|
Cinta berlawanan fitrah... mampukah ia diubati?
Sudikah kau mengguyur nerakaku?
- Eddie Lady... bukan ke semalam mamat ni nama RAHUL? kenapa jadi Eddie lak? Ini ke si Freddie-Anzalna tu?
EDDIE dah insap dari dunia Gangster dan bina kehidupan baru dengan BELLA
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 19-2-2013 10:03 AM
Lady... bukan ke semalam mamat ni nama RAHUL? kenapa jadi Eddie lak? Ini ke si Freddie-Anzalna tu? ; ...
lady tersilap hat semlm tu..
Lady bz pagi ni... Tapi utk santapan pagi.... sedikit saja ye?
Seperti biasa Lili menjuih bibir. Lili memang tidak berapa senang dengan sikap Insyirah yang sering menegur kami. Pada aku, aku terima saja. Elok juga kalau ada orang sering mengingatkan aku. Kalau tak, nanti aku alpa. Tambahan umurnya yang sudah 28 tahun, Insyirah bagaikan kakak kepada aku. Dan aku tahu dia juga menganggap kami seperti adik-adiknya. Jadi segala tegurannya kepada kami persis seorang kakak menegur adik.
"Eeee... mamat ni!!" Pos yang aku tulis semalam dipetik lagi oleh si mamat sengal. Tulisannya yang agak berbisa membuatkan aku terjerit dua harkat. Geram bila membaca apa yang ditulis oleh si sengal itu. Suka sangat dia memetik pos aku. Kalau petik elok elok tak apalah juga, ini tidak... mesti nak menyakitkan hati aku.
"Kau ni apa hal?" Soal Lili kehairanan. Dari tempat duduknya segera dia mendapatkan aku. Lili melabuhkan duduknya di sebelah aku pula dengan kepalanya terteleng hendak melihat paparan skrin pada laptopku. Aku alihkan sedikit laptopku ke arah Lili agar lebih mudah dia membacanya. Kak Syirah pula menoleh ke belakang. Dia juga hairan dengan sikap aku yang tiba-tiba menjerit.
“Apa ni? Tak elok anak dara menjerit.” Aku hanya merenyih macam kerang busuk selepas ditegur Kak Syirah.
|
|
|
|
|
|
|
|
yeay... lady bukak rumah baru... Selamat berkarya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Weiii.....sejak bila ada rumah baru nehh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Lady..
tajuk tak mengalah....apa pun usu check in dulu...
mengguyur...manggayur..gayour rock..err..err...
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua. Lady sambung...
Lili membaca apa yang aku tuliskan pada Forum Bicara Kita yang menjadi tempat kami berdua lepak. Aku suka bertenggek di ruangan Bicara Muslim dan Bicara Terkini manakala Lili pula sukakan hal-hal artis. Jadi ruangan Bicara Gosip memang kegemarannya. Lili juga membacakan semula apa yang ditulis oleh Mind Teaser yang membuatkan aku terjerit.
"Wah! Sadis giler statement." Lili mengerenyot bibir.
"Kau sakit hati tak?" Aku menyoal.
"Errmmm...”
“Kalau dia ada depan aku, aku tonjol tonjol kepala dia. Tak pun aku patah-patahkan jari dia. Biar tak dapat menaip lagi. Baru padan muka dia.” Belum sempat Lili membalas, aku sudah pintas. Geram betul aku dengan si sengal itu.
“Hek eleh! Ini semua poyo!” Lili mengajuk aksi Awie tapi dalam gaya Johan Raja Lawak. Aku mengekek geli hati. Hilang sekejap rasa marahku.
“Macamlah aku tak tahu... Belakang belakang kemain lagi kau. Entah-entah, bila berdepan, lentok! Buatnya mamat tu handsome, mahu cair kau!”
“Eee.... tak ada maknanya! Mamat sengal tu penyokog tegar LGBT. Jangan-jangan dia gay!” Lili hanya ketawa mendengar kata-kata aku. Kemudian Lili bangun dan kembali duduk ke tempat asalnya.
“Gayyyy???” Kak Syirah betul-betul terperanjat nampaknya. Dia menoleh memandang aku. Kemudian matanya beralih kepada Lili pula.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Dah tahu dia macam tu, buat apa layan? Simpang malaikat 44! Kaum Nabi Lut yang dilaknat Allah!” Nyaring suara Kak Syirah marahkan aku. Aku terdiam. Lili hanya mengekek mentertawakan aku. Kemudian Kak Syirah kembali menghadap ke kaca televisyen.
