CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Aahil_adha

Fatwa Ulama Warisatul Anbiya terhadap Fahaman Hulul dan Wahdatul Wujud

[Copy link]
Post time 2-11-2012 10:26 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 2-11-2012 12:29 AM
Tamsilan yg benar macam mana pulak ..... Bila 'ulama' pun diam dan suruh diam ?

Bintang nak ulang, itu cuma kata-kata sarkastik dari Ibn árabi kerana ramai yang tak faham isi kitab dan puisinya. Jadi jangan membacanya jika menambah lagi kekufuran kamu kepada Tuhan.

Seperti ibu/bapa melarang anak-anak kecil memanjat, kerana dikhuatiri jatuh. Sedangkan bapa nak memanjat takpe sebab bapa dah ahli dalam panjat memanjat dan tau camne untuk tidak membahayakan diri.

Diam bukan bermaksud kelu, tetapi diam menutup malu seandai silap dalam penafsiran sedang si ahli syair tiadalah bermaksud demikian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 10:44 AM | Show all posts
Aahil_adha posted on 2-11-2012 05:01 AM
Wassalam.

Saya banyak persoalan terhadap kamu tentang apa kamu tempek pepanjang ni, tambah lagi ...
Saya banyak persoalan terhadap kamu tentang apa kamu tempek pepanjang ni, tambah lagi dari mana kamu kutip sebab bercampur campur. tapi biar saya selesaikan Isu Ibnu Araby R.A dengan tuan @Nazrulism berdasarkan hujah saya dahulu.



Hayyaaa abang Andak, ini bukan kutip-kutip cam pungut buah rambutan luruh laaa.... buatlah research, selain buku dan berguru. Bermula dengan membaca syair-syair Hamzah Fansuri kajian oleh Abdul Hadi W.M. dalam bukunya, Tasawuf Yang Tertindas Kajian Hermeneutik Terhadap karya-Karya Hamzah Fansuri juga Risalah Tasawuf dan Puisi-Puisinya juga kajian beberapa ulama dari mesir dan malaysia (tak dapat beri nama buku sebab bintang kat tempat lain sekarang ni). Hasil dari syair hamzah fansuri ia berlanjutan kepada Ibn árabi kerana Hamzah telah dituduh penganut wahdatul Wujud sekali gus mengaitkan dengan al Hallaj.


Tapi Satu yang Benar, Al-Hallaj R.A solat sunat sebelum dihukum. Orang Wahdatul Wujud tak solat. Sebab rasa dah kenal, dah rasa diri tuhan. Jadi tanda dia merasa hamba, bukan tuhan. Imam Ibnu Araby juga solat, dia berasa hamba, tuduhan keatas beliau adalah palsu, direka supaya membenarkan golongan sesat seperti fatwa beberapa ulama. Tengok perbuatan harian beliau sahaja bukti merasa hamba.



Kalo abang Andak lihat pengamal Wahdatul Wujud tak solat, maka depa tu bukan pengamal Wahdatul Wujud tapi penyesat kepada Wahdatul Wujud. Depa cuma mengaitkan Wahdatul Wujud untuk kata depa ni sufi da dekat dengan Tuhan. Solat tuh kulit jah, yang penting isi (batin).. haaa tu dia wonder ujud.


Nanti kita sama-sama bincang pasal ni, dan lihat point bintang dalam memperkatakan tentang Hallaj. Dan meski beliau dinobatkan kafir oleh sesetengah ulama sehingga dihukum bunuh, sampai saat ini bintang masih berpegang beliau adalah Islam yang taat malah teramat taat.

Bukankah Yazid juga menghukum membunuh cucu Nabi saw?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:09 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 2-11-2012 02:05 AM
Yg berjalan di atas air dikata sihir
yg terbang melata KL-NY dikata science...
Pendek akal~

Bintang membacanya dengan sarkastik yang apik, bang Uteh
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:28 PM | Show all posts
Mari kita lihat betapa falsafahnya al Hallaj dalam berkata-kata:  (bintang melihat kebijaksanaan yang terbiar)


Pertemuan Ibrahim ibn Sam’an dengan Husain bin Mansur al Hallaj -  Kutipan dari Buku Husain bin Manshur al Hallaj.


Aku melihat al Hallaj pada suatu hari di masjid al Mansur: Aku memiliki 2 dinar dalam sakuku dan aku berpikir untuk menghabiskan wang itu untuk hal-hal yang melanggar hukum. Seseorang datang dan memintah sedekah.Dan Husain bin Mansur al Hallaj berkata:

"Ibnu Sam’an berikanlah sedekah  dengan apa yang kamu simpan di dalam jubahmu."

aku terdiam dan menangis,  ” oh syeikh, bagaimana engkau mengetahui hal itu?”

