CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Abangcute

Strategi Mengembangkan Agama Islam Dalam Erti Kata Sebenar

[Copy link]
 Author| Post time 12-8-2012 09:23 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 12-8-2012 02:10 AM
Salam TT,

Bg saya 'Islam' sudah pn berkembang meliputi seluruh tanah di bumi kini.

Jawapan untuk kata-kata Tuan dah ada dalam Al-Quran kerana Allah dah jawab kalau nak tau... Sebenarnya Al-Quran menceritakan perihal manusia yang bersangka-sangka. Jangan bimbang, sama-sama Tuan dan saya belajar Al-Quran kerana kita manusia yang lemah. Allah LEBIH KENAL KITA dari yang kita sangka... Wallah Hualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2012 09:48 AM | Show all posts
Dalam Yassin menceritakan perihal yang Tuan ceritakan (Dzulkarnain). Sila baca dan fahamkan, kisah yang sama menceritakan perihal diri manusia yang bersangka dan apa yang penting jawapan untuk sangkaan Tuan Dzulkarnain dan dinsmann.

Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
(Yaa Siin 36:22)

"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
(Yaa Siin 36:23)

"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
(Yaa Siin 36:24)

"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.
(Yaa Siin 36:25)

(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -
(Yaa Siin 36:26)

"Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".
(Yaa Siin 36:27)

Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
(Yaa Siin 36:28)

(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.
(Yaa Siin 36:29)

Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.
(Yaa Siin 36:30)

Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).
(Yaa Siin 36:31)

Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
(Yaa Siin 36:32)

Agama Itu Nasihat. Kembalilah kepada Al-Quran dalam erti kata sebenar sebelum berhujah. BERI DALIL kalau dah kata BERILMU. Nak takut apa kalau BENAR PADA JALAN ALLAH. Saya pun tak buat cerita macam-macam tapi kalau dah tak der bukti NYATA dari Allah, ish macam manalah rupa Iman kita agak-agaknya? Kita lempar rukun Iman "percaya kepada Kitab-kitab" dekat TONG SAMPAH ke? Nauzubillah

Mohon maaf kalau menyinggung perasaan Tuan/Puan. Saya sebenarnya Takut Firman Allah dari apa yang Tuan/Puan sampaikan. Kalau Tuan/Puan ada idea yang lebih baik dari yang saya sampaikan (STRATEGI) dialu-alukan kerana SAYA TAK NAMPAK PUN STATEGI TUAN/PUAN ke arah kebaikkan UMMAH. Yang saya nampak BUILD and DESTROY the theory. Itu Theory orang Barat dan saya DAH LEBIH DARI PERINGKAT PROF = INFINITY THEORY kerana ada Al-Quran aje boleh luku kepala Theory Yang SEPATUTNYA Tauk aje dalam Tong Sampah. Teory Barat banyak pentingkan dunia dan didik untuk takut mati dan itulah kunci JAUHNYA MANUSIA DARI ALLAH akan tetapi Allah jua yang Maha Mengetahui Segala-galanya kerana SEMUANYA MILIKNYA. Allah dah siapkan Al-Quran untuk hadapi Theory orang barat dan maslahat Umat Islam. So, jadilah MUSLIM dan MUSLIMAT dalam erti kata sebenar (diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara). Wallah Hualam
Last edited by Abangcute on 12-8-2012 10:10 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2012 10:16 AM | Show all posts
dinsmann posted on 11-8-2012 09:49 PM
Beriman kepada Al-Quran adalah mempercayai dengan sebenarnya kandungannya adalah kata-kata dari Alla ...

Letakkan nafsu pada kalammullah tak mengapa, dah tentu selesai masaalah dunia. Masaalahnya, zaman ler nih nafsu lain yang datang sedangkan Kalammullah TAK PERNAH BUKA (baca celah lagi ler-> solat perghhh SETAHUN SEKALI kot?). Contoh lain untuk tatapan umum dan merenungkan, kalau nak DENGKI, dengkilah pada mereka-mereka yang HAFIZ Al-Quran dan mereka-mereka yang INFAQ harta ke jalan Allah dalam erti kata sebenarnya - kerana ITU SUNNAH BAGINDA. Zaman ler ni dengki tak bertempat. Last2 syok sendiri mendengki sedang setan dok SYOK GAYUT mimpi-mimpi indah dalam minda..... hua hua hua...

