|
Dakwah Melalui Cemuhan kepada Budaya dan Tradisi
[Copy link]
|
|
mbhcsf posted on 19-2-2013 05:29 AM 
haha naughty comment ...
Oops, silap. Topik ni dikira dakyah le...bila rasa x tenang di hati dlm ruang Feng Shui nye tu. 
|
|
|
|
|
|
|
|
nobito posted on 18-2-2013 04:30 PM 
Betul tu...ramai Muslim sekarang tak layak dan tak sesuai utk melakukan dakwah...walaupun dakwah t ...
Ya betul dakwah dengan ilmu bukan dengan akal dan napsu yang dengkel tapi tak bolehlah hang semudah mudahnya membuat conclusion semua pendakwah melayu sebegitu masih ramai lagi yg mengikut jalan yang lurus/benar bahkan akhir2 ini makin subur golongan nie bergerak di masjid2 di surau2 hatta di Youtube etc... sekarang penuh dengan majlis2 ilmu...
Buat apa la yang hang pi ikut segelintir org yang mengeluarkan pendapat dan pandangan berdasarkan emosi dan nafsu semata-mata sahaja
|
|
|
|
|
|
|
|
sepul posted on 19-2-2013 10:02 AM 
Ya betul dakwah dengan ilmu bukan dengan akal dan napsu yang dengkel tapi tak bolehlah hang semuda ...
Bukan segelintir..memang ramai Melayu tak pandai berdakwah walaupun Dakwah tu tanggungjawab setiap Muslim....
Contohnya derang menghapuskan beberapa amalan tradisi..bila orang x mo ikut mereka mula menghina dan menghujat..inikah Islam?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada pendapat saya seorang Muslim boleh keluar Islam bila rasa dirinya dihina semasa menjadi Muslim...dan seorang2 non-muslim boleh menolak dakwah Muslim jika merasa budaya dan tradisinya ditentang....
Jika Muslim hendak membunuh seorang Murtadin..Kristian Buddhist dan penganut Hindu juga boleh melakukan hal yang sama iaitu hukuman bunuh kepada penganut mereka yang meninggalkan agama mereka kerana ini melibatkan maruah agama dan maruah keluarga mereka...Orang Islam juga perlu fikir maruah agama lain |
|
|
|
|
|
|
|
nobito posted on 19-2-2013 03:52 PM 
Pada pendapat saya seorang Muslim boleh keluar Islam bila rasa dirinya dihina semasa menjadi Muslim. ...
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Tak boleh berfaham begini Tuan Nobito...
Tak boleh kita "redho dgn kekafiran"....bahaya sangat!....
Apa pun...pusing kot mana......cincang halus......TETAPLAH KEBENARAN TETAP PADA ISLAM!
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 19-2-2013 04:12 PM 
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Tak boleh berfaham begini Tuan Nobito...
Bagi saya itu hak induvidu..bahkan seksaan di hari pembalasan wujud jika tidak dibalas di dunia....
Yang Maha Hakim dan Bijaksana adalah Allah
Sebagi Muslim tanggungjawabnya hanya lah menasihatkan dgn cara baik bukan menyimbah minyak pada api...jika selepas itu mereka tetap hendak Murtad maka itu adalah hak mereka...mungkin kegagalan tu disebabkan Dakwah Melayu yang lemah kerana suka mencemuh atau mungkin mereka keliru diantara ajaran Islam dengan ajaran Nasionalisme 
|
|
|
|
|
|
|
|
nobito posted on 19-2-2013 04:21 PM 
Bagi saya itu hak induvidu..bahkan seksaan di hari pembalasan wujud jika tidak dibalas di dunia... ...
Alhamdullillah...
DAKWAH ni pelbagai Tuan...
Rasullullah s.a.w...& para sahabat & alim Ulama ..dah bagi contoh...
Ada pujuk..
Ada halus...
Ada kasar..
PERANG PUN ADA!
Kita ikut benar benar cara Rasullullah s.a.w...cara Para Sahabat R.A...Tabiin ...Tabiit tabiin...tabitt ...tabitt...tabit......illa yau mid din.....
JANGAN IKUT MELAYU!...JANGAN IKUT MELAYU!....JANGAN IKUT MELAYU!
Namun....
Redho dgn kekafiran...TIDAK SEKALI KALI!
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 19-2-2013 04:31 PM 
Alhamdullillah...
Kafir ada banyak jenis...dan perlu difahami dengan teliti melalui kajian keatas agama tersebut...
