CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
Post time 7-11-2012 10:14 AM | Show all posts
UsuFie posted on 7-11-2012 10:01 AM
Yuhuu......

Arjuna...takda hapdet kah...

Usu...lamanyaaaa tak berjumpa di alam maya..ehhehe


Owhhh juna sila laa updateeeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2012 10:57 AM | Show all posts
Amboi cik smiley lama menghilang tau2 dah ada cerita baru.........
intro yg menarik lain dari cerita2 awak yg terdahulu..........
walau pun lambat update tapi cerita awak pasti ada garisan penamat
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 12:07 PM | Show all posts
freddianza posted on 7-11-2012 10:14 AM
Usu...lamanyaaaa tak berjumpa di alam maya..ehhehe



Freddieeee......muah..muah...muah....

sihat..? dah jumpa calon...??? ahaks..!

yelah..kena cari port baek punya baru boleh jumpa....



harap TT tak marah yer...



Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 02:13 PM | Show all posts
UsuFie posted on 7-11-2012 12:07 PM
Freddieeee......muah..muah...muah....

sihat..? dah jumpa calon...??? ahaks..!

hahahahaha.calonnnnnn..erkkkkk
abg meaty tak dapat telepati cheq lagi nampaknya.hahahaaa



p/s;sorrt yer tt tumpng rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 02:53 PM | Show all posts
freddianza posted on 7-11-2012 02:13 PM
hahahahaha.calonnnnnn..erkkkkk
abg meaty tak dapat telepati cheq lagi nampaknya.hahahaaa:l ...

haha... siannya fred. silap bertelepati kottt

kaka juna punya cerita kompem ada penamat cuma sakit gak la nak menuggu

silalah memuculkan diri ya!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 02:57 PM | Show all posts
freddianza posted on 7-11-2012 02:13 PM
hahahahaha.calonnnnnn..erkkkkk
abg meaty tak dapat telepati cheq lagi nampaknya.hahahaaa:l ...



entah2 sensor telepati mu tu cop ayam tak..

tu sb abg meaty tak dapat2...


errr..mana tuan rumah ni...

hapdetlah..





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2012 09:35 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 6-11-2012 10:11 PM
jgn bimbang jgn ragu
citer kaka wpun merapu
selalu lambat tapi tetap TAMAT

smiley
ana tahu yg smiley akan tamatkan citer nie
tp jgnlah lama sgt bubuh new N3 yea
x tahan dan larat menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 09:37 PM | Show all posts
BTW nie cerita 3 segi antara elly ---- redza ------ yuyu
dan akan adakah seorg lagi hero kg dusun yg bakal smiley perkenalkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2012 11:26 PM | Show all posts
Salam.

She's baaaaccckkkkk..... (refering to you lah, Smiley@sang Arjuna).... Yeay......
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 09:03 AM | Show all posts
ermmm...tuan rumah x free erkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 09:24 AM | Show all posts
Salam Kak Juna...

Baru hari ni berkesempatan nak baca....

Next please...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 10:46 AM | Show all posts
alhamdulillah ada cite baru akhirnya,harap citer ini adalah penghujungnya..jgnlah gantung citer tak bertali ,tak daya nak nunggunya !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2012 11:08 AM | Show all posts
UsuFie posted on 6-11-2012 05:30 PM
Wah...best..best...

Cinta 3 segi..? atau bersegi2..

ada banyak pilihan cinta 3 segi ni

bapa Redza - nurul - redza  pun boleh... kekekkek

Tok Nah - Tan Sri Effendy - Puan Sri ---- versi warga emas

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2012 11:08 AM | Show all posts
wardah75 posted on 8-11-2012 10:46 AM
alhamdulillah ada cite baru akhirnya,harap citer ini adalah penghujungnya..jgnlah gantung citer tak  ...

kalau umur panjang adalah penghujung nya, insyaallah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2012 11:09 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 8-11-2012 09:24 AM
Salam Kak Juna...

Baru hari ni berkesempatan nak baca....

welkam Nikki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2012 11:11 AM | Show all posts
shahrinas posted on 8-11-2012 09:03 AM
ermmm...tuan rumah x free erkkk...

semalam tak free... hari ni free sikit
esok lusa tak free ( kasi tahu awal awal so dat tak ada yg tunggu buah tak jatuh)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2012 11:11 AM | Show all posts
auntieagony posted on 7-11-2012 11:26 PM
Salam.