Apa pun mohon ampun kalau tersalah kata... mintak pencerahan kalau ada yang lebih baik dari ini... Wallah Hualam
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 01:15 PM | Show all posts
Abangcute posted on 11-8-2012 04:45 PM
Boleh Tuan beri satu aje CONTOH kepada saya perihal yang Tuan katakan dalam satu situasi yang ada  ...

Ramai orang apabila boleh membaca alquran seterusnya akan melihat pula akan maknanya namun kebanyakkan nya mengambil makna secara terus begitu. Sepatutnya kita membuat rujukan lebih lanjut keatas kitab-kitab tafsir yang ada berkaitan setiap ayat yang kita cuba terjemahkan supaya makna yang cuba disampaikan oleh ayat alquran itu menepati apa yang ditafsirkan. Jadi ia bukan sahaja melibatkan hukum tetapi melibatkan makna dan situasi dimana ayat-ayat itu diturun kan sendiri. Apabila kita hendak mengaplikasikan dengan kehidupan kita hari ini maka kita perlu melihat dari konteks yang betul sebelum kita melaksanakannya.

Okey saya kata kita perlulah memperbaiki diri kita dan keluarga kita dahulu kerana apa yang saya jumpa didalam masyarakat kita ramai yang tahu sedikit tetapi cuba menyampaikan mengikut cita rasa sendiri dengan menambah logik akal. Kita bimbang jika kita terjerumus kedalam golongan orang2 seperti kata Rasullullah s.a.w bahawa diakhir zaman ramai orang yang cetek agama tetapi bercakap pasal agama.

Pandangan saya seorang suami perlulah mendalami ilmu-ilmu agama islam dahulu seperti cara2 bersembahyang dengan betul dengan sempurna kemudiannya ia mengajar kepada ahli2 keluarganya. Suami menjadi imam bila bersembahyang di rumah dan memastikan setiap ahli keluarga menjadi makmum kepadanya. Kemudian apabila beliau bersembahyang di masjid atau surau beliau juga akan membawa bersama-sama ahli keluarganya untuk bersembahyang berjemaah. Disamping itu beliau juga perlu mendidikmereka akhlak-akhlak yang baik supaya ia diamalkan oleh seluruh ahli keluarga. Apabila satu keluarga telah mengamalkannya maka ia akan terpancar satu cahaya keimanan yang mana ia akan melimpah kepada orang2 sekeliling terutama jiran2. Oleh itu dengan cara itu maka orang lain yang melihat akan kecantikan akhlak dan kerajinan kita menunaikan ibadat apabila kita keluar masuk rumah kita ke surau dan masjid maka mereka akan rasa terpegun dan akhir nya tertarik untuk mengikut kita bersama-sama. Saya tidak mengatakan atau membuat andaian sahaja malah perkara ini telah saya peraktikkannya selama ini dan alhamdullillah ia berjaya mengajak ramai orang kesurau dan masjid.

Menggunakan akhlak yang baik amatlah berkesan dalam mengembangkan islam kerana ia sebenarnya lebih touching berbanding kita menggunakan kata-kata dakwah yang sememangnya semua orang tahu. Memang lumrah manusia apabila kita menggunakan ayat2 alquran untuk berdakwah sekurang2nya didalam hatinya akan memberontak jika ia bertentangan dengan mereka tetapi jika kita menggunakan akhlak yang baik dan contoh yang kita tunjukkan maka ia kemudiannya akan memberikan satu peluang kepadanya untuk kembali kejalan yang lulus.

Pandangan saya sebenarnya tidak memundurkan islam tetapi ia sebenarnya membuka laluan kearah satu jalinan keluarga dan kemasyarakatan. Ini kerana kita juga bertanggung jawab keatas masyarakat. Wallahualam....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2012 09:39 PM | Show all posts
syarih posted on 12-8-2012 01:15 PM
Ramai orang apabila boleh membaca alquran seterusnya akan melihat pula akan maknanya namun kebanya ...

