CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: thewani

Disakiti & Menyakiti stuffs : Suami Sakiti Hati Isteri

[Copy link]
Post time 11-7-2012 05:41 PM | Show all posts
Reply  mbhcsf

Belum Kahwin lagi .... baru sekali !
Nazrulism Post at 11-7-2012 17:24



    'ala kulli haal  ...alhamdulillah good for you...i mean judging from your post namak macam ada pengalaman , matured opinion  so i just asked anyway.

hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2012 05:57 PM | Show all posts
'ala kulli haal  ...alhamdulillah good for you...i mean judging from your post namak macam ...
mbhcsf Post at 11-7-2012 17:41


    
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 06:01 PM | Show all posts
Nazrulism Post at 11-7-2012 17:57



    dah.... dah.... hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 11:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by Abangcute at 14-7-2012 00:15

Sebab itu Allah turunkan Al-Quran. Sebab itulah dilahir Rasullullah SAW dikalangan manusia. Jika kita semua berfikir untuk apa kejadian kita sekiranya SEMUANYA KERANA ALLAH, then ALL SOLVE. Jawapan di depan mata.

Menggunakan hukum akal kadang2 boleh menyebabkan kita terpesong dengan didikan sebenar yang diterapkan dalam Islam.

Sebagai contoh :
Ramai orang yang mengaku Islam, akan tetapi berapa ramai yang mengerjakan solat wajib? Dan berapa ramai yang mengerjakan solat wajib yang melaksanakan solat sunat? Dan berapa ramai yang telah melaksanakan yang dimaksudkan menyampaikan dalam erti kata sebenar? Adakah perlu diajar perkara-perkara yang patut diketahui sebagai Umat Muhammad? Ataupun sekadar tahu Islam tapi sekadar berkata-kata tanpa memahami kita ini HAMBA di dunia ini? Yang membezakan hambaNya dan hamba yang ingkar terletak kepada RUKUN ISLAM. Belum lagi rukun Imam. Adakah anda faham, makna ihsan? Sudahkah anda semua MEMIKIRKAN, MELAKSANAKAN, dan MENYAMPAIKANNYA pada setiap HARI KEPADA DIRI SENDIRI, KELUARGA, MASYARAKAT dan NEGARA?

Kembali ke asal kejadian manusia ditugaskan selaku KHALIFAH di muka bumi dan memakmurkan bumi. Adakah agama Islam memaksa umatNya untuk MELAKSANAKAN APA YANG DIPERINTAHNYA? Jawapan : TIDAK, malah diberi PILIHAN. Dan berapa ramai yang benar-benar faham matlamat kehidupan dalam didunia dalam Islam dalam erti kata yang sebenar-benarnya?

Tentang deraan yang anda tanya nak mohon maaf banyak-banyak SAYA BUKAN NAK PANCUNG TAPI SAYA NAK INGATKAN :
Bagi menjawab soalan ini kembali kita kepada HUDUD dalam Islam. Di negara kita ada melaksanakan HUDUD dalam erti kata yang sebenar-benarnya? Ada ker sumpah kepada SUAMI/ISTERI/PENCURI/PEROGOL yang menipu dalam perbicaraan? Tak ada kan? Ada sesiapa yang BERSUMPAH untuk TAAT KEPADA ALLAH dalam KEHIDUPANNYA? Minoriti aje tapi RAMAI YANG BENCI ORANG JENIS INI. So SOLVE PROBLEM masaalah yang ditanya dan TAK PERLU DITANYA kerana sesungguhnya ilmu dan soalan yang ditanya lebih LEMAH dari pengetahuan Allah YANG MAHA MENGETAHUI seluas ALAM dan SEISINYA. So please, sila baca Al-Quran untuk keterangan lanjut semuanya COMPLETE cuma kita aje tak sedar kerana kita dibutakan oleh urusan dunia berbanding urusan sebenar iaitu menjadi hambaNYA. Kalau si bertanya tak puas hati dengan jawapan saya ANDA SOMBONG DENGAN ALLAH dalam erti kata sebenar. Menggunakan hukum akal dan melupakan ketetapan Allah dalam kehidupan adalah satu KEJAHILAN dan KEJAHILAN antara kunci ke neraka.

