assaffah posted on 20-8-2013 11:54 AM
Harap semua dapat bertenang dan berbincang dgn baik. Tak baik gaduh2 di bulan raya ni.
x mao gaduh2..tp ada je pengacau aka hantu siang dlm apa jua therad...
dlm bod usahawan jenuh aku tulis panjang lebar ajar anak Melayu bsnes pakaian smpi tauke2 pakaian marah sbb semua ilmu aku bagi smpai tempat sumber produk dlm n luar negara pun aku kongsi..last2 thread tu dah mati..aku pn malas nk smbung..
aku x suka kacau therad org/kondem....tp ada olang suka kacau therad aku..
depa mgkin xdak keje...
aku nak mulakan dr A smpi Z...dlm porum ni pun ghamai Mekanik sembelih ,maka semoga mrk membacanya...insaflah sblum masuk kubuq...
aku tulis thread ni utk mereka yg nk tmbahkan ilmu,bkn nk berlagak aku ada 100 bengkel kereta..
n ramai porumer boleh tambah2 sbb semua ada pengalaman trsendiri...
sapa2 yang ada ilang myvi plat BLW 5655 ...bleh la g amik balik kat bandar mahkota cheras ...jalan temenggung 1/9 ye...kesian owner keta..haram jadah punya pencurik...aku dpt info flm FB...
GuaAnakMelaka posted on 20-8-2013 12:03 PM
kekeke..geran aku xda kat Bank...
alkisah kelmarin bergaduh sakan pomen aka mekanik dgn empunya ...
owhh gitu ceritenyee...
baguih la kalo nk berkongsi ilmu d dada..
ayat ko tu buat org panas hati sket membacenye bro....
ye le x elok gegaduh ye..kite abang2 kt bod kete ni x rockafella la gaduh2 sesame sendiri..
malu kt adek2 bod pencinte hewan nnt
baidewei, aku pon noob ttg kete..tau tukor minyak itam, isik minyak/angin, isi air kt radiator, tukor betri kete je bro..lain2 mmg sume bg pomen buat.
kalo kene kt aku le mcm kes kwn ko tu mmg menanges le
pernah skali kena pancit kat highway PLUS puluhan tahun lampau ...buka tayar x boleh sbb nut ketat nk mampus..last2 ada mamat motoir kapcai beghenti tolong tukarkan tayar..aku bagi RM5o dia x nak...dia kata tolong ikhlas...
aku sedekah je dlm tong masjid niat pahala wat dia..bkn sennag nk jumpa org baik mcm 2...
dulu aku kosong bab IT...aku baraikan CPU aku sbb nak kenal satu-satu dan belajar dgn pakar2 IT smpai skrg dah taw repair pc SEndiri..
aku pn mula o...bila belajar dr otai aka praktikal,lama2 pandai sikit2...
n bahasa aku mmg keras kong...yg memahaminya bisa ngerti...
GuaAnakMelaka posted on 20-8-2013 12:20 PM
haha..aku pn belajau dgn teman rakan sdara n mekanik2...bukan terer pun..ilmu sikit2 je..
perna ...
stended le org melakeeee..mmg keras sket..eekekeke xde hal bg aku sume tu.
ooo kire bro bley betoi pc la ni? gile best..bende ni semua kerna miinat..xde minat x gune gak tol x?
kang sesia g barai enjen kete..pastu xtau pasang balek..mmg menempah kaki le dari bini
baik betol mat motor tu heh...raspek le..sapa ckp mat motor semua rempit je kejenye? bikers rulesss!! ekekekeke
Bukan semua pemilik dan pemandu kete mempunyai minat dengan kereta.Ramai yg hanya tahu start enjin dan jalan.........Mereka x ambik tahu bab enjin,elektrikal,tayau dan semua aspek berkaitan kereta.
Manusia yg mempunyai minat dengan kereta,mereka akan meneroka semua aspek dan kategori kereta.Minat akan melahirkan perasaan ingin tahu.Mengapa tayau cepat haus bunga?Mengapa starter kereta mudah rosak?Mengapa bateri baru 6 bulan ditukar dah kong?Mengapa power window cepat jem?Mengapa coolant diperlukan?mengapa gear box boleh rosak?Apa perlu diperiksa jika kereta tidak boleh start?Apa nak dibuat jk bateri kong?Pelbagai persoalan dan pertanyaan akan melahirkan pelbagai ilmu...