Cuba Tuan buka buku perihal hadis cara-cara memperkembangkan Islam yang dianjurkan oleh Baginda Rasullullah SAW. Saya tak mahu menjelaskan disini kerana BORING NAK TERANGKAN  kerana kalau TUAN bersama dengan HADIS JELAS dan AYAT YANG JELAS maka selesailah pertanyaan yang diterangkan, tak bermaksud kata2 Tuan SALAH tapi RUGI ler kalau KIAMAT AWAL SANGAT. Beli aje buku BIRU perihal Hadis (RM 35-37 aje harganya) atau berwarna hitam (dalam masjid selalunya ada buku2 itu)... Tebal jugak le buku hadis itu.. Sentuhan perlu ada bukan setakat diri sendiri dan keluarga aje, tapi masyarakat yang sudah rosak TERUK dicemari oleh PEMIKIRAN-PEMIKIRAN SEKULAR MACAM TUAN. Islam NO SEKULAR kerana jalan yang lurus ada 1 aje dan tak der 2. Tuan berhak untuk berkata-kata tapi apa kata jika saya katakan "kata-kata Tuan bersalahan dengan Sunnah Rasullullah??... kerana zaman dah rosak dan perlu pendekatan nubuwwah yang berkesan". Tak ke geli bila dibaca perihal yang dimaksudkan utk memburukkan lagi kejahilan yang sedia ada? Bayangkan kalau ada seorang wali Allah tiba di kawasan yang Tuan perkatakan, agak2 apa akan terjadi dikawasan yang BERFIKIRAN SEPERTI TUAN? Tak Selesai masaalah dan bertambah lagi UJIAN/BALA. So SOLVE PROBLEM untuk penerangan yang boleh mengakibatkan BALA untuk pengetahuan TUAN yang tidak jelas planet mana Tuan berada sekarang ini. Buka ler paper TIAP2 hari kemudian FIKIRlah itukah yang TUAN MAHUKAN?
Perihal Al-Quran mudah aje nak faham. Tak susah kepada yang memandang Allah atau tahu Allah memandang dirinya. Zaman sekarang ni majoriti pandang DUNIA dan itulah sebabnya Allah dah maksudkan didalam KITABNYA. Contoh : nak kawen pun siap kena HANTARAN BERIBU2. Itu tanda dah rosak dah akidah entah2 akhlak lebih teruk lagik, SIAPA TAU dan sesungguhnya ALLAH JUA YANG TAHU. Untuk pengetahuan Tuan, orang tua-tua dulu mereka-mereka ini sebenarnya sudah lupa KAWEN pun MURAH AJE siap ada COWBOY lagik. Tu yang dikatakan Islam diMalaysia dah LAMA ROSAK kerana pendekatan NUBUWWAH tiada. Dan yang paling teruk, idea Barat, Israil (hadis palsu), Shia dan SEUMPAMA dengannya.
So, utk solve problem semua yang dimaksudkan dibawah tajuk IHSAN. So, nak serongeh ke apa ke, fikirkanlah apa akan terjadi kalau SURAH Yassin ACTIVATE di Malaysia? Surah yang saya sampaikan bertepatan dengan apa yang Tuan mahukan. Ingatlah kepada ASAS/RUKUN Agama Allah = Islam, Iman dan Ihsan. Kalau tak jelas, kembali kepada Yang HAQ untuk bertanya soalan perihal yang dimaksudkan. Allah jua yang lebih berhak menentukan akibat dari kejahilan kita perihal IlmuNYA.

p/s: Nak guna adat ke nak guna Sunnah? Nak baca buku ideologi ke nak baca Al-Quran? Bagi saya TAK KISAH PUN nak jadi apa pun kat dunia ini, asalkan anda semua bahagia dengan TINDAKAN TANPA FIKIR AKIBAT YANG AKAN BERLAKU. Last but not least... PLEASE SUBMIT YOUR DALIL JELAS (Al-Quran atau Sunnah) untuk SUPPORT kata-kata itu bukan REKAAN AKAL kerana perlu TAKUT dengan ALLAH kerana saya hanya menyampaikan ILMU ALLAH. Sepatutnya takutlah dengan ILMU ALLAH dan jgn takut dengan SAYA selaku hamba di dunia ini.