“Ha ah! Yang kau suka sangat layan mamat sengal tu pasal apa? Penyudahnya kau sakit hati sendiri." Lili menyokong Kak Syirah pula kali ini setelah tawanya reda.
"Dia yang suka quote  pos aku, ok." Aku merungut geram mohon simpati.
“Tak payahlah nak terangkan kat dia apa-apa. Buang masa aje semua tu Jiha! Tulislah panjang mana pun tentang kebaikan Islam. Debatlah dengan hujah yang konkrit sekali pun, kalau hati tu dah tertutup, para kufar ni tak akan terima Islam.” Kak Syirah mula berhujah. Aku pandang Lili dengan mata yang berkejip-kejip.
"Jangan jangan dia suka kat kau tak?" Tanya Lili seakan mahu menghentikan syarahan Kak Syirah. 
"Merepek! Dia selalu panggil aku bro. Confirm dia ingat aku lelaki." Aku tertawa mengenangkan nama pengguna yang aku pakai dalam forum... Fred Kougar. Sengaja aku pilih nama lelaki sebab aku tak mahu nanti ada yang nak berkenalan atau nak mengorat aku. Malah gaya menulis pun sengaja aku buat ala ala jantan. Dalam pada mengguna nama Fred Kougar pun ada juga forumer wanita yang inbox aku nak berkenalan. Adehhh... Tersenyum-senyum aku mengingatkan hal itu.
“Ya lah... kau kata dia gay, kan? Manalah tahu dia suka kan kau?” Lili terus-terusan mengusik aku.
“Choiii!!!” Aku memuncungkan bibir. Lili kembali mengekek.
“Jangan mudah percaya kepada watak-watak di alam siber.” Kak Syirah menyampuk lagi. Sama seperti pesanan dari Ustazah Wardah pensyarah aku semasa di universiti. Pesan Ustazah Wardah lagi, tak salah menimba ilmu dari internet tapi berguru itu perlu. Jangan diambil bulat-bulat melalui apa yang dibaca dari internet. Jika ia sesuatu yang agak memusykilkan, maka perlu dirujuk kepada guru yang lebih arif. Ustazah Wardah juga mengingatkan aku supaya jangan leka berforum di alam maya sehingga terabai pelajaran. Kini sudah lebih setahun aku berkecimpung dalam dunia forum. Alhamdulillah! Grad juga aku. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Bekerja di pejabat kaunseling, pelbagai masalah pesakit harus aku hadapi. Dari masalah pengemis, penagih dadah, kutu rayau hinggalah ke masalah yang dihadapi oleh golongan professional. Namun setakat ini aku belum lagi menerima pesakit yang mengalami masalah yang berat-berat seperti penagih dadah atau pesakit mental. Pesakit aku mempunyai masalah biasa-biasa sahaja. Masalah tekanan di tempat kerja, masalah tekanan dari ibu bapa yang terlalu mengongkong, masalah pembelajaran dan ada juga beberapa orang remaja mengadukan masalah cinta.
Aku cuba menjadi kaunselor sebaik mungkin. Aku ingin menyelami masalah pesakit aku dan cuba menyelesaikan masalah mereka. Namun, kehadiran mamat sengal ini benar-benar mengganggu emosi serta kewibawaan aku. Pantang aku bila dia petik pos aku. Bukan Najihalah kalau aku tak balas balik. Kemudian nanti, dia balas kembali. Aku pun balas semula.... Bila nak habis? Eheh! Penyudahnya aku semakin aktif berforum. Nasib baiklah aku sudah tamat belajar, jadi tak perlu risau mengenai tugasan atau tesis.
Mamat sengal yang satu ini selalu membuatkan aku marah dan terbawa-bawa ke dunia realiti. Hei, aku pun bijak juga. Bila menulis di forum, aku cuba mengawal emosi aku. Aku akan bergaduh dengannya dalam gaya lelaki. Mana boleh melatah nanti mamat sengal akan suspek aku perempuan. Kalaulah pesakit atau pelanggan aku tahu, harus hilang kepercayaan mereka terhadap aku. Kui kui...
"Kau rasa mamat ni Islam tak?" Pertanyaan Lili mematikan lamunan aku terhadap mamat sengal.