Kepada yang kerap bertanya dan menggunakan HUKUM AKAL yang PELIK MELIK tu... kamu ni ISLAM ke BUKAN ISLAM? Islam adalah MUDAH dan tak susah kalau kita "Dengar dan Patuh dengan PerintahNYA". Kerana kebodohan dalam mencari ilmu Islam kita dah jadi BUTA AGAMA. Kerana kebodohan kita dalam mengenali sejarah dakwah Rasullullah kita jadi BISU AGAMA. Kerana kebodohan kita SOMBONG dalam MENGAKU DIRI ISLAM, akhirnya jadilah orang-orang yang PEKAK AGAMA. Hinggakan ada yang MENJADI TALIBARUT pihak-pihak yang MEMUSNAHKAN ISLAM itu sendiri. Dimana keadaan anda yang sebenar-benarnya sekarang ini?

Kalau anda USTAZ, TOK IMAM, TOK KADI, DOKTOR, Perdana Menteri, Menteri, Pekerja buruh dan apa jua Jawatan Dunia yang anda pegang dan dikira dahsyat, kalau ada perkara-perkara yang saya katakan.... Jawapannya ANDA ANTARA YANG DISESATKAN ALLAH. Ilmu agama TAK PERNAH HABIS kepada yang mahu mencari dan mencintai Allah. Kepada yang PUAS dengan apa yang ada dalam kehidupannya umpama BUIH DI LAUTAN berdasarkan kepada sabda baginda Rasullullah SAW mengenai AKHIR ZAMAN. So tanyalah diri anda saya ni DIMANA SEKARANG INI? Adakah sekadar menggunakan ilmu yang kita tahu atau kembali kepada Agama dalam menyelesaikan SEGALA MAK NENEK ISU TANPA MELETAKKAN SYARAT DUNIA? Saya tahu ramai yang takut untuk melaksanakan hukum HUDUD tapi apalah gunanya kalau ditakdirkan Allah SWT kiamatkan kita sebelum kita laksanakan HUDUD (adakah anda mati kerana Allah atau kerana DIRI SENDIRI)? Adakah berbaloi kehidupan anda selepas itu? Saya tahu ramai yang takut hilang kerja untuk mentaati perintah Allah (makan atas angin "ada gak kebaikkannya kepada yang melaksanakan dalam erti kata yang sebenar-> berdasarkan kepada hadis Rasullullah tapi jumlahnya yang selamat SEDIKIT berbanding yang RAMAI), tapi apalah gunanya kalau esok anda berada di padang mahsyar, kalau Allah berkehendakkan kita sedemikian rupa mampu ke nak tahan ketentuanNya semasa berada disana? Satu soalan untuk diri anda sendiri, dimana anda berada sekarang ini? Di taman tema lagi ker? di pusat karaoke lagi ker? tengah berjudi lagi ker? tengah tido lagi ker? tengah mengumpat lagi ker? tengah guna agama demi kepentingan PARTI POLITIK ker? tengah buat kajian berapa banyak undi boleh dapat ker? SEMUA TU TIADA MAKNA KALAU ALLAH KIAMAT KITA SEMUA. Tak sedar-sedar lagi ke TAGHUT tu menatang apa? tak sedar-sedar lagi ker fikiran pun boleh jadi TAGHUT? Kerja pun boleh jadi TAGHUT? Jawatan yang kita kerja antara cabang TAGHUT? tak sedar-sedar lagi ke Allah SWT tengah warning, cuma tak amik nyawa kita semua lagi? tak sedar-sedar lagi KITA NI SEBENARNYA TAK BACA AL-QURAN dan TAK PERNAH NAK AMIK TAU TENTANG PERINTAH ALLAH? Susah ke nak IKUT? Susah ke nak faham? Ataupun anda adalah antara MEREKA-MEREKA yang Allah sesatkan kerana KEFASIKAN dan KEKUFURAN kerana KESOMBONGAN DENGAN ALLAH? Takkah BODOH MENENTANG KETENTUAN ALLAH?