Wallah Hualam.

Mari kita ambil ILMU DARI IMRAN HOSIEN untuk renungan kita yang JAHIL(ada perkara yang saya tak setuju tapi layan aje lah)




Last edited by ussopp on 23-8-2012 08:19 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2012 10:03 PM | Show all posts
Mari kita fikir apa sudah terjadi di Malaysia ada tidak dalam Al-Quran? Dan anda semua BACA DAN FAHAM SENDIRI surah yang saya TUNJUKKAN.

Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.
(An-Nisaa' 4:88)
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka adalah bisu dan tuli, di dalam gelap-gelita. Sesiapa yang Allah kehendaki: akan disesatkannya (menurut peraturan tetapNya), dan sesiapa yang Ia kehendaki: akan dijadikannya atas jalan yang betul lurus.
(Al-An'aam 6:39)
Katakanlah: "Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan agama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): "Marilah bersama-sama kami. "Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
(Al-An'aam 6:71)
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
(Al-A'raaf 7:178)
Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya; dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka.
(Al-A'raaf 7:186)
Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?" Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
(Ar-Ra'd 13:33) -> Jangan banyak GUNA HUKUM AKAL (Nasihat)
Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu tamak (inginkan mereka beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya; dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
(Al-Nahl 16:37) -> Saya tamak nak bagi hint SEMUA MASAALAH ADA DALAM AL-Quran.. tapi kalau tak mau hint itu masaalah anda dengan Allah.
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.
(Al-Israa' 17:97)
Allah jua yang MAHA MENGETAHUI kebenaran
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-8-2012 10:53 PM | Show all posts
Tuan-tuan dan puan-puan. Mengapa hari ini kita lihat orang pandai berkata-kata perihal Islam tapi jahil perihal Islam? Jawapannya
1) Jauh dari Allah (RedaNYA dan RahmatNYA)
2) Jauh dari Al-Quran
3) Jauh dari Sunnah
4) Dekat dengan hukum buatan Manusia (ilmu semasa dan adat)
Bagaimana caranya nak mengembalikan Islam?
1) Rukun Islam
2) Rukun Iman
3) Ihsan
4) Untuk mempelajari 3 di atas BACA dan FAHAMILAH (Al-Quran dan Sunnah)

Jika sesiapa yang menyatakan BACA dan FAHAM Al-Quran kepada yang beriman MENYESATKAN, jawapan saya = Itulah orang yang Allah sesatkan. Bacalah surah Al-Baqarah Allah menerangkan dengan JELAS. Sifat manusia itu LALAI. Sifat manusia itu SOMBONG. Sifat manusia itu DERHAKA. Solution dah diberikan. Maka pakat2lah jadi hambaNYA dalam erti kata sebenar. Allah Jua Yang Mampu Membantu kita dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2012 11:01 PM | Show all posts
Mari renungkan FALSAFAH yang saya CIPTAKAN
1) Allah mencipta 1 nama untuk kegunaan/tanda kebesarannya terhadap semua makhluk di bumi namanya HUJAN, manusia memerlukan berapa banyak benda untuk mencipta hujan tiruan dengan bantuanNYA?
2) Allah mencipta 1 nama iaitu MANUSIA dan tugasnya menjadi khalifah dengan izinNYA, berapa banyak manusia diperlukan untuk MEMULIHKAN keadaan dunia dalam erti kata fitrah tanpa bantuanNYA (Al-Quran dan Sunnah)
3) Allah mencipta 1 nama iaitu PEREMPUAN dan tugasnya menjadi Teman kepada Si Lelaki dengan izinNYA, berapa banyak perempuan yang diperlukan untuk MEMULIHKAN keadaan nisbah 35:1 untuk lelaki dengan izinNYA?

