CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KPCorelle

Pinggan Mangkuk

[Copy link]
 Author| Post time 22-8-2012 03:10 PM | Show all posts
MamaMima711 posted on 22-8-2012 07:59 AM
aku antara yg tak kisah pinggan jenis apa asal cantik dan murah tapi sejak 10 thn kerja ni, tetiba b ...

Setuju. Bila aeda tetamu datang, bukan makanan saje kita hidang dgn elok dan sedap. Peralatan seperti pinggan mangkuk untuk menghidangkan makanan pun sangat penting. Apabila kita guna pinggan mangkuk yang cantik dan lebih tinggi nilainya, itu tanda betapa kita menghormati dan menghargai tetamu yang kita jemput (bagi yang mampu). Dulu saya hanya beli pinggan kaca/ porcelain yang harga tak sampai RM 5 sekeping. Tapi bila kami dijemput oleh rakan-rakan untuk sesuatu jamuan, mereka menyediakan pinggan mangkuk yang cantik dan berjenama. Rasa terharulah pulak. Bila tiba nak jemput orang datang makan, barulah perasan yang pinggan mangkuk yang sedia ada tidak 'presentable'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2012 04:39 PM | Show all posts
bab pinggan mangkuk ni, my dad yg suka perabih duit...duk beli correlle je asal ada design baru je suh org survey nk beli ...tp ok lah sbb mmg pkai hari2...hari raya pn org dtg bleh guna....mcm td pn kenduri my cousin pengantin mkn pn pnjam pinggan sume dr ktorg...tpaksa la bg yg latest n plg jarang pkai...

dgr2 td mama plak sebuk kata kna cri lg 2 set ni, incase org nk mai guna pnjm lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2012 07:07 PM | Show all posts
faraway1 posted on 22-8-2012 08:07 AM
dulu masa me balik malaysia,
me belikan corelle tuk semua adik beradik yang dah kahwin, my best f ...

Corelle buatan di USA. Mesti ia lebih murah kat US. Kat M'sia, kita kena import Corelle dari sana. Cuba kira, dari proses pembelian, penghantaran, upah pekerja, sewa kedai, duti import, income tax,  berapa kos kena ditanggung oleh peniaga. Bukan semua stok boleh habis dijual dalam masa terdekat. Ada di antaranya sampai bertahun lamanya. Design yang terdapat kat US atau kawasan di luar dari Asia Pasific, org kat M'sia tidak dapat order terus. Mereka akan suruh kita rujuk kpd corelle di region asia pacific. Jadi sekarang ni, org kat M'sia berkesempatan utk membeli design-design lain di internet.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 07:09 PM | Show all posts
KPCorelle posted on 22-8-2012 05:07 AM
Corelle buatan di USA. Mesti ia lebih murah kat US. Kat M'sia, kita kena import Corelle dari sana. ...

kesimpulan sila ada saudara mara yang menetap kat US
murah sikit kos nak beli atau pakai aje apa apa pinggan,
corelle adalah tahap pinggan biasa biasa aje tanpa apa apa
keistimewaan..

dan me andaikan u ialah penjual corelle yek.. Last edited by faraway1 on 22-8-2012 05:31 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2012 07:39 PM | Show all posts
faraway1 posted on 22-8-2012 07:09 PM
kesimpulan sila ada saudara mara yang menetap kat US
murah sikit kos nak beli atau pakai aje a ...

Berbeza kat M'sia. Corelle dikatakan kategori yg mahal di sini. kat US ia mungkin lihat lebih murah sbb currency US adalah lebih kuat dari M'sia. Exchange rate hari ni USD 1 = RM 3.155.  Kalau kat kat US 70 dollar, sini dah RM 220 belum kena tax dll. Jadi ia jenama standard utk kategori pendapatan sederhana. Bukan semua org yang bernasib baik ada saudara mara kat US nun. Ada pilihan lain lagi utk memilikinya. Di shopping complex pun ada jual bah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2012 08:38 PM | Show all posts
Aku penjual Corelle? Ya, saya jual Corelle atas dasar minat. Ini kerja sampingan aku & nak jadikan ia hobi baru.  Saya jual apa yang aku minat dan sememangnya saya semakin menyukai pinggan jenama Corelle. kalau Corelle pinggan tu sgt biasa, tak akan nak hadiahkan benda yang biasa biasa aje kat adik beradik, mak & best fren kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2012 09:50 PM | Show all posts
KPCorelle posted on 22-8-2012 05:39 AM
Berbeza kat M'sia. Corelle dikatakan kategori yg mahal di sini. kat US ia mungkin lihat lebih m ...

