|
[Tempatan]
Gabung KPM dan KPT tindakan tepat-TPM, CUEPACS pula tuntut penjelasan
[Copy link]
|
|
Guru mesti sanggup laksana perubahan
Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
[email protected]
![](http://www.utusan.com.my/pix/2013/0518/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_17.1.jpg)
SEREMBAN 17 Mei - Para guru diajak untuk meningkatkan semangat profesionalisme masing-masing dalam menghadapi cabaran baharu alaf pendidikan negara.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud (gambar) memberitahu, warga guru merupakan golongan profesional yang mesti sanggup menerima dan melaksanakan perubahan, responsif kepada perubahan dan seterusnya menjana serta menjuarai perubahan tersebut.
Jelasnya, bagi menjuarai perubahan ini, warga guru perlu peka kepada persekitaran pekerjaan selain tidak mudah berpuas hati dengan tahap pencapaian dan keberhasilan kerja, seterusnya menjadi pemecah paradigma dengan meneroka penyelesaian baharu kepada sebarang isu pendidikan.
"Guru-guru adalah pendidik yang inventif dan inovatif serta memiliki mentaliti boleh lakukannya dalam menyempurnakan visi dan misi pendidikan negara.
"Sumbangan paling bermakna dan tindakan paling berkesan dapat dicapai sekiranya tenaga kerja profesional dalam jentera pendidikan negara merupakan sepasukan profesional yang responsif terhadap fenomena, cabaran dan harapan baharu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas berucap pada sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-42 di Stadium Tertutup Nilai dekat sini malam tadi. Perasmian majlis berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Pelajaran I, Datuk Mary Yap Kain Ching; Timbalan Menteri Pelajaran II, P. Kamalanathan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed.
Menyentuh mengenai tema sambutan Hari Guru tahun ini "Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda", Abdul Ghafar menjelaskan, ia menuntut semua guru dalam negara ini mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
Jelas beliau, menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi, iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
Kata Abdul Ghafar lagi, 1Aspirasi adalah untuk memberi fokus kepada inisiatif yang berimpak tinggi kepada keberhasilan dan kemenjadian murid.
"Ia berpaksi ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... bahan#ixzz2TbxCC6cD
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 18-5-2013 11:22 AM ![](static/image/common/back.gif)
Itu belum lagi pada cop rasmi, pamphlets (Jab. Penerangan kan byk keluarkan pamphlets), name card, ...
oleh itu sy mencadangkan.. kementerian2 ni perlu "ada gazet", parlimen kena luluskan brp kemntrian.
hehe nak tambah kena usul dulu. baru dorg tak main2 tukar.. bengong...
aku cuma suka kalo aku jd supplier benda2 tu. hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
aku di antara yg bersusah payah masa kpt dan kpm pecah dulu..
nak recollect data semula..sangt menyusahkan..
da elok masing2 jalankn keja memasing
+-lebih kurang 5 thun berpisah
now nak gabung semula...
ayokkkk..... |
|
|
|
|
|
|
|
kazaraf posted on 17-5-2013 11:57 AM ![](static/image/common/back.gif)
aku cuma nampak setiap kali gabung/bubar kementerian masa rombak kabinet ni - tidak membazir ke?
...
Malam tadi baru jer jumpa member aku yang keje sebagai Pendaftar kat salah sebuah IPT. Dia cakap baru jer habis pilih budak2 habis SPM masuk U malam kelmarin dan masukkan dalam system pagi semalam.
Dia pun cakap perkara yang sama macam ko cakap. Bila gabung balik, banyak kos terlibat untuk rebranding. Dulu dah pecah, staff nak adjust ngan sistem pengurusan baru makan masa gak. Dah selesa ngan sistem yang ada, pastu gabung balik. flip flop betul. Dia cakap harap dua kementrian yang bergabung ni buat minor adjustment jer dari segi pengurusan dan banyak masih status quo.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 17-5-2013 11:13 AM ![](static/image/common/back.gif)
Apa beza kerani sekolah dgn kerani universiti?
kerani sekolah aman2 ja kerja dipejabat tapi kerani universiti dah jadi bakal menteri besar selangor yang tak jadi![](static/image/smiley/default/rofl.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Muhyiddin Jumpa Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran
![](http://www.mstar.com.my/archives/2013/5/21/mstar_berita/din.jpg)
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan Menteri Pelajaran II Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pelajaran I, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Timbalan Menteri Pelajaran II, P. Kamalanathan sejurus tiba di Kementerian Pelajaran bagi memulakan tugas sebagai Menteri Pelajaran di Putrajaya, Selasa. -fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan perjumpaan khas dengan ketua-ketua bahagian Kementerian Pelajaran di Kompleks E, di sini, Selasa.
Ketibaan belaiu disambut Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pelajaran I dan II, Datuk Mary Yap Kain Ching dan P.Kamalanathan.
Muhyiddin turut mengetip kad perakam waktu pada hari pertama memulakan tugas sebagai Menteri Pelajaran setelah kabinet baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, minggu lepas.
Ini merupakan penggal kedua Muhyiddin memegang jawatan Menteri Pelajaran.
Terdahulu, Idris, Yap dan Kamalanathan juga memulakan tugas dan mengetip kad perakam waktu secara rasmi di Kementerian Pelajaran di Presint 5 pada pukul 9 pagi.
Ketibaan mereka disambut pegawai dan kakitangan kementerian.
Sejurus tiba, Idris turut menunaikan solat hajat di pejabat kementerian tersebut. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|