Al Hallaj berkata: "Setiap hati yang mengosongkan diri dari yang selain Allah, dapat membaca kesedaran orang dan menyaksikan apa yang ghaib”.

Ibnu Sam’an berkata:  ”Oh, syeikh ajarilah aku sebuah hikmah."

Kemudian berkata al Hallaj:  ”Orang yang mencari Tuhan dibalik huruf miim dan ain akan menemukan-Nya .Dan seseorang yang mencarinya dalam konsonan idhafah antara alif dan nun, orang itu akan kehilangan Dia. Kerana Dia itu Maha Suci, di luar jangkauan fikiran dan di atas yang terselubung, yang berada di dalam diri setiap  orang. Kembalilah kepada Tuhan, Titik Terakhir adalah Dia. Tidak ada “Mengapa” di hari akhir kecuali Dia. Bagi manusia “ma - iaitu miim dan ain” milik Dia berada dalam miim dan ain makna ma ini adalah Tuhan Maha Suci. Dia mengajak makhluk terbang menuju Tuhan. “miim” membimbing ke Dia dari atas ke bawah. “ain”membimbing ke Dia dari Jauh dan Luas.

Heheee... faham tak?

Abang Uteh @Dzulqarnain ... meh sini tolong terjemah huruf-huruf neh   
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 02:28 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 1-11-2012 03:16 PM
Tentang wahdatul-wujud, Ibnu 'Arabi mengatakan bahwa wujud itu adalah satu. Wujud makhluk adalah w ...
Tentang wahdatul-wujud, Ibnu 'Arabi mengatakan bahwa wujud itu adalah satu. Wujud makhluk adalah wujud al-khaliq. Pada hakekatnya tidak ada perbedaan antara keduanya. Pembedaan itu hanya dalam rupa dan ragam saja.
Ibnu Arabi berkata: “Tuhan itu memang benar ada dan hamba itu juga benar ada Wahai kalau demikian siapa yang di bebani syariat? Bila engkau katakan yang ada ini adalah hamba, maka hamba itu mati atau (bila) engkau katakan yang ada ini adalah Tuhan lalu mana mungkin Dia dibebani syariat?” (Fushulul Hikam hal. 90).


Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 02:32 PM | Show all posts
bintang posted on 1-11-2012 08:08 PM
Menjawab posting abang Ngah  
Thoulk ~ seorang pemerhati al-Hallaj menafsirkan bahawa dia (al Hallaj) ketika menyatakan penyatuan berada dalam keadaan fana'. Atau boleh juga dikatakan sebagai cara al-Hallaj untuk menghadapi para fuqaha pada masa itu. Atau juga, seperti telah disebutkan di atas, diduga kuat bahawa hulul, menurut al-Hallaj, berciri figuratif dan bukannya real.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata : “Tidak diragukan lagi oleh ahlul ilmi dan iman bahawasanya perkataan tersebut termasuk sebesar-besar kekafiran dan yang paling berat. Ia lebih jahat dari perkataan Yahudi dan Nashrani, karena Yahudi dan Nashrani beriman dengan sebahagian dari isi Al Kitab dan kafir dengan sebahagiannya, sedangkan mereka adalah orang-orang kafir yang sesungguhnya” (Majmu’ Fatawa, juz 11 hal. 401).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2012 04:22 PM | Show all posts
bintang posted on 1-11-2012 08:08 PM
Menjawab posting abang Ngah  

Bagi mrk-mrk yg mengambil konsep penyatuan hamba dgn Allah...

Dalam al-Luma’, As Sarraj membuat satu sub judul dengan nama “Bab Fi Dzikr Ghalath al-Hululiyyah” (Bab dalam menjelaskan kesesatan kaum Hululiyyah);
Beliau menjelaskan bahwa orang-orang yang berakidah hulul adalah orang yang tidak memahami bahwa sebenarnya sesuatu dapat dikatakan bersatu dengan sesuatu yang lain maka mestilah keduanya sama-sama satu jenis. Padahal Allah tidak menyerupai suatu apapun dari makhluk-Nya, dan tidak ada suatu apapun yang menyerupai-Nya. Kesesatan kaum hulul ini sangat jelas, mereka tidak dapat membezakan antara Qadim dan Muhaddas. Bagaimana mungkin Zat Allah menyatu dengan hati atau raga manusia ?! Yang menyatu dengan hati dan menetap di dalamnya adalah keimanan kepada-Nya, menyakini kebenaran-Nya, mentauhidkan-Nya dan ma’rifah kepada-Nya. Sesungguhnya hati itu adalah makhluk, maka bagaimana mungkin Zat Allah dan sifat-sifat-Nya akan bersatu dengan 'hati' makhluk-Nya sendiri ?! Allah maha Suci dari pada itu semua (as-Sarraj, al-Luma', h. 541-542).