Sama-samalah kita scan diri kita sendiri..... ADAKAH AKU LAYAK MASUK SYURGA? Kepada Allah kita memohon ampun dan petunjuk yang sebenar-benarnya... Tak guna berkata-kata kalau TAK PERNAH MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH. Sebelum melaksanakan perintah Allah SWT... BACALAH AL-Quran... BACALAH AL-Quran... BACALAH AL-Quran untuk diri sendiri kerana Allah. Janganlah campakkan diri kita menjadi orang-orang yang JELAS FASIK dan KUFUR menggunakan hukum akal tanpa bimbingan dariNYA. Wallah Hualam
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 11:25 AM | Show all posts
so TT apa pandangan anda? dah terjawab ke?  jawapannya ikut konteks.

tapi kena beza antara cercaan as in menghinakan dan  ini penting.


dan saya ingin ingatkan bahawa

a) ini forum , maka kita berhal discuss dan bincang selagi mana tak menghinakan sesiapa dan  agama itu sendiri.

b) bila kata forum maksudnya berbincang dan bukan medan konfrontasi dan meletakkan hukum so kalau u fikir macam ni so and so  - that is very narrow dan mengekang topik  itu  dan selagi mana dia tak bercanggah ini tak apa

c) bila kita berforum maksudnya kita tukar pendapat , pandangan  dan bukan mencela dan menghukum orang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 12:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2012 04:43 PM | Show all posts
so TT apa pandangan anda? dah terjawab ke?  jawapannya ikut konteks.

tapi kena beza antara cercaa ...
mbhcsf Post at 14-7-2012 11:25

Pandangan dan pemahaman terhadap sesuatu perkara memang berbeza ... itulah hikmah manusia dikurniakan akal,

Pemahaman terhadap Al Qur'an juga juga berbeza... kerana itu diutuskan Rasul untuk menerangkan bagaimana harus difahami melalui Sunnah Baginda s.a.w. Pemahaman terhadap Sunnah juga berbeza..  kita perlukan hadith2 yg Sahih dari para sahabat r.a sebagai panduan akal kita ...  untuk mengetahui kenapa suatu perintah itu begitu atau begini. Pertimbangan Akal manusia tidak seperti Pertimbangan Akal Malaikat yg telah menyaksikan secara langsung kekuasaan Allah, lagipun manusia ditemani oleh dua jenis pertimbangan iaitu Akal dan Nafsu. Sebagaimana yg diketahui... Pertimbangan nafsu sangat buruk sebagaimana pilihan Iblis, walaupun Iblis juga telah menyaksikan kekuasaan Allah secara langsung.

Mahu atau tidak... manusia menggunakan 2 jenis penimbang ini iaitu Akal yg pada fitrahnya kepada kebaikan dan Nafsu yg pada fitrahnya kepada keburukan. Cumanya, jika guna Akal, kena berusaha menyatukan petunjuk dan bukti2 tidak langsung yg dapat disaksikan serta mempertimbangkan akibatnya.  Guna Nafsu... memang mudah, ikut sahaja tanpa mempertimbangkan akibatnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 10:35 PM | Show all posts
Reply 26# Abangcute


    u nasihat tu bagus tapi hikmah hikmah laa sikit , you can be soft  but  firm and steady gitu... hikmah is the keyword ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2012 11:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by Abangcute at 14-7-2012 23:23

