CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

TAZKIRAH RAMADHAN

[Copy link]
Post time 18-7-2013 10:58 PM | Show all posts
crankshaft posted on 18-7-2013 04:20 PM
Dan aku pasti tak akan ada TAZKIRAH REJAB, SAFAR, SYAABAN...cuma TAZKIRAH RAMADHAN JERK........
...

salam,

crankshaft,

sy sebenarnya cuba menjawap jika kamu bertanya...

tetapi melalui thread ni obvious....

sy menasihati kamu bersabar dalam berbuat baik. memang buat baik ni mcm bosan....dan rebel lebih puas.....

tapi, sabar lah....

bersabar lah saudara, dalam menetapi kebaikan.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2013 12:45 AM | Show all posts
crankshaft posted on 18-7-2013 03:27 PM
Setakat tampal 2-3 hadis kemudian  lepas tangan bila orang tanyakan akan taraf hadis yang ditampal ...

Assalamualaikum crankshaft..

wah..kalo birkenstock....kasi kat Uncle sja le...otak uncle pun berjambul...

Sebenarnya...ada betulnya apa yg Tuan crankshaft kata....kalo bab pakai hentam kopi artikel tu memang uncle pun dari dulu dah banyak kali hentam.....misalnya isu "lidah ikan"...isu "tiup air " ...Isu batu...isu syaitan...& bykkkkk isuu lagi.....Tuan pitmie pun byk bagi nasihat...apa lgi Mod mnm77....jenuh dah......yg tu semua memang patut le kasi bentras...( byk sgt sebenarnya..bukan sjakat cari...kat lain pun berlambak....isu 'surat penjaga makam "....'Piagam yg knonnya Rasullullah s.a.w bagi kat gereja "......Segala karut wal marut yg betapa banyak di kopi pasta.....& tersebar luas kat internet......


Tapi....Tuan kena Tukar le caranya  juga.....maaf..Uncle tau le 'Crankshaft" tu kalo zaman Uncle sekolah ..dlm kelas IA..kami pangee.."ACI SESONDOL  "

So...ACI SESONDOL ....aci jumpa...sondol....tak boleh le gitu...

Kena la pakai  SNIPERS GUN pulak.....

Tanggungjawab membetulkan yg salah ...memang terpikul atas bahu semua..apa lagi yg berilmu tinggi mcm Tuan Crankshaft.....
lainlah Uncle yg memang tak ngaji tinggi......
kadang bercakap lagi nampak ke bodo an nya...

So....bagi Uncle..bagus sja kalo Tuan nak pikul tanggungjawab menegur......kasi tembak tepat mana yg terbukti salah!...

Guna...RAP4...baru kena tepat...




O.K lah......malaysia bolee....




aikk...apasal gambo tak nampak..try lagi..












Last edited by burungantu on 19-7-2013 12:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 04:53 AM | Show all posts
burungantu posted on 19-7-2013 12:45 AM
Assalamualaikum crankshaft..

wah..kalo birkenstock....kasi kat Uncle sja le...otak uncle pun be ...

Maaf uncle,

Saya terpaksa perbetulkan sket sblm dimoyan dek tuannya.

Sondolan si aci sesondol tu dek pacuan 'aci engkol'nya
dan ofkos wlpn dh lari tune pn masih memacu² dlm knocking
i.e. 'is this' ke hulu wal 'is that' ke hilir munyik dia
dgn rutin yg dok pusin ke sana kalih pusin ke sinun
- hanya krn tetuan yg tolol x henti ngisi bahan APInya

Elok sekiranya dihantar tune dulu kot² nk pakai blk raya gtu...

p/s: Jgn dimarah kendera tatkala melihatnya tersangkut², hanya krn tetuannya yg lupa senggara - Tazkiran Ramadhan



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2013 01:26 PM | Show all posts

Memanfaatkan Ramadhan


1.Berusaha membaca Quran sebanyak mungkin .

“Bacalah al-Quran kerana pada hari Kiamat kelak dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya”

Hadis riwayat Imam Muslim.

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.”