Perasaan ingin tahu melahirkan inisiatif meneroka dan meneroka aspek dan pelbagai kategori.Begitulah contohnya ramai gadis hilang dara kerana perasaan ingin tahu betapa nikmatnya hubungan seks lalu menyerahkan dara kpd jantan2 yg kehausan bak org mengantuk disorongkan bantal..Itu sekadar contoh.
Sbg pemilik kenderaan,kita perlu mempunyai minat .Minat akan melahirkan perasaan ingin tahu dan perasaan ingin tahu akan memaksa kita mencari ilmu dengan meneroka pelbagai kategori dan bertanya yg arif spt mekanik dan tauke bengkel.Selain membaca buku dan menonton video dlm Youtube,kita boleh memeriksa sendiri kesihatan kereta kita.
Dalam enjin kereta ada pelbagai jenis benda yg kita perlu kenal secara asas.Setiap satu ada fungsi tersendiri.Kita kena tahu apa fungsi alternator dan gear box.Kita perlu belajar asas setiap kejuruteraan kereta .Belajar dan belajar adalah meneronokkan walaupun kita bukan engineer atau bekerja di syarikat pembuatan kereta.Justeru perkara pertama perlu ada dalam diri kita adalah MINAT.
Aku minat kejuruteraan kereta sejak kanak-kanak.Bila membaca kisah Zul Robot yg mencipta knigt rider pada 80an,aku betul2 teruja.Namun akibat aku lemah Sains dan Math sejak sekolah rendah sampaila menengah,aku x dpt masuk course engineering...mmg malang betul.Aku betul2 cemburu dgn cousin aku yg dpt masuk course engineering di UTM dan dia pakar dlm bidangnya...
Namun minat menjadikan aku loba dan tamak dgn ilmu.Aku belajar dr mereka yg mahir dan pakar hatta mekanik yg hanya lulus SPM shj.Wlupun mekanik yg tiada kelulusan tinggi,mereka belajar dr pengalaman menjelajah badan dan enjin kereta.Akhirnya mereka tahu ttg kereta lbh banyak dr aku.
Dlm dunia ini,ada beberapa jenis manusia :
1.Mereka yg jahil dan tidak mahu belajar.
2.Mereka yg jahil dan mahu belajar.
3.Mereka yg pakar dan kedekut ilmu.
4.Mereka yg pakar dan pemurah menyebarkan ilmu.
Kita boleh nilai diri kita dlm kategori mana......
Dah 4 hari aku demam...selsema,batuk,sakit tekak...tp sbb keje aku depan PC wal laptop,aku rajin lepak forum...ada hampir 20 forum aku lepak trmasuk bahasa Melayu,arab n Inggeris.bila kita lepak byk forum,byk ilmu kita dapat.
Kita kenal gamai manusia baik2 dlm forum.Mrk pemurah ilmu dan suka memberi ilmu dan pembaca yg baik.Bukan dr golongan yg suka kondem org siang malam bab kete tp masih pakai motor kapcai Honda 70.Aku belajar byk ttg dunia komputer dlm forum Cari.x sia2 aku layan porum Cari nie...
terima kasih kpd semua hantu2 siang malam sbb byk ilmu aku dpt...(aku suka istilahkan penagih forum sb hantu sbb depa siang mlm layan porum..)
“Kereta” yang pertama telah dicipta pada tahun 1769, apabila Nicholas Cugnot mereka bentuk wap berkuasa jalan raya kereta. Kenderaan telah dibina di Arsenal Paris, dan telah digunakan oleh tentera Perancis untuk bergerak meriam dari titik A ke titik B. Ia adalah sebuah kereta tiga roda dengan dandang di hadapan dengan enjin.
aku suka menjelajah http://inventors.about.com sebab aku nk tahu penciptaan pelbagai benda dlm dunia nie...Manusia nie sbnrnya bijak ,namun ramai manusia x guna otak.sbb tu mentol dan kondom lambat lahir ke dunia ni...
aku kagum dgn ramai manusia bijak.Mrk guna otak semaksimum mgkin untuk mencipta pelbagai benda dlm dunia nie...kalau nenek moyang kita terpaksa keluar rumah dan tarik baldi dalam perigi untuk dptkan air berwuduk demi menunaikan solat tahajud pd sepertiga malam,kita pada zaman ini petik jari shj..itu pn ramai malas bgn solat tahajud wlupun hidup pd zaman teknologi dan ada byk fasiliti..kalau bangun tgk live EPL rajin pula...
