CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: AwgSagi

Ujudkah Ilmu Kitab Suci songsang?

[Copy link]
 Author| Post time 4-7-2013 03:31 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 1-7-2013 09:02 AM
boleh saya Tanya :

kenapa  kita masyarakat rumpun kepulauan melayu nusantara suka sangat bergelum ...

mb... tak faham lah ayat ni:

"I guess there must be a reason why depa maju dan ini setakat dunia pun cukup buka mata pada kita di nusantara yg why should we  u know take heed on things like this?"

mb ni jenis yang kalau bertutur macam peluru ker? hehehe... kakak saya kalau construct ayat... macam cara dia bertutur jugak.. laju tanpa koma notkat... kadang macam dia translate english ke melayu... jgn maree ah... saja meneka.

kenapa yer masyarakat rumpun kepulauan melayu suka pada [bukan syirik sebenarnya] unsur2 magik, sakti, mencarik adat?

sebelum islam itu sinonim dengan masyarakat melayu... mereka lebih awal terdedah kepada unsur2 dalam cerita2 kesaktian, dewa2 dan kehebatan makhluk lain selain manusia. datang islam... ada perkara yang susah hendak dihilangkan... maka dimasukkan unsur islam sahaja. contohnya... mantera itu bukan dari ajaran islam... tetapi setiap mantera yang dipegang oleh orang2 tua yang islam... kita akan terjumpa unsur keislaman iaitu sebutan kuat saidi ali, cantik saidah fatimah, malaikat 40, jibril mikail dan biasanya ditutup dengan ayat berkat muhamad rasulullah.

orang2 tua di tempat saya, kalau kita borak2 dengan mereka bab ketuhanan, mereka boleh menuturkan segala cerita seperti nur muhammad, kisah penciptaan, kisah mengenal diri dan berbagai konsep ketuhanan. sebelum saya mengikuti satu forum lama dulu iaitu bicarasufi... saya tidak tahu pun cerita mereka itu ada persamaan dengan tajuk2 yang dibicarakan di bicarasufi. kisah orang terbang... menggempur tentera penjajah seorang diri... berjalan atas air... tu dah jadi cerita biasa... dah taraf mutawatir dah. dan mereka bukan pengamal kesufian... sembahyang pun tara. ada setengah tu dah seolah sangat tinggi levelnya... dia sambil borak2 pun boleh sembahyang dalam hati, katanya.

adakah mungkin pendakwah yang datang ke tanah melayu nusantara ni pengamal kesufian? atau adakah kedatangan pendakwah ke tanah melayu nusantara ni adalah mereka2 yang tidak satu aliran dengan pemerintah tempat mereka berada? saya pun tak pasti. yang saya perhatikan... apabila individu itu tertanam kepercayaan atau ketakjuban atau keterujaan pada unsur2 magik, sakti dan mencarik adat... maka... unsur2 kesufian adalah alternatif kepada unsur2 mistik non-islamik.

saya rasalah, penggerak atau kunci kemajuan orang islam adalah terletak kepada pemimpinnya. kepala agama bagai negara islam ialah juga pemimpin tertinggi negara itu. amir al-mukminin umar abd aziz seperti yang dicatatkan dalam sejarah... mampu memberi kemakmuran kepada rakyatnya dalam tempoh 2 tahun memerintah setelah dikatakan porak-peranda oleh amir sebelumnya. walaupun secara peribadi... saya sedikit meyangsikan tentang kisah porak-peranda itu. pointnya ialah... apakah perkara hebat yang dilakukan oleh umar abd aziz di zaman itu sehingga tiada asnaf penerima zakat?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2013 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu teori konspirasi, takde cop rahsia. Teori yg tak berapa logik, cuma interesting utk ditaipkan. Kitab: apa saja jenis kitab suci di dunia. Cara: baca ikut dialek. Kesan: kawalan; terhad & bersyarat. Sumber info tak bagi bukti, so, jgn percaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2013 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 1-7-2013 09:02 AM
boleh saya Tanya :

kenapa  kita masyarakat rumpun kepulauan melayu nusantara suka sangat bergelum ...

Puan MOD. Boleh tolong pindah tread ni ke board sakti, atau, lock pun ok, dah takde bahan. Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
I bukan puan isk isk sorang nie laa. Ok, i lock ye.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 01:18 PM | Show all posts
Yg ni ke???


Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.070977 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list