CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tapibukanaku

[Tempatan] Edisi seorang polis terkejut anak-anaknya adalah penjenayah

[Copy link]
 Author| Post time 4-10-2013 09:36 AM | Show all posts
Peterpan17 posted on 4-10-2013 09:29 AM
Tak juga. Semuanya bergantung pd didikan emak bapa. Kami adik beradik semuda umur 18 thn dah kelua ...

iols tak kata semua pun. sesetengah je. sebab dlm keluarga tak semua nya anak2 menjadi
kalau menjadi semuanya, itu adalah anugerah Tuhan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 09:39 AM | Show all posts
macam polis sentri laa polok....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:40 AM | Show all posts
kene pantau aktiviti anak2...
sekali skala kene jenguk dorg tggal dimana,keje ape...
bkn wat xtau je....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:40 AM | Show all posts
ifanonline posted on 4-10-2013 09:27 AM
post kan aje... pedulik kan...kalu tidak, akan lahir generasi sampah dari kerjaya2 tersebut...

xperlula abe polis tu diaibkan...biar le Tuhan saja membalas atas usaha tanganya sendiri..

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:42 AM | Show all posts
protonpersona posted on 4-10-2013 09:40 AM
xperlula abe polis tu diaibkan...biar le Tuhan saja membalas atas usaha tanganya sendiri..

ade satu hadis (nanti aku cari kan)...kadang2 sesuatu sikap buruk manusia perlu di war-warkan utk menjadi satu pengajaran...bukan nak aib atau malu...tetapi sebagai pengajaran kpd manusia yg lain...hadis sahih bukhari...renung-renungkan...

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:56 AM | Show all posts
Peterpan17 posted on 4-10-2013 09:29 AM
Tak juga. Semuanya bergantung pd didikan emak bapa. Kami adik beradik semuda umur 18 thn dah kelua ...

betul la didikan makbapak tu penting tp...
dah abes belajo tinggi2 pon ada jugak buat jenayah
yg depan makayah pijak semut pon x mati..pandai mengaji
blkg..dia la setan, kesian gak makayah x tau

mgkin la ada salah ibubapa sedikit sebanyak..
tp klu nak kata yg xde keje ni buat jenayah..
yg keje ada2 pon buat juga..
songlap sana sini...
bkn anak polis pon..anak doktor, anak cikgu..anak sape2
klu bwh umur boleh la lg salahkan makbapak..
tp klu dah tua bangka memasing...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2013 09:58 AM | Show all posts
protonpersona posted on 4-10-2013 09:40 AM
xperlula abe polis tu diaibkan...biar le Tuhan saja membalas atas usaha tanganya sendiri..

Mengumpat Yang Dibolehkan

Ustaz Dr. Abdullah Yasin

عَنْ عَائِشَةَ َرَضِى اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَتْ هِنْدٌ بِنْتُ عُقْبَةَ امْرَأَةُ أَبِى سُفْيَانَ عَلَى رَسُوْلِ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ: يَا رَسُوْلَ اللهِ ، إِنَّ أَبَـا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيْحٌ لاَ يُعْطِيْنِى مِنَ النَّفَقَةِ مَـا يَكْفِينِى وَيَكْفِى بَنِيَّ إِلاَّ مَـا أَخَذْتُـهُ مِنْ مَـالِهِ بِغَيْرِ عِلْمِهِ ، فَهَلْ عَلَيَّ فِى ذَلِكَ مِنْ جُنَـاحٍ ؟ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: خُذِى مِنْ مَـالِهِ بِالْمَعْرُوْفِ مَايَكْفِيكِ وَيَكْفِي بَنِيْكِ وَلَدِكِ

(مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:

Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis diatas antaranya:

Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.

Nafkah isteri adalah tanggungjawab atau kewajiban suami. Adapun kadar nafkah ialah secukupnya. Ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi: Ambillah dengan baik yang dapat mencukupkan keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

Kadar kecukupan yang dimaksudkan ialah berdasarkan adat dan keadaan manusia, berbeza-beza kadarnya disebabkan kerana perbezaan masa dan tempat, apakah dia orang yang hidup senangkah atau dia orang yang hidupnya susah.

Jika orang yang wajib mengeluarkan nafkah tersebut enggan memberinya kepada pihak yang berhak menerimanya atau bersifat sangat kedekut, maka orang yang berhak menerimanya atau orang yany mengatur perbelanjaan anak-anaknya itu dibolehkan mengambil harta (duit) orang tersebut walaupun tanpa pengetahuannya. Ini kerana sebabnya nyata dan zahir. Dan ini bukan kes khianat, dan ini tidak termasuk kedalam larangan Nabi saw. : " Jangan kamu khianat kepada orang yang mengkhianati kamu ".

