|
SereneSerenade posted on 18-6-2013 02:51 PM
yang salesman cakap cam tu lerr..
pihak bank pon dah kol semalam, 100% loan tapi beliau suruh ba ...
bayar je la 1.6k murah skit bulanan..mahalnye insuran viva
|
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 18-6-2013 03:08 PM
bayar je la 1.6k murah skit bulanan..mahalnye insuran viva
siyes meyh mahal?!
kebiasaannya berapa?
lagi satu rasanya bukan insuran untuk viva tu.
pihak bank tu kata insuran lain..
aduhai.. konpius dah ni.
takkan beliau nak tipu pulak kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 18-6-2013 03:07 PM
oo yeke
sbb baru smlm g tgk saga sv tu salesman tu kate sekupang pun x pyh byr..mgkin dia su ...
keta baru susah sikit... tapi kalo used atau re-con mmg boley dapat bergantung pada kereta....
|
|
|
|
|
|
|
|
APA ITU 100% LOAN ?
Terdapat pembeli saya yang bertanya, apakah yang dimaksudkan pinjaman 100%? Adakah masih perlu untuk membayar caj-caj yang tersembunyi seperti caj proses, caj runner dan sebagainya ? Adakah sudah termasuk road tax dan Insurans?
Berikut adalah info yang ingin saya kongsi bersama anda. Semoga info ini membantu anda dari kes-kes penipuan:
Pinjaman 100% terbahagi kepada 4 skim yang utama:
1. Tolakan Gaji melalui BIRO Angkasa
Terbuka untuk kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun yang mempunyai kemudahan tolak gaji dengan BIRO Angkasa sahaja. Dua bank yang menawarkan skim ini iaitu Bank Rakyat dan Ambank Bank.
2. Skim Siswazah
Terbuka untuk semua sama ada kakitangan Kerajaan mahu pun Swasta asalkan anda adalah pemegang Diploma atau Ijazah.
Melalui skim ini, selalunya pihak Bank akan meminta satu bulan atau dua bulan bayaran bulanan semasa anda menandatangani perjanjian pinjaman Bank.
3. Mark-up model
Terbuka untuk semua sama ada kakitangan Kerajaan mahu pun Swasta. Anda beli model standard dengan menggunakan pinjaman model Special Edition.
4. Mark-up aksesori
Terbuka untuk semua sama ada kakitangan Kerajaan mahu pun Swasta. Anda beli model standard dengan menambah aksesori . Tujuannya harga akan lebih tinggi .
Adakah anda masih perlu membayar apa-apa bayaran lain-lain?
Jawapannya, ya dan tidak. Saya akan tunjukkan secara telus.
Contoh I:
Skim Tolak Gaji dan Siswazah, pinjaman anda adalah sama dengan harga kereta anda. Tidak boleh mark-up model, tidak boleh mark-up aksesori.
Anda ingin membeli Myvi 1.3 Auto Standard Metallic. Harga Kereta OTR rm46,900. Pinjaman anda rm46,900. Loan lulus rm46,900.
Dalam kes di atas, anda masih perlu membayar sedikit premium Insuran. Untuk harga rm46,900, nilai insuran adalah rm45,000 dan premium Insuran m1,379-20. Untuk pinjaman rm46,900, Bank akan meminta nilai insuran rm47,000 dan premium Insuran rm1,431-20.Perbezaan antara rm1,379-20 dan rm1,431-20, iaitu rm52-00, perlu dibayar oleh pembeli.
Tetapi sekiranya model yang ditawarkan ada diskaun, katalah ada diskaun rm1,000, anda tidak perlu membayar apa-apa, bahkan anda akan dapat cash refund seperti berikut, rm1,000 tolak rm52, iaitu rm952-
Contoh II:
Skim Mark-up model & Mark-up aksesori. Pinjaman anda adalah sama dengan harga kereta anda atau lebih tinggi dari harga kereta anda.
Anda ingin membeli Myvi 1.3 Auto Standard Metallic. Harga Kereta OTR rm46,900. Pinjaman anda mark-up Myvi SE. Myvi SE Metallic OTR rm53,400-. Jadi, 90% x rm53,400 = rm48,000.