"Entah... Tapi dia tak pernah pula mengaku dia bukan Islam. Tapi tulisan dia selalu mengundang kontroversi. Islam liberal kut?" Lili tidak menyahut kata-kata aku kali ini. Aku tahu Lili tak mengikuti sangat tulisan Mind Teaser. Dia tahu mengenai Mind Teaser pun sebab aku selalu membebelkan nama itu di depannya.
"Tapi kan.... ada juga pandangan dia yang aku setuju." Aku akui ada juga pernyataan dari Mind Teaser yang aku setuju. Misalnya tentang kutukannya kepada forumer-forumer Melayu yang terlalu taksub dengan teori-teori konspirasi. Kadang-kadang aku mengekek ketawa membaca ayat-ayat sinisnya. Pada aku dia ada isi tersendiri cuma caranya itu mungkin menyakitkan hati. Kesian juga aku dengan mereka yang terkena sindiran pedas Mind Teaser. Aku memahami mereka sebab ada kalanya aku juga terkena terutama yang melibatkan persoalan-persoalan agama. Fuhh! Terkedu aku bila disindir sinis oleh si sengal. Tapi.... nasib baik ada hero aku Mujahid, membantu.
"Tengok tu... kan aku dah kata? Poyo aje semua tu. Jangan kau pula nanti terpesong." Lili mengingatkan aku lagi. Aku hanya tersengih apabila Lili memulangkan paku buah keras.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Insya-Allah, tak. Aku tak ambil bulat-bulat dengan apa yang aku baca. Kalau ia melibatkan agama, aku akan rujuk dulu dengan Ustazah Wardah.” Walau pun aku sudah meninggalkan kampus, namun hubungan aku dengan Ustazah Wardah masih berterusan. Aku sering menelefonnya bertanya khabar. Kalau aku buntu dalam menghadapi pesakit aku, aku akan menelefon Ustazah Wardah juga. Ustazah Wardah selamanya akan menjadi tempat rujukan aku.
“Tak pun Jiha tanya Kak Syirah... Boleh kan, Kak Syirah?” Aku bertanyakan pandangan Kak Syirah pula. Sebagai graduan dalam bidang agama, Kak Syirah tentunya arif dalam bab agama. Aku memang mengharapkan Kak Syirah membantu aku menghadapi si sengal yang suka menghina Islam. Tapi itulah.... Kak Syirah tak suka berforum. Malah dia selalu bising bila melihat aku dan Lili khusyuk mengadap forum.
Kak Syirah yang tadinya sedang khusyuk mengadap televisyen menoleh kembali. “Uuuhhh... Tak ada maknanya akak nak berforum. Buang masa. Kalau Jiha nak ilmu untuk diri sendiri atau untuk tujuan yang bermanfaat, akak boleh tolong. Tapi kalau sekadar nak tahu sebab nak berhujah dengan mamat gay tu, sorry!” Pantas Kak Syirah menjawab. Lili menjuih lagi. Aku tersengih sahaja.
"Sebaiknya Jiha jangan layan dia. Kenapa nak buang masa layan orang-orang yang sudah tertutup pintu hatinya kepada kebenaran? Lagi dilayan, lagi kita membuka ruang kepada mereka mengutuk Islam." Kak Syirah bersuara lagi. Dia memang tak setuju aku berlawan hujah di forum.
"Tapi saya tak boleh tengok saja dia kutuk pasal Islam.” Aku menjelaskan kepada Kak Syirah kenapa aku sanggup bergaduh dengan si sengal di forum.
“Biarlah dia nak kutuk ke, nak apa ke. Setakat mana anjing boleh menyalak bukit? Kat akhirat esok, tahulah dia.” Kemudian Kak Syirah kembali mengadap televisyen. Kalau Kak Syirah ada, remote televisyen alamat dialah yang pegang. Sebab itulah aku dan Lili lebih suka mengadap forum. Ha ha... Baik punya alasan! Aku tak setuju sebenarnya dengan pandangan Kak Syirah dalam hal ini, tapi aku tak reti nak balas balik. Buatnya dia balas dengan ayat-ayat Quran dan hadis, mahu tergeliat lidah aku. Jadi aku cuma mampu menelan liur sahaja.
