|
orangbesi posted on 2-1-2013 12:57 PM 
yg kami dok gebang ni, sory leee
kami ni memang jenis kuat gadoh nyeee
maklumlah ada ...
Ikut hadis tu maksudnya boleh baca, tp kalau nak baca kena berwudhuk kan?
Jdnya kalau amalan biasa ambil wudhuk & baca Al-Quran, kalau dalam haid pun sama la kan....
itu kalau ikut hadis tu la....
salah ker betul pemahaman sy ni....
dalam pada tu, skrg sy tinggalkan amalan mbca Al-Quran ketika dlm haid, takut tersalah buat pulak...
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 2-1-2013 03:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
burungantu posted on 2-1-2013 02:14 PM
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdullillah...
Masyaallah, janganla ckp macam tu. Saya ni jahil sgt psl agama ni. Baru ja nak belajar semua ni. Sebab terlalu rasa berdosa jiwa rasa celaru & rasa tenang bila berserah pd Allah. Skrg cuma Allah saja dpt bg ketenangan. Walau rasa sgt malu sbb cuma ingat Dia bila bermasalah tp hanya Dia jerla yg sy ada.
Saudara semua lg berilmu dari saya... |
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 2-1-2013 03:37 PM 
Masyaallah, janganla ckp macam tu. Saya ni jahil sgt psl agama ni. Baru ja nak belajar semua ni. S ...
bismillahirrohmanirrohim
alhamdulillah, semoga sholawat dan salam sentiasa tercurahkan kepada suri tauladan kita nabi muhammad penutup para rosul, seluruh keluarganya, segenap para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik sehingga lah hari kiamat, amma ba'du;
sekadar ingin memberi pencerahan dengan perkongsian fatwa dari para ulama' yang tsiqoh(terpercaya), insyaALLOH. secara ringkasnya majoriti ahli ilmu berpendapat tidak boleh seorang muslim menyentuh mushaf (al-qur'an) jika dia tidak berwudhu'.
selain itu tidak mengapa bagi orang yang berhadats kecil untuk membaca al-qur'an asalkan dia tidak menyentuhnya (dengan cara hafalan atau mushaf dipegang oleh orang lain).
akan tetapi bagi orang yang berhadats besar (janabah), hendaknya dia tidak membaca al-qur'an. dalil bagi hal ini adalah hadits yang diriwayatkan oleh Ali (semoga ALLOH meridhoinya) bahawa nabi shollallohu 'alaihi wa sallam pernah keluar dari tempat buang hajat, lalu beliau membaca ayat dari al-qur'an kemudian beliau shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda : "hal ini diperbolehkan bagi orang yang tidak junub. adapun orang yang junub, maka hal ini tidak diperbolehkan baginya meskipun hanya satu ayat. " riwayat imam ahmad dengan sanad yang jayyid (bagus).
maksud hadits di atas, bahawasanya orang yang dalam keadaan junub tidak boleh membaca mushaf meskipun dia tidak menyentuhnya sehinggalah dia dalam keadaan suci, iaitu mandi.
bersambung..insyaALLOH
|
|
|
|
|
|
|
|
irbadh posted on 2-1-2013 10:47 PM 
bismillahirrohmanirrohim
alhamdulillah, semoga sholawat dan salam sentiasa tercurahkan kepada sur ...
berkenaan dengan masalah mengenai perempuan yang haid atau nifas untuk membaca al-quran, memang benar terdapat perbezaan pendapat dari kalangan para ulama', iaitu yang melarang dan yang membolehkan.
pendapat yang lebih kuat dan benar dari sisi pendalilan adalah pendapat yang membolehkan dengan syarat mereka tidak menyentuhnya secara langsung kerana tiada dalil lagi yang ditemukan yang menunjukkan larangan bagi mereka dalam hal ini.
dalilnya adalah bahawa nabi shollallohu 'alaihi wa sallam pernah bersabda kepada aisyah (rodhiyallohu-anha) ketika aisyah mengalami haid pada waktu berhaji: "lakukanlah apa saja yang dilakukan jama'ah haji lainnya selain tawaf di ka'bah, hingga engkau suci." diriwayatkan oleh bukhori dan muslim dalam kitab shohih mereka.