Bank akan meminta nilai Insuran rm52,000 dan premium Insuran rm1,561-20. Nilai Insuran Myvi Standard rm45,000 dan Premium Insuran rm1,379-20, Perbezaan rm1,561-20 dan rm1,379-20, iaitu rm182- perlu dibayar oleh pembeli.
Tetapi dalam kes di atas, pinjaman anda melebihi harga kereta anda. Jadi anda tidak perlu membayar apa-apa, bahkan anda akan dapat cash refund seperti berikut, (rm48,000 tolak rm46,900) tolak rm182, iaitu rm918-
Apabila anda membeli dengan saya, saya telus dalam pengiraan ini. saya tidak akan mengambil bahagian atau cash refund yang anda patut dapat masuk dalam kocek saya.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, sila call / SMS atau email kami. Kami sedia membantu anda.
LAYAKKAH GAJI ANDA UNTUK MEMBELI KERETA?
Selain dari syarat 90% dari nilai harga kereta, ada satu lagi kriteria yang akan diambil-kira oleh bank dalam meluluskan pinjaman kereta anda. Kriteria itu ialah nilai gaji bersih anda.
Kebiasaannya, pinjaman diluluskan berdasarkan bayaran bulanan dan gaji bersih anda. Jumlah bayaran bulanan tersebut tidak melebihi 1/3 atau 33% dari gaji bersih anda.
CONTOH:
Harga Persona 1.6 (A) M-Line metallic rm53,300. Pada kadar 3.99%, pinjaman rm53,300, tempoh 9 tahun, bayaran bulanan adalah rm670.
KIRAAN:
1/3 atau 33% dari rm1800 = rm600.
Oleh kerana rm670 melebihi 1/3 dari gaji rm1,800, pembelian 100% adalah tidak mungkin. Kecuali dalam kes-kes tertentu, misalnya pemohon adalah kakitangan kerajaan, kelonggaran akan diberikan jika kurangan itu adalah kecil. Contohnya, dalam kes di atas, kurangannya cuma rm70 sahaja.
Sebagai pilihan lain, anda boleh menggabungkan pendapatan anda dengan salah satu dari 3 penjamin yang mempunyai pendapatan tetap:
1. Ayah
2. Mak atau
3. Pasangan anda (suami / isteri )
Pendapatan penjamin di atas, akan digabungkan dengan pendapatan anda. Sekiranya gabungan pendapatan itu melebihi 1/3 atau 33% dari kadar bayaran bulanan kereta anda, anda boleh mendapatkan nilai pinjaman yang dikehendaki.
khas untuk diri sendiri dan yang mempunyai masaalah bersama.
Sekian. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SereneSerenade posted on 18-6-2013 03:14 PM
siyes meyh mahal?!
kebiasaannya berapa?
rsnya insurance coverage utk loan kot....ye la kalau pe2 hal jadik pada peminjam...insurance akan cover utk bayarn penuh....mcm personal loan dan lain2 yg Bank akan kenekan insuran...
|
|
|
|
|
|
|
|
SereneSerenade posted on 18-6-2013 03:26 PM
APA ITU 100% LOAN ?
kalau OTR atau on the road sepatutnya rega tu dah dikira semua sekali termasuk insurance dan lain2 kos....
|
|
|
|
|
|
|
|
SereneSerenade posted on 18-6-2013 03:14 PM
siyes meyh mahal?!
kebiasaannya berapa?
mungkin ade bende lain nak kene bayar koot..dulu submit loan bank islam die kate kene bukak akaun ngan die dulu dan bayar baper ratus untuk insuran nyawa ke ape ntah..something like that la so kalau kite meninggal ke hilang upaya ke da x yah bayar kete tu da..tp x amik pon kat bank islam sbb interest tinggi
|
|
|
|
|
|
|
|
medangmru posted on 18-6-2013 03:28 PM
rsnya insurance coverage utk loan kot....ye la kalau pe2 hal jadik pada peminjam...insurance akan ...
yeah.