Jgn sampai kita hanyut dlm perasaan kita sendiri, disbbkan kita membaca dan minat dgn puisi2nya yg indah tp kita jauh drpa kefahaman yg sebenar. Imam Syafi'i pernah ditanya tentang sifat-sifat Allah yang harus diimani, maka beliau menjawab, :
"Allah memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang telah dikabarkan oleh kitabNya dan dijelaskan oleh NabiNya kepada umatnya. Tidak seorang pun boleh menolaknya setelah hujah (keterangan) sampai kepadanya karena Al-Qur'an turun dengan membawa nama-nama dan sifat-sifat itu. Maka barangsiapa yang menolaknya setelah tegaknya hujah, ia adalah KAFIR. Adapun sebelum tegaknya hujah, ia adalah ma'dzur (diampuni) karena kebodohannya, sebab hal (nama-nama dan sifat-sifat Allah) itu tidak dapat diketahui dengan AQAL dan PEMIKIRAN."

Nah !! jelas bukan, tp mengapa kita masih suka mengambil kefahaman tersembunyi yang makna dan ma'ni, kita sendiri tidak fahami ?! lantas kita menyesatkan ulama'-ulama' sufi/tasawuf/tarikat sesat dsbnya..

Imam Asy-Syafie juga berkata, "Jika engkau melihat pengikut hawa nafsu terbang, aku tidak akan percaya kepadanya, sungguh benar perkataan seorang penyair: "Bila engkau melihat orang boleh terbang, dan berjalan di atas lautan, tetapi ia melanggar batas syariah. Maka, ia adalah orang yang diistidraj dan ia adalah pelaku bid'ah". [ Ibid, I/407 ]


Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 04:25 PM | Show all posts
callmeuncleusin posted on 2-11-2012 02:28 PM
Ibnu Arabi berkata: “Tuhan itu memang benar ada dan hamba itu juga benar ada Wahai kalau demikian ...

Ibnu 'Arabi mengatakan bahwa wujud itu adalah satu. Wujud makhluk adalah wujud al-khaliq. Pada hakikatnya tidak ada perbedaan antara keduanya. Pembedaan itu hanya dalam rupa dan ragam saja. Wujud alam adalah wujud Allah. Allah adalah hakikat alam. Khaliq (pencipta) dan makhluk (yang dicipta) adalah satu. Abid (hamba) dan ma’bud (yang disembah) adalah satu. Kita harus memandang Khaliq dan wujud itu yang kelihatan dua padahal satu wujud dari dua wajah (ain) yang satu. Oleh karena itu dia telah menegakkan faham serbasatu dan menolak faham serbadua (Hamka,1984: Tasawuf, Perkembangan dan Pemurniannya. Jakarta : Pustaka Panjimas.).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 04:32 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 2-11-2012 04:25 PM
Ibnu 'Arabi mengatakan bahwa wujud itu adalah satu. Wujud makhluk adalah wujud al-khaliq. Pada hak ...

Kamu buta ke ?!

Ibnu Arabi berkata: “ Tuhan itu memang benar ada dan hamba itu juga benar ada Wahai kalau demikian siapa yang di bebani syariat? Bila engkau katakan yang ada ini adalah hamba, maka hamba itu mati atau (bila) engkau katakan yang ada ini adalah Tuhan lalu mana mungkin Dia dibebani syariat ?! ” (Fushulul Hikam hal. 90).

Kamu nk ikut versi Ibnu Arabi yg Wahdatul wujud silakan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 04:57 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 2-11-2012 04:25 PM
Ibnu 'Arabi mengatakan bahwa wujud itu adalah satu. Wujud makhluk adalah wujud al-khaliq. Pada hak ...

Kalau kamu nak menjadi Hulul atau Wahdatul wujud ianya memang layak buat kamu krn kamu kurang Faham dgn apa yang org tulis, mukin ni mudah buat kamu...