kita melihat corelle dari sudut berbeza
berdasarkan harga yang kita lihat



Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 09:54 PM | Show all posts
KPCorelle posted on 22-8-2012 06:38 AM
Aku penjual Corelle? Ya, saya jual Corelle atas dasar minat. Ini kerja sampingan aku & nak jadikan i ...

bagi orang malaysia yang menginap di malaysia,
corelle adalah pinggan biasa
yang dijual dengan harga tak diterima akal, jadi dari biarkan
dorang beli dari penjual yang jual dengan harga melampau,
baik me belikan, betul tak...  
me bagi free aje lagi, save duit dorang ratus ringgit Last edited by faraway1 on 22-8-2012 08:57 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2012 10:57 PM | Show all posts
tak ada salahnya bagi free kat keluarga terdekat & sahabat handai. Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah (bermula dari keluarga). Setakat satu dua utk dibawa menerusi penerbangan,apa masalahnya. Cuba bawa lebih, kat kastam tu boleh lepas atau tidak (kecuali ada laluan istimewa tak boleh nak kata apa). Kalau guna kontena, berapa kali balik M'sia guna kontena? Melampau? Berbanding dgn harga jualan di pasaraya, dah kira murah tu. Org yg berada di luar negara dpt pakai kereta yg dikatakan mewah spt toyota, honda, porche, lexus, mercedes, bmw....dgn harga yang jauh lebih murah. Cuba tengok kat M'sia. Kereta toyota camry bernilai RM 170k++. Bila bagi tau kat org putih, terjuling mata dengar harga kereta kat M'sia. Kalau pendapatan menggunakan USD, Euro, AUD, Sterling Pound ke , bolehlah hidup lebih mewah kat M'sia sbb semua currency itu 3 atau 4 kali ganda lebih dari RM. Beli nasi lemak pun tak sampai USD 1. Singapore Dollar pun lebih kuat dari RM. Itu sebabnya berlambak org Sg masuk Johor utk membeli belah. Siapa-siapa yang ada kat M'sia boleh cuba beli kat Amazon. Lihat kos shipping ke M'sia. Lepas tu anda akan lebih memahaminya.  "There is no such thing as a free lunch."




Last edited by KPCorelle on 23-8-2012 08:24 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 11:01 PM | Show all posts
KPCorelle posted on 22-8-2012 08:57 AM
tak ada salahnya bagi free kat keluarga terdekat & sahabat handai. Tangan di atas lebih baik dari ...

u bercakap dari sudut orang jual pinggan,
me bercakap dari orang yang kesihan melihat
orang bayar mahal untuk pinggan murah...

merc tu memang diketahui mahal
walau di ovc sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 11:40 PM | Show all posts
haha...thread nie buat ku angkat pinggan and check brand aper erk pinggan yg ku guna nie...oh! corelle rupanyer....nie pinggan yg amik dari umah mak....anyway, pinggan mangkuk kat umah ku campur2...yg ku beli sendiri seingat ku...kat ikea, kat shopping mall, kat tesco pun ada...

Citer psl pinggan corelle nie, agak2 sesuai tak kasi kat org as their house warming gift? Last edited by midori888 on 22-8-2012 11:41 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2012 11:47 PM | Show all posts
faraway1 posted on 22-8-2012 11:01 PM
u bercakap dari sudut orang jual pinggan,
me bercakap dari orang yang kesihan melihat
orang baya ...