adapun hadits ibnu umar: "janganlah wanita haid dan orang yang junub membaca sedikit pun dari al-qur'an", maka hadits ini dalah hadits dhoif (lemah) kerana para ulama' ahlul hadits menemukan kecacatan berkenaan status orang yang meriwayatkan hadits tersebut, ALLOHu ta'ala 'alam bisshowab.
|
|
|
|
|
|
|
|
irbadh posted on 2-1-2013 11:12 PM 
berkenaan dengan masalah mengenai perempuan yang haid atau nifas untuk membaca al-quran, memang be ...
dan solusi bagi permasalahan saudari adalah memperluaskan skop dzikir itu kepada selain membaca al-qur'an (dengan tidak menafikan keutamaan membaca al-qur'an).
- termasuk dzikir sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama' adalah tasbih (subhanalloh), tahmid (alhamdulillah), tahlil (la-ilaha-illalloh) dan takbir (ALLOHu akbar).
- juga menyebut nama-nama ALLOHu ta'ala (asmaul husna) adalah salah satu bentuk dzikir.
- sholawat kepada nabi shollallohu 'alaihi wa sallam (dengan sholawat yang diajarkan oleh nabi shollallohu 'alaihi wa sallam, iaitu sholawat di dalam duduk tasyahud. bukan sholawat yang direka-reka oleh manusia yang mengandungi makna yang bathil bahkan boleh membawa kepada syirik seperti sholawat nariyah dan bermacam-macam jenis lagi, wALLOHul musta'an).
adapun yang lebih utama selesai sholat fajr (dalam kes saudari boleh baca sementara tunggu matahari meninggi) adalah membaca dzikir yang sesuai dengan tuntunan nabi shollallohu 'alaihi wa sallam. contoh seperti:
أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ (aku memohon ampun kepada ALLOH dan bertaubat kepada-Nya)
dibaca 100 kali
dan banyak lagi kalau nak senaraikan semua kat sini. untuk maklumat lanjut boleh dapatkan kitab kecil 'hisnul muslim' (perisai muslim) karangan dr. said wahf al qaththani yang sudah pun diterjemahkan kepada bahasa melayu dan juga indonesia yang banyak terdapat di pasaran, ALLOHul musta'an.
Last edited by irbadh on 12-1-2013 12:06 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
when you in with sanitary pad .. pakai ipad aahh .. or lappy ..
tak yah wuduk pun ..
if tak boleh baca .. boleh dengar yang membaca .. rite
something good .. better rather than doing nothing ..
a simple solution to ponder with ..
wassalam
 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by irbadh at 1-8-2017 06:18 PM
irbadh posted on 2-1-2013 11:47 PM 
dan solusi bagi permasalahan saudari adalah memperluaskan skop dzikir itu kepada selain membaca al ...
tambahan:
berkenaan kalam 'perbezaan umatku adalah rahmat', kalam ini perlu kepada perincian. Akan tetapi, ianya adalah satu kekeliruan sekiranya ianya disandarkan kepada nabi shollallohu 'alaihi wa sallam kerana ia bukanlah hadits nabi shollallohu 'alaihi wa sallam dan sebagaimana komentar para ulama' ahlul hadits.
dan lebih jelas lagi kalam ini bertentangan dengan firman ALLOH ta'ala yang bermaksud:
dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) ALLOH dan janganlah kamu bercerai berai... (ali imron: 103)
maka (zat yang demikian) itulah ALLOH Tuhan kamu yang sebenarnya; maka tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan. maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)? (yunus: 32)
Jikalau Tuhan mu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhan mu......... (huud: 118-119 )
kesimpulan di sini adalah pesanan betapa pentingnya persatuan di kalangan kaum muslimin. adapun perbezaan pendapat di kalangan para ulama' dalam mengeluarkan sesuatu pendapat adalah hasil dari ijtihad mereka yang diberi udzur oleh ALLOH ta'ala. adapun bagi kaum muslimin amnya haruslah kita berusaha semampu kita untuk mempelajari deen (agama) kita, aw kama qol alhadist (hasan): "menuntut ilmu (agama) itu wajib bagi setiap muslim."