Syaidina Ali Ibn Abi Thalib berkata:
"Sebahagian golongan dari umat Islam ini ketika kiamat telah dekat kembali menjadi orang-orang kafir."seseorang bertanya kepadanya:"Wahai Amirul Mukminin apakah sebab kekufuran mereka ? adakah kerana merek membuat ajaran baru atau kerana pengingkaran ?".Syaidina Ali Ibn Abi Thalib mebjawab ; "Mereka menjadi kafir kerana pengingkaran. Mereka mengingkari Pencipta mereka (Allah SWT) dan mensifati-Nya dengan sifat-sifat benda dan anggota- anggota badan". [Imam Ibn Al-Mu'allim Al-Quraisyi (w.725h) dalam kitab Najm Al-Muhtadi Wa Rajm Al-Mu'tadi ]
Masih xfaham, saya cadangkan beselawatlah sebanyak mukin... dan selepas itu baca yang nih plak !!

Sheikh Mustafa Al Bakri r.a berkata dlm risalah beliau :-
" Ketahuilah bahawa telah terzahir suatu golongan yg mendakwa diri mereka sebagai ahli Makrifah, namun mereka adalah golongan yg SESAT, takkala mereka mendakwa, wujud mereka yang baharu, berkadar dan terbatas itu, merupakan hakikat wujud Allah SWT itu sendiri yg Qadim. Mereka mendakwa, Zat mereka yang baharu pada hakikatnya adalah zat Allah SWT yang Qadim. Tujuan mereka menetapkan sedemikian adalah untuk mengugurkan ketetapan hukum terhadap mereka, dan menolak TAKLIF daripada diri mereka, maka merekalah yg WAJIB dihukum keluar daripada Agama, ke atas mereka. Merekalah golongan Mu'aththil yang durjana. Mereka sesat lg menyesatkan, kerana mengingkari penciptaan Allah SWT ke atas diri mereka yang baharu, yang jelas menurut syara', dan menolak Islam itu sendiri. Ini suatu perkataan yg tidak penah diucap oleh sebang Orang Jahil, apatah lagi diucap oleh orang alim maupun arif...Demi Allah !!, hendaklah kamu menjauhi mrk"
Masih tak faham !! saya cadangkan kamu mandi bunga je...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2012 05:00 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 2-11-2012 04:25 PM
Ibnu 'Arabi mengatakan bahwa wujud itu adalah satu. Wujud makhluk adalah wujud al-khaliq. Pada hak ...

Kamu ni seboleh-boleh nak pakai fahaman Ibnu Arabi R.A yang palsu (direka penganut Wahdatul Wujud untuk membenarkan kefahaman mereka) semata-mata untuk kamu menolak dia atau mengkafirkan dia. Apa yang kamu benci bebenar dengan dia? dh terbukti ada versi lebih sahih dia bukan Wahdatul Wujud Malah seperti yang saya lampirkan, ada ulama muktabar dah mentahqiq kefahaman beliau. Tapi kamu masih nak snagka buruk kata dia wahdatul wujud.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2012 05:10 PM | Show all posts
Imam Al-Zahabi R.A di dalam kitabnya Mizan al-I’tidal yang dikemaskinikan oleh Imam Ibn Hajar R.A sendiri dalam kitab Lisan al-Mizan (download - dan semak vol. 5). Antara kata-kata al-Zahabi R.A setelah mengemukakan perselisihan ulama tentang Imam Ibn ‘Arabi ialah (3/660):

وقولي أنا فيه: أنه يجوز أن يكون من أولياء الله الذين اجتذبهم الحق إلى جنابه عند الموت وختم له بالحسنى

”Dan pendapat saya mengenai beliau ialah; harus beliau itu dari kalangan wali-wali Allah yang ditarik oleh al-Haq dekat ke sisi-Nya sewaktu mati dan disudahi baginya dengan kebaikan”.

Imam Az-Zahabi R.A mengangkat dan memuliakan Imam Ibnu Arabi R.A,  sementara Imam Ibnu Hajar R.A sendiri mentahqiq declaration beliau, kamu pula sibuk nak burukkan Imam Ibnu Arabi R.A dengan fitnah2 dan fahaman palsu atas nama beliau buat apa. Minta bala ke apa.
Last edited by Aahil_adha on 2-11-2012 05:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 05:15 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 2-11-2012 12:29 AM
Tamsilan yg benar macam mana pulak ..... Bila 'ulama' pun diam dan suruh diam ?

Nazrul kamu nih layak mandi bunga tayar je....kalo tidak pon mandi air tujuh loji,tujuh manhole,tujuh longkang..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 05:16 PM | Show all posts
Aahil_adha posted on 2-11-2012 05:10 PM
Imam Al-Zahabi R.A di dalam kitabnya Mizan al-I’tidal yang dikemaskinikan oleh Imam Ibn Hajar R.A s ...