Pd tahun 1985 apabila kereta Proton Saga lahir,aku berbangga jd anak Malaysia..Wlupun negaraku dipandg hina dan kecil oleh pengeluar kereta terkenal dunia,namun Malaysia berjaya memasuki dunia pemotoran dan automotif.
Kini jutaan Proton telah berada di pelusuk dunia..Yea..Malaysia Boleh!
Kpd mereka yg suka kondem Proton,insaflah....kenderaan pertama aku adalah Proton Iswara warna putih....aku lenjan naik Genting puluh 2 kali sampai kong enjin...habis 3K tukau enjin baghu...
aku kagum dgn pemimpin negara..wlupun Malaysia dianggap mentah dlm automotif,namun kini Malaysia dipandang hebat senatero dunia..dulu org lebih kenal Singapura brbnding negara kita wlupn negara itu kecik dan tiada Cameron Highlands...kini puluhan juta pelancong melawat negara kita...
Yg aku hangin dn pengondem Proton..depa pakai gak keta Proton..mmg betul2 sewel manusia nie..bak kata kawan aku,kata Proton low class,keta sardin,pakaila BMW....ni sibuk kondem Proton tp pakai Proton gak....BMW yg rege 5K pun ada..pi masuk mudah.com.my....
Sbnrnya dlm dunia ini,kita dikelilingi oleh manusia yg HASAD DENGKI DAN PENGONDEM.Mereka x mahu lihat negara kita maju dlm automotif.Mrk mahu monopoli dunia dengan kejuruteraan yg mrk miliki.Mrk mahu kita terus jd pengguna dan bukan pengeluar.Itulah hakikatnya.
Nasib baik Jepang yg dulu jahat smpai pancung kepala nenek moyang kita sanggup berkongsi ilmu dan membantu kita.Ye la..org jahat x semestinya jahat selamanya...
Kita akui,negara kita mentah dlm automotif namun ketekunan anak-anak bangsa kita dlm Proton,maka lahirlah pelbagai kemajuan dan peningkatan dlm pembuatan kereta.
Itu membuktikan bnagsa kita bijak...sape kata Melayu bodoh?
Robotic car atau kereta robot (boleh memandu sendiri ) dijangka akan lahir pada tahun 2020.aku hrp umur panjang dan sempat tengok atau memandunya...wah best nyer..bila ngantuk ,boleh setting dan tido..keta pandu sendiri sampai lokasi...
inilah rupanya "A robotic Volkswagen Passat" yg dipamerkan di Stanford Universiti.
Jika mengikut kajian PDRM dan JPJ,kemalangan disebabkan faktor manusia iaitu pemandu...Kita tgk pula pada tahun 2020 nanti adakah kemalangan akan berkurangan dengan kereta memandu sendiri?
Kita perlu bersyukur hidup zaman teknologi..nak belajar repair kete pun mudah..msj Youtube je..ada berjuta2 video ...ada berjuta2 buku,ada berjuta2 laman web.....
Jk dahulu,kita kena kencing dgn pomen buta2 sbb jahil,skrg dgn google je kita boleh tahu harga setiap item dlm pasaran...
Kita kena faham..mekanik itu peniaga..mrk sedaya upaya menyembelih pemilik kete mengikut nafsu buas mereka agar sekaya mgkin....
Justeru minat adalah amat penting agar kita tidak mudah ditipu oleh mekanik dan tauke bengkel...mmg ada mekanik dan tauke bengkel yg jujur dan amanah ,namun jumlah mrk amat sedikit..mengapa?kita hidup di akhir zaman.....akhir zaman ini manusia yg amanah amat sedikit...
Terus terang aku ckp,mekanik suka pemilik kete yg jahil...bila jahil senangla mrk auta itu ini agar dapat sebanyak mgkin wang dr penukaran barang dan upah.