Kita tidak redho dan membenci...tapi tidak bermaksud kita perlu membunuh...di dalam ajaran Yahudi dan Kristian juga wujud Qisas walaupun tidak diamalkan...jika mereka melakukan hal yg sama maka kita x boleh salahkan mereka sebab Qisas adalah undang2 agama2 Samawi...
Murtadin yg convert ke agama Samawi lain pada pendapat saya adalah tidak boleh dibunuh tetapi perlu dibenci melalui hati..kerana penganut agama Samawi tidak boleh dipaksa menerima Islam begitu juga murtadin yg masuk agama2 Samawi..begitu juga Ahli Kitab yang masuk Islam
Last edited by nobito on 19-2-2013 10:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah...
Untuk renungan...mari sama sama kita baca tulisan Prof Dr Harun Din Al Fafiz...moga moga ada manafaat...
(saya fikir ini releven)
Bagi orang-orang yang percaya kepada al-Qurannul Karimsebagai Kitab Allah, kitab hidayah yang menerangi jalan yang benar, pasti akanmeyakini sepertimana firman Allah (mafhumnya): "Sesungguhnya agama (yangbenar dan diredai) di sisi Allah adalah Islama |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi orang-orang yang percaya kepada al-Qurannul Karimsebagai Kitab Allah, kitab hidayah yang menerangi jalan yang benar, pasti akanmeyakini sepertimana firman Allah (mafhumnya): "Sesungguhnya agama (yangbenar dan diredai) di sisi Allah adalah Islam" (Surah Ali-Imran, ayat 19) Daripada sepotong ayat ini pun sudah dapat diyakini bahawaIslam adalah satu-satunya agama Allah. Kerana ayat tersebut adalah yang'muhkamaat' iaitu jelas dan nyata. Jika Allah menyebut dengan jelas seperti ayat di atas, makaIslamlah satu-satunya agama yang benar daripada dahulu, sekarang danselama-lamanya. Firman Allah (mafhumnya): "Dan barangsiapa yang mencariagama selain daripada Islam, maka tidak sama sekali akan diterima (oleh Allah)daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak termasuk dalam golongan orang-orangyang rugi." (Surah Ali-Imran, ayat 85)
Kisah turunnya ayat ini menurut Akrimah disebabkan olehorang-orang Yahudi berdepan dengan Rasulullah s.a.w., mengingkari kerasulanbaginda dengan hujah Nabi mereka Nabi Ibrahim a.s. adalah ikutan mereka danNabi Ibrahim a.s. adalah beragama Islam dengan kata mereka (orang Yahudi)"nahnu muslimun" yang bererti kami juga beragama Islam. Rasulullah s.a.w. berhujah kepada mereka, "Jika kamuberagama Islam, Allah mewajibkan ke atas orang Islam menunaikan haji, apakahkamu menunaikan haji di Baitullah?" Jawab mereka, "Kami tidak diwajibkan haji itu." Lalu Allah mewahyukan wahyu di atas kepada Nabi Muhammads.a.w., lalu Nabi Muhammad s.a.w. membacakan wahyu tersebut kepada mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam ayat lain, Allah berfirman (mafhumnya):"Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah dan kepadaapa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkankepada Nabi Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak dan Yaakub dan keturunannya, dan apayang diturunkan kepada Nabi-nabi, Musa dan Isa dan sekalian Nabi-nabi daripadaTuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan (Nabi) seseorang pun antara mereka dankepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)." (Surah Ali-Imran, ayat84)
Ungkapan 'muslimun' pada akhir ayat 84 ini, mengandungipengertian yang amat mendalam. Berdasarkan tafsir yang muktabar, muslimunbererti beriman dan menyerah diri kepada Allah, ia juga bermaksud mentaati danmematuhi apa sahaja hukum yang datang daripada Allah.
Ungkapan itu juga bererti agama kami adalah Islam,berpandukan kepada ayat 19 dan ayat 85, Surah ali-Imran.
Last edited by burungantu on 20-2-2013 12:50 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ia juga selaras dengan firman Allah dalam sepotong ayat (mafhumnya): "a |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pun tak tahu kenapa tapi petikan ni tak mau masuk...asyik hilang sekerat...so saya harap sekeart tu cukup utk kita faham..."ISLAM" adalah sebenarnya agama yg drp dulu hingga kiamat....
selalu timbul salah faham tentang ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah...
Saudara nobito....banyakkan bersabar....Sesungguhnya Umat Islam tu bersaudara.....Baik dari kaum jin atau Manusia...baik dari apa bangsa sekalipun....
Syaidina Bilal R.A tu...tetap seorg sahabat Rasullullah yg antara yg termulia....bangsa berkulit gelap..
