CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

NOVEL SAI FAI: LEGENDA GELANG KRISTAL (U)

[Copy link]
Post time 11-2-2014 01:52 PM | Show all posts

mohon tumpang baca TT....



sila sambung yer..   




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2014 11:00 PM | Show all posts
Sila sila... terima kasih baca.
Ada gak yang baca dengan enjin tersekat-sekat begini .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 11:00 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 17-3-2015 08:27 PM

BAB 3

KAU pertaruhkan sesuatu yang tak pasti Aswad. Result semester pertama dia pun tak ada lagi. Mana kau tahu dia tu boleh diharap?”

Aswad menelan liur. Encik Syafiq, Koordinator Program Fakulti Sains sudah mengasaknya dengan pertanyaan begitu bila dia suarakan hasrat untuk memilih Nor Marianne masuk ke dalam pasukan penyelidiknya.

“Result cemerlang saja tak cukup Aswad. Kenapa tidak pilih Halimah? Student semester tiga? Dia pun cemerlang juga. Cuma semester satu saja dia tidak dalam Senarai Dekan. CGPA 3.8 lebih. Ini, budak yang kita tak tahu hujung pangkal. Geran projek ini bukan calang-calang penajanya Aswad,” sambung Encik Syafiq lagi.

“Bukan macam tu Encik. Marianne tu, seolah-olah ada satu aura Encik. Dia macam…” Aswad terhenti seketika. Macam apa ya? Aura? Kenapa ya dia terasa Marianne itu ada sesuatu yang istimewa?

“Ke sebab dia cantik?” serkap Encik Syafiq tiba-tiba.

“Eh… bukan macam itulah Encik,” cepat saja Aswad menjawab. Ada pula ke situ. Kalau nak dikatakan dia memilih yang cantik, ramai lagi siswi di kampus ini yang sepuluh kali lebih cantik dari Nor Marianne. Nor Marianne itu, kira cantiklah juga, cuma yang cantik antara yang tak cantik kot, seloroh Aswad dalam hati. Nak buat apa cantik. Penyelidikan begini bukannya kecantikan yang penting. Dia perlukan orang yang ada otak, orang yang cekap berfikir, yakin dengan keputusan yang dibuat, dan dia dapat rasakan Nor Marianne ada ciri-ciri begitu.

“Mana tahu. Tiba-tiba kamu terpikat dengan dia, lalu kamu pilih budak tu masuk team kamu,” ujar Encik Syafiq lagi, masih serkap jarang.

“Idaklah gitu…” wajah Aswad sudah berubah. Geram pun ada dengan Encik Syafiq itu. Tiba-tiba saja serkap jarang.

“Dua hari lagi ada perjumpaan pensyarah dengan siswa-siswi Diploma Sains yang baru. Nanti encik tengok sendiri Nor Marianne tu. Lepas tu, encik decidelah, setuju ke tidak dengan pilihan saya tu," kata Aswad.

It’s your decision. Bukan aku yang buat research. Pengarah ini pun satu. Dia yang mengada-ngada buat syarat begitu, kena masukkan sekali student kita dalam team tu. Bukannya perlu sangat pun. Budak takat diploma bukan tau apa pun. Tolong buat report je pun. Tapi research tu sampai peringkat mana?” tanya Encik Syafiq.

Pipeline. Tengah cuba untuk tikus. Tapi daun tu kena ambil kat Maliau Basin jugak. Saya cuba nak tanam sendiri kat sini, tak berhasil. Up until today, still tak dapat detect kenapa pokok herba tu tak dapat nak tumbuh di luar kawasan Maliau Basin. Tumbuh memang tumbuh, tapi cepat sangat mati,” ujar Aswad.

“Berapa lama lagi research dijangka habis? Dah dua tahun kan?”

“Geran ada lagi baki dua tahun untuk dana.”

“Then, dapat PhD, kamu nak stay sini jugak ke?”

“Lepaskan saya ke kampus induk Shah Alam boleh?” Aswad mencuba-cuba.

“Mengada. Geran penyelidikan separuh dapat dengan usaha kampus Sabah. Lepas dapat PhD kamu nak lari pergi kampus induk Shah Alam?”

“Tukar angin encik.”

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 09:44 AM | Show all posts

dah jatuh cinta ngan penulisan TT ni..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2014 03:31 AM | Show all posts
Minta maaf... tuan rumah kekeringan idea.
Buku rujukan yang diharapkan tak jumpa.
Makanya, gear pun sangkut-sangkut.

Ini sambungannya.
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2014 03:32 AM | Show all posts
ENCIK tak briefing saya pasal kajian tu. Mana saya nak setuju macam itu saja,” jawab Marianne separuh geram, separuh takut-takut melihat mata Encik Agus yang tercegil macam hendak makan orang. Dia baru saja nyatakan penolakannya untuk masuk dalam kumpulan penyelidik Encik Agus, mata Encik Agus sudah tercegil bulat begitu.