I think so.
tenkiu medangmru.
|
|
|
|
|
|
|
|
so, kesimpulannya 1.6k tu cuma untuk insurance cover loan yang wajib diambil.
|
|
|
|
|
|
|
|
ryo_takahashi1 posted on 18-6-2013 03:22 PM
keta baru susah sikit... tapi kalo used atau re-con mmg boley dapat bergantung pada kereta....
wahh rugi la bg contoth saga le..
kalau beli saga sv 33888 sekali insuran..tp salesman buat loan utk yg saga flx executive rege 40k tu..
selebihnye salesman ambik masuk poket la ek..
|
|
|
|
|
|
|
|
SereneSerenade posted on 18-6-2013 03:40 PM
so, kesimpulannya 1.6k tu cuma untuk insurance cover loan yang wajib diambil.
i agak camtu la.....kos tu sbnrnya ramai yg tak tahu....SA pun tak habaq mai....
Bank dah byk implement pasal mende ni....lebey mahal kete...lebey mahal insurance coverage tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 18-6-2013 03:45 PM
wahh rugi la bg contoth saga le..
kalau beli saga sv 33888 sekali insuran..tp salesman buat loa ...
opsssss... silap tu....
contoh...
harga kereta Saga basic model RM35k
on the road campur semua RM38k
kalau 100% loan (ini atas pakej tertentu dan terhad ajer) cuma RM35k... so kena bayar RM3k utk kuarkan kereta....
so... si salesman ni buka la invoice utk kereta Saga premium model yg harganya RM42k.. let say loan entitlement 95% = RM39,900.. jumlah ni sudah melebihi RM38k tadi... so apply loan RM38k aje la...
dalam erti kata mudah nya... beli kereta harga premium utk dapatkan kereta yg basic spec... mmg duit tu tak dapat ke salesman... tp salesman akan dapat komisyen dari penjualan kereta + komisyen dari interest bank + komisyen dari insuran kenderaan....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ryo_takahashi1 posted on 18-6-2013 04:24 PM
opsssss... silap tu....
contoh...
oh ok jelas tenkiu..emm paham2 |
|
|
|
|
|
|
|
medangmru posted on 18-6-2013 03:51 PM
i agak camtu la.....kos tu sbnrnya ramai yg tak tahu....SA pun tak habaq mai....
Bank dah byk i ...
tapi rasanya bukan semua bank yang ada coverage loan.
untuk masa depan anak cucu cicit. ada gunanya gak coverage loan ni.
taklah menyusahkan balu-balu atau anak-anak.
Wah! bajet macam dah kawen pulak. Ahahahhaha.
Ape pun kalo nak details, kena open table dengan sape keje bank lah. kikikikikikk
tapi saya masih menunggu zero payment.
Go go chayok!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
ryo_takahashi1 posted on 18-6-2013 04:24 PM
opsssss... silap tu....
contoh...
tobukak jap minda den.
|
|
|
|
|
|
|
|
SereneSerenade posted on 18-6-2013 04:40 PM
tobukak jap minda den.
same la
|
|
|
|
|
|
|
|
ryo_takahashi1 posted on 18-6-2013 04:24 PM
opsssss... silap tu....
contoh...
tul tu ryo,cam lam kes aku,nak wat full loan utk wish,salesmen letak rega 125k pastu muka 18k,loan 107k padahal rega keta 100k,so lagi 7k dapat cover insuran,roadtax nga cover utk trade in keta lama,hu2
biasanya depa buat camtu sebab syarat bank jugak nak customer bayar duit muka,hu2...dia punya insuran lak bukan cover sampai 125k,tapi 113k sebab loan 107k,so x ikut rega keta sebenarnya tapi ikut loan bank,hu2
|
|
|
|
|
|
|
|
xpdckelate posted on 18-6-2013 09:52 PM
tul tu ryo,cam lam kes aku,nak wat full loan utk wish,salesmen letak rega 125k pastu muka 18k,loan ...
dah dapat wish tu nanti jgn lupa tepek sini....
|
|
|
|
|
|
|
|
ryo_takahashi1 posted on 19-6-2013 08:51 AM
dah dapat wish tu nanti jgn lupa tepek sini....
insyaallah,he2...skang tgh tggu nombor cantik,hu2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|