tidak dinafikan belajar ilmu agama itu perlu bimbingan dari para ulama sebagaimana sabda nabi shollallohu 'alaihi wa sallam: "sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. sungguh mereka hanya mewariskan ilmu, maka barangsiapa mengambil warisan tersebut, dia telah mengambil bahagian yang banyak."
dan kalam para ulama' itu dinilai dengan kesesuaiannya yang diambil dari al-quran dan assunnah dengan mengikut kefahaman para shohabat nabi shollallohu 'alaihi wa sallam (semoga ALLOH meridhoi mereka semuanya).
akan tetapi jika terdapat ikhtilaf yang sangat kuat di antara pendapat para ulama' sehingga seorang muslim tidak mampu untuk mengetahui mana yang benar, maka dia boleh bertaqlid kepada orang yang dia percayai ilmu dan agamanya, dan tidaklah dia dibebani dengan beban yang lebih dari ini. adapun mencari keringanan (bermudah-mudah) dalam fatwa para ulama' untuk menyesuaikan dengan keinginan hawa nafsu kita, maka ini adalah perkara yang tercela wALLOHu ta'ala a'lam. manakala untuk mengenal siapa itu para ulama' pewaris nabi, perlu pembahasan khusus tentang ciri-ciri mereka, wALLOHul musta'an.
semoga sholawat dan salam sentiasa tercurah kepada nabi muhammad, seluruh keluarganya dan segenap sahabatnya, dan segala puji hanyalah milik ALLOH Robb sekalian alam.
Last edited by irbadh on 4-1-2013 01:59 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 3-1-2013 12:14 AM 
salam
when you in with sanitary pad .. pakai ipad aahh .. or lappy ..
saya setuju dengan pandangan ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
kegunaan technology yang memberi manfaat ..
d'waktu yang d'perlukan ..
wassalam
 |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 3-1-2013 06:36 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
NorAddin posted on 3-1-2013 06:28 PM
salam
kegunaan technology yang memberi manfaat ..
Thanks utk semua sharing.
Dah download pun....

|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
all d'best pada sambongan pengamalan .. insyAllah
wassalam
 |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamuallaikum Innrukia,
May Allah have mercy upon you and guide you to the right path, Ameen. Dulu saya, sama dengan saudari, memang jahil tentang perkara ni. Alhamdullilah, setelah puas mencari jawapan kepada soalan yang sama, akhirnya, insyAllah, saya diketemukan dengan guru pengajian saya, SubhannAllah.
Juga, saya ada mendengarkan ceramah yang membenar apa yang dinyatakan disini bahawa ada dua pendapat, yang satu tidak membenarkan dan yang satu membenarkan. Tetapi seperti yang dikatakan oleh irbadh, yang membenarkan adalah berdasarkan sunnah yang sahih. Guru pengajian saya yang berasal dari Yemen, menyatakan bahawanya, gurunya yang juga sorang sheikh(di malaysia lebih dikenali sebagai Ustaz, insyAllah), diperbolehkan wanita membaca surah Al-Quran ketika haid.
Tentang wuduk, adalah sunnah untuk kita mengambil wuduk sebelum tidur dan tidak ada pulak yang menyatakan bahawa wanita yang datang haid tidak boleh mengambil wuduk sebelum tidur. Jadinya, dari sini tidak salah jika kita hendak mengambil wuduk, insyAllah. Maaf, sunnah-sunnah link yang saya ada dan juga fatwa-fatwa/pendapat-pendapat yang saya ada, adalah dalam bahasa english. Tetapi, jawapan yang diberikan oleh Irbadh jika dibaca dengan teliti sudah mencukupi, InsyAllah.
Surah Yassen adalah antara salah satu surah di dalam Al-Quran dan dengan lebih pendek, wanita berhaid adalah dibenarkan membaca al-quran, insyAllah. Alhamdullilah, dengan technology sekarang, saya mengunakan ipad saya ketika haid untuk membaca Al-Quran.
Allaah knows best.
Link untuk perkara ini :[
http://islamqa.com/en/ref/2564/r ... ring%20menstruation
Last edited by gigity on 17-3-2013 11:25 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|