Yups... you are right Nazrulism. Itulah yang membezakan manusia yang lalai dengan manusia yang beriman. Yang membezakan yang beriman kepada Allah dan yang berlakon beriman terletak kepada TAQWA. Orang-orang yang bertaqwa hatinya tidak berbolak-balik. Dan dalam mengenali manusia, didalam Al-Quran hanya ada 3 golongan manusia yang dimaksudkan iaitu
1) golongan yang memandang dunia dan akhirat dalam mempraktikan Islam itu sendiri dalam kehidupannya setiap hari
2) golongan yang hanya melebihkan urusan dunia berbanding akhirat dalam soal permasaalahan dunia dan KERAP menggunakan agama untuk kepentingan diri
3) golongan yang HANYA MEMENTINGKAN DUNIA dan tidak percaya Akhirat (ramai umat Islam duduk dalam kategori ini tapi TAK SEDAR-SEDAR LAGI). Nau'zubillahuminzalik

Dan jawapan untuk masuk syurga tanpa HISAB adalah TAQWA. BerTAQWA kepada Allah akan lahirkan IKHLAS dalam apa jua urusan kehidupan. Harus diingatkan, Ihsan diperlukan untuk lahirkan TAQWA. Tanpa Ihsan tiada manusia yang BENAR-BENAR BERIMAN dalam erti kata yang sebenarnya.
Formula Untuk Menjadi HambaNYA (Pada pandangan saya) :

HambaNYA=Ilmu[{Kehidupan->Islam->Iman->Ihsan}TAQWA]

*Sebab itulah surah yang pertama sekali diturunkan surah Al-Alaq -> Dan Allah dah tarik ilmu ini dari dada manusia kerana manusia itu sendiri. So, fahami dan laksanakanlah surah ini kalau nak memerintah diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara jika mengaku beriman dan bertaqwa.

Pemahaman ilmu Al-Quran berdasarkan kepada pembacaan, penghayatan, perlaksaan ilmu berkenaan dan hanya perlu dilakukan BUKAN DALAM BENTUK PAKSAAN tetapi KERELAAN kerana KERELAAN KERANA ALLAH adalah lebih baik dari PAKSAAN KERANA ALLAH. Berkenaan pemahaman manusia tentang ILMU AL-QURAN, yang sebenarnya simple aje Al-Quran ini. Kepada yang mendengar dan patuh then All Solve (dan Allah akan beri ilmu HIKMAH dan setiap manusia TAK SAMA atas sebab Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui -HAQ). Kepada yang hanya mendengar tapi tak patuh atau tidak dengar tapi patuh... ADA PROBLEM SKET (ada yang berbentuk kesesatan nyata dan tidak nyata-kebatilan). Kepada yang tak dengar dan tak patuh yang ini orang-orang yang KAFIR.. dan kepada yang mengaku ISLAM tapi tak dengar dan tak patuh (TAK BACA Al-Quran) dah jelas KAFIR NYATA  cuma ALLAH yang mampu beri jawapan yang sebenar-benarnya. So kalau nak jadi orang Islam biarlah benar-benar dengar dan taat akan perintah ALLAH.

Nak Kebenaran HAQ tak sama yang BATIL tapi yang Allah nak lihat HANYALAH YANG HAQ. Kebenaran HAQ adalah Sunnahtullah. Kebenaran yang batil lebih banyak syirik dari kebenaran HAQ. Sesungguhnya Allah jua yang Maha Bijaksana berkenaan Ilmu-ilmu ini. Wallah Hualam
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 01:50 PM | Show all posts
Dan jawapan untuk masuk syurga tanpa HISAB adalah TAQWA. BerTAQWA kepada Allah akan lahirkan IKHLAS dalam apa jua urusan kehidupan. Harus diingatkan, Ihsan diperlukan untuk lahirkan TAQWA. Tanpa Ihsan tiada manusia yang BENAR-BENAR BERIMAN dalam erti kata yang sebenarnya.
Formula Untuk Menjadi HambaNYA (Pada pandangan saya) :

HambaNYA=Ilmu[{Kehidupan->Islam->Iman->Ihsan}TAQWA]
Abangcute Post at 14-7-2012 23:03

Manusia tidak perlukan apa-apa formula untuk menjadi hambaNYa ... Semua yang ada di alam ini adalah hambaNya.

Ali Imran:83
Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.