Melihat dengan sebelah mata ; Dajjal

Banyak menolak kebenaran maka hati akan dipenuhi dengan kepalsuan



Last edited by callmeuncleusin on 2-11-2012 05:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 05:19 PM | Show all posts
callmeuncleusin posted on 2-11-2012 05:16 PM
Melihat dengan sebelah mata ; Dajjal

Banyak menolak kebenaran mati hati akan dipenuhi dengan ke ...

Bukan matanya yang buta,tetapi hati yang buta.....buta peruttttt
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 05:24 PM | Show all posts
Aahil_adha posted on 2-11-2012 05:41 AM
Kamu ni bercerita macam Tak Yakin dengan Allah Ta'ala yang Dia pelihara Ulama' pula?

Sedangkan  ...

Yang Dia pelihara... ulama yang macam mana ?  .... semua aliran mengaku ada ulama, ulama syiah ada yg digelar Imam maksum, ada ulama muktazilah, Jabariah, Qadariah, ulama sufi falsafi, ulama pemerintah, ulama pembangkang dan bermacam2 ulama yang ada.

Tuan ni selagi boleh nak pertikai, sampai fatwa Ulama Muktabar ni pon dia persoal, hebat sheikh, hebat. Kalau begini perangai Pakcik, nape tak pertikai fatwa ulama lain? tak tanye betul ke kitab kitab puak sesat yang sampai kat ulama itu palsu ke ape ke? Kamu nak pertikai mana yang tak kena dengan hawa nafsu kamu je ke?
Tak payahlah melenting ....   Kitab terakhir Abu hassan Assya'ari Al Ibanah juga dikatakan dipalsukan !


Kamu ingat Allah Ta'ala tak jaga ke Ulama Pewaris Nabi SAW, pemelihara agama Allah Ta'ala yang seperti janji Allah Ta'ala :-

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda (Terjemahan) :

"Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman:

"Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku telah mengumumkan perang kepadanya. HambaKu tidak mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang paling Aku sukai dari pada sesuatu yang Aku fardhukan atasnya. HambaKu senantiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan sunnat-sunnat sampai Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya maka Aku menjadi pandangan yang untuk mendengarnya, penglihatan yang untuk melihatnya, tangan yang untuk menamparnya dan kaki yang untuk berjalan olehnya. Jika ia memohon kepadaKu, niscaya Aku benar¬benar memberinya. Jika ia memohon kepadaKu, niscaya Aku benar-benar melindunginya. Dan Aku tidak bimbang terhadap sesuatu yang Aku lakukan seperti kebimbanganKu terhadap jiwa hambaKu yang beriman yang mana ia tidak senang mati sedang Aku tidak senang berbuat buruk terhadapnya". [Hadits ditakhrij oleh Bukhari].

Para syaikh tasawuf  mencari-cari dalih dengan hadits yang berbicara masalah wali. Padahal, segala dalih dan alasan itu tak mendukung mereka.

Hadits ini menunjukan dengan sangat adanya pembedaan dan pemisahan. Dalam hal ini ada 'Abid (yang beribadah) dan Ma'bud (yang diibadahi). Sa-il (yang meminta) dan Mas-ul (yang diminta), 'A-idz (yang minta perlindungan) dan Mu'idz (yang melindungi). Sedang, orang-orang sufi tersebut mengaku bahwa Allah berdiam dalam dzat hambanya. Yaitu, jika Dia menjadi dia dan keduanya menjadi dua dzat yang menyatu.  

Pelik-pelik !  Macammana akal orang-orang sufi tersebut menerimanya dengan cara membenarkan kebohongan ini ?


Orang belum diajar matematik, cikgu mana nak bagi buku Addmath tuan. Kalau haram terus takleh baca langsung, bagaimana ulama muktabar  seperti Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya'roniy R.A  boleh keluar fatwa? Jadi Ulama lebih mengetahui dari kita ni yang daif, watpa kita nak pertikai, kalau nak tahu, kena mengaji, bukan main buat andaian.
Ko nak kata Syeikh Abd Wahhab Asy-Sya'roniy belum belajar 'metamatik' ker.... sebab tu dia diam dan kata haram baca 'addmath' tu. ?

Nampak macam kamu tahu... macam mana keluar fatwa itu ! ... silalah ceritakan.
Atau ini hanya termasuk dalam kaedah bertaklid buta ?