“Saya dah submit nama awak pada Pengarah. Koordinator pun dah dapat nama awak. Tiba-tiba saja awak kata nak tolak? Nama awak ke Gunung Kinabalu pun saya dah submit, jangan nak mengada-ngada…” tiba-tiba saja Agus berasa bengang. Timbunan kertas di atas mejanya menyesakkan lagi fikirannya.

“Hah? Ke... ke mana tadi? Gunung Kinabalu? Nak buat apa?” Marianne separuh terjerit. Terlupa dia sebentar di hadapannya ini pensyarah, bukannya bertaraf kawan-kawan. Dulu kata Maliau Basin, ini Gunung Kinabalu pula. Otaknya kian pening mahu mencerna apa yang Encik Agus cuba sampaikan.

“Yang Gunung Kinabalu tu sebab ada ekspedisi bawa sample kajian ke sana. Awak jangan bimbang, naik gunung tu tak ada apa-apalah, trek ke atas sana senang je, janji tahan stamina.”

“Sample?” dahi Marianne sudah berkerut.

“Ya, sample. Sample kajian. Kajian saya adalah mengenai sejenis daun. Spesies baru. Daun itu cuma tumbuh di Maliau Basin, setakat ini kami tidak jumpa di tempat lain,” terang Agus memandang wajah Marianne yang sudah berkerut sedikit.

“Daun tu untuk apa?” tanya Marianne, kemudian seakan tersedar yang pertanyaannya itu sedikit mencurigakan. Untuk ubat ke?

“Kami ekstrak komponen yang ada dalam daun tu, dijangka boleh melambatkan sel kanser,” jawab Agus, kemudian berhenti sejenak, seakan-akan cuba untuk menunggu reaksi Marianne.

Kanser? Marianne sudah terdiam, separuh berfikir. Kanser. Bukankah kanser ada kaitan dengan bidang perubatan? Nampak seperti peluang yang baik untuk kukuhkan resume kan, fikir Marianne.

“Okay… ni fail. Awak balik baca,” hulur Agus sambil mengunjuk satu fail sederhana tebal berwarna biru kepada Marianne.

“By the way, nama awak, sebutan macam mana?” tanya Agus. “MA RI A NI atau MA RY ANNE?”

“MA RI A NI,” sahut Nor Marianne sambil mengambil fail di hadapannya. Bukan sekali dua orang bertanya soalan itu padanya. Ejaan namanya yang unik menyebabkan selalu sahaja ada yang memanggil namanya dengan bunyi yang kebaratan.

“Kenapa disebut sebagai MA RI A NI? Kan kat hujung nama itu ANNE? MA RY ANNE baru betul…” kata Agus. Kalau orang lain, dah lama mengaku sebagai MARYANNE, fikir Agus. Lain betul dia ini, detiknya lagi.

“Saya orang Melayu,” jawab Marianne ringkas. “Fail ni saya bawa balik ke atau baca kat sini?”

“Bawa baliklah… takkan awak nak duduk di bilik ini sehari suntuk baca kat sini. Saya pun ada kerja lain nak buat,” balas Agus separuh geram.

Marianne mengetap bibir. Dia pun sedikit geram juga sebenarnya dengan Encik Agus. Perlahan dia berpusing ke belakang mahu menuju ke arah pintu pejabat yang terkatup rapat, memegang tombol pintu, bilamana Agus tiba-tiba menyeru namanya semula.

“Nor Marianne…” panggil Agus sebelum Marianne melangkah keluar dari pejabatnya.

“Ya…?” Marianne menoleh ke belakang.

“Kalau ada masa lapang, hujung minggu bolehlah joging keliling kampus. Nanti nak naik Gunung Kinabalu, kurang-kurangnya persiapan itu dah ada…”

Joging? Gunung Kinabalu? Maliau Basin? Lepas ini apa lagi? Dia datang ke sini untuk sambung belajar, ambil diploma, dapatkan cemerlang, dan masuk ke kursus perubatan. Hal-hal sebegini bukan dan tidak termasuk dalam perancangan hidupnya.

Tapi. Kanser. Bukankah itu ada kena-mengena dengan perubatan? Macam menarik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2014 11:07 AM | Show all posts

sikitnya sambung...

nak lagi...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 04:02 PM | Show all posts

BAB 5



MARIANNE membelek-belek gelang kristal di pergelangan tangannya. Cantik, desis hatinya. Entah kenapa batu kristal Swarovski berwarna jernih itu indah sekali di matanya padahal bukan sekali dua dia ‘bermain-main’ dengan kristal ini.