Kamu nak cipta ilmu Ideologi hebatnya hanya di dunia. Tapi ilmu yang Allah berikan LEBIH DARI YANG KAMU berikan. So, tak perlulah nak bersoal perihal Al-Quran kalau tak faham makna Al-Quran kerana dah jelas FASIK kepada yang tak faham. Allah dah menerangkan dengan jelas dalam surah Al-Baqarah. Gi lah baca Al-Quran. Sengaja tak bubuh habuan ILMU yang BEGUNA. Wallah Hualamm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2012 11:23 PM | Show all posts
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
“Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasingkan itu.” (HR. Muslim no. 208)
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 11:58 PM | Show all posts
dinsmann posted on 11-8-2012 09:49 PM
Beriman kepada Al-Quran adalah mempercayai dengan sebenarnya kandungannya adalah kata-kata dari Alla ...

saya setuju dengan pendapat tuan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:07 AM | Show all posts
Dari apa yang saya pelajari dari tok2 guru dan ustaz2...saya lebih suka merujuk kepada kitab2 tafsir kerana ia menghuraikan lebih lanjut akan setiap ayat alquran itu dan hadis. Jika kita hanya merujuk kepada ayat alquran dan hadis dan menterjemahkan begitu sahaja maka ditakuti kita akan tersalah tafsir pula kerana kita bukanlah orang arab yang memahami bahasa arab.

Jadi bagi saya, saya tak berani nak letakkan sesuatu terjemahan ayat atau hadis sebagai dalil demi menyokong hujah kerana bimbang tersalah tafsir akan merosakkan segala-galanya. Lebih baik kita rujuk kitab2 tafsir.

Tajuk threads ini ialah Strategi Mengembangkan Agama Islam Dalam Erti Kata Sebenar jadi tak perlulah kita hendak menklasifikasikan sesiapa pun melainkan kita mencari jalan bagaimana hendak memperbaiki kualiti dakwah itu sendiri. Ini kerana jika kita berhujah dengan orang munafik sekalipun kita tidak akan menang dan mereka tetap akan menyatakan pendirian mereka adalah betul. Kiamat tidak akan datang cepat atau lambat. Ia telah ditetapkan oleh Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 12:37 AM | Show all posts
saya tak nampak tuan merujuk mana-mana kitab tafsir pun. yang tuan paparkan disini adalah terjemahan dari ayat-ayat alquran itu sendiri dan hadis. Jadi bagaimanakah tuan boleh huraikan ayat alquran tanpa merujuk kepada kitab tafsir? Boleh saya tau tuan dari kolej islam yang mana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 11:59 PM | Show all posts
salam

saya rasa topic ini amat berat .. dan .. luas scope nya ..
tapi boleh kita zoom in .. dulu .. focusing benda asas .. tapi critical ..

seramai ..
124 000 para nabi
313 para rasul
d'utuskan d'muka bumi ini ..

sebagai orang islam yang beriman ..
kita hanya d'wajibkan ketahui seramai 25 nabi lagi rasul ..

masaalah nya ..
apakah yang d'perjuangkan d'perkembangkan dan d'pertahankan oleh mereka ..?
jawaban dari persoalan ini yang akan dapat kita memahami ..
kenapa dan mengapa mereka d'utuskan d'muka bumi ini ..
jawaban ini lah yang sepatut nya kita mempertahankan dan memperjuangkan dan d'perkembangkan ..
apa jawaban nya .. hehe .. plz answer ..
i dont know .. dont ask me .. hehe

wassalam


p/s ..
jangan salah juang sudah lah ..
nanti boleh jadi fanatic .. extremist .. last last terrorist ..
boleh jadi taliban .. terlibat pulak ..
susah sendiri .. negara .. masyarakat .. hehe
macam pas dan umno ..
hopefully tidak lah kita sedemikian .. bodoh .. insyAllah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 07:55 AM | Show all posts
NorAddin posted on 20-8-2012 11:59 PM
salam

saya rasa topic ini amat berat .. dan .. luas scope nya ..

yg jadi kecohnya bila

ada yg cari nama
ada yg cari harta

jadinya bila dunia fokus utama,Islam (sejahtera) dlm diri sendiri pun tak blh berkembang.


p/s jgn salah faham ye,cari kekayaan mmg Islam galakkan...
Last edited by mr_evergreen on 21-8-2012 08:10 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2012 12:26 PM | Show all posts
syarih posted on 16-8-2012 12:37 AM
saya tak nampak tuan merujuk mana-mana kitab tafsir pun. yang tuan paparkan disini adalah terjemahan ...