(Surah al- Fathir: 29)

“Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Quran maka dia mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan, ‘Alif Laam Miim adalah satu huruf, namun (yang aku maksud) ialah Alif satu huruf, Laam satu huruf, dan Miim satu huruf”.

(Hadis riwayat Imam Tarmizi )

Menurut Imam Nawawi rahimullah ,ada sebilangan ulama’  khatam Quran 8 kali sehari semalam .Berusahalah membaca Quran pada Ramadhan.

Pastikan membaca Quran dengan tajwid yang betul DAN BERUSAHA UNTUK MENGAMBIL PENGAJARAN DARI KANDUNGAN QURAN.



2.Berzikir.

Zikir paling baik adalah zikir dari Quran dan hadis.Berusahalah agar kita sentiasa berzikir siang dan malam.

Buku Ma’thuraat nukilan Imam Hasan al-Banna adalah zikir yang digali dari Quran dan hadis.

Antara kelebihan zikir  menurut hadis “Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.’ (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )



3.Solat sunat.

Perbanyakkan solat sunat  seperti solat Dhuha,solat Awwabin,solat hajat,solat taubat,solat Tasbih, solat Tahajjud dan sebagainya.



4.Memperbanyakkan sedekah.

Sedekah adalah amalan mahmudah.

Dari Ibnu Abbas, “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawanannya pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadhan, lalu tadarus Al-Qur’an (dengan beliau). Sungguh Rasulullah Saw ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih murah hati dalam kebaikan sehingga lebih banyak memberi (seperti) tiupan angin.” (Hadis  riwayat Imam Bukhari dan Muslim)



5.Jauhi perkataan sia-sia.

Bulan  Ramadhan adalah bulan mulia,sewajarnya kita menjauhkan perkataan dan ucapan sia-sia seperti khabar angin,mengumpat,politik dan sebagainya.Manfaatkan lidah dengan zikir siang dan malam.



6.Sederhana dalam pemakanan.

Kemanisan puasa adalah menikmati kesusahan dan kepenatan.Jika makan dan minum dengan kenyang melampau,tidaklah mendapat kemanisan berpuasa kerana hikmah puasa adalah merasai kesusahan dan kepayahan manusia miskin dan susah yang tidak mendapat makanan secukupnya.

Umat Islam sering bermewah ketika makan dan minum pada Ramadhan dan ia wajar dijauhkan.

Sabda Baginda SAW : “Takungan buruk yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantung perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya.”  (Hadis riwayat Imam  Ahmad dan at-Tarmizi).



7.Banyak berdoa .

“Tiga orang yang tidak akan ditolak doanya, orang yang puasa ketika berbuka, Imam yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Imam  Tirmidzi, Ibn Majah, dan Ibnu Hibban)

Berusahalah berdoa dan memahami makna doa serta menangis apabila berdoa.Waktu mustajab seperti ketika berpuasa dan sepertiga malam perlu diperbanyakkan doa.



8.Amalan  menjamu orang berpuasa.

Sabda Baginda SAW :  “Sesiapa yang menjamu orang yang puasa akan mendapatkan pahala seperti pahalanya orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun.” (Hadis riwayat Imam  Ahmad, Tirmidzi, bn Majah, Ibn Hibban dan dishahih kan oleh Imam Tirmidzi)

Antara cara terbaik adalah memberi  makan dan minum kepada mereka yang kekurangan seperti anak-anak yatim,golongan miskin dan sebagainya.

Kita juga boleh memberikan lauk pauk kepada jiran untuk mendapatkan pahala menjamu orang berpuasa.



9.Mencegah kemungkaran.

Pelbagai maksiat dilakukan orang Islam dalam Ramadhan seperti menjual makanan dan minuman kepada orang yang tidak berpuasa,sengaja makan dan minum,merokok pada siang Ramadhan dan sebagainya.

Apabila melihat kemungkaran,buatlah laporan kepada pegawai Agama  berhampiran.

Mencegah kemungkaran adalah kewajipan semua orang Islam.



10.Abaikan aktiviti biasa.

Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan dan pahala.Sebaiknya kita manfaatkan setiap minit dan jam dengan ibadat.