Ini tanyalah kak @bintang . Saya sendiri pon ada beberapa persoalan bab apa dia dok tempek, banyak gaklah, termasuk mana dia kutip, beberapa bab untuk dikomen etc. tapi nak selesai dengan kamu tentang Ulama Ibnu Araby R.A. Saya berdasarkan hujah saya, jangan babitkan saya dengan hujah orang lain pula.
Sekurang2nya... @bintang dah berikan apa yang difahaminya. anda pula bagaimana .... susah sangat ker nak menyatakan pendirian sendiri ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 05:51 PM | Show all posts
callmeuncleusin posted on 2-11-2012 04:32 PM
Kamu buta ke ?!

Ibnu Arabi berkata: “ Tuhan itu memang benar ada dan hamba itu juga benar ada  ...

Kamu yang buta !

Ibnu 'Arabi mengatakan bahwa wujud itu adalah satu. Wujud makhluk adalah wujud al-khaliq. Pada hakikatnya tidak ada perbedaan antara keduanya. Pembedaan itu hanya dalam rupa dan ragam saja. Wujud alam adalah wujud Allah. Allah adalah hakikat alam. Khaliq (pencipta) dan makhluk (yang dicipta) adalah satu. Abid (hamba) dan ma’bud (yang disembah) adalah satu. Kita harus memandang Khaliq dan wujud itu yang kelihatan dua padahal satu wujud dari dua wajah (ain) yang satu. Oleh karena itu dia telah menegakkan faham serbasatu dan menolak faham serbadua (Hamka,1984: Tasawuf, Perkembangan dan Pemurniannya. Jakarta : Pustaka Panjimas.).

Tuhan itu memang benar ada dan hamba itu juga benar ada --> hanya pada rupa dan ragam sahaja, ketika pada rupa dan ragam makhluk ia dibebani syari'at... bila rupa dan ragam makhluk mati/binasa, tiada lagi syari'at (mana mungkin Tuhan dibebani syari'at)

Perkataannya ini hanya untuk meminda sedikit pada fahaman Hallaj yang mengatakan Tuhan masuk ke tubuh manusia... itu untuk menegakkan faham 'Serbasatu'nya dan menolak faham serbadua seperti Hallaj.

Ibnu Arabi berkata: “ Tuhan itu memang benar ada dan hamba itu juga benar ada Wahai kalau demikian siapa yang di bebani syariat? Bila engkau katakan yang ada ini adalah hamba, maka hamba itu mati atau (bila) engkau katakan yang ada ini adalah Tuhan lalu mana mungkin Dia dibebani syariat ?! ” (Fushulul Hikam hal. 90).
@Aahil_adha ....... Fushuh Al hikam ini dipalsukan jugak ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 05:54 PM | Show all posts
AbuJamal posted on 2-11-2012 05:15 PM
Nazrul kamu nih layak mandi bunga tayar je....kalo tidak pon mandi air tujuh loji,tujuh manhole,tu ...

... aku gelakkan sahaja hujjah bernas kamu itu .... ha ha ha.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 06:10 PM | Show all posts
callmeuncleusin posted on 2-11-2012 04:57 PM
Kalau kamu nak menjadi Hulul atau Wahdatul wujud ianya memang layak buat kamu krn kamu kurang Faha ...

Hah.... Bukan ker kamu yang mempertahankan sufi --> yang tak lari dari hulul dan wahdatul wujud itu ?


Syaidina Ali Ibn Abi Thalib berkata:
"Sebahagian golongan dari umat Islam ini ketika kiamat telah dekat kembali menjadi orang-orang kafir."seseorang bertanya kepadanya:"Wahai Amirul Mukminin apakah sebab kekufuran mereka ? adakah kerana merek membuat ajaran baru atau kerana pengingkaran ?".Syaidina Ali Ibn Abi Thalib mebjawab ; "Mereka menjadi kafir kerana pengingkaran. Mereka mengingkari Pencipta mereka (Allah SWT) dan mensifati-Nya dengan sifat-sifat benda dan anggota- anggota badan".
Lihat konsep2 dalam sufi  --> mensiifatiNya dengan benda2 = kejadian alam dari Nur Muhammad dari Dzat Allah ! dan secara tidak langsung mengingkari pencipta yang sifatNya Maha Mencipta.
dan tambah satu lagi --> membuat ajaran baru dengan falsafah mereka, siap ada kitab yang diterima secara ilham laduni yg disampaikan oleh malaikat dan kitab yg diajarkan oleh Nabi s.a.w dalam mimpi mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2012 06:16 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 2-11-2012 05:24 PM
Yang Dia pelihara... ulama yang macam mana ?  .... semua aliran mengaku ada ulama, ulama syiah ada ...
Kamu ni bercerita macam Tak Yakin dengan Allah Ta'ala yang Dia pelihara Ulama' pula?