Susah ke Tuan nak faham isi Al-Quran? Mari kita belajar hadis
Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.
Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "

Dari Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, daripada Rasulullah SAW, yang bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahas mengenainya. "

Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "
Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "
Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata : " Wahai hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai.
Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.
Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri. "

Kalau tak faham itu urusan kamu dengan Allah. KepadaNYA kita memohon petunjuk dari KESESATAN YANG KITA CIPTAKAN.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2012 12:29 PM | Show all posts
mr_evergreen posted on 21-8-2012 07:55 AM
yg jadi kecohnya bila

ada yg cari nama

Yups... saya sokong dengan Tuan... Sama-samalah kita mencari Pintu TaQwa yang dijanjikanNYA. Insya'allah Allah jua yang berhak menentukanNYA kepada hamba-hambaNYA yang diberi PETUNJUK KEBENARAN. Wallah Hualam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2012 12:37 PM | Show all posts
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kunci untuk berjaya di dunia dan akhirat terletak kepada ILMU YANG BERMANFAAT. Punca Ilmu yang bermanfaat datangnya dari Allah iaitu berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah. Sebelum mengenal ilmu TAKUTLAH kepada Allah dengan melaksanakan terlebih dahulu rukun Islam, rukun Iman dan ihsan supaya sentiasa dibimbing dalam erti kata yang SEBENAR-BENARNYA. Perihal ilmu hikmah (ilmu memahami Al-Quran) tertakluk kepada mereka yang diberi PETUNJUK dan mereka yang mencari TAQWA dalam erti kata sebenar-benarNYA. Sesungguhnya semua ILMU ITU datangnya dari ALLAH. KepadaNYA kita memohon perlindungan dari ilmu yang memudaratkan. Wallah Hualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2012 12:43 PM | Show all posts
Mari kita sama-sama renung :

Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya. '

Ingatlah barang sesiapa yang memegang RUKUN IMAN tapi TIDAK PERCAYA dengan ISI YANG DISAMPAIKAN dalam KITAB AL-QURAN untuk NASIHAT/TEGURAN... bukti jelas TIDAK BERIMAN KEPADA KITAB... MAKA NILAILAH DIRI ANDA BERIMAN ATAUPUN TIDAK.
Ingatlah barang sesiapa yang memegang RUKUN IMAN tapi TIDAK PERCAYA dengan ISI YANG DISAMPAIKAN dalam Sunnah Rasullullah untuk NASIHAT/TEGURAN... bukti jelas TIDAK BERIMAN KEPADA NABI-NABI... MAKA NILAILAH DIRI ANDA BERIMAN ATAUPUN TIDAK
Ingatlah barang sesiapa yang menggunakan HUKUM AKAL tanpa berlandaskan kepada MANA-MANA KITAB atau Sunnah dengan sejelas-jelasnya... sedangkan berpegang SELAIN DARI YANG DIMAKSUDKAN... NILAILAH ILMU YANG ANDA SAMPAIKAN adakah DIREDAI ALLAH ataupun DIISTIDRAJ Allah SWT.

Wallah Hualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2012 01:11 PM | Show all posts
NorAddin posted on 20-8-2012 11:59 PM
salam

saya rasa topic ini amat berat .. dan .. luas scope nya ..

Salam... Biar saya ajar satu ilmu yang KAMU TAK FAHAM dan RAMAI GURU yang TAK FAHAM di seluruh dunia.