Syaidina Salman Al farisi pun tak sama bangsa kita.....dah tau ..gelarnya pun farisi...
Imam Al Bukhori pun orang Bukora...khurasan....sekarang kita panggil Uzbek...dulu Russia...pun bukan bangsa kita...
Imam Syafii pulak Arab....diterima penuh orang Asia tenggara..
so on...so on...
Saya boleh habiskan band/w sini dgn taip ni ja....
So...kalau yg Tuan beci Melayu.....pastikan Tuan benci "keburukan" si Melayu tu....Cinta dan Beci lah KERANA ALLAH TAALA...
Orang Melayu & jawa & Bugis dan England pun ada kata...."Jangan marahkan Nyamuk...Kelambu dibakar"
Jangan kerana marahkan Melayu...Islam di bakar...
Allah jadikan kita berbangsa bangsa suruh kenal mengenal berkasih sayang....
Last edited by burungantu on 20-2-2013 11:52 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 19-2-2013 04:12 PM 
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Tak boleh berfaham begini Tuan Nobito...
Assalamualaikum burungantu,
Ghaser teman....................si Nobito ini BUKAN lah oghang Islam.
Dier nak agar oghang Islam yg mahu murtad, tidak di kenakan Hukuman Bunuh.
Especially oghang Islam yg asalnya dari agama laen.
Itu di antara ISU di sini.
Ingatkan dari awal td, ISU nya mengenai Para Penceramah/Pendakwah menghina Nabi Isa a.s.
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Macam yang aku postkan awal2 lagi sebenarnya isu En. Nobito nie adalah[quote] benci sama melayu islam (orang awam) yang rata2nya tidak mempunyai ilmu dakwah al maklumlah mmg kebanyakkan orang awam mcm aku la contohnya tidak mempunyai ilmu agama yang sangat mendalam sehingga mampu berdakwah kepada non muslim tentang islam tetapi yang aku frust sebenarnya En. Nobito nie teleh mengheret sampai ke pringkat ustaz/ulamak melayu itu yg aku marah sangat mengapa sampai ke tahap begitu????sepatutnya sebelum En. Nobito menghina ustaz dan para ulama anda perlu meneliti hadis nabi ini dahulu ini kerana tuduhan2 anda terhahap mereka adalah sangat berat......
Ada hadis yang menjelaskan mengenai beberapa ciri ulama dan hampir keseluruhannya mengulas mengenai akhlak dan keperibadian serta sikap terhadap perkara hak dan batil dan sikap terhadap pemerintah. Hadis Riwayat Ahmad menyatakan, "Gambaran ulama di muka bumi adalah seperti bintang di langit yang memberi petunjuk dalam kegelapan di daratan dan lautan.
Apabila bintang berkenaan hilang, maka ditakuti manusia akan tersesat jalan."
Ulama adalah cermin dan pemimpin ummah. Barang siapa yang sentiasa bergaul dengannya bertambah kebaikannya" (Hadis Riwayat Jamaah). Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai keutamaan dan kemuliaan seseorang ulama yang mengamalkan ilmunya berbanding orang yang semata-mata digelar ulama tanpa didukung oleh keluasan ilmunya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya keutamaan dan kelebihan seorang yang alim berbanding seorang abdi (ahli ibadah) adalah seperti kelebihanku berbanding orang yang paling rendah antara kamu. Sesungguhnya Allah, malaikat, makhluk di langit dan di bumi, malah semut di dalam lubang dan ikan di laut sentiasa memohon keampunan untuk orang lain (ulama
selalu membimbing umat ke arah kebaikan). (Hadis Riwayat Imam Tarmizi)
Ketinggian dan kemuliaan kedudukan seorang ulama sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis ternyata bahawa seseorang ulama mempunyai penguasaan ilmu agama yang tinggi dan mendalam. Mereka juga menjadi cermin dan pemimpin umat dalam
menegakkan agama Allah, sanggup mengatakan perkara yang hak.
Taraf ulama adalah tinggi. Oleh itu, ulama disebut sebagai waris anbiya, malah Rasulullah menyebut dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Muliakanlah ulama kerana sesungguhnya mereka adalah pewaris Nabi. Barang siapa yang memuliakan ulama sesungguhnya mereka memuliakan Allah dan Rasul-Nya."
(Hadis Riwayat Iman Khatib dari Jabir).