    Sedangkan  ...
Yang Dia pelihara... ulama yang macam mana ?  .... semua aliran mengaku ada ulama, ulama syiah ada yg digelar Imam maksum, ada ulama muktazilah, Jabariah, Qadariah, ulama sufi falsafi, ulama pemerintah, ulama pembangkang dan bermacam2 ulama yang ada.

Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali R.A berkata:

“Ada dikatakan: lima akhlak yang merupakan ciri-ciri ulama’ akhirat, yang disimpulkan dari lima ayat Kitabullah, yaitu khasyyah, khusyu’, tawadhu’, husnul khuluq, dan lebih mengutamakan akhirat dibanding dunia – yakni: zuhud.

Adapun akhlak khasyyah (merasa takut kepada Allah), diambil dari firman Allah, “...sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ‘ulama’...” (Qs. Fathir: 28).

Adapun akhlak khusyu’ (tenang dan tunduk kepada Allah), diambil dari firman Allah, “…sedang mereka khusyu’ kepada Allah dan tidak menukarkan ayat-ayat-Nya dengan harga yang sedikit…” (Qs. Ali 'Imran: 199).

Adapun akhlak tawadhu’ (rendah hati dan tidak sombong), diambil dari firman Allah, “…dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman.” (Qs. al-Hijr: 88, senada juga Qs. asy-Syu’ara’: 215).

Adapun husnul khuluq (berakhlak baik), diambil dari firman Allah, “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka…” (Qs. Ali 'Imran: 159).

Adapun akhlak zuhud (lebih mengutamakan akhirat dibanding dunia), diambil dari firman Allah, “Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu! Pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal shalih…” (Qs. al-Qashash: 80).

Dinukil dari kitab Ihya’ ‘Ulumiddin, I/77.


Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya'roniy R.A Tiada ciri-ciri tu ke? Ker kamu pertikai fatwanya sebelum mengenali dia? Kamu sekadar buat tuduhan?

    Tuan ni selagi boleh nak pertikai, sampai fatwa Ulama Muktabar ni pon dia persoal, hebat sheikh, hebat. Kalau begini perangai Pakcik, nape tak pertikai fatwa ulama lain? tak tanye betul ke kitab kitab puak sesat yang sampai kat ulama itu palsu ke ape ke? Kamu nak pertikai mana yang tak kena dengan hawa nafsu kamu je ke?
Tak payahlah melenting ....   Kitab terakhir Abu hassan Assya'ari Al Ibanah juga dikatakan dipalsukan !

Yang bab tu kes Puak Wahabiyyah MENDAKWA “ALLAH DUDUK ATAS ARASY” ADALAH AKIDAH IMAM AL-ASYA’RY berdasarkan kitab Al Ibanah. tertera pada cetakan kitab Al-Ibanah ‘An Usuli Adiyanah oleh Imam Abu Hasan Al-Asya’ry yang diTahkik Oleh Dr. Fauqiyah Husain Mahmoud Prof Di Universiti “ain Syams Kaherah Mesir cetakan 2 Tahun 1987M didapati dalam kitab Al-Ibanah tersebut

Imam Abu Hasan Al-Asya’ary menyatakan : ” Istiwa Allah bukan bersentuhan, bukan menetap, bukan mengambil tempat, bukan meliputi Arasy, bukan bertukar-tukar tempat, bukanlah Allah di angkat oleh Arasy bahkan arasy dan malaikat pemikul arasylah yang diangkat oleh Allah dengan kekuasaanNya, dan mereka dikuasai oleh Allah dengan keagunganNya “

Jadi Hal tu dah selesai. Kalau kamu ada hujah dan dalil nak sangkal, sila bawakan bukti, cakap-cakap kosong, saya buang dalam tong sampah ja, tak laku dalam muzakarah ilmiah, takda adab namanya. Tak belajar adab lagi ya...

Jadi pokoknya kamu masih nak sangkal ke fatwa Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya'roniy R.A? kalau nak sangkal bawa hujah berdalil. takyah dalih dalih. Kala nak sangkal ikut akal hawa nafsu, kami tak layan.