Beberapa minggu lepas, dia ada memesan kristal Swarovski berwarna hijau muda dan jernih melalui laman web, tapi tidak sangka pula yang berwarna jernih itu cantik sekali rupanya. Bersinar-sinar, terkena pula biasan cahaya matahari, seolah-olah seperti batu yang berwarna-warni. Sayang pula hendak dijual. Sudahnya dia anyam jadi gelang dan pakai sendiri. Kalau dijual pun, bukannya dapat letak harga mahal-mahal. Paling-paling pun gelang mahal cecah dua ratus begitu, dalam 4 ke 5 bulan baru dapat pembeli.

“Jam berapa berangkat ni?” tanya Noraya yang sedang baring meniarap di katil Marianne. Buku di tangannya dia letak ke tepi.  

“Setengah jam lagi. Sampai sana lebih kurang jam 11 pagi, lepas itu dalam jam 12 tengah hari kata Encik Agus semalam,” jawab Marianne.

Tangannya meneliti senarai semak di tangannya. Dia capai pula Samsung Note yang baru diterimanya beberapa hari yang lalu. Ayah tahu saja dia mahu daki Gunung Kinabalu, terus dihantarnya Samsung Note 8.0 lengkap dengan power bank jenama Pinang Sari ini. Haha… merasa juga ada telefon pintar macam student lain, Marianne tersengih-sengih dalam hati. Lepas ini bolehlah selfie berkoyan-koyan macam orang lain, akal jahatnya tiba-tiba datang.

“Aplikasi solat dah download?” tanya Noraya.
“Dah… beres.”
“Kompas?”
“Dah… setel.”
“Waze?”
“Pun dah.” Marianne mengerutkan dahinya. Banyak tanya betul Noraya ni.
“Dah synchronize dengan laptop kau?”
“Aya… aku nak naik Gunung Kinabalu je pun. Bukannya nak mengembara sampai ke Uluru sana.”
“Woi… naik gunung ni mulut tak boleh cabul cakap tak berlapik. Nanti dibuatnya kau betul-betul sampai Uluru.”

Marianne cuma diam. Malas mahu melayan Noraya. Dia masih lagi membaca senarai semak di tangannya. Bimbang ada yang terlupa. Buku log, dia belek-belek celah begnya. Kalau lupa buku log nanti Encik Agus membebel.

“Gelang Kristal pun pakai jugak kalau naik gunung?” tanya Noraya lagi. Matanya tertancap pula pada gelang Kristal yang Marianne pakai di pergelangan tangannya.

“Bukan salah pun. Nak naik gunung je…”

“Mar…”
“Mmmm…?” Marianne sudah bersandar pada katilnya.
“Nanti malam aku tidur bilik kau ni ya. Aku dah tanya roommate kau. Dia kata ok je.”
“Apesal pulak? Roommate kau mana?”
“Dayah balik. Aku takutlah tidur sorang-sorang. Sekarang kan heboh dengan banduan yang lepas tu. Jun bilik sebelah aku kata, malam tadi, sekitar jam 3 pagi, macam ada bunyi orang selongkar tong sampah.”

Selongkar tong sampah? Junaina tu penakut, fikir Marianne. Entah-entah kucing. Marianne capai pula tab di sisi.

“Tidurlah. Tapi petang nanti tolong angkat pakaian aku kat jemuran ya.”
“Okay… sayang ko Mar. Nanti aku tolong lipat sekali. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak kat atas gunung tu ya.”


Last edited by aylanins on 14-10-2014 04:09 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 04:49 PM | Show all posts
menarik cite ni.. sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaa.. Bersambung jugak kisah gelang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 05:44 PM | Show all posts
menarik.... tertarik.... memang kebabom!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 04:50 AM | Show all posts
Eh eh... ada orang baca yeayyyy

Nah entry baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 04:50 AM | Show all posts
MARIANNE mendongak memandang trek di hadapannya. Masih jauh. Penat! Itu saja yang mampu dia fikir. Tapi yang anehnya tekak tidak pula haus. Mungkin kerana udara kawasan pergunungan ini teramat sejuk, suhu di bawah 20 darjah Celcius, menyebabkan dahaga itu tidak terasa.

“Mar. Aku tak tahanlah. Berhenti kejap. Kita makan bekal nak?” sapa Suriyati di belakangnya.

Marianne cepat saja melabuhkan beg sandangnya ke tanah. Kakinya sendiri sudah lenguh. Dia duduk berlunjur di atas banir pokok yang berselirat.

“Limau? Kau bawa limau?” Tanya Suriyati yang melabuhkan duduk di sebelah Marianne. Dia meninjau isi beg Marianne.