Nafkah anak adalah kewajiban dan tanggungjawab ayahnya. Bukan tanggungjawab ibu dan bukan pula tanggungjawab orang-orang lain seperti datuknya, pamannya dan lain-lain.

Bahawa orang yang diserahkan tanggungjawab mengatur sesuatu urusan perbelanjaan dan kewangan, dapat diterima ketentuannya tentang jumlah kadar yang diperlukan ini kerana dia adalah orang yang memikul amanah, dan dia memiliki kuasa dalam hal itu.

Bahawa orang yang meminta sesuatu fatwa yang ada kaitannya dengan orang lain, jika orang yany ditanya (mufti) dapat menerima kebenaran perkara yang diajukan itu maka tidak perlulah dimaklumkan perkara tersebut kepada orang lain itu. Lebih lebih lagi jika perkara tersebut dapat mendatangkan mudarat (bahaya) sebagaimana persoalan yang terkandung dalam Al Hadis diatas. Barangkali akan rusak rumahtangga Hindon jika aduan itu dimaklumkan kepada Abu Sofyan.

JENIS-JENIS MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN :

Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.

Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:

(1) KES PENGANIAYAAN.

Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.

(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.

(3) MINTA FATWA.

Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.

(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.

Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.

(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID'AH SECARA TERANG.

Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid'ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.

(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.

Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline posted on 4-10-2013 09:58 AM
Mengumpat Yang Dibolehkan

Ustaz Dr. Abdullah Yasin

Teruskan 'jihad' anda.... Semoga keturunan anda dilindungi dr apa yg anda jihadkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 11:21 AM | Show all posts
kesian.. dorang ni budak baik, hormat mak pak jiran tetangga, rajin kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 11:28 AM | Show all posts
amboi sedapnyer tuduh bapak makan rasuah ..
kalo x mcm mana ?  tepek hadis pandai .. bab fitnah leh  lupa lak ..

x da parents nk anak jd jahat ...
tp kalo dah 24-25 , pandai aa  pk sendiri
takkan nk salahlan mak bapak..
umo  kalo masih skolah mmg tanggungjawab parents
kalo dah 21  ke atas ...  dah pandai  pk sendiri
pftttt





Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 11:55 AM | Show all posts
shonen posted on 4-10-2013 08:23 AM
Sikit lagi mesti ada yg bagi komen anak2 polis ramai tak menjadi sbb bapak makan rasuah...

realiti nya cenggitu lah.sepupu i polis..pangkat biasa2...tak sampai setahun jadi polis...but within the same year juga boleh beli umah hampir rm700k + ninja besaq + kreta baru + kawen besar2an..

mungkin gaji polis zaman skarang ni besar gedabak kot..

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 12:03 PM | Show all posts
anak2 biasalah..depan makpak lain belakang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 03:51 PM | Show all posts
Ramai jek mak bapok tak caya anak diorang tu lahabau sbb dpn diorang schuweet sangat cium tangan kuat2... Nanti bila org sampai cerita psl ank diorang mulalah masam muka mengata ngata...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 03:58 PM | Show all posts
shonen posted on 4-10-2013 08:21 AM
Mungkinkah senjata api polis yg hilang tu ada kena mengena dgn 2 ekor ni...ank polis jadi penjenayah ...

don't talk shit la I tell u...
I I I I I I I... REPEAT 3 times, Don't talk shit..
Pistol polis jatuh dalam laut hokey
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 04:04 PM | Show all posts
kalau bapak polis, org ramai expect semua anak2 nya jd 'orang'

bertabah la pakcik polis
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 04:07 PM | Show all posts
tul ke bapaknya terkejut ke pura2 terkejut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 04:19 PM | Show all posts
kalau dia tahupun anak dia penjenayah tak kan nak ngaku
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 04:22 PM | Show all posts
isk2 x sangka rupa-rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 04:30 PM | Show all posts
yayah8989 posted on 4-10-2013 08:33 AM
hancur luluh hati bapaknye

ANggota FULIH di latih maaaa...............

Sekilas ikan di air..............sudah tahu jantan betiner nya.

Buter ker per............bapak depa nie???
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 04:31 PM | Show all posts
saya terkejut kalau anak2 polis menjadi.....ni tak berapa nak jadi say atak heran sgt la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.369666 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list