|
Bersediakah kita menghadapi Malaikat maut ?
[Copy link]
|
|
bagusnya yang dah bersedia tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah berfirman yang mafhumnya: “Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemuimu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia berikan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Al-Jumu’ah, ayat 8)
|
|
|
|
|
|
|
|
Dinyatakan oleh Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang lelaki Ansar siapakah yang paling cerdik. Baginda berkata: “Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik.” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik-baik manusia ialah orang yang diberi panjang umur dan umur yang panjang itu dia gunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang tetapi umur panjang itu digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerusuhan saja.” (Hadis riwayat Ahmad)
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya kebaikan yang akan mengiringi seorang mukmin setelah ia meninggal adalah ilmu yang ia ajarkan dan sebarkan, anak soleh yang ia tinggalkan dan Al Quran yang ia wariskan, atau masjid yang ia dirikan, atau rumah yang ia bangunkan untuk ibnu sabil, atau sungai yang ia alirkan (untuk orang lain), atau sedekah yang ia keluarkan dari harta miliknya dimasa sihat dan masa hidupnya, semuanya akan mengiringinya setelah meninggal dunia.
(HR Ibnu Majah - 238)
|
|
|
|
|
|
|
|
salam 
kita hidup pun anatara 60 - 70 tahun .. average .. kalau sampai aahh ..
jangan kerana 60 - 70 tahun .. kita sia sia kan dekat sini ..
kat sana ratusan ribu tahun .. kita menyesal ..
astaghfirUllah ..
wassalam
 |
|
|
|
|
|
|
|
memang tak laaaa. miskin amalan..dosa bertimbun. nak tutup thread pun tak reti. T.T |
|
|
|
|
|
|
|
Mati itu urusan Allah. Jika urusan Izrail (malaikat), dia ikut mood dialah, kalau tengah marah parahlah jasad yang melepaskan. Jika urusan Allah camner?? Maha Lembut dan Maha Penyantun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semuer,
Surely jawabannya ialah TIDAK.
Amalan tiada..........
Kebajikan pung amat sedikit.
Hanya mengharapkan belas ihsan Yang MAHA Pengasih lagi Penyayang.
Berdoa agar di matikan di dalam IMAN.
Mati dapat mengucap Lailla hailallah sebagai akhir kalam.
Mati di dalam Islam.
Berangan angan masuk syurga TANPA hisab.
Adakah Allah swt akan memandang teman di akhirat kelak?
Seoghang hamba yg banyak melakukan dosa2 besar.
Setiap hari teman ke kubur.............
Memerhati kenkawan yg telah pergi mendahului teman.
Sunyi sepi....
Lalang lalang telah tumbuh meninggi.
Teringat akan perbualan dgn mrk.
Telah yatim piatu anak anak..
Telah menjadi balu akan sang isteri...
Kubur kanak kanak juga......bagai tidak di jaga.
Ada yg tiada bertanda...
Seolah olah di tinggalkan begitu saja olih ibu bapanya.
Tidak mampukah mereka?
Ataupun ibu bapanya sudah berpindah ke tempat lain??
Padahal..............mereka adalah ahli syurga.
Bagaimana pulak dgn teman ini.??
Di mana kah pengakhirannya??
Bagaimanakah pengakhirannya???
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dengar cerita orang tua2...katanya Allah bagi notis 3 kali sebelum ajal kita. Notis pertama setahun sebelum Ajal, notis ke2 40 hari sebelum ajal dan notis ketiga 7 hari sebelum ajal...lepas tu baru malaikat maut datang cabut nyawa kita....
Ini sebagai bukti menunjukkan Allah tu tak zalim....cuma notis tu dalam bentuk gerak hati yang sukar dimengertikan oleh akal kita. Jadi kita yang lalai nih selalunya tak perasan dengan notis2 tu sebab kita tak reti nak membaca gerak hati sendiri.