“Noraya yang suruh. Dia beli, dia bagi aku dua biji. Beg aku beratlah…” kata Marianne sambil menyelongkar isi begnya. Sebiji limau Sunkist dihulurkan kepada Suriyati.

“Apalagi kau bawa?” Tanya Suriyati lagi. Matanya bulat membesar melihat sandwic dua bungkus, coklat, mee dalam cawan, dan entah apa lagi. Belum masuk baju dan seluar panjang yang disumbatkan Marianne sekali dalam beg sandangnya itu.

“Banyaknya! Kau nak daki gunung ke nak pergi berkelah ni? Mintak sandwichlah, inti apa?” Tanpa segan Suriyati meminta.

“Tu la pasal. Aku mana pernah daki gunung. Noraya punya pasallah. Kalau boleh habis semua stok makanan dalam bilik dia suruh aku bawa,” Marianne hulur sebungkus sandwich pada Suriyati.

“Encik Agus mana? Laju betul dia,” ujar Suriyati sambil mencubit sedikit sandwich telur di tangannya.

“Pensyarah katakan. Dia banyak duit. Dia upah guide bawa beg, dia sendiri dah lari-lari panjat trek ni,” sahut Marianne.

Tadi masa mula-mula nak daki Gunung Kinabalu ini, bukan main lagi Encik Agus itu kata gunung ini antara yang paling senang didaki. Tentulah senang, kalau beg dia yang berat itu malim gunung yang jadi tukang bawa. Ingatkan Encik Agus itu gentleman ala-ala jejaka prihatin, tapi rupanya kedekut juga. Lain kali, belanja sekalilah Marianne ini, bayarkan upah malim gunung tu untuk begnya ini.

Ini tak, selepas beban di belakangnya hilang, Encik Agus cepat saja lesap naik ke puncak. Dia dan Suriyati saja yang terkial-kial di belakang trek. Muhaimin pun sama, sudah laju mendaki trek menuju ke puncak.

Sambil mengunyah sandwich, tangan Marianne sudah menekan-nekan skirn Samsung Note di tangan. Dahinya berkerut memandang pesanan WhatsApp yang diterimanya. Noraya! Apa yang urgent sangat ni sampai 15 pesanan ringkas?

Mar, call aku balik, urgent.

Mar, bilik kau kena pecah. Habis berterabur semua barang.

Mar, kau tak online? Call aku kejap. Aku dah report HEP. Pengarah turun padang sekali. Kes dah jadi kes polis.

Dapat balik tak?

Ada barang kau kena ambil oleh polis, tapi aku tak berani nak confirm benda apa. Contact aku balik.


Dahi Marianne semakin berkerut. Semalam. Baru semalam mereka sampai di Kundasang, bermalam di hotel dulu untuk semak semua kelengkapan kajian. Selepas itu hari ini baru bawa naik semua kelengkapan kajian itu ke atas Gunung Kinabalu. Tapi, malam tadi Noraya tidak hantar pun pesanan ringkas sepenting ini.

Bilik kena pecah? Pencuri ke?



Last edited by aylanins on 17-10-2014 04:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
apa hal plk mar ni... mcm2 kes
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 02:17 PM | Show all posts
aylanins posted on 17-10-2014 04:50 AM
Eh eh... ada orang baca yeayyyy

Nah entry baru



ada jer org baca..ramai peminat kat sini..

teruskan entry hari2...

go go mary-ani....




Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 03:58 PM | Show all posts
UsuFie posted on 17-10-2014 02:17 PM
ada jer org baca..ramai peminat kat sini..

teruskan entry hari2...

Teruja nampak Usu....

Lama tak nampak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2014 08:37 PM | Show all posts
Dah masuk muka surat 2 baru nak cakap sikit pasal cerita ni

Ini kononnya cerita Nor Marianne & Agus.
Yang tiba-tiba saja terlibat dalam jenayah penyeludupan kristal erkkk hentam sajalah.

Nantikan bagaimana mereka 'berlari' dari sindiket penyeludupan kristal antarabangsa dari Sabah - Phnom Penh - Uluru (Australia).

*fuhhhh... harap menjadilah kisah adventure ni.*
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:09 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 17-10-2014 03:58 PM
Teruja nampak Usu....

Lama tak nampak?



yooo nicki..

happy deepavali... !!  

ada jer usu ni..tp tak sempat ninjau sgt...






Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam panjang lagi jek tt
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:11 AM | Show all posts
aylanins posted on 17-10-2014 08:37 PM
Dah masuk muka surat 2 baru nak cakap sikit pasal cerita ni

Ini kononnya cerita Nor Mariann ...



wwaaaa....best2....

time berlari-lari bersama tulah terjatuh cintan cintun gitu...??







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.069675 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list