Contoh Pemahaman Mudah Untuk Kita Ambil Ikhtibar:

Kisah nabi Ibrahim A.S dan anaknya nabi Ismail. Terfikirkah anda semua KENAPA nabi Ismail sanggup menceraikan isteri-isterinya kerana seorang ayah dan siapakah gerangan orang tua yang menerangkan perihal ayahnya sebelum bercerai? Sebenarnya ilmu kita cetek tapi kalau kita amati seorang bapa yang beriman dan bertaqwa hanya menerangkan perihal lain tapi merujuk kepada masaalah rumah tangga anak-anaknya semata-mata menjaga HATI anak-anaknya. Tapi berapa ramai bapa-bapa dan anak-anak LELAKI yang mengaku beriman dan bertaqwa memahami apa yang dimaksudkan? Perkara simple aje. Kalau seorang anak nak MASUK SYURGA, kalau ayahnya seorang yang beriman dan bertaqwa, TAATLAH walaupun NYAWA TERKORBAN kerana MENTAATI perintah ALLAH,"seorang anak WAJIB TAAT KEPADA AYAHNYA yang BERIMAN DAN BERTAQWA." Soalan sekarang.... TOLONG bagitau ada ke BAPA-BAPA yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dalam erti kata yang sebenar-benarnya dizaman ini seperti CONTOH NABI IBRAHIM A.S? Dan adakah akan lahir anak-anak yang beriman dan bertaqwa kepada Allah seperti yang diberikan contoh di dalam Al-Quran dan juga Sunnah Rasullullah seperti nabi Ismail A.S? Terfikirkah kita kenapa Nabi Ismail sanggup mengorban dirinya untuk disembelih oleh ayahnya sedangkan ayahnya HANYA BERMIMPI? Tidakkah itu bukti BAPA perlu BERIMAN dan BERTAQWA sebelum melahirkan anak-anak yang BERIMAN dan BERTAQWA kepada ALLAH dalam erti kata sebenarnya.

Mari kita lihat senario Umat manusia (bangsa MELAYU) yang mengaku Islam. Kalau bercerita hal agama... PERGH.... KALAH Ustaz. Tapi bila diajak untuk mencari ilmu Allah.... siap kuar ayat POWER ULTRAMAN dan siap letak hukum macam-macam lak tu sedangkan AL-Quran pun baca dan faham TAK HABIS LAGIK. Itu ke rupa seorang AYAH yang BERIMAN dan BERTAQWA yang dimaksudkan seperti Nabi Ibrahim A.S. Tolong ler sket kepada AYAH-AYAH yang rasa cukup ajar anak-anak jadi Ustaz... tapi diri sendiri pun TAK PERNAH berusaha BERIMAN dan BERTAQWA dalam erti kata yang sebenarnya, syurga tu JAUH LAGI kerana jalan PASTI KE SYURGA hanyalah melalui jalan TAQWA. Kalau dah kisah nabi Ibrahim pun tak faham... kena faham ler kalau anak tu keje bangkang aje... siapalah TOK GURUNYA kalau tak AYAHNYA? Tak gitu? Tetiba anak gi meluat dengan seorang HAMBANYA yang kerjanya kutip sampah.... dan memaki hamun kerana AYAHNYA ajar cara macam tu dengan anak-anaknya... agak-agak Allah istihar perang tak terhadap mereka-mereka yang bermusuhan dengan HAMBANYA (WALINYA)? Sesungguhnya waliNYA tidak sedih bila DISINDIR atau DIPERLI malah mendoakan kebaikkan terhadap mereka-mereka yang JAHIL PERIHAL SEJARAH ISLAM.

Kembalilah kita mencari NUR yang sebenar-benarnya. Carilah mereka-mereka yang memahami Al-Quran dan Sunnah dalam erti kata yang sebenarnya. Kepada yang TAK PERNAH DAPAT NUR tu... carilah NUR untuk keselamatan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan hamba-hambaNYA tanpa pertolongan dariNYA.

Sesungguhnya pengetahuan ilmu Allah MAHA LUAS dan kepada yang hanya memikirkanNYA setiap masa akan mendapat jawapan untuk setiap perkara yang disampaikan Allah dalam erti kata sebenar-benarnya. Allah jua yang MAHA MENGETAHUI kebenaran yang HAQ. Wallah Hualam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 12:45 AM | Show all posts
oleh kerna tajuk : Strategi Mengembangkan Agama Islam Dalam Erti Kata Sebenar
jd x mau kaco pendpt2 mereka2 yg di atas tuh...huhu

makanya pandangan sy ialah :
'berdakwah kpd org yg lembut hatinya dgn baik & berdakwah kpd org yg keras hatinya dgn lebih baik lg'...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.082527 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list