Jadi belajarlah membaca gerak hati sendiri mungkin dia nak sampaikan mesej agar kita boleh bersedia..... |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry! Ada kesilapan fakta (fakta ker nih???) Notis pertama bukan setahun tapi 100 hari...
Mungkin sebab tulah orang melayu kita suka kaitkan nak dekat2 ajal dengan 'buang tebiat'. Seolah2 si polan tu tahu dah nak dekat ajal dia dan akan berbuat sesuatu diluar tabiat biasa dia...
Mungkin ada kaitan dengan notis2 tuh...
Walau macamana pun ini hanyalah kata orang tua2 yang tidak disokong oleh mana2 hadis & ayat Quran...
Bagi orang2 yang seluruh hidup dia berpandukan kepada hadis & Al-quran bolehlah menganggap petua nih sebagai khurafat & bidaah tapi bagi orang2 yang percaya ilmu Allah amat luas & takde batasan merangkumi yang tersurat & tersirat bolehlah kaji balik fakta2 nih.
Waullahhualam..... |
|
|
|
|
|
|
|
myakayina posted on 15-8-2012 02:34 PM 
gambar dari dalam liang lahad..
mak oooiiiiii
aku langsung tak perasan la
cam tu ka ditampakkan
dari dalam tuuu
yg aku tau
nampak api je keliling
maklumlah......jahat sangat
(takkan nak ngaku baik pulak kann kannn kannnnn)
|
|
|
|
|
|
|
|
Fieza-mira posted on 20-8-2012 01:03 PM 
Sorry! Ada kesilapan fakta (fakta ker nih???) Notis pertama bukan setahun tapi 100 hari...
Mungki ...
nak kata bidaah - memang pun
nak kata tak - ilmu masing2
tapi
bila diteliti
apa yg dibimbangkan sangat sangat
masa NOTIS itu
adalah SEBENARNYA - kiamat bagi dirinya
seakan matahari dah terbit dr barat - utk isi polan itu
dan tak berguna lagi amalannya selepas itu..........................
ADIL KAN TUHAN kannn kannnn kannnnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
niceghost2005 posted on 15-8-2012 04:26 PM 
Assalamualaikum semuer,
Surely jawabannya ialah TIDAK.
oh bagaimana ya???
eemmmmmmpphhhh
cam aku kot.....
atau ada baik sikit kottttt
atau ada lagi lagi baikkkkk kottttttt
|
|
|
|
|
|
|
|
Fieza-mira posted on 20-8-2012 06:58 PM 
nak kata bidaah memang pun tapi Nabi tahu tau bila nak dekat ajal dia...
Nabi ajar umat dia t ...
pandai pun
tepat sekali
memang Nabi dan para beriman mengetahuinya
tapi amalan dan penghayatan mereka masih camtu gak
tak dak bezanya pun kann kannn kannnn
cuba teliti org tua2 dulu yg `tahu ttg ni'
ada nampak perbezaan kannnnnnn
antara sebelumnya dan selepas SAAT itu!!!!!!
cubalah iyeeee 
|
|
|
|
|
|
|
|
Fieza-mira posted on 20-8-2012 06:58 PM 
nak kata bidaah memang pun tapi Nabi tahu tau bila nak dekat ajal dia...
Nabi ajar umat dia t ...
Assalamualaikum Fieza,
Dari satu kitab yg teman baca dahulu.
Di katakan bahawa Rasulullah saw sudah tahu bahawa ajal nya semakin hampir.
Tanda tanda nya ada di dalam Surah An Nasyr/Nasr.
Kemudian Baginda saw memberi Khutbah Terakhirnya. (cuba bacanya)
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah sedia...
7 Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut!
Hiasan
Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,
berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.
Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”
wallahuallam ~
Last edited by mr_evergreen on 24-8-2012 12:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus thread ni...hm nape kita selalu cepat lupa..baru lepas lawat kubur pastu sekejap je dah lalai semula..ade yang kematian orang terdekat pon insaf sekejap je,,,rase macam mustahil je kita dah nak mati... |
|
|
|
|
|
|
| |
|