Berbanding dengan pinggan mangkuk yang dijual kat M'sia, pembeli kereta kat M'sia lagi bayar dgn lebih sehingga cecah beribu-ribu. Orang yang berniaga hanya membuat tawaran kepada orang yang ingin membelinya. Sebagai pengguna, perlu bijak untuk memilih. Ada siapakah yang nak berniaga kalau tak dapat untung? Jadi peniaga pun banyak risikonya.
Saya bukan saja cakap dari sudut org jual pinggan, tapi juga org yang menggunakannya dan juga meletakkan diriku sebagai orang yang membesar di Malaysia. Tuhan bagi setiap orang rezeki yang berbeza. Dari segi rezeki yang dapat, setiap orang pandai-pandailah membuat pilihan masing-masing apa yang nak dibeli.
Adakah harga yang aku tawarkan dikatakan melampau? Saya jual pinggan Corelle dengan harga dari RM 299 (termasuk kos penghantaran ke rumah). Bandingkan harga ni dengan harga pasaran kat US dan bukan direct factory. Masihkah harga sebegini melampau? Cuba bandingkan kalau rakyat M'sia nak order terus dari US atau mana-mana negara lain. Harga pos lebih mahal dari harga pinggan.
Saya pun duduk kat oversea, tapi aku tak rasa orang M'sia pakai pinggan Corelle itu adalah biasa. Sebab apa? Sebab ramai orang yang pakai pinggan ni dari golongan cendekiawan. Bukan semua orang berpeluang duduk kat oversea. Contoh yang mudah. Orang yang tidak pernah kelaparan tidak akan hairan dengan secebis makanan yang tinggal. Tapi bagi orang yang kelaparan yang melampau seperti yang ada kat Afrika, secebis makanan itu bagaikan emas yang jatuh dari langit. Apabila melihat secebis makanan itu, letakkan diri dlm situasi orang Afrika dan kita akan lebih menghargainya dan bersyukur dengan segala yang apa kita ada. Bagi golongan yang kurang bernasib baik, kita banyakkan doa dan sedekahlah setakat yang kita mampu.
Last edited by KPCorelle on 23-8-2012 08:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 11:47 PM | Show all posts
midori888 posted on 22-8-2012 09:40 AM
haha...thread nie buat ku angkat pinggan and check brand aper erk pinggan yg ku guna nie...oh! corel ...

corelle sebagai hadiah, yepp sesuai...
plus corelle cukup dikenali di malaysia..


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 11:48 PM | Show all posts
KPCorelle posted on 22-8-2012 09:47 AM
Berbanding dengan pinggan mangkuk yang dijual kat M'sia, ribuan pembeli kereta kat M'sia lagi kasi ...

kita ada pandangan yang berbeza..
dan ianya hanya corelle, tidak beruntung untuk melawan cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2012 11:53 PM | Show all posts
faraway1 posted on 22-8-2012 11:47 PM
corelle sebagai hadiah, yepp sesuai...
plus corelle cukup dikenali di malaysia..

thanks Fara....lgpun pinggan nie jenis tahan lasak...ku imagine if diorg ada anak2 nanti...takde lah risau anak pecahkan pinggan, yer tak? haha....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 12:11 AM | Show all posts
faraway1 posted on 22-8-2012 11:48 PM
kita ada pandangan yang berbeza..
dan ianya hanya corelle, tidak beruntung untuk melawan cakap... ...

Saya tidak melihat perbincangan ini sebagai lawan tetapi melihatnya sebagai satu interaksi. Daripada interaksi sebeginilah, kemungkinan lebih ramai orang yang akan lebih memahami nilai pinggan mangkuk melalui pendapat seseorang yang duduk kat oversea yang dapat membeli pinggan Corelle dgn mata wang asing negara tersebut dan juga dari sudut orang yang menjual dan mengguna pinggan Corelle. Setiap manusia mempunyai pandangan masing-masing. Saya tidak minta semua utk sependapat dgn saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2012 12:18 AM | Show all posts
KPCorelle posted on 22-8-2012 10:11 AM
Saya tidak melihat perbincangan ini sebagai lawan tetapi melihatnya sebagai satu interaksi. Daripa ...


tetapi berbincangan ini tidak membawa kemana mana atas pandangan berbeza,
so me tamat disini aje plus
pada me corelle tetap pinggan murah yang dijual overpriced di malaysia..
dan harap perniagaan u berjaya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 12:25 AM | Show all posts
faraway1 posted on 23-8-2012 12:18 AM
tetapi berbincangan ini tidak membawa kemana mana atas pandangan berbeza,
so me tamat disini aj ...

Terima kasih di atas kesudiaan anda untuk menceriakan thread ini. Perniagaan ini akan berjaya dengan sokongan peminat Corelle di Malaysia. Semoga anda pun sihat selalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 08:23 AM | Show all posts
midori888 posted on 22-8-2012 11:40 PM
haha...thread nie buat ku angkat pinggan and check brand aper erk pinggan yg ku guna nie...oh! corel ...

terfikir utk memberi pinggan jenis Corelle merupakan satu idea yang baik dan bernas.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 08:28 AM | Show all posts

Mengapa pilih pinggan jenama Corelle? Antara sebab-sebabnya:
*Tahan pecah
*Menjimatkan ruang disebabkan rekaannya yang nipis dan boleh dimampatkan
*Boleh dicuci dengan menggunakan Dishwasher
*Corak tidak mudah luntur
*Selamat digunakan dlm Microwave
*Tahan retak
* Ringan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.079900 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list