"Dia ni perasan critical thingking gitu! Kau tengok aje lah dia punya nick. Ha ha... Dia ingat dia dah cukup hebatlah, kan? Nak sakat minda oranglah konon. Dia ingat fikiran kita ni tak sekritis fikiran dia?" Lili mencebik bibir. Aku juga meluat dengan lelaki yang bergelar Mind Teaser itu.
Last edited by ladyFinger12 on 19-2-2013 04:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kemungkinan juga dia ni bukan melayu, Lili. Menyamar jadi Melayu lepas tu kutuk agama Islam. Alam siber, kan? Macam-macam kemungkinan boleh berlaku." Aku bersikap prejudis. Kalau orang Islam, kenapa nak kutuk agama sendiri, kan? Bukan sekali ini saja dia kutuk tentang Islam. Banyak perkara lagi dia kutuk dengan ayat-ayat sadisnya. Kalau baca memang sakit hati punya. Aku kemudiannya menguis-nguis pula bibir mongelku. Mongel? He he... perasannya!
“Ha ah! Macam kaulah juga. Menyamar jadi lelaki konon!” Lili membidas aku balik. Kedengaran suara Kak Syirah tertawa kecil.
He he he... Aku juga tertawa bila terasa diri disindir. Dua kali lima juga dengan aku! “Aku bohong sunat.” Aku mempertahankan perbuatan aku.
“Banyaklah kau punya sunat. Tetap menipu, ok!” Lili sengaja nak kenakan aku nampaknya.
“Mana ada! Aku tak pernah tipu sesiapa. Aku buat semua ni sebab aku tak nak nanti ada yang gatal nak mengorat aku. Tujuan aku berforum hanya untuk dapatkan ilmu dan bertukar-tukar pandangan, ok!” Aku cuba menegaskan tindakan aku menipu tentang jantina aku. Aku telah menggunakan nama Fred Kougar sejak di universiti lagi.
Aku sebenarnya tak menyangka akan bertemu rakan seforum di rumah sewa ini. Semuanya gara-gara aku kantoi dengan Lili yang ternampak aku khusyuk membaca pos-pos Mujahid di ruangan Bicara Muslim.
Lili berkecimpung dengan dunia forum lebih lama dari aku. Sebab itu status Lili di Forum Bicara Kita sudah bertaraf Legend. Malah sudah banyak perjumpaan di kalangan forumer Lili sertai dan dia juga kenal ramai forumer Forum Bicara Kita. Sedikit sebanyak aku kagum dengan Lili sebab dia ikhlas berkawan. Dia suka memanjangkan silaturrahim di alam maya ke alam realiti.
Aku pula, selain daripada tak percayakan watak-watak yang wujud di alam maya, aku pemalu orangnya. Tak mungkin aku menghadiri mana-mana perjumpaan forumer. Namun jauh di sudut hatiku, aku ingin sangat mengenali Mujahid. Dari gaya penulisannya dan ilmu agamanya yang mendalam aku sering membayangkan Mujahidku itu pasti tak jemu mata memandang dengan auranya sebagai lelaki beriman, ala ala Ustaz Don. Wajahnya mesti bercahaya dengan nur iman. Mujahidku mesti berjanggut sejemput dan berkopiah di kepala.
|
|
|
|
|
|
|
|
Forum CARI jugak yg jadi bahan..... |
|
|
|
|
|
|
|
“Kalau kau sorok-sorok sangat identiti kau tu, macam mana kau nak tackle Mujahid tu? Silap haribulan dia ingat kau gay.” Kata-kata Lili membuatkan aku terkekeh ketawa.
“Aku buat semua ni sebagai langkah berjaga-jaga. Tak salah, kan? Betul tak Kak Syirah?” Aku ingin mendapatkan pandangan Lili dan Kak Syirah tentang perbuatan aku yang menyamar sebagai lelaki di forum. Aku tahu, Lili lebih telus dalam berkomunikasi di alam maya.
“Sebagai langkah berjaga-jaga tak salah. Tapi pada akak, lebih elok kalau Jiha tak buang masa melayan forum. Kalau Jiha nak menimba ilmu, jom ikut akak pergi ke majlis ilmu hujung minggu ni.” Sudah berkali-kali Kak Syirah mengajak aku menyertai majlis ilmu yang dihadirinya. Aku sering saja mengelak dengan alasan banyak kerja. Liat sungguh!