She's baaaaccckkkkk..... (refering to you lah, Smiley@sang Arjuna).... Yeay......  ...

salam auntieagony

nice to see you again
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2012 11:13 AM | Show all posts
fatehana posted on 7-11-2012 09:37 PM
BTW nie cerita 3 segi antara elly ---- redza ------ yuyu
dan akan adakah seorg lagi hero kg dusun y ...

cinta bersegi segi kot


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2012 11:15 AM | Show all posts
Bab 4

Seawal pukul 7 pagi, dua van sudah sampai di depan rumah Tok Nah. Krew pengambaran mula memunggah peralatan. Nurul menjengah dari tingkap bilik. Ada tiga lelaki lebih kurang sebaya. Eh... bila tengok betul betul dua lelaki ori dan seorang lelaki buatan sendiri. Tanpa membuang masa mereka memulakan tugas memasang lampu dan kamera. Pasu bunga Tok Nah di atur semula mengikut citarasa mereka. Darah Nurul mula menyirap. Pandai pandai saja! Tak minta kebenaran tuan rumah pun. Takpe ...  sabar je

Nurul ke dapur untuk membantu Tok Nah  menyiapkan sarapan. Perintah di beri untuk memasak sebungkus bihun. Sambil bihun di rendam, dia mengupas bawang dan memotong sayur.  

“ Banyaknya Tok masak” kata Nurul sambil mengunyah cekodok pisang yang sudah tersedia di bawah tudung saji. Pisang berangan dari kebun belakang rumah memang sedap.

“ Budak budak yang kerja buat iklan tu mesti nak makan. Kesian pula kat dia orang” Tok Nah membancuh kopi.

“ Tok ni baik sangat. Biarlah dia orang pergi makan kat gerai hujung jalan tu.”

“ Eh, kamu ni! Kita tuan rumah, kena lah rai tetamu.  “ balas Tok Nah sambil menumis. Nurul mengherotkan mulut.

“ Bawa cekodok dan kopi ke depan. Jemput dia orang makan. Nanti Tok bawa keluar bihun”

Ketika Nurul keluar, sebuah kereta lagi sudah sampai. Range Rover hitam menarik perhatian Nurul. Aku rasa aku pernah naik kereta ini. Alamak! Dia terpaku di beranda.

“ Eh, tengok tu. Lawa siott!” komen salah seorang krew sambil menyiku temannya.

“ A’ah. Baik suruh dia jadi talent. Lagi sesuai dari Cik Kiah Pekasam Muka Masam tu. “ Tawa ketiga mereka meletus.

Lelaki yang keluar dari Range Rover itu memandang mereka. “ Korang bertiga dah siap buat kerja ke?”  Nafas Nurul yang tadi tersekat di kerongkong sudah di lepaskan. Kegugupannya lenyap.

“ Dah set up. Tapi kena check storyboard balik semula. Takut ada angle yang dah tukar tapi tak inform kita orang.” kata si pengkid.

“Kita tunggu talent sampai dulu lepas tu kita go through the storyboard. Senang buat kerja sekali harung” Lelaki tinggi lampai bermata sepet itu berjalan ke arah Nurul. Kulitnya agak “ tanned”. Susah nak pastikan keturunannya.

“ Hi, saya Mike. Terimakasih sebab benarkan kami guna rumah Cik untuk shooting hari ni.” Tangannya yang di hulurkan di sambut oleh Nurul. Senyumannya lebar hingga matanya yang sepet hampir terkatup. Giginya putih dan cantik teratur. Cute juga pakcik ni.

“ Saya Nurul. Ini rumah pusaka nenek I sebenarnya. I harap krew you berhati hati dengan barang barang dalam rumah ni, ya. Banyak sentimental value.” Tegas Nurul. Lelaki ini tentunya boss agensi pengiklanan.

“ Don’t worry. Kita cuma shoot di beranda dan garden saja. We will be very careful. By the way , ini card I” Sekeping kad berwarna hitam dengan tulisan oren di sambut Nurul.