Berdasarkan hadis berkenaan istilah ulama tidak perlu lagi ditambah seperti ulama-cendekiawan kerana ulama memang mempunyai ciri-ciri cendekiawanan Muslim yang memahami dengan baik al-Quran, as-Sunnah dan ilmu syariat. Ini ditambah pula dengan ketakwaan dan keperibadian yang mulia.
Persoalannya sekarang wujudkah apa yang disebut sebagai ulama jahat?
(as-su'u). Dalam hubungan ini, Rasulullah menyebut dalam beberapa hadisnya bahawa ada orang yang berilmu, mengetahui halal-haram, mengetahui hak dan batil dan memahami al-Quran serta al-hadis sanggup mencampur-adukkan perkara yang hak dan yang batil. Inilah yang dikatakan ulama yang menyeleweng (ulama syirar, as-syin, fasik).
Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "apakah amal perbuatan yang paling utama?" Baginda menjawab, "Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan." Sahabat berkenaan bertanya lagi, "manusia yang bagaimana yang paling buruk?"
baginda menjawab, "ulama yang selalu membuat kerosakan." (Hadis Riwayat Jamaah).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Rosaknya agama disebabkan tiga perkara, iaitu faqih (ahli agama) yang jahat, pemimpin yang zalim dan orang yang bodoh tetapi mahu berijtihad." (Hadis Riwayat Dailami dari Ibnu Abbas).
Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin memberi peringatan mengenai wujudnya ulama yang membinasakan dirinya sendiri tetapi ingin menyelamatkan orang lain. Ini bermaksud ulama jenis ini berusaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk orang lain, tetapi secara diam-diam mereka sendiri mengejar kedudukan dan harta duniawi.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Ketika seseorang dicampakkan ke dalam neraka jahanam pada hari kiamat dan bertaburan isi perutnya, ahli neraka lain bertanya: "mengapakah anda jadi begini sedangkan anda sentiasa menyuruh kami berbuat baik dan mencegah kemungkaran?" Dia menjawab: "Ya benar saya menyuruh kamu semua berbuat baik tetapi saya tidak
melakukannya dan saya yang melarang anda tidak melakukannya tetapi saya sengaja melanggarnya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Beberapa peringatan berkenaan menunjukkan wujudnya ulama yang tidak menepati ciri-ciri ulama. Apa yang penting ialah ilmu dan penghayatannya serta niat seseorang. Ulama yang berhati bersih, jujur, teguh pendiriannya dan mengutamakan Allah serta RasulNya tetap berpegang teguh pada prinsip dan amanah. Mereka memahami bahawa Allah melaknat mereka jika taraf ulama
yang ada pada diri mereka diselewengkan.
Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan yang jelas dan petunjuk setelah kami nyatakan kepada manusia dalam al-Quran, mereka dilaknati Allah dan dilaknati semua makhluk yang dapat melaknati mereka."
(al-Baqarah-159)
Ulama yang menunjukkan sikap jujur, bersih dan ikhlas demi menegakkan kalimah Allah dan syiar Islam, merekalah yang "Ulama warasatul anbiyaa".
Bagaimanapun, ulama yang mengingkari perjanjian dengan Allah serta mempunyai niat untuk kepentingan diri sehingga sanggup mengorbankan nilai ulama dan imej ulama umumnya perlu kembali ke pangkal jalan. Mereka perlu menghayati sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: "Seorang ulama yang menggunakan ilmunya untuk mencari keredhaan Allah, maka segala sesuatu akan tunduk dan kagum kepadanya. Tetapi jika dia menggunakan ilmunya hanya untuk mendapatkan harta dunia, maka hilanglah sesuatu daripadanya." (Hadis Riwayat Dailami) - |
|
|
|
|
|
|
|
hmm kat sini baru aku nampak belang sbenor nobito..... |
|
|
|
|
|
|
|
sepul posted on 20-2-2013 04:13 PM 
Macam yang aku postkan awal2 lagi sebenarnya isu En. Nobito nie adalah[quote] benci sama melayu isla ...
Ulama ini disebut sebagai Ulama Dunia...aku pernah baca dalam satu buku dimana penulis mengupaskan isu Ulama Dunia dalam satu tajuk...
Kita kena berhati2 sebab pengikut Dajjal itu juga terdiri dari kalangan Muslim tetapi fasiq dan munafiq...dan mereka yang layak masuk ke Baitul Maqdis itu adalah orang2 beriman yg bukan sahaja Muslim
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan ash-Shabi-iin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (QS. Al-Baqarah: 62)
Dan orang2 beriman itu adalah yang menunaikan solat 5 waktu, mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengakui keesaan Allah dan mengetahui Imamnya untuk dipohon Syafaat di akhirat kelak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|