jepp posted on 8-7-2013 02:13 PM
sapa bf sheols?
dulu kan ada gusip ummi ada bf kat australia..belajar juga di sana
tapi baru2 ni ada gusip aeril zafrel rapat dgn ummi. tapi aerel da menafikannya
Aeril Zafrel Nafi Jalinkan Hubungan Cinta Dengan Ummi Nazeera
Rasanya tidak pernah pula timbul gosip sebelum ini yang mengatakan pelakon, Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera menjalinkan hubungan cinta bersama. Tup-tup hari ini timbul cerita Aeril Zafrel menafikan dirinya bercinta dengan pelakon genit itu.
Aktor ini menafikan gosip tersebut menerusi laporan akhbar Harian Metro pada hari ini. “Kami memang selalu berhubung sebelum ini. Sejujurnya memang saya meminati dia, tetapi lakonannya saja. Belum ada apa-apa yang serius lagi. Saya amat menghormati Ummi dan keluarganya. Jadi ini saja jawapan yang boleh diberikan buat masa ini,” jelas Aeril Zafrel. Tambah aktor yang kini mula berlakon di luar negara ini menjelaskan bahawa beliau tidak boleh bercinta pada masa kini atas sebab tertentu dan beliau tidak menolak jika di’takdirkan bercinta dengan Ummi Nazeera di masa hadapan.
|