Kurangkan masa menonton TV dan melayari internet.Kurangkan aktiviti memancing atau lain-lain perbuatan dan aktiviti  yang membuang masa.Manfaatkan masa sebaiknya.



11.Jangan melewatkan solat Maghrib.

Waktu Maghrib adalah waktu yang pendek.Sebaiknya berbuka dengan air kosong,kurma,kemudian membersihkan mulut ,berwuduk dan menunaikan solat Maghrib.

Diriwayatakan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah SAW berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (Hadis riwayat Imam  Abu Daud dan Al-Hakim)



12.Berusaha mendapat Lailatul Qadar.

Nabi SAW. biasa beri’tikaf pada sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan sampai Allah mengambil nyawanya”.

Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.” (Hadis riwayat  Imam Muslim)



13.Muhasabah diri.

Kita perlu rajin muhasabah diri.Muhasabah diri dengan cara menilai segala sikap,perbuatan yang kita lakukan seharian.Fikirkan tentang perkataan dan perbuatan yang telah kita lakukan dan buatlah penilaian.

Jika kita adalah individu yang suka mengumpat,berusahalah mengubah sifat buruk itu.Jika kita malas solat sunat,ubahlah kepada rajin solat.

Berusahalah mengubah segala sikap buruk seperti buruk sangka,suka menghina orang lain,suka membuka aurat,suka mengadu domba,suka bermusuh,suka hasad dengki  dan sebagainya.

Saidina Omar al-Khattab berkata “Muhasabahlah diri kamu sebelum kamu dimuhasabah (di akhirat )”



14.Wanita haid diharamkan berpuasa,namun mereka boleh memanfaatkan masa dengan berzikir,mendengar bacaan Quran,membaca buku agama dan sebagainya. Dalil yang sahih  melarang wanita haid melakukan  ibadah seperti solat, puasa, tawaf dan bersetubuh.Namun tiada nas sahih melarang wanita haid membaca Quran.

Mengenai hukum wanita haid membaca Quran ada dua pendapat.Pendapat ulama’ yang membolehkan wanita haid membaca Quran adalah :

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah :

Sesungguhnya para wanita mereka mengalami haid pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka seandainya membaca al-Qur’an diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam akan menjelaskannya kepada umatnya. Baginda akan mengajarnya kepada para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi. Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sememangnya tidak haram.

Majmu al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld. 26, ms. 191. Lihat juga pembahasan Ibn Hazm dalam al-Muhalla (Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut)

Mereka yang mengharuskan perempuan haid membaca al-Quran adalah berdasarkan riwayat daripada `Aishah r.ha. bahawa beliau membaca al-Quran dalam keadaan haid. Ini kerana tempoh haidnya adalah panjang, maka beliau takut terlupa penghafazannya terhadap al-Quran.

Di dalam karya Rawdah al-Talibin, disebutkan bahawa satu kumpulan di kalangan muhaqqiq mengatakan bahawa kaul qadim Imam Shafi`i ialah tidak haram perempuan haid membaca al-Quran.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Aisyah radhiyallahu ‘anha yang akan melakukan umrah akan tetapi datang haid:

“Kemudian berhajilah, dan lakukan apa yang dilakukan oleh orang yang berhaji kecuali tawaf dan solat.” (HR. Imam Al-Bukhari dan Muslim, dari Jabir bin Abdillah)

Imam Albani rahimullah berkata :

“Hadis ini menunjukkan bolehnya wanita yang haid membaca Al-Quran, karena membaca Al-Quran termasuk amalan yang paling utama dalam ibadah haji, dan nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah membolehkan bagi Aisyah semua amalan kecuali tawaf dan solat, dan seandainya haram baginya membaca Al-Quran tentunya akan beliau terangkan sebagaimana beliau menerangkan hukum solat (ketika haid), bahkan hukum membaca Al-Quran (ketika haid) lebih berhak untuk diterangkan karena tidak adanya nash dan ijma’ yang mengharamkan, berbeda dengan hukum solat (ketika haid). Kalau beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang Aisyah dari solat (ketika haid) dan tidak berbicara tentang hukum membaca Al-Quran (ketika haid) ini menunjukkan bahwa membaca Al-Quran ketika haid diperbolehkan, karena mengakhirkan keterangan ketika diperlukan tidak diperbolehkan, sebagaimana hal ini ditetapkan dalam ilmu ushul fiqh, dan ini jelas tidak samar lagi, walhamdu lillah.” (Hajjatun Nabi hal:69).