Kamu ingat Allah Ta'ala tak jaga ke Ulama Pewaris Nabi SAW, pemelihara agama Allah Ta'ala yang seperti janji Allah Ta'ala :-

    Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda (Terjemahan) :

    "Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman:

    "Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku telah mengumumkan perang kepadanya. HambaKu tidak mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang paling Aku sukai dari pada sesuatu yang Aku fardhukan atasnya. HambaKu senantiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan sunnat-sunnat sampai Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya maka Aku menjadi pandangan yang untuk mendengarnya, penglihatan yang untuk melihatnya, tangan yang untuk menamparnya dan kaki yang untuk berjalan olehnya. Jika ia memohon kepadaKu, niscaya Aku benar¬benar memberinya. Jika ia memohon kepadaKu, niscaya Aku benar-benar melindunginya. Dan Aku tidak bimbang terhadap sesuatu yang Aku lakukan seperti kebimbanganKu terhadap jiwa hambaKu yang beriman yang mana ia tidak senang mati sedang Aku tidak senang berbuat buruk terhadapnya". [Hadits ditakhrij oleh Bukhari].
Para syaikh tasawuf  mencari-cari dalih dengan hadits yang berbicara masalah wali. Padahal, segala dalih dan alasan itu tak mendukung mereka.

Hadits ini menunjukan dengan sangat adanya pembedaan dan pemisahan. Dalam hal ini ada 'Abid (yang beribadah) dan Ma'bud (yang diibadahi). Sa-il (yang meminta) dan Mas-ul (yang diminta), 'A-idz (yang minta perlindungan) dan Mu'idz (yang melindungi). Sedang, orang-orang sufi tersebut mengaku bahwa Allah berdiam dalam dzat hambanya. Yaitu, jika Dia menjadi dia dan keduanya menjadi dua dzat yang menyatu.  

Pelik-pelik !  Macammana akal orang-orang sufi tersebut menerimanya dengan cara membenarkan kebohongan ini ?

Tuan ni bingung ke? Ulama bukan Wali Allah Ta'ala ke?  Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya'roniy R.A (Ulama Mujtahid MUktabar) bukan dikira Wali Allah ke? Allah Ta'ala tak pelihara dia ke pakcik? Jangn ler dengki sangat dengan ulama.

"Sedang, orang-orang sufi tersebut mengaku bahwa Allah berdiam dalam dzat hambanya."

Itu Iktiqad hulul, sedangkan saya bawa thread ni dengan hujah ulama menyanggah hulul, yang kamu nak kaitkan puak sufi yang sesat dengan saya buat apa? kamu pening dah ke? tak baca tajuk dan isi ke? adeh....


Orang belum diajar matematik, cikgu mana nak bagi buku Addmath tuan. Kalau haram terus takleh baca langsung, bagaimana ulama muktabar  seperti Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya'roniy R.A  boleh keluar fatwa? Jadi Ulama lebih mengetahui dari kita ni yang daif, watpa kita nak pertikai, kalau nak tahu, kena mengaji, bukan main buat andaian.
Ko nak kata Syeikh Abd Wahhab Asy-Sya'roniy belum belajar 'metamatik' ker.... sebab tu dia diam dan kata haram baca 'addmath' tu. ?

Nampak macam kamu tahu... macam mana keluar fatwa itu ! ... silalah ceritakan.
Atau ini hanya termasuk dalam kaedah bertaklid buta ?

Bila masa saya kata Syeikh Abd Wahhab Asy-Sya'roniy belum belajar "matematik"? Cuba jangan kornar, kalau dia tak mahir, camne dia nak keluar fatwa tu kalau tahqiq kitab Ibnu Arabi R.A? tolong sikit kalau ye pon kencing, biar la jgn bersepah sgt. Cuba baca balik bebetul. Rasanye tuan tak buta lagi


    Ini tanyalah kak @bintang . Saya sendiri pon ada beberapa persoalan bab apa dia dok tempek, banyak gaklah, termasuk mana dia kutip, beberapa bab untuk dikomen etc. tapi nak selesai dengan kamu tentang Ulama Ibnu Araby R.A. Saya berdasarkan hujah saya, jangan babitkan saya dengan hujah orang lain pula.
Sekurang2nya... @bintang dah berikan apa yang difahaminya. anda pula bagaimana .... susah sangat ker nak menyatakan pendirian sendiri ?

Tuan ni mengantuk gamaknya, kang kate biot marah, yang saya buka thread menentang hulul dan wahdatul wujud tu bukan pendirian saya ke? ntah hape hape cara kornar mamat ni, mcm budak kurang matang pon ada, melatah tak tentu arah
Last edited by Aahil_adha on 2-11-2012 06:20 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.124564 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list