Kita biasa dgr kete yg timing belt putus disuruh over-haul enjin...sdgkn ia x perlu...power window rosak,diminta tukar bateri baru krn kononnya jk power window sudah ok pun ia ttp akan rosak kembali kerna kuasa bateri sudah lemah..mcm2 auta mekanik dlm dunia ini...
aku bangga dgn mekanik dan tauke bengkel yg amanah dan jujur dlm pekerjaan mereka.Mereka dpt wang dan pahala.Insya-Allah akhirat nnti masuk Syurga...
ini membincangkan mengenai enjin kereta. Di mana ia merupakan nadi atau penggerak sesebuah kenderaan. Berikut adalah fakta mengenai enjin kereta yang diambil daripada laman web http://www.howstuffworks.com/engine2.htm
Apabila kita mempunyai ilmu ini, terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan:
Mengelakkan diri daripada ditipu oleh penyedia servis membaiki kereta.
Mengetahui kaedah untuk mempertingkatkan lagi tahap pelinciran enjin kereta.
Membantu orang lain
Bahagian paling penting dalam enjin adalah silinder.
Setiap kereta biasanya mempunyai lebih daripada satu silinder (empat, enam, dan lapan).
Setiap konfigurasi silinder dalam enjin kereta akan membawa kepada beberapa perkara. Antaranya adalah kos pembikinan, dan tahap pelinciran enjin ketika memandu.
Piston berfungsi untuk mengawal pergerakan turun naik di dalam silinder.
Spark plug menghasilkan percikan terhadap udara atau minyak bagi menghasilkan pembakaran.
Crankshaft menukarkan pergerakan piston dari atas ke bawah menjadi gerakan pusingan.
Sump adalah bahagian yang meliputi crankshaft. Ia membekalkan sejumlah minyak yang dapat dilihat menerusi oil pan. Oil pan terletak pada bahagian bawah sump.
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama adapemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikalberkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan inidilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarangdestinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yangmemanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintudan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada puncikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambilkursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Diunivesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak adamenyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi dimana?
Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasanenjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk guastart panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar.Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalandatuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagisebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, guapula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebabgua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangunlambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan?Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijaklaksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan diMalaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untukkehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjinadalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telahmemulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjinyang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun ,United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudahmenetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak bolehdibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupunsuhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, merekamenyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu diMalaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah.Start kereta terus jalan saja.
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikatiaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their designtemperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan katalain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaanpepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan burukkepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turunke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada didinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya.Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palampencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuhyang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wapdari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalamikehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura(idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Inimenyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yangmana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yangdinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-keretaMalaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakanbertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atauhasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepadakarbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air,mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksidadan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripadakomponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalamkeadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsihanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu iaakan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepadabahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia bolehberoperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling)maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja.Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukanmemanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazirbahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir kebahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing lajuapa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satuperkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukuppantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalauenjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau bolehBMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangantunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.
Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alamsekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jikakenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT,berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasarmini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda didalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau keatmosfera yang membawa pemanasan global.
......................
seriously..sejak aku guna kete,aku start 1 minit terus jalan.......................ghamai kawan aku ckp cara aku salah....lain org lain caranya....
Tidak dinafikan,membaca adalah jalan mendapatkan ilmu....dr membaca kita akan cuba aplikasikan apa yg diajar dalam buku...namun hakikatnya ramai pemilik kete mmg malas membaca...
semua buku-buku itu boleh dibeli di kedai-kedai buku....sorry..aku x jual buku!
Biasanya minyak hitam,oil filter dan plug ...namun minta pomen check juga :
1) periksa air bateri jangan sampai tak cukup
2) periksa air radiator jangan biarkan tak penuh
3) periksa timing belt supaya senang tau patut ke kena tukar
4) periksa belting dan bearing supaya tau mane yang dah bunyi dan haus
5) periksa ‘air filter’sebab ini adalah jika dah hitam berkeladak enjin cepat semput
6) periksa water coolant supaya tahap kepanasan enjin terkawal
7) periksa alternator samada berfungsi atau tidak
8) periksa segala minyak yang berkaitan seperti minyak brek,minyak clutch dan minyak gear
9) Periksa kabel plug samada masih boleh digunakan supaya enjin tak dipacu kurang kuasa api
10) Periksa sumer hose mana tau ade yang bocor lebih2 lagi hose minyak petrol.Itu yang selalu keta teerbakar tu sebab hose petrol bocor.