“Boleh bagi wanita haid dan nifas untuk membaca Al-Quran menurut pendapat yang lebih sahih dari 2 pendapat ulama, karena tidak ada dalil yang melarang, namun tidak boleh menyentuh mushaf, dan boleh memegangnya dengan penghalang seperti kain yang bersih atau selainnya, dan boleh juga memegang kertas yang ada tulisan Al-Quran (dengan menggunakan penghalang) ketika diperlukan” (Fatawa Syeikh Bin Baz 24/344)



15.Jauhi sikap meninggalkan solat Fardhu tapi  rajin  solat sunat Terawih .

Menurut Ibnu Hajar  al-Haitami,

” Orang yang meninggalkan solat tanpa uzur, WAJIB menggunakan seluruh waktunya untuk mengerjakan qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib yang tidak dapat dielakkan, seperti tidur, buang air, mencari nafkah, dan sebagainya. “

Haram baginya mengerjakan solat sunat sebelum diqada’kan solatnya.

“Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah kafir” [Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad]


16.Solat Terawih dengan tertib.

Solat Terawih dengan tergesa-gesa dan terburu mungkin akan menyebabkan ketinggalan thomakninah dan menjadi sia-sia.



17.Banyak berselawat .

Dari Abdullah bin `Amr bin Al-`As radhiallaahu`anhu, dia mendengar Rasulullah sallallaahu`alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan  selawat kepadaku, ALLAH berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallaahu`anhu bahawasanya Rasulullah sallallaahu`alaihi wasallam bersabda: “Manusia yang paling utama bersamaku (nanti) pada hari kiamat ialah orang yang banyak berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmidzi,dia mengatakan hadith ini hasan.)



18.Mengasihi mereka yang kekurangan.

Bulan Ramadhan perlu dijadikan bulan menanam kasih sayang dan simpati kepada mereka yang kekurangan seperti golongan miskin ,anak yatim dan sebagainya.Hulurkan bantuan sekadar kemampuan.



19.Menambahkan ilmu.

Bulan ramadhan perlu dijadikan bulan ilmu dengan mendapat tazkirah,membaca buku agama,mendengar radio IKIM  dan sebagainya.



20.Perbanyakkan membaca surah al-Ikhlas.



Terdapat hadis yang sahih menceritakan kelebihan surah al-Ikhlas iaitu hadis  yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang menyatakan bahawa ganjaran membacanya seperti membaca sepertiga Al-Quran.


Wallahua'lam..................



Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 10:11 AM | Show all posts
crankshaft posted on 18-7-2013 09:23 AM
Ambik petikan surah sikit sini...ambik petikan surah sikit sana...tadaaaaaaaa...dah jadi thread tazk ...

awat, dulu rasulullah dapat wahyu seketoi2 surah ka? satu juz turun sekedebuk ka?  deii tambi





Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 10:13 AM | Show all posts
mnm77 posted on 18-7-2013 10:54 AM
Dalam bab agama, janganlah kita berjenaka sampai menimbulkan masalah. Nak berjenaka tu boleh, bers ...

Bila bjumpa dgn org mcm ni, dalam ni, abaikan jalah, tapi kalau depan2 jangan lupa ketuk dulu 3 kali guna hammer atas kepala dia, baru jalan. itu lebih afdhOL! haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2013 10:14 AM | Show all posts
atiqullah posted on 22-7-2013 10:11 AM
awat, dulu rasulullah dapat wahyu seketoi2 surah ka? satu juz turun sekedebuk ka?  deii tambi {:ml ...