“Eh, bulan depan forumer kat Bicara Gosip nak buat gathering. Aku ingat aku nak pergi. Lama tak jumpa dia orang. Kau nak join?” Lili pula mengajak aku.
“Memang tak lah!” Lekas lekas aku respons. Kalau aku jawab nak, apa kata Kak Syirah nanti? Ajak pergi majlis ilmu tak mahu, tak kanlah perjumpaan forumer aku nak pergi pula. Jujurnya, memang aku tak akan pergi pun. Aku ni pemalu ya amat! Lili menjuih bibir. Aku tahu dia sudah pun menjangkakan jawapan aku.
“Tu lah kau... bila aku ajak, kau tak nak. Apa yang kau nak berahsia sangat? Aku tak kisah pun orang tahu siapa aku. Boleh juga aku kenal-kenal dengan forumer FBK. Untung untung dapat jumpa pakwe handsome yang boleh dibuat calon suami.” Lili menjungkit-jungkit kening sambil tertawa nakal.
“Eeee... berani kau? Kau jangan percaya sangat dengan alam siber ni Lili... bahaya! Aku baca kat Bicara Famili, seram kau!” Aku menggoyangkan bahuku tanda takut dengan apa yang aku baca di ruangan Bicara Famili. Kebanyakannya adalah masalah tentang kaum hawa yang teraniaya. Suami curang, suami suka tonton porno, suami nak cerai sebab nak kahwin lain, isteri tak mahu bermadu. Pendek kata, kebanyakannya masalah kaum isteri.
“Kenapa? Aku tak pernah masuk sana. Pasal keluarga pun nak seram? Bukannya ada cerita hantu. Lainlah kalau kau pergi Bicara Mistik tu.” Lili mentertawakan aku.
Last edited by ladyFinger12 on 19-2-2013 04:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Itulah kau, lain kali rajin rajinkan diri masuk ruangan ilmiah. Jangan hanya nak menambah ilmu tentang artis saja.” Aku menyindir sinis. Aku tahu Lili jenis yang tak mudah sentap.
“Sindir aku ler tuuu!” Lili menjelir lidah.
“Eh, pasal apa pula seram, ha?” Lili ingin tahu lebih lanjut.
“Seramlah sebab manusia jadi hantu. Dengan kes suami curangnya, suami pemalas... makan cangkung, berak tanggung. Suami panas baran. Itu belum lagi masalah mak mertua, pak mertua, ipar duai. Perghh! Macam-macam ada!”
“Yang kau pergi baca tu buat apa?” Lili mempertikaikan aku pula.
“Aku saja nak cari ilmu. Aku kan kaunselor? Aku belajar mengenali watak-watak manusia dan masalah dia orang. Selain daripada itu, baca pengalaman makcik-makcik kat situ, boleh juga dibuat iktibar. Ada juga segelintir forumer yang memberikan pandangan yang cukup bernas. Aku cukup suka baca pandangan dari auntieagony. Cara dia memberi pandangan macam professional.” Aku menyatakan alasan aku kenapa aku rajin menjengah ke ruangan Bicara Famili.
“Kalau kau nak tahu dulu kecoh sekejap dengan kes seorang forumer yang berjaya menipu beberapa orang forumer lain.” Sambung aku lagi.
“Really?” Lili terperanjat. “Kes apa?” Sambungnya penuh minat.
“Biasalah.... mula-mula mengorat. Jumpa, kenal, tangkap cintan lepas tu kebas duit.”
“Nasib baik cuma duit. Kalau dia kebas maruah?” Kata-kata Kak Syirah membuatkan kami terkedu sejenak. Aku sangka dia tak mengikuti apa yang aku dan Lili bualkan. Telinga lintah betul..
“Memang seram!” Sahut Lili kemudiannya.
okehhh... habis dah bab 1
|
|
|
|
|
|
|
|
wardah75 posted on 19-2-2013 10:25 AM
yes ,ada citer baru !!
ye, ye....
Puan Wardah pun masuk dalam ini cerita.
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 19-2-2013 04:23 PM
Forum Bicara Kita, ok! FBK!
Ceh! Padahal Print Screen tu terang-terang CARI mariii....
Last edited by Nicki_Meow on 19-2-2013 04:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
erkkkk..patut ler saya tersedak tadi..ada org seru ( mode : perasan ) ..ahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah! ada cerita baru.. baru habis baca.. interesting.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|