Formula diperlukan untuk menjadi HambaNya yang taat... sedang yang Ingkar walau terpaksa tunduk kepada ketetapan Allah dalam kehidupan seharian, hanya mampu menafikan kehambaan mereka di bahagian yg Allah berikan pilihan untuk manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 11:16 PM | Show all posts
salam semua..

wah hangat la topik nih..eheheh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 12:10 PM | Show all posts
manjalara_01 posted on 22-7-2012 11:16 PM
salam semua..

wah hangat la topik nih..eheheh...


Yang tak hangat ialah TT terus diam membisu........................

Takkan asyik dok baca komen forumis laen jer.

Penerangan TT kurang jelas.
1. perbuatan suami yg menyakitkan hati seoghang isteri itew

Sebab itew.......ada pelbagai reaksi dari forumis.

TETAPI yg paling utama di dalam ghumahtangga ialah KOMUNIKASI.
Apa apa masaalah yg di hadapi, hendak lah bawa berbincang.
Kekadang.............pasangan tersebut TIDAK TAHU or PERASAN yg dier melakukan kesalahan or melukakan hati pasangannya.
SIKAP ataupun PERANGAI tersebut mungkin telah lama di amalkan.............agar sukar utk di buang.

Kalau pasangan tersebut SENGAJA menyakitkan hati................itu kena pergi jumpa Tuan Penasihat laaaa.


Waallahua'lam

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 07:52 PM | Show all posts
Last edited by manjalara_01 on 25-7-2012 07:56 PM \n\n
niceghost2005 posted on 23-7-2012 12:10 PM
Yang tak hangat ialah TT terus diam membisu........................

Takkan asyik dok baca kom ...

Topik ni..sbenarnye menarik perhatian manja..

sbb jarang skali...sama ada di media cetak/media eletronik..
menyentuh topik tentang hak kaum wanita..dlm Islam...

Simple everyday situation yg mcm TT cube bincangkan../dpt maklumat...
Ape Hukumnye suami menyakiti Hati & Perasaan Isteri...??

Sbb manja rasa topik2 mcm Hukum Isteri x taat pd suami..dll...
dh over rated.....

Baru sj mlm tu manja tgk ade pembaharuan dlm rancangan tv9 "semanis kurma"
x silap tajuknye tentang.."suami yg membantu isteri di rumah??"....
anyway..topiknye mengupas..tentang kebaikan suami yg menolong isteri di rumah...
bukan ke kes2 mcm ni mmg situasi yg berlaku tiap2 hari dlm hidup org yg sudah berumah tangga??...

Pd pdpt tt...mmg bagus bile ade exposure mcm ni..
Mana tau..bile tonton rancangan mcm ni...si suami akan lebih prihatin tentang kepayahan isteri??...
so dari situ die cube "merajin2" kan diri...di rumah..ehehe...








Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 11:51 PM | Show all posts
Sebelum taat perlukan ilmu tak gitu? Apalah gunanya taat tanpa ilmu? Seperti orang buta yang mengharapkan belas kasih sayangNya atau orang celik yang mencari kebenaran tentang PerintahNya? Manusia lalai dalam mengenal Tuhan kerana asyik dengan Tuhan yang dimaksudkan yang mana satu? Sememangnya semuanya milikNya, akan tetapi sempurnanya Agama Allah hanya melalui ilmu yang lahirnya dari hati mereka yang mendengar dan taat akan perintahNya. Akan tetapi ramainya manusia menyempurnakan ilmuNya hanya melalui akal semata-mata? Dimana kebenaran ilmu di hati?