You mean..selepaas NABi masih ada wahyu yang turun seketul seketul?NAUZUBILLAH.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 10:19 AM | Show all posts
crankshaft posted on 18-7-2013 04:20 PM
Dan aku pasti tak akan ada TAZKIRAH REJAB, SAFAR, SYAABAN...cuma TAZKIRAH RAMADHAN JERK........
...

kalau mu anggap ramadhan tu sebulan ja, hurm.. lagu mana cek iktiraf rasul tu ikutan mu, bulan ramadhan bulan Alquran Qs2:185, alquran itu didalam dada org berilmu Qs29:49, sebaik2 orang yg berilmu yg diikuti rasulullah Qs33:21.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 10:22 AM | Show all posts
crankshaft posted on 22-7-2013 10:14 AM
You mean..selepaas NABi masih ada wahyu yang turun seketul seketul?NAUZUBILLAH.....

sebab mu dungu, sapa yg susun alquran? hamboih mu, bila ngaji jgn riak,bila riak jd mcm mu la. hehe kalau nk baca ikut tuntutan wahyu, mu baca molek2, start dgn al alaq (96) . bakpo mu gi baco al fatihah dlu, haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 10:24 AM | Show all posts
atiqullah posted on 22-7-2013 10:13 AM
Bila bjumpa dgn org mcm ni, dalam ni, abaikan jalah, tapi kalau depan2 jangan lupa ketuk dulu 3 ka ...

Jangan kau yang terketuk diri sendiri......


Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 10:25 AM | Show all posts
atiqullah posted on 22-7-2013 10:22 AM
sebab mu dungu, sapa yg susun alquran? hamboih mu, bila ngaji jgn riak,bila riak jd mcm mu la. heh ...

Siap dungu kan orang lagi tuuuuu......akhlak NABI yang mana yang kau ikut nee?

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 10:26 AM | Show all posts
crankshaft posted on 22-7-2013 10:24 AM
Jangan kau yang terketuk diri sendiri......

aku lebih senang mengetuk mu, dari mengetuk aku, haha mengetuk mu ibarat fardhu ke atas ku, haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 10:26 AM | Show all posts
atiqullah posted on 22-7-2013 10:19 AM
kalau mu anggap ramadhan tu sebulan ja, hurm.. lagu mana cek iktiraf rasul tu ikutan mu, bulan ram ...

Tak tahu calendar ISLAM mana yang jadi ikutan kau...ramadhan sepanjang tahun?

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 10:27 AM | Show all posts
crankshaft posted on 22-7-2013 10:25 AM
Siap dungu kan orang lagi tuuuuu......akhlak NABI yang mana yang kau ikut nee?

sebab mu dungu sungguh, deme tu kasi tazkirah, mu kasi toksekuroh haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 10:29 AM | Show all posts
atiqullah posted on 22-7-2013 10:27 AM
sebab mu dungu sungguh, deme tu kasi tazkirah, mu kasi toksekuroh haha

Islam ajar kau bilamana kau dah sampai certain tahap..dah boleh dungu kan orang kehulu...dungu kan orang kehilir ke?

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 10:32 AM | Show all posts
crankshaft posted on 22-7-2013 10:26 AM
Tak tahu calendar ISLAM mana yang jadi ikutan kau...ramadhan sepanjang tahun?

kenapa? ramadhan kau sebulan je ke? hehe pengertian ramadhan kau tahan lapar dahaga je ke? haha padan lah nabi dah cakpa awal2 dlu, kau rupanya , dei tambi haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 10:33 AM | Show all posts
crankshaft posted on 22-7-2013 10:29 AM
Islam ajar kau bilamana kau dah sampai certain tahap..dah boleh dungu kan orang kehulu...dungu kan ...

ni tahap ap mu cakap ni? aku xdo tahap, aku pakai tingkat , tahap tu buddhoooo, deii tambii
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 10:36 AM | Show all posts
Setakat standard camnih nak engage aku?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2013 11:47 AM | Show all posts
salam.

Ibunda Hajjah Khadijah bte Abdullah meninggal dunia dalam usia 84 tahun...

al-Fatihah..aku on the way ke Melaka...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 03:06 PM | Show all posts
crankshaft posted on 22-7-2013 10:36 AM
Setakat standard camnih nak engage aku?

haha hng standard apa? standard 1? bila jumpa bahasa yg sekufu dgn hg tegoq hang, hg jgn tiba2 berubah jadi nobita depan mak dia pulak haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.253213 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list