseran, kita berbalik kepada Al-Quran dan Sunnah, dan tawakkal kepada Allah
encikWawad posted on 15-2-2014 09:57 AM
beriman tapi gay? beriman tapi kaki zina?
Bukanlah orang yang beriman jika dia berzina. Mungkin kita kata dia orang yang beriman, akan tetapi dari hadith Nabi, bukan orang yang beriman sekiranya berzina. Akan tetapi, jika yang berzina itu Islam, tanpa sekutukan (syirikkan) Allah, dia masih lagi Islam...
ber iman - tapi ada masalah amalan -
macam dah terlalu ramai sekarang
iman lemah - atau iman kuat masih juga ber iman
adakah begini maksudnya orang beriman pun akan dibalas neraka
sehingga diampunkan?
Jika setakat ada iman, belum tentu jadi orang yang beriman... jika ada iman dan bersyahadah, itu baru Islam
Status orang yang beriman itu, secara mudahnya mereka yang Islam yang taat perintah Allah dan Rasul dengan memenuhi tuntutan-tuntutan rukun Islam dan rukun Iman
syahman posted on 16-2-2014 03:50 AM
“Dan barang siapa yang ringan timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.” (Q.S. Al-Mukminuun [23] : 103)
tp saya x pasti tuju ke org beriman ke tidak.
Ayat yang sebelumnya (102) ada menyebut:
Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya (Al-Mukminun, 102)
Dan pada permulaan surah Al-Mukminun:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (Al-Mukminun, 1)
Maka yang ringan timbangan dan yang akan kekal dalam neraka (pada ayat 103), sudah tentu BUKAN merujuk kepada golongan yang beriman yang disebut berjaya.
mnm77 posted on 17-2-2014 11:30 AM
Ayat yang sebelumnya (102) ada menyebut:
Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mer ...
Ayat yang sebelumnya (102) ada menyebut:
Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya (Al-Mukminun, 102)
Dan pada permulaan surah Al-Mukminun:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (Al-Mukminun, 1)
Maka yang ringan timbangan dan yang akan kekal dalam neraka (pada ayat 103), sudah tentu BUKAN merujuk kepada golongan yang beriman yang disebut berjaya.
Yg pendapat ini, sangat tepat.
Sebabnya iman itu berlapis lapis, ada orang beriman yg berjaya, malah banyaknya tak berjaya, golongan beriman yg tak berjaya ialah kerana banyak melakukan dosa dosa besar samada disedari atau tidak.
Ni kes pegangan ASWJ vs Khawarij vs Muktazillah kot...
Pegangan ASWJ:
1.Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. (An Nisa:116)
2. Nabi bersabda: “Barangsiapa yang mengatakan Laa Ilaha illallah lalu mati di atas kalimat itu maka ia akan masuk surga.” Abu Dzar mengatakan: “Walaupun berzina dan mencuri?” Nabi mengatakan: “Walaupun berzina dan mencuri.” Abu Dzar mengatakan: “Walaupun berzina dan mencuri?” Nabi mengatakan: “Walaupun berzina dan mencuri.” Sampai ia katakan tiga kali dan yang keempat kalinya Nabi mengatakan: “Walaupun Abu Dzar tidak suka.” Kemudian Abu Dzar keluar dan mengatakan: “Walaupun Abu Dzar tidak suka.” (HR. Muslim no. 269 cet. Darul Ma’rifah)
If not mistaken, satu2nya dosa yg tak terampun dan kekal di dalam api neraka ialah menyukutukan Allah dan melakukan amalan Syirik. Cuma hal ini sahaja yang membuatkan umat Islam kekal di dalam api neraka. Tp kalau dia sempat bertaubat itu lain cerita la. Wallahualam. Org yg beriman xkn mensyirikkan Allah x kira walau besar mana pun dosa yg dia buat. Selagi dia tidak menyukutukan Allah tetapi sentiasa buat dosa dia masih bole ke syurga. In sha allah...
Kalau yg syirik ni x kira la betapa bnyk kebaikan yg dia buat akan kekal dalam api neraka sehingga dia bertaubat. Correct me if I am wrong... Manusia ni tidak sempurna ada saja kekurangan. Sentiasa cenderung utk buat dosa sbb itu kita kena sentiasa bertaubat dan minta ampun dari Allah selagi pintu tau bat masih terbuka. Tp utk perbuatan syirik dgn menyukutukan Allah, x bole nak panggil dia beriman kot. Ini apa yg I faham la. Wallahualam...
encikWawad posted on 17-2-2014 01:26 PM
Kalau macam kah yang di kata beriman atas sekadar percaya lahir sebagai islam - iman tanpa takwa - jadi bukanlah sebahagian golongan beriman?
Lahir dalam Islam bukannya tiket untuk capai status orang yang beriman.
Setiap yang beriman, sudah pasti ia Islam.
Yang mengaku Islam pula, belum tentu capai martabat mukminin (orang-orang yang beriman).
Setakat yang saya faham, tafsir "orang beriman" yang terdapat dalam AlQuran ada 2:
1. Ayat2 ini diturunkan di Madinah
2. Merujuk pada mereka yang percaya pada Rukun Iman
Mereka yang percaya pada rukun iman terbahagi kepada:
1. Niat
2. Lafaz (sorry, cannot recall the exact term used by golongan ASWJ-mungkin something closer to "membenarkan")
3. Perbuatan
Mereka yang beriman pasti telah ada niat dan lafaz. Namun mereka yang beriman mungkin ada masalah pada perbuatan ie amalan mereka.
Kita abaikan bab syirik, sebab syirik straight forward jatuh kufur/kafir. Taubatnya hanya Allah maha mengetahui.
Katakanlah, dia percaya/beriman pada Allah; dia percaya segala perintah Allah yang disampaikan dalam AlQuran dan Rasulullah. Tapi malangnya nafsu dia lagi kuat, maka orang ni tak kesampaian nak melakukan solat, puasa, haji zakat, malah melakukan maksiat2 lain.
Maka ulama ASWJ berpendapat, seperti Imam An-Nawawi pernah mengatakan: pezina, pencuri dan pembunuh serta selainnya dari para pelaku doa besar selain syirik, mereka tidak dikafirkan dengan sebab perbuatannya. Mereka tetap sebagai mukmin yang kurang imannya. Kalau mereka bertaubat maka gugurlah hukuman mereka. Kalau mereka tetap bermaksiat maka mereka di bawah kehendak Allah. Jika Allah berkehendak Allah akan ampuni, jika Allah berkehendak maka akan hukum mereka. Last edited by baulu on 17-2-2014 02:14 PM
baulu posted on 17-2-2014 02:11 PM
Setakat yang saya faham, tafsir "orang beriman" yang terdapat dalam AlQuran ada 2:
1. Ayat2 ini d ...
Aah yes. Good explanation. Ini juga yang aku faham. Apa saja dosa x kira besar atau kecil masih boleh diampunkan jika bertaubat. Tapi syirik memang dah jatuh kufur. Dah jatuh kufur x boleh ckp beriman dah. So kalau nk cakap orang beriman yang dibalas kekal dalam neraka xde kot? Selagi orang tu Islam dan tidak kufur dia masih dikira beriman dan akan dijanjikan syurga pada akhirnya. Wallahualam