Michael Lee
Creative Director
Trapezium Communications

Nurul merenung kad di tangan. Belum sempat dia meluahkan soalan yang berlegar di minda, tiga orang krew tadi menghampiri mereka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2012 11:19 AM | Show all posts
“ Mana Ray?” tanya salah seorang dari lelaki tadi

“Semalam entah macam mana dia terjatuh dalam longkang. Kena kejar cik Ponti kot. Kaki dia terseliuh, dia tengah urut. Kalau dah okay nanti, dia datang.  Tapi aku suruh dia  rehat dulu. Shoot hari ni bukan susah sangat pun. Eh, mari saya kenalkan,  Burn, Zuhri dan Shark. Ini Nurul. ”  Mereka sekadar menegur “ Hi”, “ Apa khabar?” “ Nice to meet you”

“ Cik Nurul tak berminat nak jadi model iklan ke?” tanya Shark the pengkid. Shark nama pendek untuk Shakira atau Shakila agaknya.Nurul menggeleng sambil tersenyum

“ Saya sibuk. Kerja saya tak tentu masa. Jemputlah minum” dia mempelawa. Tok Nah keluar membawa mihun yang baru di goreng. Sekejap saja mihun tinggal setengah mangkuk. Cekodok pun laku.

“ Terimakasih makcik. Saya Michael. Susah susah saja makcik siap semua ini.” Bahasa Melayunya fasih. Tak ada telo Cina langsung

“ Pandai Michael cakap Melayu. Kawin dengan orang Melayu ke?” Tok Nah mula beramah mesra

“ Saya belum kawin lagi makcik. Bujang trang tang tang. Mak dan bapa saya Baba Melaka. Kita memang cakap Melayu di rumah”

Sebuah kereta Estima masuk ke perkarangan rumah Tok Nah. Empat penumpang yang turun menjadi tumpuan perhatian terutama seorang gadis muda yang cantik tapi berwajah cemberut.

“ Ha.. tu dia talent dah sampai. Tengok muka Cik Kiah Pekasam bukan main masam” kata Burn. Krew yang lain ketawa mengekek.

“ Mike! Where is Ray? Dia kata nak jemput I tapi batang hidung pun tak nampak. I  call pun tak pick up” Nyaring suara gadis yang memakai baju bertali halus di bahu dan seluar linen putih yang agak jarang. Kau ingat orang kampung nak tengok sangat seluar dalam warna merah kau?

“ Dia tak sihat. He twisted his ankle last night. Let me introduce you. Nurul,  Makcik Maznah, ini Kiki pelakun utama  dan Abang Ramli and Kak Tina yang jadi ibu dan bapa Kiki. Yang tengah angkat beg tu make up artist, Aida.”  Kiki atau Cik Kiah senyum segaris ketika menghulur tangan. Dia memandang Nurul dari atas ke bawah. Competition! Riak mukanya tak selesa. Rasa tergugat melanda. Ramli, Tina dan Aida lebih mesra.

“ Mana I nak tukar baju dan mekap?”  tanya Kiki. Aida memegang beberapa pasang pakaian dan beg mekap yang besar.

“ You boleh guna bilik I” jawab Nurul dalam nada terpaksa.

“ Thanks” Aida senyum mesra. Kiki jalan menonong masuk ke bilik.

“ Bilik you tak ada aircond ke? Panas lah. I tak tahan. Karpet pun tak ada. Keraslah lantai kayu ni.Nanti kematu pula tapak kaki I ” Bebel  Kiki sambil mengipas diri dengan majalah yang di ambil dari meja sisi katil. Dia membelek kosmetik atas meja solek Nurul. Macam mana orang kampung ni dapat Bobbi Brown dan MAC?

Berlagak! Kutuk Nurul dalam hati. Ingat aku hairan sangat setakat model grade C. Tengku Azura, Nasha Aziz dengan Amber Chia pun aku dah jumpa dan mereka jauh lebih ramah.

“ Dapat bilik pun dah bagus. Macam kau tak biasa tukar baju dalam kereta bila shooting. Jangan banyak bunyi lah nyah”  dengus Aida.

“ Oooo.... nyah ke? Saya ingat dia PMS tadi”  Selamba Nurul bagi sedas. Muka Kiki merah bila yang lain ketawa terbahak bahak. Padan muka minah kerek. Tak habis habis berlagak diva!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.063320 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list