Sebab itulah ramai umat Islam gagal dalam kehidupan didunia dan yang terselamat disana minoriti tanpa dihisab adalah yang mengikut jalan Taqwa (hati) hanya jumlah kecil. Mereka2 yang bertaqwalah antara golongan yang menyelamatkan sejumlah umat Islam disana mengikut jalan Haq didunia. Sejumlah besar yang beriman akan disoal berkenaan Tauhid kepadaNya dalam banyak aspek kerana kelalaian menataati perintahNya didunia.
Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa sentiasa merasakan dirinya sentiasa dineraka ketika berada didunia dan berusaha mengubah keadaan diri dengan ilmuNya (Al-Quran dan Sunnah) serta bantuanNya tanpa putus2 dengan amalan2 yang soleh/solehah.
Kepada Isteri/Suami yg masih merasakan sakit hati dengan pasangan anda, berubahlah hati anda kerana Allah dalam apa jua perkara utk keselamatan disana. Selagi masih ada rasa sakit dihati, percayalah itulah kunci neraka utk anda sehingga anda benar2 berlapang dada dalam erti sebenar beriman dan bertaqwa kepadaNya. Allah jua yang Maha berhak menentukan segala Perkara. Kepadanya kita memohon petunjuk yang sebenar2nya.

Kepada yang belum berilmu:
Soalan : Siapa Tuhan kamu?
Jawapan : Allah
Soalan : Siapa imam kamu?
Jawapan : Imam Masjid = bush kena hentam dek malaikat
Jawapan (org berilmu) : Al-Quran
So tolong bagitau saya Nazrulism, kenapa ek kena berimamkan Al-Quran? Takkah itu ilmu? Adakah dengan tidak membaca Al-Quran anda mampu menyebutnya di alam barzakh? Tidakkah kita memikirkanNya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 12:01 AM | Show all posts
Kunci keselamatan diri terletak kepada 3 perkara penting dan 2 perkara asas. Penting : rukun Islam, Iman dan Ihsan. Perkara asas : Al-Quran dan Sunnah. Selain dari ilmu yang saya nyata, kembalilah bertanya kepadaNya petunjuk ilmu2 yg berguna utk anda. Sesungguhnya Allah sentiasa berada dekat dengan setiap manusia cuma manusia majoriti lalai kehadiranNya. Wallah hualam
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 12:35 AM | Show all posts
Abangcute posted on 25-7-2012 11:51 PM
Sebelum taat perlukan ilmu tak gitu? Apalah gunanya taat tanpa ilmu? Seperti orang buta yang menghar ...
Kepada yang belum berilmu:
Soalan : Siapa Tuhan kamu?
Jawapan : Allah
Soalan : Siapa imam kamu?
Jawapan : Imam Masjid = bush kena hentam dek malaikat
Jawapan (org berilmu) : Al-Quran
So tolong bagitau saya Nazrulism, kenapa ek kena berimamkan Al-Quran? Takkah itu ilmu? Adakah dengan tidak membaca Al-Quran anda mampu menyebutnya di alam barzakh? Tidakkah kita memikirkanNya?
Apa masalah saudara tentang berimamkan Al Qur'an, atau ada ker yg sebut ianya bukan pengajaran untuk kehidupan kini dan bekalan nanti ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 05:41 AM | Show all posts
Ingatlah. Makna ilmu disebalik syirik. Makna ilmu disebalik kejadian manusia. Makna ilmu disebalik kejadian langit dan bumi. Makna ilmu disebalik rahsi Luf Mahfuz. Tidakkah syirik bila menyatakan asal kejadian tanpa ilmu sedang asal kejadian segala2 berpunca dari ilmu. Tidakkah syirik menduakan Tuhan yang satu tanpa ilmu sedangkan jelas diterangkan didalam surah Al-Baqarah ayat 168 mengenai ilmu mengenal Allah? Jika itu ilmu yang kamu bawakan, adakah itu kebenaran yang diperintahNya untuk beriman tanpa ilmu yang jelas kesombongan terhadap perintah asal kejadian manusia dengan ilmu utk kenal Siapa TuhanMU?

Saya hairan bila manusia berakal fikiran mengatakan kenal Tuhan tidak memerlukan ilmu sedangkan dari akal munculnya ilmu. Tidakkah jelas pertentangan ayat Al-Quran dengan kenyataan tuan sehinggakan Syirik dengan Kalammullah itu sendiri? Kamu tak takutkah menyesatkan orang dengan ilmu yang kamu tidak pasti?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 06:11 AM | Show all posts
Sebelum baginda wafat, turunnya Malaikat jibrail mengajar baginda rasullullah SAW berkenaan ilmu2 berguna kepada umat baginda. Daripada 5 soalan hanya 4 soalan baginda jawabkan. 4 soalan berkenaan menyentuh Rukun Islam, Rukun Iman, Ihsan dan Tanda2 kiamat. Ilmu yang baginda ketahui dibukukan sebagai suatu Sunnah (ketetapan baginda) berkenaan ilmu tauhid yang ditanyakan Allah melalui utusannya Jibrail. Tidak menjadi kesalahan sekiranya ada umat Islam yang fasik mengatakan kami tidak tahu kerana tidak belajar dan apa yang kami tahu dari nenek moyang kami adalah ini? Sungguh besar kata2 syirik perihal ilmu umat Islam hari ini. Bila ada hambaNya yang meringkaskan segala2nya untuk pemahaman perihal Islam dengan formula yang simple dan senang difahami umum utk menjadi hambaNya, makin bertambah sombong dan angkuhnya kata2 sehingga lupa kejadian diri sendiri pun berpunca dari ilmu. Saya mampu tunjukkan bukti yang terang dan nyata kerana itu ketentuan dariNya dan Haq Allah utk menerangkan manusia jahil kerana ilmu yang tidak bermanfaat. Kalau anda sanggup bermusuhan dengan formula saya samalah kamu membangkang kata2 Rasullullah. Dan sungguh besar syirik yang kamu dustakan mengenaiNya. Tak takut dengan Allah ke Nazrulism?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 06:55 AM | Show all posts
Berkenaan hambaNya (makhluk2 yang lain) selain manusia itu bukanlah hambaNya yang saya maksudkan. Jika anda belum dibukakan hijab mengenai Alam jgn berkatakan hal2 putar Alam takut2 anda sesatkan hambaNya lain2 perihal ilmu. Sesungguhnya makhluk2 Allah ada yang belum menjadi hamba2 Allah yg punya makna yang berlainan maksud itupun kalau manusia diberi faham Siapa Yang Saya Tujukan makna HambaNya? Apa pun segala yang ada dimuka bumi adalah makhlukNya. Apabila taat dengan perintahNya itulah HambaNya. Ingat! Bila tak reti bahasa Malaysia tolong tanya takut2 anda bermusuhan dengan Ilmu. Nak Pusing dunia 360 pun jgnlah dengan ilmu agama. Sebab Dalam Islam tiada pusing2. Silap pusing, amalan yang dibuat selama ini boleh jadi tertolak dan amat rugilah mereka yang tidak memikirkan kesannya semasa MenghadapNya disana kelak. Wallah hualam
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 07:09 AM | Show all posts
Contoh ikhtibar:
A: adakah kamu orang Islam?
B: amboih, kenapa tanya soalan tu? Dah tak insuran?
A: bukan apa, aku tak pernah nampak kamu berjemaah pun di masjid selama ini?
B: alah, solat wajib di rumah aje. Buat apa nak susah2 pergi sana? Solat le dimana2 pun tak per.
A: kita ni orang Islam, kan bagus ikut sunnah Rasullullah? Jika selalu berjemaah kan lebih baik dari berseorangan?
B: alah, sunat aje berjemaah tu. Nanti orang lain kata menunjuk-nunjuk. Bagilah orang2 masjid aje berjemaah. Aku muda lagi. Bila tua nanti aku gi lah jadi ahli masjid lak.
A: kalau macam, satu soalan nak tanya. Kamu dah tahu ler umur dan ajal maut kamu selama ini? Tak takut ke dengan ancaman kata2 kamu berkenaan Qada dan Qadar?
B:......
Pengajaran : akal bukan utk diakali tapi untuk dipelajari dan difahami. Tidak cukupkah bukti nyata Wujud Allah selama ini?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.901368 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list